Jenis karya sastera pada peringkat pembelajaran anda terbahagi kepada 2;
a) Karya Puisi - karya sastera dalam bentuk rangkap
b) Karya Prosa - karya sastera dalam cerita
Karya puisi yang anda pelajari pula terbahagi kepada 2;
a) Puisi Tradisional
b) Puisi Moden
Karya puisi tradisional yang terdapat dalam teks anda adalah;
-pantun
-syair
-gurindam
-seloka
Karya puisi moden tidak lain dan tidak bukan hanyalah sajak.
Karya prosa pula terbahagi kepada 2;
a) Prosa Tradisional
b) Prosa Moden
Karya prosa tradisional adalah karya cerita yang menggunakan bahasa klasik. Pembahagiannya tidak perlu anda tahu setakat ini. dalam teks anda, ia terdiri daripada beberapa buah petikan cerita daripada teks yang asal.
Karya prosa moden yang terdapat dalam teks anda ialah cerpen dan drama. Satu lagi karya prosa moden yang pelajari secara lebi istimewa ialah novel.
CUKUP SETAKAN ITU YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK MEMUDAHKAN ANDA MEMAHAMI JENIS-JENIS KARYA SASTERA DALAM KOMSAS