Selamat Kembali ke Sekolah

Salam sejahtera.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pembaca blog ini sama ada pelajar atau guru. Sokongan daripada anda amat dihargai. Cuti penggal pertama sudah sampai ke penghujung. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan meneruskan tanggungjawab kita sama ada sebagai pelajar atau sebagai pendidik. Semoga percutian anda menggembirakan dan bermanfaat.

Kepada anda yang memesan atau ingin mendapatkan buku saya secara percuma, saya akan kirimkan secepat mungkin sekiranya anda mengirimkan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem sebagaimana yang saya jelaskan. Kalau tanpa sampul surat dan setem, agak lambat sikit kerana saya tidak suka beratur di pejabat pos.

Kepada anda yang bertanyakan jawapan untuk soalan novel, untuk makluman pembaca, saya tidak sempat untuk menyediakan jawapan untuk novel selain daripada Sutera dalam Lukisan. Namun, untuk tidak mengecewakan pembaca, saya akan cuba untuk menyediakan jawapan mengikut soalan yang disiarkan secara berkala di blog ini. Rajin-rajinlah berkunjung ke sini.

Terima kasih.