PUISI TRADISIONAL
1) Baca puisi di bawah dengan teliti,kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Gurindam
Tonggak Dua Belas
Hendak pandai menghargai
masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan
keupayaan.
Wajah ceria keseronokan
bekerja,
Usah berduka bermuram
durja.
Hidup dalam kemuliaan
kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh
kebijaksanaan.
Ketinggian peribadi jadi
amalan,
Ketelusan hati jadi
bekalan.
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan
bersimpati.
Pengaruh kepimpinan
melalui teladan,
Baik buruk jadi sempadan.
Menjadi kewajipan
menjalankan tugas,
Walaupun sederhana tetapi
tegas.
Kebijaksanaan berhemat
perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.
Keutamaan kesabaran
fikiran tenang,
Perkara susah menjadi
senang.
Peningkatan bakat diberi
sokongan,
Tunjukkan kebolehan
jadikan dorongan.
Nikmat mencipta budaya
kreatif,
Kembangkan bakat semoga
aktif.
Mohd Sidek Mohd Dollah
(Mas Adeki) (Penyelenggara)
Seuntai Kasih
Secebisharapan, 2007
Akam Print
i.
Nyatakan cara menghargai masa berdasarkan
puisi di atas. ( 2m )
ii.
Pada pendapat anda, apakah kesan jika
seseorang itu tidak menghargai masa? ( 3m )
iii.
Nyatakan empat nilai murni yang terdapat
salam puisi atas. ( 4m )
Cadangan jawapan
i.
Cara menghargai masa berdasarkan puisi
tersebut adalah tidak menangguhkan sesuatu
kerja ke hari esok atau lusa.
ii.
Pada pedapat saya, kesan apabila seseorang
itu tidak menghargai masa adalah kerja mereka akan tertangguh atau
terbengkalai. Kerja yang sepatutnya disiapkan juga akan jadi tertunggak dan
banyak. Selain daripada itu kehidupan mereka juga tidak terurus dengan baik.
iii.
Empat nilai murni yang terdapat dalam puisi
tersebut adalah nilai kegigihan dalam bekerja. Terdapat juga jilai
kebijaksanaan dalam bertindak. Puisi ini juga mengandungi nilai kesederhanaan
dalam kehidupan. Manakala nilai lain adalah nilai baik hati dalam hubungan
dengan orang lain.
2) Baca puisi di bawah dengan teliti,kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Seloka
Si Luncai
Sikap Si Luncai, biarkan,
biarkan…
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tidak
mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan…!
Si Luncai pun terjun
dengan labu-labunya.
Md. Ali Bachik
(Penyelenggara)
Khazanah Puisi Klasik
Melayu, 2003
ILADAM
i.
Nyatakan dua sifat malas Si Luncai
berdasarkan puisi si atas ( 2m )
ii.
‘Ada mengaji tidak mengkaji’, pada pendapat
anda, apakah kesan daripada sikap tersebut? ( 3m )
iii.
Jelaskan dua pengajaran daripada puisi di
atas. ( 4m )
Cadangan Jawapan
i.
Antara dua sifat malas Si Luncai dalam
puisi tersebut adalah malas menjaga rumahnya sendiri. Manakala sifat malas yang
kedua adalah malas bercucuk tanam walaupun mempunyai kebun.
ii.
Pada pendapat saya, sikap tersebut membawa
implikasi kepada diri sendiri iaitu kita tidak akan dapat menilai kebaikan dan
keburukan sesuatu perkara. Selain daripada itu kita akan mudah terpengaruh
dengan berita, khabar angina dan kata-kata orang lain. Buah fikiran atau idea
yang kita utarakan juga tidak matang.
iii.
Dua pengajaran yang dapat dipetik daripada
puisi tersebut adalah kita hendaklah menggunakan akal fikiran yang rasional
untuk menilai sesuatu perkara. Kita hendaklah melatih anak-anak agar menjadi
seorang yang berguna. Kita juga hendaklah menjaga ternakan dengan baik agar
tidak menganggu orang lain. Selain daripada itu kita menjaga persekitaran rumah
agar sentiasa bersih.
SAJAK
1) Baca sajak di bawah dengan teliti,kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kecek – (V)
1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi di dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.
2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.
3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
dan mengurung sederat anak-anaknya
di bawh pusaran nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenagan orang lain
ke dalam kegusarannya
yangtelah sekain musim
berlumut
di papan hidupnya
4
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatat setiap angka
dan nilai paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan
Awang Abdullah
Doa Terakhir, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i)
Nyatakan nasib
golongan petani yang digambarkan dalam sajak di atas. ( 2 m )
(ii)
Pada pendapat
anda, kenapa seorang pengarah boleh melakukan perbuatan pecah amanah? ( 3 m )
(iii)
Nyatakan dua
pengajaan yang terdapat dalam sajak. ( 4 m )
Cadangan jawapan
i.
Nasib petani yang
digambarkan dalam sajak tersebut ialah golongan yang hidup dalam kemiskinan dan
kedaifan. Mereka juga mempunyai ramai anak dan hidup dalam kesengsaraan.
ii.
Pada pendapat
saya, seorang pengarah boleh melakukan pecah amanah kerana mereka perlukan
banyak wang untuk hidup mewah. Selain daripada itu kemungkinan juga mereka
berhutang dan tidak cukup wang untuk melangsaikan hutang tersebut.
iii.
Pengajaran pertama
yang dalat dipetik daripada sajak tersebut adalah kita janganlah melakukan jenayah
pecah amanah kerana ia melibatkan wang golongan miskin. Selain daripada itu,
kita hendaklah memahami nasib dan kehidupan golongan petani dan nelayan yang
hidup dalam keadaan miskin dan terhimpit.
2) Baca sajak di bawah dengan teliti,kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Di
Bawah Langit yang Sama
Di bawah langit yang sama
Kita hirup udara
Tanpa mengira Beirutmu
Ataupun Kuala Lumpurku
Kita menghirup udara
Di bawah langit yang sama.
Aku suka gerimis di Kota
London
Pernah terpesona angin
dingin-tajam di Washington
Pohon-pohon hijau atau
aneka warna
tiada bezanya.
Siapa pun menghuni
Australia penghuni Afrika
Kerana kita di bawah
langit ini
Kita sama.
Aku ingin menyeberangi
Laut China Selatan
Layari Lautan Teduh
merentasi Laluan Sutera
Berkongsi cinta pelangikan
zaman
Tiupkan harapan senada
Sesama kita – warga dunia
Di bawah langitnya
Yang sama.
Peta-peta yang memisahkan
Jangan tutup pos sempadan
Visa hanya keperluan rasmi
seketika
Pasport dokumen pengenalan
titik mula
Kita dakapi mimpi tak
berbeza
gapai hasrat
Lebur kebencian kuburkan
sejarah hitam
Di bawah langit ini yang
Sama.
Lim Swee Tin,
Potret
Harum Kuntum-kuntum Zaitun, 2006
Cirta Kurnia Eenterprise
i.
Apakah fungsi visa dan pasport dalam sajak
di atas? ( 2m )
ii.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan
sekiranya pos sempadan setiap negara dibuka untuk semua penduduk pada bila-bila
masa? ( 3m )
iii.
Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. ( 4m )
Cadangan Jawapan
i.
Fungsi visa dan pasport dalam sajak
tersebut adalah hanya keperluan rasmi
dan pengenalan diri sementara.
ii.
Pada pendapat saya, sekiranya pos sempadan
dibuka kepada semua penduduk pada bila-bila masa, prosesintegrasi antara negara
semakin cepat dan mudah berlaku. Ekoran daripada itu manusia lebih mudah
mengenali budaya negara asing kerana proses pertukaran budaya berlaku dengan
pantas. Penduduk dunia tidak menghadapi banyak masalah diplomatik untuk pergi
melancong.
iii.
Antara nilai yang terdapat dalam sajak ini
ialah nilai perpaduan sejagat yang
merangkumi seluruh penduduk bumi tanpa mengira sempadan negara dan warna kulit.
Selain daripada ini, terdapat juga nilai cinta
terhadap keamanan sebagai satu faktor
penting untuk mewujudkan keamanan dunia dan perpaduan penduduk bumi. Sajak ini
juga menyelitkan nilai kasih sayang
antara sesama manusia yang membolehkan mereka hidup harmoni dan mewujudkan
kehidupan yang aman.
PROSA
TRADISIONAL
Hikayat
Langlang Buana
1)Baca petikan
prosa klasik di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka
tuan puteri pun berbedak dan berlagirlah. Maka ramailah bergosok-gosok. Maka
barang lakunya tuan puteri itu habislah dilihat oleh Raja Indera Bumaya itu. Maka baginda pun berahilah di dalam hatinya. Sungguhlah
seperti kata peri itu. Maka tuan puteri pun pergilah mandi keluar di dalam
cindai itu serta diiringkan oleh segala dayang-dayang
dan inang pengash sekalian.
Setelah sudah maka Tuan Puteri
Mandu Ratna Dewi pun turun mandi. Maka Raja Indera Bumaya pun turun berjalan di
tepi kolam itu, seorang pun tiada melihat dia. Maka Raja Indera Bumaya pun
berlindung pada pohon kemunting. Maka baginda pun menjadikan dirinya seekor
burung bayan terlalu indah-indah rupanya. Syahadan, adapun matanya itu daripada
intan dan bulunya itu daripada pusparagam dankakinya daripada emas. Maka bayan
itu pun hinggap pada pohon kemunting itu seraya berbunyilah terlalu merdu
suranya.
(Dipetik
daripada ‘Hakayat Langlang Buana’ dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i.
Nyatakan maksud rangkai kata berahilah di dalam hatinya. ( 2m )
ii.
Nyatakan keindahan burung bayan yang
digambarkan dalam petikan di atas? ( 3m )
iii.
Terdapat cara lain yang boleh dilakukan
oleh Raja Iindera Bumaya untuk mendekati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Cadangkan.( 3m)
Cadangan Jawapan
i.
Maksud rangkai kata ‘berahilah di dalam
hatinya’ bermaksud jatuh cinta.
ii.
Dalam petikan tersebut, burung bayan
digambarkan cantik dengan matanya daripada intan, bulunya
daripada pusparagam dan kakinya daripada emas.
iii.
Antara cara lain yang boleh digunakan oleh
Raja Indera Bumaya untuk mendekati Tuan Puteri mandu Ratna Dewi adalah dengan
menyemar sebagai seorang pemancing yang sedang mencari tempat untuk memancing
di tepi kolam tersebut. Dia juga boleh
menyamar sebagai seorang yang sesat sehingga terjumpa kolam itu. Selain
daripada itu, dia juga boleh berlakon sebagai seorang yang lemas setelah
terjatuh ke dalam kolam.
Hikayat
Opu Daeng Menambun
2)Baca petikan
prosa klasik di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka dijawab oleh Opu Daeng yang
berlima saudara, “Bulan dahulu saya hendak masuk ke salam kota bersama-sama
Sultan Muhammad Zainuddin hendak mintakan ampun Sultan Muhammad Zainuddin,
tiada diterima, lalu ditonggongkan saya semuanya hilir tiada boleh bertangguh
dengan sebentar itu juga. Lalu hilir,
dan kepada waktu hari ini tiadalah boleh ditegahkan lagi saya berlima
bersaudara ini; saya hendak masuk ke dalam kota seboleh-bolehnya, meski jadi bertikam sekali apanyalah.
Tetapi saya berlima, awak seorang dan seperti orang Bugis dan orang matan,”
itulah khabarnya haji Hafiz.
Dan lalu berkhabar lagi Tuan
Haji Hafiz, “Yang baiknya fikiran aku, asal jangan jadi bertikam, Daeng Mataku
baik turun ke panjajap sebuah mana yang disukanya itu diambilnya, dibawanya hilir
lalu belayar, sebab dia malu berbalik ke dalam kota tertemu Panembahan Agung,
sebab Opu Daeng yang berlima tiada boleh ditegahkan.”
(Dipetik
daripada ‘Hikayat Opu Daeng Menambun’ dalam antologi Dirgahayu Bahasamu, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i.
Berikan maksud rangkai kata ‘meski jadi bertikam’ dalam petikan di
atas. ( 2m )
ii.
Apakah cadangan Tuan Haji Hafiz kepada Opu
Daeng lima bersaudara? ( 3m )
iii.
Pada pendapat anda, bagaimanakah peristiwa
seterusnya jika terjadi pertikaman antara mereka? ( 3m )
Cadangan Jawapan
i.
Rangkai kata meski jadi bertikam bermaksud
walaupun berlaku peperangan.
ii.
Tuan Haji Hafiz mencadangkan agar mereka
tidak bertikam. Sebaliknya Daeng Mataku mengambil salah sebuah kapal perang Opu
Daeng dan belayar ke hilir meninggalkan negeri itu.
iii.
Jika berlaku pertikaman antara mereka, saya
berpendapat bahawa Tuan Haji Hafiz dan Daeng Mataku tetap kalah dan terbunuh
kerana mereka hanya berdua sedangkan Opu Daeng lima bersaudara. Seterusnya Opu
Daeng lima bersaudara tetap akan masuk ke dalam kota dan menyerang kota
habis-habisan.
CERPEN
Pahlawan
Buntung
1)Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sesungguhnya kami telah berpisah dalm
tahun-tahun pendudukan BMA. Keluargaku pindah ke kota. Ketika bunga-bunga
politik memercup tumbuh dalam tahun-tahun empat puluhan, kami telah melupai
satu sama lain. Ketika permulaan perpindahan kami, ayahku sering ke desa
peninggalannya, tetapi apabila api politik membakar seluruh tanahair, ayahku
larut di dalamnya. Sejak itu perpisahan tidak
rasmi itu saling melupai.
Kira-kira
tiga puluh tahun yang lalu, Pak Husain masih sepertiku. Usianya baru kira-kira
tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap
sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai
oleh gadis-gadis kampungnya. Aku sering mengekorinya untuk memancing dan
menyandak. Kampung kami damai. Deburan ombak Laut China Selatan saban detik
menyiulkan lagu nelayan yang penuh duka nestapa. Kerana kedudukannya agak
terpencil oleh sungai dan laut yang mengelilinginya,kampung itu disebut Kampung
Pulau Pak Amat.
(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi, dalam
antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa
dan Pustaka)
i.
Kenapakah kampung
tersebut disebut Kampung pulau Pak Amat? ( 2 markah )
ii.
Pada pendapat
anda, kenapa ’ayahku’ sering ke desa peningggalannya setelah berpindah? ( 3 markah)
iii.
Nyatakan
perwatakan Pak Husain berdasarkan petikan di atas. ( 4 markah )
Cadangan jawapan
i.
Kampung tersebut disebut sebagai Kampung
Pulau Pak Amat kerana ia agak terpencil kerana terkepung oleh air laut dan air
sungai.
ii.
Pada pendapat saya, ‘ayahku’ sering ke desa
peninggalannya setelah berpindah kerana melawat tanah dan rumah pusaka
meninggalan bapanya. Dia juga mungkin melawat pusara ayah dan ibunya di kampong
tersebut. Kemungkinan dia juga merindui sahabat lama yang masih tinggal
dikampung itu.
iii.
Berdasarkan petikan cerpen tersebut,Pak
Husain digambarkan sebagai seorang yang tegap sasa. Umurnya dalam lingkungan
tiga puluh tahun. Pak Husain juga seorang yang berani. Selain daripada itu, dia
juga digambarkan sebagai seorang yang suka memancing dan menyandak.
Penangguhan
2)Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Beberapa minit kemudian, mereka terpegun
melihat Masnah mengerang. Dia bergerak dan sedar semula. Kemudian dia bersungut
tidak tentu hujung pangkal, hanya dapat difaham, “Sakit kepala,” katanya.
Mukanya terlalu pucat, tetapi matanya liar. Sangka isteri Kapten Mamat, dia
durasuk polong. Dirasanya nadi Masnah berdenyut lebih cepat, nafas
pendek-pendek, badannya sejuk berpeluh. Kapten Mamat penyuruh isterinya memberi
air panas.
Lama-lama Masnah pulih seperti
sedia kala. Kapten Mamat berkata, “Engkau jangan susah, Masnah. Selagi aku
masih hidup, engkau dan anak-anak engkau tidak akan disia-siakan. Engkau mesti
banyak rehat.”
“Saya akan balik ke kampong,
Abang Mat.” Dia memeluk anaknya Bahar kemanjaan-manjaan.
“Bagus. Di sana engkau akan
menempuh hidup baharu. Sekarang orang kampung sedang membangun.”
(Dipetik daripada cerpen Penanggunan oleh Abdullah Hussain, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan
Pustaka)
i.
Bagaimanakah keadaan kesakitan Masnah di
dalam petikan si atas? ( 3m )
ii.
Pada pendapat anda, apakah yang dapat
dilakukan oleh Masnah di kampong untuk meneruskan hidupnya? ( 3m )
iii.
Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan
di atas dan dua nilai lain dalam cerpen tersebut. ( 3m )
Cadangan Jawapan
i.
Masnah dalam petikakn tersebut berada dalam
keadaan sakit kepala. Dia besungut tidal tentu hujung pangkal. Matanya liar dan
mukanya pucat. Manakala nadinya berdenyut cepat dan nafasnya pendek-pendek.
ii.
Pada pendapat saya, antara perkara yang
boleh dilakukan oleh Masnah jika dia berada di kampung adalah dengan bercucuk
tanam atau berkebun. Selain daripada itu dia juga boleh mengusahakan produk
kraftangan berasaskan bahan semulajadi yang terdapat di kawasan kampung. Dia
juga boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan pinjaman modal daripada
agensi kerajaan.
iii.
Satu nilai yang terdapat dalam pettikan
tersebut adalah nilai keprihatinan.
Kapten Mamat prihatin dengan masalah yang dialami oleh Masnah. Antara
nilai yang dapat dipetik daripada cerpen ini adalah nilai tanggungjawab
terhadap tugas yang diamanahkan. Kapten Mamat kadang-kadang mempertaruhkan
nyawanya menjalankan kewajipan sehari-hari. Masnah pula mencerminkan nilai ketegasan
terhadap pendirian. Masnah bertegas terhadap masa depan anaknya. Dia tidak mahu
anaknya menjadi seorang pelaut seperti suaminya.
DRAMA
Tiang Cengal
Dinding Sayung
1) Baca petikan drama di bawah dengan teliti,kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PAK
MAN : Sani, pernah atau tidak kamu terfikir bagaimana seksanya seorang emak
membesarkan anak-anaknya? Sakit peningnya? Tak tidur malamnya? Pakaiannya?
Makan minumnya? Belanja sekolahnya? Pada fikiran kamu, ada atau tidak emak kamu itu lari daripada
tanggungjawabnya? Aku rasa tidak. Tidak ada, Sani. (Berhenti seketika untuk menyalakan rokoknya yang sudah padam) Emak,
ketika dia sakit, demam, atau dalam keadaan apa sekalipun, akan terus bertugas,
bertugas tanpa henti kerana kasihnya tidak pernah putus. Tidak terbuka mulut
emak kita untuk minta cuti, hendak minta dikecualikan daripada menjaga
anak-anaknya. Inilah sifat mulia seorang ibu. Ingat Sani, daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga. Kalau emak sanggup
berkorban, kenapa anak-anak tidak?
SANI
: (Tersentuh hati) Saya faham, Pak
Man.
(Dipetik
daripada drama ‘Tiang Cengal Dinding
Sayung’ oleh Suriani Mohd Yusof dalam
Dirgahayu
Bahasaku, Dewan Bahasa dan
Pustaka
i.
Nyatakan maksud peribahasa daun dapat dilayang, getah jatuh keperdu
juga. ( 2m )
ii.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara
seorang anak untuk membalas jasa dan pengorbanan seorang ibu? ( 3m )
iii.
Jelaskan satu pengajaran yang dapat dipetik
daripada petikan di atas dan satu daripada drama berkenaan. ( 4m )
Cadangan jawapan
i.
Peribahasa daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga bermaksud kasih sayang anak sendiri tidak akan sama dengan kasih
sayang anak orang.
ii.
Pada pendapat saya, seseorang anak dapat
membalas jasa dan pengorbanan ibu mereka dengan menjaga hati atau perasaan
mereka agar tidak kecewa atau terluka. Selain daripada itu, anak juga perlu
memenuhi keperluan dan kasih sayang terutamanya ketika ibu bapa mereka sudah
tua. Anak-anak juga perlu menjaga dan memberikan perhatian ketika mereka sudah
tidak berdaya.
iii.
Pengajaran pertama yang dalam dipetik
berdasarkan petikan drama tersebut adalah seseorang anak hendaklah mengenang
dan membalas jasa dan pengorbanan ibu yang membesarkan kita sejak kecil.
Manakala satu pengajaran yang dalam dipetik daripada drama tersebut adalah kita hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai anak untuk menjaga dan memberikan perhatian
kepada kedua orang ibu bapa terutama apabila mereka sudah tua dan uzur.
1400
2) Baca petikan drama di bawah dengan teliti,kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
DOLLAH : Kau
tahu, kerana kaki aku ini, masyuarat tak pilih aku jadi wakil? Ada orang
berkata, “Dollah memang banyak berjasa pada kampung ni, tapi takkanlah nak
pilih dia jadi wakil? Wakil capik, malulah kita.” Ya, mereka malu. Tetapi,
meminta tolong daripada aku tak malu.
SAOD : Kita
menolong harus kerana Allah, Dollah.
DOLLAH :
Cuba tengok keadaan aku. Meminang, siapa pun tak mahu. Dahlah capik, miskin
pula. Aku hina Saod. Tolong sana, tolong sini, bila sampai masa aku, siapa pun
tak peduli.
SAOD :
Engkau sembahyang, bukan?
DOLLAH : Apa
ada kena-mengena dengan sembahyang?
SAOD :
Engkau sembahyang tak?
(Dipetik daripada drama 1400 oleh Noordin Hassan, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan
Pustaka)
i.
Kenapa Dollah dipinggirkan oleh masyarakat?
( 2m )
ii.
Cadangkan cara yang dapat dilakukan oleh
masyarakat untuk membantu golongan kurang upaya tidak rasa dipinggirkan oleh
masyarakat. ( 3m )
iii.
Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam
petikan di atas dan satu peroalan drama berkenaan. ( 4m )
Cadangan jawapan
i.
Dollah dipinggirkan oleh masyarakat kerana
dia seorang yang capik dan miskin.
ii.
Terdapat beberapa cara yang dapat dilakukan
oleh masyarakat untuk membantu golongan kurang upaya agar mereka tidak terasa
disisihkan. Masyarakat perlu sentiasa penyertaan mereka dalam setiap aktiviti.
Pengusaha tempatan juga boleh menerima golongan ini bekerja dengan mereka
dengan kadar kemampuan golongan ini.
iii.
Persoalan yang terdapat dalam petikan drama
tersebut adalah persoalan diskriminasi masyarakat terhadap golongan kurang
upaya. Jasa Dollah tidak dihargai hanya kerana dia seorang yang capik. Manakala
persoalan dalaml drama adalah persoalan kecetekan iman dalam diri seseorang
individu yang menyebabkan mereka menyesali keadaan dirinya. Dolah menyesali
dirinya yang capik, miskin dan tidak mendapat layanan yang baik daripada ahli
masyarakat.
tq
ReplyDeleteBetul ke ni
ReplyDeleteTrimas ! Amat membantukan
ReplyDeletethank yeee...agar SPM tahun ny berkat......ammmiiinnnnn
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletezaiyad mantap
ReplyDelete