UNSUR PENTING KOMSAS

Tidak seperti mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, kajian unsur sastera dalam Komsas hanya memberi tumpuan kepada unsur-unsur sastera utama sahaja. Ia sebenarnya lebih kepada unsur dalaman atau isi sesuai dengan objektifnya untuk membentuk nilai dan jatidiri remaja di negara kita. Walau bagaimanapun, untuk lebih memahami, pelajar digalakkan mengenal unsur-unsur sastera dengan lebih mendalam. Objektif kedua dalam pembelajaran Komsas ialah untuk lulus peperiksaan.... Betul...? Oleh itu, sila beri perhatian yang lebih kepada unsur-unsur berikut.

Keutamaan Pertama
01. Persoalan
02. Perwatakan
03. Pengajaran
04. Nilai
05. Latar Masyarakat

Keutamaan Kedua
01. Tema
02. Plot
03. Teknik
04. Latar tempat
05. Gaya bahasa ( untuk puisi )

BERKENALAN DENGAN SASTERA

Kepada pelajar tingkatan 4, selamat berkenalan dengan sastera walaupun anda sudah berinteraksi dengan komsas semasa berada di tingkatan satu, dua dan tiga. Interaksi itu tidak bermakna anda telah berkenalan dan kenal dengan sastera. Kepada pelajar tingkatan 5, besar harapan guru agar pada tahun ini anda lebih mengenali dan bermesra dengan sastera. Harapan saya, harapan guru dan harapan Kementerian Pelajaran dalam memperkenalkan komsas adalah tinggi. Bukan sekadar untuk lulus peperiksaan.