AZFA HANANI



Klon soalan SPM bahagian novel sepanjang 10 tahun yang lepas. Boleh diaplikasikan kepada semua novel mengikut zon.


  1    - Tema yang menarik merupakan pendorong kepada pembaca untuk membaca sesebuah novel. Nyatakan tema novel yang telah anda baca.

       2    - Pengarang menyelitkan beberapa persoalan dalam novel yang telah anda baca. Huraikan tiga persoalan utama dalam novel tersebut.

       3    - Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam novel mengandungi nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda baca, bincangkan tiga peristiwa yang membawa nilai murni yang berbeza.

       4    - Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

       5    - Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama.

       6    - Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akan memberikan kepuasan kepada pembacaHuraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji.

       7    - Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

       8    - Novel yang telah anda kaji mengandungi beberapa persoalan utama. Huraikan tiga peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan dalam novel tersebut.

       9    - Watak adalah unsur penting yang menghidupkan dan menggerakkan cerita. Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda baca.

       10   - Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca.

       11   - Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji.

       12   - Nilai kasih sayang terdapat dalam kebanyakan novel yang bercorak kemasyarakatan. Huraikan tiga nilai tersebut berdasarkan novel kajian anda.

       13   - Konflik yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang. Berdasarkan novel kajian anda, nyatakan peranan watak utama dalam menyelesaikan konflik.

       14   - Watak sampingan dalam sesebuah novel juga penting dalam menggerakkan cerita. Nyatakan peranan satu watak  sampingan berdasarkan novel yang telah anda baca.

       15   - Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

       16   - Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut.

       17   - Watak-watak dalam sesebuah novel akan bertentangan dengan sebahagian watak yang lain. Berdasarkan novel yang telah anda baca, nyatakan tiga peristiwa menunjukkan penentangan watak.

       18   - Latar masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah novel mempunyai nilai tersendiri. Huraikan tiga nilai kemasyarakatan dalam novel yang anda kaji.

       19   - Cerita dalam novel menyelitkan banyak nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga contoh yang menunjukkan nilai ketekunan.

       20   - Banyak peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita mencerminkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berpandukan novel yang anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang mencerminkan persoalan maruah.

       21   - Kebanyakan konflik dalam cerita sesebuah novel melibatkan watak utama. Jelaskan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi berdasarkan novel yang telah anda baca.

       22   - Tajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dengan isinya.

       23   - Permulaan yang menarik dalam sesebuah novel akan mempengaruhi pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan novel kajian anda.

       24   - Cerita yang menarik dalam sesebuah novel akan meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca. Nyatakan tiga peristiwa yang meninggalkan kesan kepada anda berpandukan novel yang anda baca.

       25   - Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan tiga latar masa yang penting.

       26   - Watak utama mencerminkan banyak nilai murni. Huraikan tiga contoh nilai ketabahan watak utama dalam novel yang anda kaji.

       27   - Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang menggambarkan  kepincangan dalam masyarakat.

       28   - Plot dalam sesebuah cerita berkembang mengikut peringkat. Huraikan plot novel yang telah anda baca.

       29   - Pengarang telah menggunakan beberapa teknik plot agar penyampaian cerita menjadi lebih menarik. Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel kajian anda.

       30   - Novel yang telah anda baca adalah sebuah novel yang menarik. Tuliskan sinopsis cerita novel tersebut.


Sesiapa yang inginkan contoh jawapan yang lengkap, sila maklumkan kepada saya melalui email.





SINOPSIS

Takut          
Azfa Hanani telah mencuri pinjam beberapa buah buku perpustakaan. Kerika di dalam makmal, kawannya bercakap tentang pencuri yang akan ditangkap tidak lama lagi. Azfa Hanani berasa takut akan digantung atau dibuang sekolah. Namun dia berbuat demikian kerana tekanan hidup. Dia anak yatim piatu dan tinggal dengan bapa saudara yang serba kekurangan. Azfa Hanani bertambah takut apabila dia dipanggil ke bilik pengetua oleh pengawas sekolah.


Siapa Mereka?
Di bilik pengetua terdapat  Syarifah Rozan yang telah dikenalnya. Dia diperkenalkan dengan Tengku Mazran dan Syafinaz. Mereka mengakui wajah Azfa Hanani memang seiras dengan Tengku Murni yang telah meninggal dunia. Mereka mahu Azfa Hanani mengikut mereka untuk menenteramkan perasaan Datin Maziah yang tidak dapat menerima kematian anak kesayangannya. Azfa Hanani setuju sekiranya mendapat keizinan daripada Pak Longnya.

Kerana Terdesak
Azfa Hanani mendapat keizinan daripada pak long dan mak longnya. Tengku Mazran datang ke rumah Azfa Hanani untuk menjemputnya. Tangku Mazran berjanji sekiranya Azfa Hanani setuju dengan permintaan mereka, mereka akan menanggung kos perubatan anak pak longnya. Azfa Hanani juga mengenangkan dia akan ditangkap dan dibuang sekolah oleh pihak Sekolah Menengah Seri Dian, dia juga menerima tawaran tersebut. Selain daripada itu dia juga akan diberhentikan sekolah pada suatu hari nanti kerana pak longnya tidak mempu  untuk menanggung kos persekolahannya.
                                
Seawal Kehadiran
Tangku Mazzran, Syafinaz dan Azfa Hanani menginap di Hotel Universe terlebih dahulu. Mereka mengajar Afza Hanani tentang perwatakan dan kebiasaan Tengku Murni. Sesampai di rumah Datin Maziah, Afza Hanani dibawa ke bilik Tengku Murni. Abang Tengku Murni, Tengku Muzaffar telah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Azfa Hanani disuruh berehat. Dia teringatkan Nordin yang menemuinya semasa dia hendak berangkat ke Kuala Lumpur. Nordin menjelaskan bahawa pencuri yang ditangkap ialah beberapa orang pelajar lelaki. Apabila Azfa Hanani bertemu dengan Datin Maziah, dia dapat melakukan apa yang diajar kepadanya dengan baik.
                                     
Sebagai Pelajar Baru
Azfa             Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Dia berkenalan dengan Tengku Ellina, sepupu kepada Tengku Murni dan juga Ekran, Andiani serta pelajar yang memusuhi Tengku Murni iaitu Laini, Syafikah dan Fuziana. Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa beg duit, kad ATM dan kad pengenalan Tangku Murni belum dijumpai.

Imbalan Budi
Sekembali dari sekolah, Datin Maziah menunggu untuk makan bersama. Datin Maziah memasak untuk Azfa Hanani. Datin Maziah menegur Azfa Hanani yang makan sedikit daripada biasa. Di dalam bilik, Azfa Hanani melihat dan membaca diari Tengku Murni untuk lebih mengenali hal peribadi Tengku Murni.

Kerenah Laili
Azfa hanani menulis surat kepada pak long sekeluarga. Kemudian dia ke sekolah untuk menghadiri perjumpaan pelajar tingkatan lima. Mereka mengadakan mesyuarat tentang pelaksanaan projek hari Sumbangsih. Taklimat disampaikan oleh Ekran. Laili tidak puas hati kerana tidak diberikan peranan mengendalikan slot Malam Bakat Sumbangsih. Selepas mesyuarat, Azfa Hanani pergi ke Plaza Cahaya untuk mendaftar kelas Bahasa Inggeris dan kelas Bahasa Jepun. Semasa mencari hentian teksi dia terserempak dengan Ekran sedang menjual burger.

Tertanya-tanya
Ketika di perpustakaan sekolah, Fuziana dan Syafikah menawarkan peranan pengacara Malam Bakat  Sumbangsih kepada Azfa Hanani. Azfa Hanani menolak tawaran itu kerana menyedari bahawa slot itu sepetutnya dikendali kan oleh pelajar tingkatan lima Sastera II. Selain daripada itu Azfa Hanani dapat membaca bahawa mereka tidak ikhlas. Di rumah malam itu, Tengku Muzaffar menegurnya dengan baik. Tengku Muzaffar berjanji akan mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer.     

Ekran
Azfa Hanani nekad untuk menemui Ekran. Selepas kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun, dia diganggu oleh Iskandar. Iskandar menggodanya dan mahu menghantar Azfa Hanani pulang. Azfa Hanani pergi ke tempat Ekran menjual burger. Ekran menjelaskan bahawa dia ingin menjadi akauntan. Menjual burger adalah satu peluang untuk dia belajar secara praktikal.

Meluah Rasa
Azfa Hanani menghubungi Syafinaz untuk mendapat kebenaran ke Pesta Buku. Setelah medapat kebenaran, Azfa Hanani bersama Ekran ke sana. Dalam perjalanan, Ekran menjelaskan bahawa ayah Laili pernah menderma sebanyak RM 10 ribu kepada Persatuan Pelajar Tingkatan Lima. Itulah sebab diaberlagak sombong dan Ekran tidak begitu membangkangnya. Mereka kemudiannya terserampak dengan Tengku Muzaffar sedang menunggang motosikal.

Bukan Dirancang
Tengku Ellina meminta Azfa Hanani ke rumahnya. Azfa Hanani meminta kebenaran daripada Datin Maziah. Datin Maziah keberatan kerana peperiksaan SPM sudah dapat. Namun setelah dipujuk, Datin memberikan kebenaran. Azfa Hanani dihantar oleh Tengku Muzaffar. Azfa Hanani diminta memainkan peranan Tengku Ellina sebagai pengerusi forum remaja untuk sesi latihan hari itu kerana Tengku ellina terpaksa mengendalikan mesyuarat projek Hari Sumbangsih. Suara dan kebolehan Azfa Hanani membuatkan rakan meminta dia menggantikan Tengku Ellina sebagai pengerusi.

Melulu
Pertandingan forum remaja akan berlangsung tidak lama lagi. Azfa Hanani dan rakannya membuat persiapan terakhir. Dia mendapat tahu gerai burger Ekran telah dibakar malam tadi. Dia terus mencari Ekran di bilik persatuan pelajar tingkatan lima. Ekran tidak ada. Laili muncul marah kerana Azfa Hanani tidak menerima tawarannya. Kata-kata berupa ugutan dan penghinaan menyebabkan perasaan Azfa Hanani gementar.

Hadiah Bererti
Pasukan forum remaja telah menang pertandingan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai pengerusi terbaik. Dia mendapat pujian daripada rakan termasuk Tengku Ellina. Datin Maziah telah mengadakan parti hari jadi Murni yang ke-17. Azfa Hanani terharu kerana tidak pernah menyambut hari jadi seumpama itu. Dia terlebih dahulu dibimbing oleh Syafinaz untuk mengendalikan parti itu. Ekran datang lewat dan tidak mahu masuk. Dia memberikan hadiah dan terus berlalu.         Selesai majlis, Tengku Mazran memberitahu Azfa Hanani bahawa sepupunya Zuraini yang ditemani oleh pak long, Abang Norman dan Kak Rozan telah menemui kiai di Jakarta dan mempunyai harapan sembuh. Azfa Hanani menyatakan perasaan rindu kepada keluarga di kampung dan rakan-rakan lama.

Misteri yang Tersimpan
Tengku Mazran memberikan telefonnya untuk digukana oleh Azfa Hanani. Dia telah menghubungi rakan-rakan lamanya. Syafinaz menjemput Azfa Hanani makan.namun dia enggan dengan alasan masih kenyang. Tengku Muzaffar menunaikan janjinya mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer. Bekalan elektrik terputus menyebabkan pembelajaran terhenti. Azfa Hanani membukan hadiah termasuklah hadiah yang diberikan oleh Ekran. Dia terkejut kerana mendapati kad pengenalan dan wang kepunyaan Tengku Murni.

Kunjungan Mengejut
Melalui perbualan telefon dengan pak long, Azfa Hanani dapat tahu bahawa Zuraini sudah boleh berjalan. Mereka akan pulang pada hari itu. Azfa Hanani mahu ke lapangan terbang untuk menemui mereka namun ditegah oleh Syafinaz. Azfa Hanani ke kelas Bahasa Inggeris. Sepulang ke rumah dia terkejut melihat pak long dan Zuraini ada di rumah tersebut. Dia berbual panjang dengan Zuraini. Di sudut lain pak longnya dan Datuk Tengku Makmur berbual panjang dengan pak longnya. Datin Maziah tidak ada di rumah.

Hari Sumbangsih
Hari sumbangsih berjalan dengan lancar. Azfa Hanani diberitahu rakannya bahawa Laili membawa Iskandar ke sekolah. Azfa Hanani cuba mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang beg duit dan kad pengenalan Tengku Murni. Dia berjaya menemui Ekran di dalam bilik persatuan tingkatan lima. Ekran menjelaskan hubungannya dengan Tengku Murni dan menunjukkan beberapa keping gambar. Atas alasan tertentu mereka berpisah dan beg duit Tengku Murni tertinggal di dalam bilik itu. Hari itu juga Tengku Murni menemui ajal.

Terusir
AZfa Hanani mengkaji kandungan diari Tengku Murni. Dengan mengunakan lilin dia dapat mengesan beberapa perkataan yang dipadamkan. Dia menemui Tengku Muzaffar untuk mendapatkan penjelasan. Tengku Muzaffar mengakui dia menghalang hubungan Tengku Murni dengan Ekran kerana Ekran miskin dan tidak ada masa depan. Azfa Hanani terhina dan belaku pertengkaran sehingga didengar oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar dan dihalau pada malam itu juga.     

Hakikat
Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani ke rumah Tengku Ellina. Kemudian baru pulang ke kampung. Dia rasa bahagia walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan kerana tidak perlu bersikap hipokrit. Dia telah nekad untuk tidak kembali ke rumah Datin Maziah lagi. Tengku Mazran, Syafinaz, Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur datang menemui Azfa Hanani. Mereka memohon maaf atas apa yang berlaku. Datuk Tengku Makmur memberitahu Azfa Hanani bahawa dialah yang memyebabkan ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani sempat disusui oleh Datin Maziah. Kemudian daripada itu. Anak itu tidak dapat dikesan untuk dibantu. Hal itu diketahui oleh Datuk Tengku Makmur semasa pak long Azfa Hanani berkunjung ke rumah mereka semasa pulang dari Jakarta.

Segala-galanya Berakhir
Azfa Hanani kembali semula ke rumah Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identity asalnya Nani. Dia juga meminta tidak dimanjakan. Kutipan Hari sumbangsih mencecah RM 16,655.00. Fuziana dan Syafikah meminta maaf daripada Azfa Hanani atas sikapnya sebelum itu. Laili terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa membonceng motosikal Iskandar. Iskandar maninggal di tempat kejadian manakala Laili dirawat di wad ICU. Pasukan forum remaja telah menjadi johan peringkat negeri. Azfa Hanani telah diumumkan sebagai pengerusi terbaik peringkat negeri.  Azfa Hanani pergi ke rumah Ekran. Dia dapati Tengku Muzaffar ada di situ. Dia sedang menyiapkan gerai burger. Tengku Muzaffar salah sangka. Ekran anak kepada pensyarah universiti tempatan. Ibu bapanya melanjutkan plajaran ke peringkat kedoktoran di Amerika Syarikat. Selama itu dia tinggal di rumah datuknya.


******** 1

TEMA

Novel Azfa Hanani  bertemakan kemasyarakatan iaitu peranan dan tanggungjawab seorang gadis untuk menyelamatkan seorang ibu dan keluarga sendiri yang di belenggu kemiskinan.  Gadis yang dimaksudkan itu ialah Azfa Hanani yang merupakan watak utama dalam cerita. Dia adalah anak yatim piatu selepas ibu dan bapanya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya yang dipanggil pak long yang hanya bekerja sebagai penoreh getah. Dia mempunyai empat sepupu termasuk Zuraini yang lumpuh. Kehidupan yang miskin membuatkan persekolahan Azfa Hanani juga menjadi sukar. Dia juga menanti hari-hari dia diberhentikan kerana ketiadaan belanja daripada pak longnya. Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa mencuri pinjam buku-buku dari perpustakaan sekolahnya. Kehilangan buku-buku itu disedari oleh pihak perpustakaan. Azfa Hanani kemungkinan digantung persekolahan atau dibuang sekolah.

Kedatangan Tengku Mazran dan Syafinaz ke sekolahnya telah menyelamatkan keadaan. Azfa Hanani telah menerima tanggungjawab yang baru sebagaimana diminta oleh Tengku Mazran. Dengan menerima tawaran itu, beberapa masalah dapat diselesaikan. Dia dapat meringankan beban pak longnya menanggung persekolahannya. Selain daripada itu dia juga dapat menolong pak longnya mengubati Zuraini yang lumpuh sebagaimana yang dijanjikan oleh Tengku Mazran sekiranya Azfa Hanani menerima tawaran itu. Perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh Azfa Hanani ialah menyelamatkan seorang ibu daripada tekanan perasaan setelah anak kesayangannya meninggal dunia. Azfa Hanani menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tengku Murni untuk menyelesaikan semua masalah tersebut.

Setelah berada di rumah Datin Maziah, sedikit wang telah dihantar oleh Azfa Hanani kepada pak longnya untuk meringankan beban. Dia juga dapat bersekolah denganbaik tanpa memikirkan akan diberhentikan persekolahan kerana kesuntukan wang. Sebagaimana yang dijanjikan oleh Tengku Mazran, Zuraini telah dihantar menjalani rawatan di Jakarta sehinggalah dia dapat berjalan. Dia juga dapat mengatasi perasaan rindu dan sayang Datin Maziah terhadap anaknya Tengku Murni walaupun seketika. Datin Maziah dapat mengesan perbezaan antara Azfa Hanani dengan anaknya Tengku Murni. Namun dia diterima semula setelah keluarga Datin Maziah mengetahui bahawa Azfa Hanani pernah disusuinya setelah ibu dan bapanya meninggal akibat daripada kecuaian Tengku Makmur semasa memandu.




PERSOALAN

Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis ialah persoalan kasih sayang dalam kalangan hali keluarga. Datin Maziah terlalu sayangkan anaknya Tengku Murni sehingga anaknya tengku Mazran tidak sanggup untuk memberitahu keadaan sebenar bahawa Tengku Murni telah meninggal  akibat kemalangan yang berlaku. Tengku Mazran amat takut perasaan Datin Maziah terganggu. Keadaan itulah yang menyebabkan dia meminta Azfa Hanani yang seiras dengan  Tengku Murni menyamar sebagai Tengku Murni.  Azfa Hanani juga sayang kepada keluarga pak longnya. Dia meneyedari keadaan pak longnya dan dapat menerima keadaan itu. Dia reda andainya dia diberhentikan daripada persekolahan oleh pak longnya. Dia juga mengirimkan wang kepada pak longnya semasa berada di rumah Datin Maziah.    

Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalan kemiskinan dan masalah hidup masyarakat luar bandar. Pak long hanyalah bekerja sebagai penoreh getah yang mempunyai tanggungan seramai empat orang anak sendiri dan seorang anak saudara iaitu Azfa Hanani. Selain daripada itu dia juga mempunyai seorang anak  yang lumpuh. Sebahagian daripada pendapatannya digunakan untuk rawatan anak yang lumpuh menyebabkan belanja persekolahan Azfa Hanani tidak dapat dibiayai dengan baik. Namun begitu pak long tidak mampu untuk mendapatkan  rawatan yang lebih baik untuk anaknya. Mereka tinggal di rumah yang berdinding buluh dan beratap nipah. Kerana kekangan itu pak long merancang untuk memberhentikan Azfa Hanani daripada persekolahan walaupun Azfa Hanani merupakan salah seorang murid cemerlang dalam kelasnya. Kemiskinan itu juga menyebabkan Azfa Hanani mencuri pinjam buku rujukan di perpustakaan kerana ketiadaan wang untuk membelinya.

Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Azfa Hanani persoalan perbezaan darjat  antara dua golongan masyarakat sehingga menyebabkan hubungan menjadi renggang. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui tindakan Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur sendiri. Tengku Musaffar telah menghalang hubungan Tengku Murni dengan Ekran menyebabkan hubungan mereka terputus. Ekran telah mengambil tindakan tersebut atas desakan Tengku Muzaffar. Mereka bertengkar dan hari itu juga Tengku Murni memandu dan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Semasa Azfa Hanani tinggal di rumah mereka, sekali lagi Tengku Muzaffar mengambil tindakan yang sama menyebabkan Ekran menjauhkan diri dairpada Azfa Hanani. Tengku Muzaffar sendiri mengakui bahawa dia tidak mahu Tengku Murni dan Azfa Hanani berkawan dengan Ekran yang miskin dan tidak mempunyai masa depan. Manakala Datuk Tengku Makmur pula memberi upah kepada Azfa Hanani. Ia merupakan satu menghinaan kepada golongan miskin sepertinya.

Pengarang  juga mengungkapkan persoalan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar. Azfa Hanani seorang pelajar yang cemerlang semasa belajar di Sekolah Menengah Sri Dian. Dia  mendapat keputusan yan cemerlang dalam peperiksaan SRP.Namun bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dia hanya pendapat keputusan P7. Semasa belajar di sekolah baru iaitu di Sekolah Menengah Taman Sari, dia menjadi bahan ejekan kawannya kerana tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Semasa pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris Azfa Hanani tidak dapat membincangkan tajuk yang diberikan oleh guru dengan berkesan sedangkan kawan-kawan yang lain dapat bertutur dengan lancar. Namun semasa mata pelajaran Fizik pula Azfa Hanani dapat menjawab dengan lancar dan yakin. Oleh sebab kelemahan itu dia terpaksa belajar Bahasa Inggeris di Pusat Lingua Franca semasa beada di rumah Datin Maziah.

Pembaca juga dapat mengesan persoalan persaingan yang tidak sihat dalam kalangan pelajar sekolah. Pertentangan ini wujud kesan daripada sikap segelintir pelajar yang mempunyai perasan bangga diri. Sikap ini ditunjukkan oleh Laili dan kawannya Fuziana dan Syafikah. Laini bersikap bongkak kerana ayahnya pernah menderma sebanyak RM 10 ribu kepada persatuan pelajar tingkatan lima untuk dijadikan modal Hari Sumbangsih. Dia bersiang dengan Tengku Murni dalam segala hal. Walaupun Tengku Murni sudah tiada, dia tetap mahu bersaing dengan Azfa Hanani yang berada di tempat Tengku Murni di sekolah berkenaan. Laini cuba untuk mengganggu dan mengambil peranan pelajar tingkatan Lima Sastera II yang diamanahkan untuk menjayakan Malam Bakat Sumbangsih. Dia pernah meminta Fuziana dan Syafikah mengajak Azfa Hanani untuk turut sama menyertai mereka. Walaupun pelajar lain membantah, Laini tetap dengan kemahuannya mengendalikan malam bakat tersebut.

Watak Tengku Murni dan Azfa Hanani sendiri menggambarkan persoalan cara hidup golongan kaya atau berada. Azfa Hanani telah menjalani kehidupan sebagai anak orang kaya selepas dia menerima tawaran untuk berlakon dan mengambil tempat Tengku Murni yang telah meninggal dunia. Walaupun hatinya tidak menyenangi keadaan itu, namun dia terpaksa menuruti kehendak Tengku Mazran dan Syafinaz. Bukan sahaja tinggal di rumah yang mewah tetapi juga mempunyai peralatan yang canggih seperti komputer. Azfa Hanani sendiri tidak tahu menggunakannya. Dia dihantar oleh Tengku Mazran atau Syafinaz jika hendak ke sekolah atau ke mana-mana. Dia tidak dibenarkan naik bas sebaliknya dia dikehendaki naik teksi sekiranya tidak ada sesiapa yang dapat menghantarnya. Dia juga tidak dibenarkan berkawan dengan orang miskin sebagaimana yang ditegah oleh Tengku Muzaffar. Selain daripad aitu dia tidak menghadapai  masalah kewangan keranan dia selalu dibekalkan dengan wang yang mencukupi.

Melalui watak Ekran pula pembaca mendapat gambaran tentang persoalan cita-cita dan masa depan seseorang pelajar. Ekran seorang yang bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi seorang akauntan. Dia telah merancang dari awal untuk mencapai cita-cita tersebut. Selepas peperiksaan SRP dia tidak mengikut rakannya belajar dalam aliran sains di tingkatan empat. Dia sebalinya belajar di kelas aliran sains sosial kerana terdapat mata pelajaran akaun. Jika di dalam kelas dia mempelajarinya secara teori, selepas waktu persekolahan pula dia mempraktikkan pelajaran yang dipelajari. Dia membuka gerai burger. Dia memberitahu Azfa Hanani bahawa dengan berniaga dia dapat mempraktikkan pengetahuan tentang akaun keluar dan akaun masuk serta tabungan.


******** 2






WATAK DAN PERWATAKAN


   

A)    AZFA HANANI

Azfa Hanani berumur 19 tahun. Ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dia masih kecil. Sejak dari kecil dia dijaga dan dibesarkan oleh bapa saudaranya yang hanya bekerja sebagai seorang penoreh getah. Dia belajar di Sekolah Menengah Sri Dian bermula dari tingkatan empat. Semasa di tingkatan lima dia telah bertukar ke Sekolah Menengah Taman Sari setelah dia bersetuju dengan tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Dai mempunyai empat orang adik sepupu termasuk seorang yang lumpuh iaitu Zuraini. Di Sekolah Menengah Taman Sari dia telah bekawan dengan sepupu Tengku Murni iaitu Tengku Elliana. Dia diminta menyemar sebagai tengku Murni, anak kepada Datin Maziah yang terbunuh akibat kemalangan jalan raya. Setelah identitinya diketahui oleh Datin Maziah, dia dihalau dari rumah. Namun demikian dia diterima semula setelah dia mengetahui bahawa ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dalam kemalangan jalan raya akibat daripada kelalaian Datuk Tengku Makmur sendiri. Manakala Azfa Hanani pernah disusui seketika selepas kematian ibu bapanya.

Antara perwatakan Amira ialah seorang yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dalam peperiksaan SRP dia hanya pendapat keputusan P7 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Semasa belajar di  Sekolah Menengah Taman Sari, Azfa Hanani tidak dapat membincangkan tajuk yang diberikan oleh guru dengan berkesan sedangkan kawan-kawan yang lain dapat bertutur dengan lancar. Namun semasa mata pelajaran Fizik pula Azfa Hanani dapat menjawab dengan lancar dan yakin. Oleh sebab kelemahan itu dia terpaksa belajar Bahasa Inggeris di Pusat Lingua Franca semasa berada di rumah Datin Maziah.

Azfa Hanani juga merupakan seorang yang prihatin terhadap tekanan hidup orang lain. Keprihatinannya dapat diperhatikan daripada tindakan Azfa Hanani apabila dia memahami keadaan pak longnya yang dibelenggu kemiskinan. Dia tahu pendapatan pak longnya sebagai penoreh getah tidak dapat menampung belanja persekolahannya. Oleh yang demikian dia bersedia untuk diberhentikan daripada persekolahannya. Azfa Hanani juga prihatin terhadap tekanan perasaan yang dialami oleh Datin Maziah setelah diceritakan oleh Tengku Mazran. Oleh yang demikian dia telah menerima permintaan Tengku Mazran untuk menolong ibunya dengan menyamar sebagai anak kesayangan Datin Maziah iaitu Tengku Murni.

Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Azfa Hanani seorang yang tabah dalam menempuh cabaran hidup. Sikap ini terserlah sejak dari awal cerita. Azfa Hanani yang memahami keadaan pak longnya yang miskin sanggup berulang-alik ke sekolah setiap hari dengan menggunakan bas. Jarak antara rumahnya ke sekolah ialah lima belas kilometer. Dia tidak menginap di asrama kerana memerlukan perbelanjaan. Wang biasiswanya digunakan untuk membayar yuran dan langganan bulanan bas sekolah. Semasa tiba di rumah Datin Maziah, dia tabah menerima ejekan dan penghinaan daripada Tengku Muzaffar.

Pengarang novel ini juga menggambarkan Azfa Hanani seorang yang penyayang terhadap keluarga. Apabila Azfa Hanani menerima permintaan Tengku Mazran untuk pergi ke rumah Datin Maziah, dia sayang untuk meninggalkan pak long sekeluarga. Namun kerana desakan hidup dia tetap pergi ke rumah tersebut. Semasa di rumah Datin Maziah, dia terasa rindu kepada pak longnya sekeluarga. Dia telah menulis surat kepada mereka untuk bertanya khabar. Azfa Hanani juga menyatakan perasaan rindu tersebut kepada Tengku Mazran dan Syafinaz. Dia diberikan telefon untuk menghubungi pak longnya di kampung. Semasa pak longnya bersama Zuraini pulang dari Jakarta, Azfa Hanani terlelu ingin ke lapangan terbang untuk menemui mereka.

Selain daripada itu Azfa Hanani merupakan seorang remaja yang pasrah dan reda dalam menerima ketentuan atau takdir terhadap dirinya. Semasa hidup di kampung bersama pak longnya, Azfa Hanani sudah membayangkan bahawa dia akan diberhentikan daripada persekolahan akibat daripada kesempitan hidup. Dia dapat menerima kenyataan itu kerana sifat prihatin dan faham akan keadaan pak longnya yang hanya bekerja sebagai penoreh getah. Semasa di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani juga telah bersedia menerima apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi sekiranya Datin Maziah tahu bahawa dia menyamar sebagai Tengku Murni.

Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Azfa Hanani seorang yang rajin berusaha untuk menuntut ilmu. Dia sedar bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli buku. Dia juga tidak sanggup untuk meminta daripada bapa saudaranya pak long mengenangkan kehidupan mereka yang dihimpit kemiskinan. Namun oleh kerana keinginannya untuk menimba ilmu dia sanggup mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan semasa di Sekolah Menengah Sri Dian. Dia berjanji akakn memulangkan buku-buku berkenaan setelah dia habis menelaah. Ekoran daripada tindakannya, dia sanggup menanggung risiko tindakan disiplin ke atasnya setelah kehilangan buku di perpustakaan disedari oleh guru.

Perwatakan lain yang ada pada diri Azfa Hanani ialah sentiasa merendah diri. Dia selalu ingat bahawa dia adalah daripada keluarga yang miskin. Walaupun dia berada di rumah Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, dia tetap meletakkan dirinya sebagai seorang yang miskin. Kikap merendah dirinya pernah ditegur oleh Syafinaz. Selain daripada itu, ramai kawan-kawan sekelasnya memuji tentang suaranya yang lunak dan menggalakkan dia menjadi seorang juruhebah. Namun dia tidak berasa megah dengan pujian tersebut. Dia telah diumumkan sebagai pengerusi terbaik dalam pertandingan forum remaja peringkat negeri. Namun dia menganggap kejayaanitu adalah kejayaan kumpulannya.


B)     EKRAN

Ekran merupakan kawan sekelas Azfa Hanani di Sekolah Menengah Taman Sari. Dia juga seorang pengerusi persatuan pelajar tingkatan lima sekolah tersebut. Ibu dan bapanya merupakan pensyarah universiti yang sedang melanjutkan pelajaran peringkat kedoktoran di Amerika Syarikat. Sepanjang ketiadaan ibu bapanya, dia tinggal dengan datuknya. Ekran juga merupakan kawan istimewa kepada Tengku Murni. Hubungan mereka putus setelah Tengku Muzaffar menghalang perhubungan mereka. Dia juga berkawan rapat dengan Azfa Hanani namun sekali lagi dia dihalang oleh Tengku Muzaffar.

Dari segi perwatakan, Ekran digambarkan sebagai seorang yang bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi seorang akauntan. Dia telah merancang dari awal untuk mencapai cita-cita tersebut. Selepas peperiksaan SRP dia tidak mengikut rakannya belajar dalam aliran sains di tingkatan empat. Dia sebaliknya belajar di kelas aliran sains sosial kerana terdapat mata pelajaran akaun. Jika di dalam kelas dia mempelajarinya secara teori, selepas waktu persekolahan pula dia mempraktikkan pelajaran yang dipelajari. Dia membuka gerai burger. Dia memberitahu Azfa Hanani bahawa dengan berniaga dia dapat mempraktikkan pengetahuan tentang akaun keluar dan akaun masuk serta tabungan.

Ekran juga merupakan seorang pemimpin persatuan yang berkebolehan dan disegani. Sikap ini terbukti apabila tidak ada sesiapa yang mencabar Ekran semasa pemilihannya sebagaipengerusi persatuan pelajar tingkatan lima sekolah  berkenaan. Dia juga berjaya melaksanakan projek Hari Sumbangsih dengan jayanya sehingga kutipan yang diterima lebih daripada yang dijangkakan. Dalam melaksanakan program itu, Ekran berjaya merancang dan membahagi tugas dengan baik. Dia juga telah mengadakan mesyuarat untuk memaklumkan tugasan tersebut pada hari Sabtu. Azfa Hanani juga hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Pengarang novel menggambarkan watak Ekran sebagai seorang yang tabah. Sikap ini terserlah apabila dia tabah menerima perpisahannya dengan Tengku Murni setelah Tengku Muzaffar menghalang perhubungan mereka. Perpisahan itu adalah perpisahan selama-lamanya apabila Tengku Murni meninggal akibat daripada kemalangan jalan raya. Dia juga tabah menerima dugaan hidup apabile sekali lagi dia dihalang oleh Tengku Muzaffar untuk menjalin hubungan dengan Azfa Hanani. Dia hanya menjauhkandiri daripada Azfa Hanani. Selain daripada itu dia tidak bertindak balas apabila gerai burgernya dibakar. Dia hanya mendiamkan diri.

Perwatakan lain yang terdapat pada diri Ekran ialah dia bijak membahagikan masa dan mengisi masanya dengan aktiviti yang berfaedah. Setelah tamat waktu persekolahan dia terus membuka gerai perniagaan burgernya. Dia sedar bahawa ibu bapanya tidak suka dia menghabiskam masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Oleh itu dia meminta kebenran daripada bapanya untuk berniaga. Dia akan menutup gerai burgernya menjelang petang. Manakala pada waktu malam dia akan belajar dan mengulangkaji pelajaran.



C)    TENGKU MURNI

Tengku Murni adalah anak kepada Catin Maziah dan Datuk Tengku Makmur. Adik kepada Tengku Mazran dan Tengku Muzaffar. Berusia 16 tahun semasa dia meninggal dunia akibat daripada kemalangan jalan raya. Kawan dan sepupu kepada Tengku Ellina. Wajahnya seiras dengan Azfa Hanani. Watak Tengku Murni tidak wujud secara langsung dalam cerita kerana dia telah meninggal dunia. Walau bagiamanapun pembaca mendapat gambaran tentang perwatakannya melalui pemerian pengarang dan dialog tengku Mazran dan Syafinaz.

Tengku Murni digambarkan sebagai seorang yang taat kepada ibu. Dia akan mengikut apa sahaja kata ibunya Datin Maziah tanpa membantah. Sifat inilah yang membezakan watak Tengku Murni dengan Azfa Hanani yang menyebabkan Datin Maziah dapat meneka bahawa Azfa Hanani bukanlah anaknya Tengku Murni. Tengku Murni tidak membantah apabila diajak oleh Datin Maziah untuk makan bersama sedangkan Azfa Hanani adakalanya menolak. Azfa Hanani juga membantah kata-kata Datin Maziah untuk tidak pergi ke rumah Tengku Ellina sedangkan Tengku Murni akan taat dengan kehendak ibunya itu.

Pembaca juga mendapati Tengku Murni seorang yang manja dengan ibunya Datin Maziah. Dia akan duduk di samping ibunya semasa menonton televisyen. Datin Maziah juga akan mengucup dahinya setelah dia pulang dari sekolah atau dari tempat lain. Malah Tengku Murni akan merengek kepada Datin Maziah untuk mendapatkan seuatu yang diinginkan. Sifat ini telah dipraktikkan oleh Azfa Hanani pada waktu makan apabila dia tersedak nasi. Azfa Hanani merengek agar Datin Maziah sendiri mengambil air untuknya.

Melalui kawannya di sekolah iaitu Teng Ellina, Tengku Murni digambarkan sebagai seorang yang peramah dan mudah mesra. Dia disenangi oleh semua pelajar di sekolah berkenaan. Dia mesra dengan semua pelajar terutama pelajar sekelasnya. Sifat inilah yang menonjolkan dirinya berbanding dengan kawan-kawan yang lain sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Laili, Fuziana dan Syafikah.


********* 3





PLOT


Plot pada peringkat permulaan dalam  novel ini pengarang telah memperkenalkan watak utama iaitu Azfa Hanani yang berada di sekolah. Dia berasa takut  apabila kawan-kawannya memberitahu bahawa pelajar yang mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti oleh guru. Pelajar berkenaan akan ditangkap tidak lama lagi. Dalam ketakutan itu Azfa Hanani pasrah dengan apa yang bakal berlaku serta tindakan yang bekal dikenakan terhadapnya. Melalui percakapan kawan-kawanya, pelajar yang mencuri itu boleh dikenakan tindakan gantung persekolahan atau dibuang sekolah. Azfa Hanani memikirkan bahawa nama baiknya akan tercemar dan akan memalukan pak longnya. Kedatangan Tengku Mazran dan Syafinaz menjadi penyelamat bagi Azfa Hanani. Wajahnya seiras dengan Tengku Murni yang meninggal dunia menyebabkan Tengku Mazran meminta pertolongannya. Dia diminta menyamar sebagai tengku Murni untuk mengawal perasaan Datin Maziah yang terlalu sayangkan anaknya. Datin Maziah tidak dapat menerima kehilangan Tengku Murni. Azfa Hanani menerima permintaan itu untuk menyelesaikan masalahnya di sekolah dan juga untuk meringankan beban pak longnya yang hidup dalam kesempitan.

Plot segera beralih ke peringkat perkembangan apabila Azfa Hanani telah dibawa ke rumah Datin Maziah. Tengku Mazran membawa Azfa Hanani bermalam di hotel di Kuala Lumpur. Azfa Hanani diajar tentang watak dan perwatakan Tengku Murni untuk ditiru dan dihayati oleh Azfa Hanani. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani dia telah menghadapi beberapa konflik. Pertama ialah konflik identity kerana Azfa Hanani tidak suka menggunakan pengenalan orang lain. Namun dia terpaksa menggunakan indentiti Tengku Murni di hadapan Datin Maziah. Dia dipanggil Nini. Selain di hadapan Datin Maziah dia mahu dipanggil Nani. Dia juga rasa terhina dengan kata-kata Tengku Muzaffar semasa dia mula-mula sampai ke rumah itu menyebabkan tekanan perasaan Azfa Hanani bertambah.

Azfa Hanani juga menghadapi konflik di sekolah. Dia berhadapan dengan Laili, Faizura dan Syafikah yang  bersaing dengan cara tidak sihat dengannya. Mereka masih menerima Azfa Hanani sebagaimana mereka menerima Tengku Murni kerana wajah Azfa Hanani yang sama dengan Tengku Murni. Atas nasihat daripada Tengku Ellina, dia dapat menguasai perasaan dan keadaan walaupun dia pernah diperli dan diugut oleh Laili. Azfa Hanani seterusnya berkonflik dalam dirinya apabila kawannya Ekran tiba-tiba menjauhkan diri daripadanya setelah terserempah dengan Tengku Muzaffar. Sikap Ekran yang demikian membuatkan Azfa Hanani berusaha untuk mencungkil rahsia Tengku Murni dan Ekran. Persoalan dalam fikiran Azfa Hanani memuncak apabila dia menerima hadiah hari jadi daripada Ekran. Dalam bungkusan itu terdapat beg duit, duit dan kad pengenalan Tengku Murni.  Apabila berkesempatan untuk bertemu dengan Ekran, Azfa Hanani dijelaskan tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni yang dihalang oleh Tengku Muzaffar. Tengku Murni dan Ekran bergaduh. Tengku Murni menemui ajal pada hari itu juga.

Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Azfa Hanani mengkaji kandungan dan tulisan yang terpadam dalam diari tulisan Tengku Murni. Azfa Hanani telah mengetahui bahawa Tengku Muzaffar yang menghalang perhubungan Tengku Murni dengan Ekran. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana hubungannya dengan Ekran juga dihalang oleh Tengku Muzaffar. Pertengkaran telah berlaku antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar. Azfa Hanani tidak mahu Tengku Muzaffar menghalang hubungannya dengan Ekran kerana mereka sama-sama anak orang miskin. Pertengkaran itu diketahui oleh Datin Maziah menyebabkan rahsia penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Datin Maziah amat marah lalu menampar Azfa Hanani dan menghalau Azfa Hanani keluar dari rumah.

Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula setelah Azfa Hanani meninggalkan rumah. Dia dihantar oleh Tengku Muzaffar ke rumah kawannya Tengku Ellina. Azfa hanani kemudiannya pulang ke kampung. Datuk Tengku Makmur, Datin Maziah, Tengku Mazran dan Syafinaz datang menemui Azfa Hanani di kampung. Mereka meminta mamaf daripada Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan ayah dan ibu Azfa Hanani meninggal dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani sempat disusui oleh Datin Maziah. Azfa Hanani kembali semula ke rumah Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identity asalnya Nani. Dia juga meminta tidak dimanjakan. Azfa Hanani pergi ke rumah Ekran. Dia dapati Tengku Muzaffar ada di situ. Dia sedang menyiapkan gerai burger. Tengku Muzaffar salah sangka. Ekran anak kepada pensyarah universiti tempatan. Ibu bapanya melanjutkan plajaran ke peringkat kedoktoran di Amerika Syarikat. Selama itu dia tinggal di rumah datuknya.



********* 4



LATAR


A) LATAR TEMPAT

Peristiwa dalam novel Azfa Hanani berlaku di beberapa latar tempat. Antara latar tempat yang penting ialah di Sekolah Menengah Seri Dian. Latar tempat ini digambarkan oleh pengarang pada awal cerita. Di sini tempat Azfa Hanani bersekolah di tingkatan empat dan lima. Jaraknya lima belas kilometer dari rumah Azfa Hanani. Azfa Hanani terpaksa berulang-alik dari rumahnya ke sekolah ini dengan menggunakan bas sekolah. Antara peristiwa penting yang berlaki di tempat ini ialah peristiwa ketakutan Azfa Hanani kerana dia telah mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan. Dia takut ditangkap dan digantung persekolahan atau dibuang sekolah. Hal itu akan memalukan pak longnya. Tengku Mazran dan Syafinaz datang ke sekolah ini untuk berjumpa dan membawa Azfa Hanani pulang. Azfa Hanani diminta oleh Tengku Mazran untuk menyamar sebagai tengku Murni, anak kepada Datin Maziah yang telah meninggal dunia.

Latar tempat yang peling penting dalam novel ini ialah rumah Datin Maziah di Kuala Lumpur. Banyak peristiwa yang berlaku di tempat ini. Sesampai di rumah Datin Maziah, Afza Hanani dibawa ke bilik Tengku Murni. Abang Tengku Murni, Tengku Muzaffar telah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Selepas itu Azfa Hanani bertemu dengan Datin Maziah untuk pertama kali semasa makan. Datin Maziah melayannya dengan baik sebagaimana anaknya Tengku Murni. Datin Maziah telah mengadakan parti hari jadi Murni yang ke-17. Azfa Hanani terharu kerana tidak pernah menyambut hari jadi seumpama itu. Ekran datang lewat dan tidak mahu masuk. Dia memberikan hadiah dan terus berlalu. Azfa Hanani membukan hadiah termasuklah hadiah yang diberikan oleh Ekran. Dia terkejut kerana mendapati kad pengenalan dan wang kepunyaan Tengku Murni.

Di sini juga Datin Maziah mengetahui tentang penyamarannya sebagai Tengku Murni setelah Datin Maziah  mendengar pertengkaran Azfa Hanani dengan tengku Muzaffar. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana hubungannya dengan Ekran juga dihalang oleh Tengku Muzaffar. Pertengkaran telah berlaku antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar. Azfa Hanani tidak mahu Tengku Muzaffar menghalang hubungannya dengan Ekran kerana mereka sama-sama anak orang miskin. Azfa Hanani ditampar dan dihalau pada malam itu juga. 
           
Latar tempat berikutnya ialah Sekolah Menengah Taman Sari. Azfa Hanani bersekolahdi sini setelah berpindah ke rumah Datin Maziah di Kuala Lumpur. Antara peristiwa yang  berlaku di tempat ini ialah perkenalan Azfa Hanani dengan sepupu Tengku Murni iaitu Tengku Ellina selain daripada Ekran, kawan lelaki yang istimewa kepada Tengku Murni. Azfa Hanani juga mengenali pesaing Tengku Murni iaitu Laili, Fuziana dan Syafikah. Azfa Hanani juga terlibat dalam menjayakan Hari Sumbangsih sekolah berkenaan yang kemudiannya berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM  16,655.00. Azfa Hanani menerima ugutan daripada Laili kerana enggan menyertai Laili sebagai pengacara pada malam Bakat Sumbangsih. Peristiwa yang paling penting ialah pertemuan Azfa Hanani dengan Ekran. Azfa Hanani mahu mengetahui kisah sebenar di sebalik beg duit dank ad pengenalan yang diberikan oleh Ekran. Ekran menjelaskan buhungannya dengan Tengku Murni yang dihalang oleh Tengku Muzaffar.

Pengarang juga menggambarkan serba sedikit latar tempat rumah pak long Azfa Hanani di Kampung Merpati. Di tempat ini Azfa Hanani tinggal sebelum dia dibawa oeh Tengku Mazranke  rumah Datin Maziah di Kuala Lumpur. Di rumah itu tinggal pak long dan mak long Azfa Hanani bersama empat orang anak. Salah seorang anaknya iaitu Zuraini lumpuh. Tengku Mazran dan Syafinaz datang ke rumah ini untuk menjemput Azfa Hanani ke rumah Datin Maziah di Kuala Lumpur. Pada bahagian akahir cerita sekali lagi Tengku Mazran dan Syafinaz bersama Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah datang ke sini. Mereka meminta maaf kerana Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur juga menjelaskan tentang kematian ayah dan ibu Azfa Hanani berpunca daripada olehnya yang memandu dalam keadaan mengantuk. Mereka juga meminta Azfa Hanani  kembali ke rumah mereka di Kuala Lumpur.


B) LATAR MASA

Secara keseluruhannya cerita dalam novel Azfa Hanani berlaku dalam tempoh masa beberapa bulan sahaja menjelang peperiksaan SPM yang akan diduduki oleh Azfa Hanani sendiri. Dari segi latar masa, beberapa peristiwa penting pada waktu pagi. Antaranya ialah kehadiran Azfa Hanani ke Sekolah Menengah Taman Sari sebagai pelajar baru. Pada hari pertama dia disekolah itu, dia tidak sempat berkenalan dengan rakan sekelas kerana terlewat masuk ke kelas akibat urusan pelajar yang mengambil masa yang lama. Azfa Hanani masuk ke kelas pada pagi berikutnya dan berkenalan dengan rakan sekelas iaitu Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa rendah diri menghadapi rakan-rakan yang fasih berbahasa Inggeris. Pada waktu pagi juga Azfa Hanani datang ke sekolah pada hari Sabtu untuk menghadiri  mesyuarat sambutan Hari Sumbangsih sekolah. Dia dihantar oleh Syafinaz. Dalam mesyuarat berkenaan Azfa Hanani dapat memerhatikan perwatakan Ekran dan juga Laili yang suka membangkang keputusan mesyuarat.

Beberapa peristiwa juga berlaku pada waktu petang. Antara peristiwa penting pada waktu petang ialah pertemuan Azfa Hanani dengan Ekran semasa Azfa Hanani pergi mendaftar kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun. Azfa Hanani bertemu Ekran secara tidak sengaja apabila dia ingin bertanyakan lokasi perhantian teksi. Azfa Hanani berjumpa Ekran pada suatu petang yang lain. Selepas Ekran menutup gerainya, mereka berjalan ke pesta buku sambil berbual. Semasa melintas jalan mereka terserampak dengan Tengku Muzaffar. Sejak itulah Ekran menjauhkan diri daripada Azfa Hanani. Peristiwa penting yang lain ialah kedatangan pak longnya ke rumah Datin Maziah setelah tiba dari Jakarta untuk merawat Zuraini yang lumpuh. Pak long Azfa Hanani dapat berjumpa dan berbual dengan Datuk Tengku Makmur. Daripada pertemuan itulah Datuk Tengku Makmur pendapat tahu bahawa Azfa Hanani adalah anak kepada mangsa kemalangan jalan raya yang meninggal akibat daripada kelalaiannya.

Terdapat juga gambaran peristiwa yang berlaku pada waktu malam. Azfa Hanani membuka hadiah hari jadi pada waktu malam. Tengku Muzaffar masuk ke biliknya dan mengajar Azfa Hanani menggunakan komputer. Pengajaran terganggu apabila bekalan elektrik terputus.  Selepas itu Azfa Hanani kembali membuka hadiah yang diterima daripada Ekran. Dia terkejut apabila mendapati beg duit dank ad pengenalan Tengku Murni.  Peristiwa yang menjadi klimaks cerita dalam novel ini pula terjadi pada waktu malam. Azfa Hanani mengkaji kandungan diari Tengku Murni. Dia menemui Tengku Muzaffar untuk mendapatkan penjelasan. Tengku Muzaffar mengakui dia menghalang hubungan Tengku Murni dengan Ekran kerana Ekran miskin dan tidak ada masa depan. Azfa Hanani terhina dan belaku pertengkaran sehingga didengar oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar dan dihalau pada malam itu juga. 



C) LATAR MASYARAKAT           

Pembaca novel ini dapat mengesan beberapa golongan masyarakat dalam novel Azfa Hanani. Secara umumnya masyarakat yang dipaparkan dalam novel ini ialah masyarakat Melayu. Watak utama iaitu Azfa Hanani merupakan salah seorang daripada masyarakat Melayu selain daripada pak long sekeluarga, keluarga Datuk Tengku Makmur dan  juga dengan Ekran. Dalam novel ini juga pembaca mendapat gambaran tentang perbezaan kelas masyarakat. Pak long sekeluarga termasuk Azfa Hanani merupakan masyarakat Melayu yang hidup di kampung dalam keadaan miskin. Pak long hanya bekerja sebegai penoreh getah tidak mampu menanggung menanggung perbelanjaan keluarga termasuk perbelanjaan persekelahan Azfa Hanani. Mereka tinggal di rumah yang dibina daripada buluh sebagai dinding dan beratapkan rumbia. Mereka jarang bersarapan dengan makanan yang berkhasiat. Mak long memasak nasi lemak pada hari kedatangan Tengku Mazran dan Syafinaz ke rumah mereka. Berbeza dengan keluarga Datuk Tengku Makmur yang hidup mewah di rumah banglo. Azfa Hanani berasa seperti rusa masuk kampung apabila sampai di rumah Datuk Tengku Makmur. Rumah mereka dihiasi dengan perabot yang mahal. Bilik Tengku Murni luas dan terdapat katil cantik ditengah ruang.

Selain daripada itu pembaca juga mendapat gambaran tentang masyarakat pelajar sekolah menengah. Watak Azfa Hanani sendiri merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Dia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Sri Dian. Antara rakan pelajar Azfa Hanani di sekolah ini ialah Nordin yang tinggal sekampung dengannya. Tengku Murni pula merupakan pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang telah meninggal dunia. Azfa Hanani berpindah ke sekolah tersebut apabila dia dibawa oleh tengku Mazran ke rumah Datuk Tengku Makmur. Antara rakan pelajar yang menjadi rakan Azfa Hanani di sekolah ini ialah Tengku Ellina yang merupakan sepupu kepada Tengku Murni dan Ekran selain daripada pesaing Tengku Murni iaitu Laili, Fuziana dan Syafikah. Mereka merupakan pelajar tingkatan lima.

Dari sudut kemasyarakatan, pengarang menggambarkan masyarakat yang sanggup berkorban untuk kepentingan orang lain. Azfa Hanani dengan reda menanti saat dia diberhentikan daripada persekolahannya kerana masalah kewangan. Pak longnya yang hanya bekerja sebagai penoreh getah tidak mampu menanggung perbelanjaan persekolahannya apatah lagi seorang adik sepupunya lumpuh. Azfa Hanani juga menerima permintaan daripada Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni yang sudah meninggal dunia untuk mengawal tekanan perasaan Datin Maziah.  Selain daripada itu Ekran juga berkorban dengan memutuskan hubungan dengan Tengku Murni apabila Tengku Muzaffar tidak membenarkan hubungan tersebut kerana beranggapan dia seorang miskin.

Dalam novel ini juga terdapat gambaran masyarakat yang sombong dan bongkak dengan kekayaan yang mereka miliki. Gambaran ini dapat diperhatikan melalui watak keluarga Datuk Tengku Makmur. Dia sendiri telah telah beranggapan bahasa Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah. Dia marah apabila Azfa Hanani menanggilnya papa. Dia memberikan wang upah kepada Azfa Hanani sebanyak RM 500.  Begitu juga dengan Tengku Muzaffar. Dia mengeluarkan kata-kata yang menghina Azfa Hanani semasa Azfa Hanani mula-mula tiba ke rumahnya. Dia menganggap Azfa Hanani ingin hidup mewah dengan manyamar sebagai Tengku Murni. Dia juga menghalang perhubungan Eekran dengan Tengku Murni kerana menganggap Ekran miskin danb tidak setaraf dengan keluraga mereka.

Pengarang novel ini juga menggambarkan masyarakat yang penyayang terhadap keluarga. Azfa Hanani sayang untuk meninggalkan pak long sekeluarga. Namun kerana desakan hidup dia tetap pergi ke rumah tersebut. Semasa di rumah Datin Maziah, dia telah menulis surat kepada mereka untuk bertanya khabar. Datin Maziah pula sayang kepada anaknya Tengku Murni. Oleh sebab perasaan sayang yang mendalam, anak-anaknya tidak sanggup untuk memberitahunya bahasa Tengku Murni telah meninggal akibat daripada kemalangan jalan raya. Mereka takut fikiran dan perasaan Datin Maziah tergenggu. Tindakan itu juga menunjunkan anak-anak Datin Maziah sayang kepadanya terutamanya Tengku Mazran yang berusaha mencari Azfa Hanani dan membawanya pulang.

Pembaca juga mendapat gambaran tentang masyarakat pelajar yang gigih berusaha untuk menuntut ilmu. Azfa Hanani gigih menuntut belajar dan menuntut ilu walaupun dia sedar bahawa dia mempunyai masalah kewangan. Dia tidak cukup wang untuk membelu buku rujukan. Dia juga tidak sanggup untuk meminta daripada bapa saudaranya pak long mengenangkan kehidupan mereka yang dihimpit kemiskinan. Namun oleh kerana keinginannya untuk menimba ilmu dia sanggup mencuri pinjam buku-buku rujukan di perpustakaan semasa di Sekolah Menengah Sri Dian. Demikian juga dengan Ekran. Dia berusaha gigih untuk belajar demi mencapai cita-citanya. Dia belajar perakaunan di sekolah dan kemudiannya mempraktikkan ilmu yang dipelajari itu dengan berniaga burger. Dia akan mengulangkaji pelajaran pada waktu malam.

Azfa Hanani dan Ekran juga menggambarkan masyarakat yang sentiasa merendah diri di dalam novel ini. Azfa Hanani selalu ingat bahawa dia adalah daripada keluarga yang miskin. Walaupun dia berada di rumah Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, dia tetap meletakkan dirinya sebagai seorang yang miskin. Sikap merendah dirinya pernah ditegur oleh Syafinaz. Selain daripada itu, ramai kawan-kawan sekelasnya memuji tentang suaranya yang lunak dan telah diumumkan sebagai pengerusi terbaik dalam pertandingan forum remaja.  Namun dia tidak berasa megah dengan pujian tersebut. Ekran pula tidak menjelaskan kepada Tengku Muzaffar bahawa dia anak kepada pensyarah semasa dia dihalang daripada menjalinkan hubungan dengan Tengku Murni. Sebaliknya dia memutuskan hubungan tersebut.

Pengarang novel juga menggambarkan masyarakat yang tabah dalam meneghadapi dugaan hidup. Contohnya Ekran menerima takdir bahawa dia dan Tengku Murni  akan berpisah setelah Tengku Muzaffar menghalang perhubungan mereka. Dia juga tabah dengan perpisahan selama-lamanya apabila Tengku Murni meninggal akibat daripada kemalangan jalan raya. Dia tidak menunjukkan perubahan sikap walaupun dia kawan istimewa kepada Tengku Murni. Pelajar lain tidak menyedari hubungan itu.  Dia juga tabah menerima dugaan hidup apabila sekali lagi dia dihalang oleh Tengku Muzaffar untuk menjalin hubungan dengan Azfa Hanani. Dia hanya menjauhkan diri daripada Azfa Hanani. Azfa Hanani juga tabah menghadapi dugaan hidup dengan tekanan kemiskinan sehingga dia tidak dapat  membeli buku rujukan. Dia tidak pernah merungut dengan nasibnya.


*********** 5




TEKNIK


A) TEKNIK PLOT

Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa perkembangan plot utama novel Azfa Hanani  mengikut kronologi iaitu mengikut perkembangan masa dan peristiwa secara teratur. Dari segi teknik plot, terdapat beberapa teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang pada bab-bab tertentu sama ada melalui pemerian pengarang dan dialog watak sendiri. Pengarang mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan terjadinya kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian Tengku Murni dan Datin Maziah koma beberapa hari. Kematian ibu dan bapa Azfa Hanani juga telah diimbas kembali setelah Datuk Tengku Makmur bertemu dengan pak long Azfa Hanani. Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat daripada lelalaian Datuk Tengku Makmur sendiri yang memandu dalam keadaan mengantuk sehingga menyebabkan teksi yang ditumpangi oleh ibu bapa Azfa Hanani terbabas.

Selain daripada teknik imbas kembali,pengarangjuga menggunakan sedikit teknik imbas muka melalui watak Azfa Hanani. Semasa di Sekolah Menengah Sri Dian, Azfa Hanani beberapa kali telah membayangkan apa yang akan berlaku pada dirinya pada masa hadapan. Akibat daripada perbuatannya mencuri guna buku-buku rujukan dari perpustakaan, dia menghadapi kemungkinan digantung persekolahan  atau dibuang sekolah. Semasa di dalam makmal dan dalam perjalanan ke bilik pengetua Azfa Hanani membayangkan dia digantung atau dibuang sekolah. Dia reda menerima hukuman berkenaan. Semasa di rumah Datin Maziah, sekali lagi Azfa Hanani membayangkan rahsia penyamarannya akan terbongkar. Dia telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Dalam novel ini juga pengarang telah menyelitkan teknik kejutan.  Kewujudan kejutan menyebabkan pergerakan plot semakin memuncak. Kejutan pertama ialah kedatangan tetamu yang tidak dikenali ke sekolah semasa Azfa Hanani berada di Sekolah Menengah Sri Dian. Kehadiran Tengku Mazran dan Syafinaz mengejutkan Azfa Hanani. Azfa Hanani seterusnya terkejut apabila dia diminta menyamar menggantikan Tengku Murni yang telah meninggal dunia dengan segala kemudahan yang ditawarkan termasuk kos rawatan sepupunya yang lumpuh. Kejutan yang kedua ialah peristiwa pada malam Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu didengar oleh Datin Maziah secara diam-diam. Datin Maziah menjadi amat marah dan menampar Azfa Hanani serta menghalaunya dari rumah pada malam itu juga. Kejutan berikutnya ialah kedatangan Datuk Tengku Makmur, Datin Maziah sendiri serta Tengku Mazran dan Syafinaz ke rumah pak long Azfa Hanani selepas Azfa Hanani dihalau dari rumah.

Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam novel ini. Pembaca dan watak Azfa Hanani berasa suspens apabila Ekran menjauhkan diri daripada Azfa Hanani selepas bertembung dengan Tengku Muzaffar semasa Ekran dan Azfa Hanani berjalan ke penta buku. Selain daripada itu, pembaca dan Azfa Hanani sendiri berasa suspens apabila Ekran memberikan hadiah berupa beg duit dan kad pengenalan kepunyaan Tengku Murni kepada Azfa Hanani semasa sambutan hari jadi. Azfa Hanani tertanya-tanya tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni. Persoalan itu menyebabkan Azfa Hanani ingin bertemu dengan Ekran dan mendapat penjelasan daripada Ekran tentang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.




B) TEKNIK PENCERITAAN

Sebagaimana novel konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan teknik penceritaan yang yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung. Dengan menggunakan sudut pandangan orang pertama bercerita iaitu ganti nama ‘aku’, pengarang menceritakan segala tindakan dan perasaan watak utama iaitu Azfa Hanani. Pada bab pertama pengarang menceritakan tentang perasaan Azfa Hanai apabila kawan-kawannya menceritakan bahawa pelajar yang mencuri buku rujukan di perpustakaan akan ditangkap. Pencuri itu akan digantung persekolahan atau dibuang sekolah. Azfa Hanani berasa takut. Contoh pemerian yang lain ialah pemerian pengarang tentang suasana hari pertama Azfa Hanani masuk ke kelas di sekolah baru iaitu di Sekolah Menengah Taman Sari. Dia berasa rendah diri terutamanya semasa pengajaran  mata pelajaran Bahasa Inggeris. 

Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis dengan meluas dalam karya mereka. Dalam novel ini  pengarang telah menggunakan teknik ini dengan meluas untuk menggambarkan perasaan dan perwatakan seseorang. Contohnya melalui dialog antara Azfa Hanani dengan Syafinaz telah banyak menggambarkan tentang perwatakan Tengku Murni yang sebenar. Syafinaz banyak menjelaskan tentang pertawakan Tengku Murni  kepada Azfa Hanani supaya Azfa Hanani lebih mudah untuk meniru perwatakan tersebut di hadapan Datin Maziah. Dialog antara Azfa Hanani dengan Tengku Ellina juga banyak menggambarkan perwatakan Tengku Murni di sekolah. Murni dikatakan baik dengan semua orang dan peramah. Selain daripada  itu, Azfa Hanani juga mengetahui tentang Ekran melalui Tengku Ellina.

Pengarang juga menggunakan sedikit teknik monolog. Monolog dalaman watak Azfa Hanai dapat diperhatikan pada halaman 3. Setelah mendengar kata-kata kawannya tentang pencuri buku rujukan perpustakaan, Azfa Hanani telah mengaku dalam dirinya bahawa dialah yang mencuri buku-buku berkenaan kerana dia tidak hidup dalam keadaan daif dan tidak mampu untuk membeli buku rujukan. Monolog dalaman Azfa Hanani dapat diperhatikan sekali lagi pada halaman 6. Setelah mendengar kata-kata Kamilah, Azfa Hanani bertanyakan dirinya tentang orang yang dimaksudkan oleh Kamilah sebagai pencuri buku di perpustakaan. Manakala monolog luaran dapat diperhatikan pada halaman 134 apabila Azfa Hanani menilik wajahnya di hadapan cermin di bilik persatuan pelajar tingkatan lima. Dia terpegun dengan gayanya sendiri apabila dia memakai pakaian seragam pengawas yang dipinjamkan oleh Tengku Ellina kepadanya.


******** 6



PENGAJARAN


Novel ini mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca.  Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah kita hendaklah mengaku dan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah kita lakukan. Contohnya Azfa Hanani mengaku bahawa dialah yang mencuri beberapa buah buku rujukan di perpustakkan sekolah. Sewaktu dalam perjalanan ke bilik pengetua sekolah, dia telah bersedia untuk menerima apa-apa hikuman yang akan ditetapkan kepadanya. Begitu juga dengan Fuziana dan Syafikah. Mereka mengaku bersalah dan meminta maaf daripada Azfa Hanani kerana dihasut oleh Laini untuk memusuhi dan bersikap kasar terhadap Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur juga mengaku bahawa dialah yang menyebabkan kemalangan dan kematian ibu bapa Azfa Hanani dan berasa bertanggungjawab untuk menjaga Azfa Hanani.

Kita hendaklah menerima hakikat dan takdir Tuhan tentang keadaan hidup kita. Pengajaran ini digambarkan melalui watak Azfa Hanani yang memahami dan menerima keadaan hidup pak longnya yang miskin sehingga dia tidak dapat membeli buku-buku rujukan. Malah Azfa Hanani tidak pernah merungut dan meminta-minta wang daripada pak longnya untuk membeli buku berkenaan. Kesalahan mencuri buku di perpustakaan adalah kerana terdesak. Oleh itu dia sedia menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan kepadanya. Dia juga digambarkan memakai uniform sekolah yang semakin ketat kerana memakai uniform lama.

Seseorang pelajar hendaklah belajar dengan tekun sabar demi kejayaan pada masa hadapan. Contoh kepada pengajaran ini ialah watak Azfa Hanani yang tekun serta gigih belajar demi mencapai cita-citanya untuk  menjadi seorang doktor. Walaupun tidak ada wang untuk membeli buku-buku rujukan, dia telah mengambil jalan sendiri dengan mencuri pinjam buku-buku rujukan dari perpustakaan untuk dibaca. Dia berjanji akan memulangkan buku-buku berkenaan setelah selesai membacanya. Demikian juga dengan Ekran yang gigih belajar untuk mencapai cita-cita sebagai akauntan. Malah dia melakukan latihan praktikal dengan membuka gerai dan menjual burger. Dengan cara itu dia percaya akan lebih memahami tentang ilmu perakaunan.

Selain daripada itu, kita juga perlu berkorban untuk menyelamatkan keadaan orang lain. Contohnya Azfa Hanani sedia korbankan persekolahannya akibat daripada kemiskinan pak longnya. Dia sanggup diberhentikan persekolahan kerana wang yang diperolehi oleh pak longnya hasil daripada menorah getah tidak mampu untuk menanggung persekolahannya. Tambahan pula wang itu perlu digunakan untuk tujuan yang lebih penting iaitu merawat Zuraini yang lumpuh. Azfa Hanani juga berkorban dengan menyamar sebagai Tengku Murni untuk menyelamatkan Datin Maziah daripada tekanan perasaan. Dia korbankan prinsipnya untuk tidak hipokrit. Oleh sebab itulah dia hanya menyamar sebagai Tengku Murni di hadapan Datin Maziah sahaja.

Seseorang yang kaya dan berada janganlah bersikap sombong sehingga boleh menjatuh maruah orang lain. Contohnya Tengku Muzaffar mengeluarkan kata-kata yang menghina Azfa Hanani tanpa mengetahui niat dan perasaan sebenar Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur juga bersikap sombong kepada Azfa Hanani dengan memerikan upah kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Tengku Murni sedangkan Azfa Hanani tidak berniat untuk menerima upah atas apa yang dilakukannya. Tengku Muzaffar juga bersikap sombong kepada Ekran dengan menghalang perhubungan Ekran dengan Tengku Murni kerana menganggap Ekran anak orang miskin dan tidak ada masa depan.

Kita juga hendaklah sedia membantu golongan yang susah. Pengajaran ini ditunjukkan oleh Tengku Mazran dan Syafinaz terhadap keluarga Azfa Hanani. Setelah Azfa Hanai sanggup untuk memenuhi permintaan mereka untuk menyamar sebagai Tengku Murni, mereka memberikan bantuan kepada pak long AZfa Hanani. Selain daripada menanggung segala perbelajaan persekolahan Azfa Hanani, mereka juga menanggung segala kos perubatan adik sepupu Azfa Hanani iaitu Zuraini yang lumpuh. Mereka menghantar Zuraini ke Jakarta untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya Zuraini dapat berjalan. Mereka juga menyambung talian telefon ke rumah pak long Azfa Hanani agar Azfa Hanani dapat selalu berhubung dengan keluarganya.

Seeorang anak hendaklah patuh kepada ibu bapa mereka. Contoh pengajaranini dapat diperhatikan melalui watak Ekran. Dia patuh kepada arahan ibu bapanya agar tidak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah terutamanya selepas waktu persekolahan. Oleh yang demikian dia telah meminta kebenaran daripada ibu bapanya untuk membuka gerai dan menjual burger selepas waktu persekolahan untuk mencari pengalaman. Tengku Murni juga seorang yang taat kepada perintah ibunya Datin Maziah. Dia tidak pernah membantah. Datin Maziah dapat membezakan antara Tengku Murni dengan Azfa Hanani apabila Azfa Hanani enggan makan bersama dan membantah larangannya supaya tidak pergi ke rumah Tengku Ellina.

Pengajaran lain yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain.  Azfa Hanani sedia memaafkan kesalahan Fuziana dan Syafikah atas kekasaran mereka semasa berada di perpustakaan sekolah. Mereka tidak berpuas hati setelah Azfa Hanani menolak permintaan mereka supaya Azfa Hanani menyertai mereka dalam program Malam Bakat Sumbangsih. Azfa Hanani juga dengan senang hati memaafkan kesalahan Datuk Tengku Makmur yang menyebabkan kematian ibu dan bapanya dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani juga dengan senang memaafkan Datin Maziah yang menamparnya setelah mengetahui Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.

****** 7



NILAI

Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Contohnya kasih sayang antara Datin Maziah dengan anaknya Tengku Murni sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan adik-beradik Tengku Murni yang lain. Tengku Mazran terpaksa meminta Azfa Hanani untuk menyamar sebagai Tengku Murni yang meninggal akibat kemalangan jalan raya untuk mengelakkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan perasaan jika dia tahu Tengku Murni telah meninggal.,

Nilai kerjasama dapat diperhatikan dengan jelas dalam novel ini melalui watak Azfa Hanani bersama kawannya di sekolah. Mereka bekerjasama dalam satu kumpulan pelajar tingkatan lima di bawah kepimpinan Ekran menjayakan Hari Sumbangsih sekolah. Mereka menjalankan tugas dan tanggungjawabyang telah diagihkan oleh Ekran dengan baik. Sambutan Hari Sumbangsih berjalan dengan lancar. Tengku Ellina dan Azfa Hanani juga bekerjasama dalam mencapai kejayaan sebagai johan pertandingan forum remaja. Tengku Ellina banyak memberikan tunjuk ajar dan dorongan kepada Azfa Hanani sebagai pengerusi forum.

Watak Azfa Hanani dan Datuk Tengku Makmur dalam novel ini menggambarkan nilai bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah kita lakukan. Contohnya Azfa Hanani secara jujur mengaku dalam dirinya bahawa dialah yang mencuri beberapa buah buku rujukan di perpustakkan sekolah. Dia sanggup menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan terhadapnya. Datuk Tengku Makmur juga mengaku bahawa dialah yang menyebabkan kemalangan dan kematian ibu bapa Azfa Hanani . Atas kesedaran itulah Datuk Tengku Makmur  berasa bertanggungjawab untuk menjaga Azfa Hanani.

Selain daripada itu, cerita dalam novel ini juga menyelitkan nilai pemaaf terhadap kesalahan orang lain. Azfa Hanani sedia memaafkan kesalahan Fuziana dan Syafikah atas kekasaran mereka semasa berada di perpustakaan sekolah. Mereka tidak berpuas hati setelah Azfa Hanani menolak permintaan mereka supaya Azfa Hanani menyertai mereka dalam program Malam Bakat Sumbangsih. Azfa Hanani memaafkan kesalahan Datuk Tengku Makmur yang menyebabkan kematian ibu dan bapanya dalam kemalangan jalan raya. Selain daripada itu Azfa Hanani memaafkan Datin Maziah yang menamparnya setelah mengetahui Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.

Watak Ekran dan tengku Murni pula menggambarkan nilai kepatuhan anak kepada ibu bapa mereka. Contohnya Ekran patuh kepada arahan ibu bapanya agar tidak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah terutamanya selepas waktu persekolahan. Oleh yang demikian dia telah meminta kebenaran daripada ibu bapanya untuk membuka gerai dan menjual burger selepas waktu persekolahan untuk mencari pengalaman. Tengku Murni juga seorang yang taat kepada perintah ibunya Datin Maziah. Dia tidak pernah membantah apa-apa permintaan atau arahan daripada Datin Maziah. Nilai inilah yang disedari oleh Datin Maziah untuk meyakini bahawa Azfa Hanani telah m enyamar sebagai Tengku Murni. 

Nilai baik hati juga digambarkan dalam novel ini melalui watak Tengku Mazran dan Syafinaz. Setelah Azfa Hanai sanggup untuk memenuhi permintaan mereka untuk menyamar sebagai Tengku Murni, mereka memberikan bantuan kepada pak long AZfa Hanani. Selain daripada menanggung segala perbelajaan persekolahan Azfa Hanani, mereka juga menanggung segala kos perubatan adik sepupu Azfa Hanani iaitu Zuraini yang lumpuh. Mereka menghantar Zuraini ke Jakarta untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya Zuraini dapat berjalan. Mereka juga menyambung talian telefon ke rumah pak long Azfa Hanani agar Azfa Hanani dapat selalu berhubung dengan keluarganya.

Nilai ketekunan pula dapat diperhatikan pada watak Azfa Hanani. Dia tekun serta gigih belajar demi mencapai cita-citanya untuk  menjadi seorang doktor. Walaupun tidak ada wang untuk membeli buku-buku rujukan, dia telah mengambil jalan sendiri dengan mencuri pinjam buku-buku rujukan dari perpustakaan untuk dibaca. Demikian juga dengan Ekran yang gigih belajar untuk mencapai cita-cita sebagai akauntan. Malah dia melakukan latihan praktikal dengan membuka gerai dan menjual burger. Dengan cara itu dia percaya akan lebih memahami tentang ilmu perakaunan. Dia akan mengulangkaji pelajaran pada waktu malam.

Azfa Hanani dan Ekran juga menggambarkan nilai  merendah diri di dalam novel ini. Walaupun dia berada di rumah Datin Maziah dan menyamar sebagai Tengku Murni, Azfa Hanani tetap meletakkan dirinya sebagai seorang yang miskin. Sikap merendah dirinya pernah ditegur oleh Syafinaz. Selain daripada itu, dia tidak berasa megah dengan pujian kawan-kawannya yang mengatakan bahawa suaranya lunak dan sesuai untuk menjadi soerang pengacara. Ekran pula merendah diri dan  tidak menjelaskan kepada Tengku Muzaffar bahawa dia anak kepada pensyarah semasa dia dihalang daripada menjalinkan hubungan dengan Tengku Murni.