Cerita dalam novel memaparkan kisah yang
berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan
tiga peristiwa yang menggambarkan kepincangan masyarakat.
Kepincangan
masyarakat adalah gambaran sesuatu peristiwa, pemikiran dan tindakan watak yang tidak bernilai dan sepatutnya berlaku dalam masyarakat. Hal ini
sering diketengahkan oleh pengarang dalam novel-novel mereka termasuklah novel
Sutera Dalam Lukisan. Terdapat beberapa gambaran peristiwa kepincangan yang
perlu dinilai oleh pembaca.
Peristiwa yang
jelas menggambarkan keadaan tersebut adalah peristiwa yang berlaku antara Harun dengan ibu Bujei iaitu Fatimah.
Sikap Harun tidak seperti apa yang Fatimah harapkan. Harun telah memeras wang
Fatimah hingga habis. Pada waktu senja itu Harun mahu Fatimah menyerahkan
barang kemasnya. Keenganan Fatimah
menyebabkan Fatimah diterajang oleh Harun hingga pengsan. Bujei cuba
membela ibunya tetapi dilibas oleh Harun. Palita terpelanting dan rumah mereka terbakar hingga mengorbankan Fatimah.
Peristiwa tersebut menggambarkan masyarakat yang tidak bertanggungjawab
terhadap isteri dan keluarga. Malah ia merupakan isu penderaan isteri yang
tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat terutamanya masyarakat kampung.
Peristiwa kedua
adalah peristiwa yang berlaku antara
Bujei dengan Alias. Peristiwa tersebut berlaku di rumah Bujei sendiri.
Penentangan daripada Bujei menyebabkan Alias gagal membuli. Sebaliknya dia
tewas dan terpaksa mengikut arahan Bujei. Bujei telah membawa neneknya Opah
Arah ke rumah Bujei. Opah Arah menyebelahi Alias walaupun dia dan orang lain
tahu bahawa Alias bersalah kerana telah membuli dan merosakkan radio Bujei.
Malah Opah Arah telah menyumpah Bujei dan menuduh Bujei mahu membunuh Alias.
Sikap Opah Arah merupakan sesuatu yang pincang dalam masyarakat kerana sayang
dan menyebalahi cucuk secara melulu.
Sikap itulah yang membuatkan Alias menjadi samseng kampung dan membuli Bujei
sebelum itu.
Manakala sikap
Alias juga menggambarkan keadaan masyarakat yang pincang. Selain daripada terlibat
dengan gejala sosial, Alias juga telah menyebarkan fitnah terhadap Adila. Apabila
pinangannya tidak diterima oleh Adila, Alias terus cuba untuk menjauhkan Bujei
daripada Adila. Alias telah menyebarkan
fitnah dan memberitahu Bujei bahawa Adila merupakan penghidap AIDS. Alias
juga telah menghantar surat
layang kepada dan menuduh Adila sebagai seorang gadis yang telah runtuh
akhlaknya. Fitnah itu membuatkan Adila terlalu sedih dan pulang ke Kuala Lumpur untuk
sementara. Perbuatan ahli masyarakat seperti Alias sememangnya tidak bermoral
dan akan membuatkan masyarakat berpecah-belah. Bujei hampir terperangkap dengan
fitnah tersebut.
Selain daripada
beberapa peristiwa yang dibincangkan di atas, terdapat beberapa peristiwa lain
yang menggambarkan kepincangan masyarakat dalam novel ini. Ia biasanya
melibatkan watak antagonis dan bertujuan untuk mewujudkan konflik dalam cerita.
No comments:
Post a Comment