Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel
yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam
novel tersebut.
Plot terdiri
daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks.
Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Konflik watak
mencapai tahap ketegangan yang paling tinggi. Ia digambarkan dengan peristiwa
pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.
Dalam novel Sutera
Dalam Lukisan, terdapat satu peristiwa yang menjadi klimaks cerita. Cerita
dalam novel ini berkembang apabila Adila berusaha untuk memulihkan Bujei.
Konflik semakin memuncak akibat daripada rasa cemburu Alias terhadap hubungan
Bujei dan Adila. Selain daripada itu, Bujei juga semakin pulih dan percaya
kepada diri sendiri. Kemuncak daripada konflik itu, Bujei menjadi berani
mempertahankan maruah diri. Dia tidak mahu lagi dibuli oleh Alias.
Peristiwa yang
berlaku di rumahnya sendiri menjadi titik perubahan itu. Alias datang ke rumah
Bujei bertujuan untuk membuli. Alias menuduh Bujei mencuri radio yang sedang
berkumandang di rumah Bujei. Alias mengambil dan melambung-lambung radio
tersebut bertujuan untuk menakutkan Bujei. Bujei meminta kembali radionya.
Alias marah apabila Bujei melawan. Dia telah menjatuhkan radio itu ke lantai
menyebabkan radio itu rosak.
Alias amat marah
dengan tindakan Alias. Dia telah menumbuk Alias. Kemudian dia mencapai parang
lalu melibas ke arah Alias. Alias yang terjatuh telah berada dalam kekuasaan
Bujei. Bujei menuntut Alias membayar ganti rugi sebanyak lapan puluh ringgit.
Bujei melepaskan Alias untuk mendapatkan duit. Alias diarahkan meninggalkan
motosikalnya sebagai cagaran. Bujei menunggu Alias di halaman rumah bersama
minyak tanah dan mancis. Dia bersedia untuk membakar motosikal Alias sekiranya
Alias mungkir.
Bujei kemudiannya terkejut
apabila orang-orang kampung datang termasuk Sidang Saman. Cerita yang
disampaikan oleh Alias kepada Sidang Saman dan orang-orang kampung berlainan dengan
apa yang berlaku. Bujei dituduh menumbuk dan menyerang Alias dengan parang.
Bujei amat sedih. Namun setelah Bujei menjelaskan tentang radionya, Sidang
Saman mengesahkannya. Sidang Saman kemudian memaksa Alias membayar ganti rugi
atas kerosakan radio itu.
Alias memberikan
wang lima puluh
ringgit. Sidang Saman mengarahkan Alias pulang dan mencukupkan wang itu. Alias
kemudiannya datang bersama neneknya Opah Arah. Opah Arah menyumpah-nyumpah
Bujei. Alias menyepak Bujei semasa Bujei memungut wang yang dicampakkannya ke
tanah. Bujei kemudian menolak Alias yang berada di atas motorsikal menyebabkan
Alias jatuh dan ditindih oleh motosikalnya. Sidang Saman memarahi Alias yang
merupakan punca pergaduhan itu. Mereka bersurai.
Sejak hari itu
Alias tidak berani lagi untuk membuli Bujei. Namun dia semakin tertekan kerana
Bijei semakin rapat dengan Adila membuatkan Alias menggunakan taktik kotor
untuk mengatasai masalah itu. Dia memfitnah Adila dan menghantar surat laying mengatakan
Adila penghidap AIDS. Fitnah itu meyebabkan Adila menangis dan pulang ke Kuala Lumpur untuk
sementara waktu. Namun plot cerita mula menurun ke arah penyelesaian apabila
usaha Alias gagal.
No comments:
Post a Comment