Novel yang telah anda kaji
mengandungi beberapa persoalan
utama. Huraikan tiga peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan dalam
novel tersebut.
Setiap cerita dalam
novel diselitkan dengan beberapa persoalan yang ingin disampaikan oleh
pengarang. Pembaca dapat mengesan setiap persoalan daripada sesuatu peristiwa
yang berlaku. Setelah membaca novel Sutera Dalam Lukisan, pembaca akan dapat
mengesan beberapa peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan yang cuba
dikongsi oleh pengarang.
Lambang kegigihan
yang utama dapat diperhatikan daripada peristiwa
Adila memulihkan keyakinan diri Bujei. Adila telah mengatur pertemuan demi
pertemuan dengan Bujei. Walaupun pada awalnya dia diragui oleh masyarakat
terutamanya Same’ah dan Mak Lamah sendiri, Adila tetap meneruskan usahanya. Dia
berpendapat bahawa Bujei adalah manusia normal dan berhak hidup sebagai manusia
yang normal. Adila dengan gigih membimbing Bujei memulihkan pemikiran dan
kayakinan diri. Perjumpaan diadakan setiap hari sehingga menimbulkan perasaan
cemburu Alias. Setelah difitnah oleh Alias, Adila hanya pulang sementara ke Kuala Lumpur . Dia
kemudiannya datang kembali ke kampung semata-mata untuk menyabung usahanya
sehingga Bujei boleh berdikari.
Peristiwa yang
melibatkan watak Alias juga mencerminkan persoalan kegigihan dalam novel ini. Alias yang tertarik kepada Adila telah
berusaha dengan gigih untuk memenangi hati Adila. Tambahan lagi dia berasa
Bujei adalah saingan utamanya. Malihatkan Bujei semakin dekat dengan Adila,
Alias semakin gigih berusaha. Dia cuba mendekati Adila dan dengan
berani mengajak Adila keluar ke bandar. Apabila usaha itu tidak berjaya, dia
terus menghantar wakil untuk merisik Adila dan akan menghantar rombongan
meminang. Rancangan itu juga gagal setelah Adila menolak. Alias tetap
mengatakan bahawa Adila adalah miliknya. Dia menghasut Bujei agar Bujei
menjauhi Adila. Dia memberitahu Bujei bahawa Adila menghidap AIDS. Akhirnya dia
menggunakan ilmu pengasih hingga dia sendiri menjadi tidak siuman.
Satu lagi peristiwa
yang mencerminkan persoalan kegigihan dalam novel Sutera Dalam Lukisan ialah peristiwa kedatangan Wan Senen ke rumah
Bujei pada waktu malam. Wak Senen menjelaskan kepada Bujei tentang
kedudukan sebenar tanah pusaka ibu Bujei yang dibelinya daripada Harun dengan
harga empat ribu ringgit. Melalui cerita Wak Senen, dia telah mengusahakan tanah tersebut dan telah
mendapat kembali wang empat ribu ringgit, sama dengan nilai harga tanah yang
dibelinya daripada Harun dahulu. Ia menggambarkan kegigihan Wan Senen dalam
mengerjakan tanah tersebut. Ekoran daripada itu, dia tidak akan meminta bayaran
daripada Bujei sekiranya Bujei inginkan tanah itu kembali.
Berdasarkan huraian
di atas jelaslah bahawa persoalan kegigihan dapat dikesan melalui peristiwa
yang berlaku dalam novel ini. Selain daripada itu, sesuatu persoalan juga dapat
dikesan melalui gambaran keadaan daripada pengarang sendiri.
trima kasih tapi boleh tak tolong postkan jawapan kegigihan watak utama pula?
ReplyDelete