PENTING...!

Kepada semua pelajar yang melayari blog saya.... Saya ucapkan terima kasih...
Ramai rupanya yang hantar email inginkan jawapan bagi soalan novel 10 tahun...
Saya minta berbanyak maaf kerana kerana sudah lama tidak update blog ini....
Kerana.....? saya sebenarnya sudah beberapa tahun tidak mengajar BM di peringkat SPM...!!
Jadi jawapan untuk semua novel tisak sempat saya siapkan.... Cuma Sutera Dalam Lukisan sahaja yang sempat lengkap....

Saya juga baru teringat..
SILA LIHAT HALAMAN
ANALISA SOALAN KOMSAS
UNTUK PENEKANAN ANDA

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN
KERTAS BM BESOK

TERIMA KASIH

POST YANG LEPAS

Kepada guru dan pelajar yang mengunjungi blog ini, terima kasih kerana memberikan sokongan dan semoga anda mendapat manfaat.


Sila semak terbitan (post) yang lepas kerana terdapat perbincangan penting yang tidak akan diulangi dalam terbitan-terbitan yang baru.

Bagi tajuk penekanan komsas antologi selain daripada yang dimuatkan dalam terbitan, sila semak jadual analisa pada halaman ANALISA SOALAN KOMSAS

Tajuk Penekanan Novel Tahun 2014


Tajuk yang sudah keluar dalam SPM Jun dan November Tahun-tahun Lepas

-Perwatakan watak utama
-Persoalan
-Sinopsis
-Peristiwa Teladan
-Tema
-Pengajaran
-Latar Tempat
-Latar Masa
-Nilai Murni

Tajuk yang Perlu Diberi Penekanan
Sila bincang bersama guru anda dengan teliti

-Plot (perkembangan plot - permulaan, perkembangan, klimaks, peleraian / teknik plot)
-Watak Sampingan
-Nilai Kemasyarakatan
-Peristiwa Menarik
-Teknik Penceritaan dan Teknik Plot
-Latar Kemasyarakatan

Tajuk Penekanan Komsas SPM Tahun 2014 (Dirgahayu Bahasaku)

PUISI TRADISIONAL


1) Baca puisi di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Tonggak Dua Belas

Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan  membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadi sempadan.

Menjadi kewajipan menjalankan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.

Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) (Penyelenggara)
Seuntai Kasih Secebisharapan, 2007
Akam Print


i.                     Nyatakan cara menghargai masa berdasarkan puisi di atas. ( 2m )
ii.                   Pada pendapat anda, apakah kesan jika seseorang itu tidak menghargai masa? ( 3m )
iii.                 Nyatakan empat nilai murni yang terdapat salam puisi atas. ( 4m )


Tajuk Penekanan Komsas SPM Tahun 2014 (Harga Remaja)

PUISI TRADISIONAL


1) Baca puisi di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam 12 fasal yang Keenam

Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiakawan.

Abu Hassan Sham (Penyelenggara)
Puisi-puisi Raja Ali Haji, 1993
Dewan Bahasa dan Pustaka


i.                     Jelaskan maksud rangkap pertama puisi di atas. ( 2m )
ii.                   Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang kawan yang setia? ( 3m )
iii.                 Huraikan nilai kesetiaan yang terdapat dalam puisi di atas. ( 4m )


Pelajar Maahad Tahfiz Mati Tergantung Di Dalam Tandas Kejadian Berlaku Di Kelantan

[Gambar] Pelajar Maahad Tahfiz Mati Tergantung Di Dalam Tandas Kejadian Berlaku Di Kelantan | Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci.

Punca Kematian Nur Syazwanie Arifin


BONGKAR!!! Punca Kematian Nur Syazwanie Arifin [SAKSIKAN...] 

PASIR PUTEH - Pelajar perempuan Maahad Saniah di sini yang meninggal dunia ketika menjawab kertas satu Bahasa Melayu, Sijil Pelajaran Malaysia semalam berpunca daripada saluran darah ke jantung pecah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, punca kematian Nur Syazwanie Arifin, 17 disahkan oleh doktor pakar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Dr. Wan Zamri Wan Nawawi selepas bedah siasat dijalankan.

Beliau berkata, berdasarkan hasil bedah siasat itu maka pihaknya telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut dan jenazah Allahyarham telah di benarkan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan. - Kosmo.


Dia jatuh semasa menjawab soalan kertas 1 Bahasa Melayu.

Aplikasi Cara Menjawab Soalan Novel

Selamat menempuh peperiksaan SPM yang bermula besok dengan kertas Bahasa Melayu Kertas ! dan Kertas 2.

Contoh yang diperturunkan untuk menjawab soalan bahagian novel di sini adalah berasaskan novel SDL sahaja. Calon diminta mengaplikasikan cara menjawab soalan berkenaan dengan novel kajian zon masing-masing.

Semoga dapat memberikan manfaat kepada semua calon.

Contoh Jawapan Novel SDL - Teknik Plot

Pengarang telah menggunakan beberapa teknik plot agar penyampaian cerita menjadi lebih menarik. Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel kajian anda.

Penggunaan plot dalam sesebuah novel bergantung pada kreativiti seseorang pengarang. Pengarang biasanya menggunakan lebih daripada satu teknik agar menyampaian cerita menjadi lebih menarik. Dalam novel Sutera Dalam Lukisan, terdapat tiga teknik plot yang digunakan oleh pengarang menjadikan novel ini lebih menarik walaupun plotnya mengikut kronologi.

Contoh Jawapan Novel SDL - Perkembangan Plot

Plot dalam sesebuah cerita berkembang mengikut peringkat. Huraikan plot novel yang telah anda baca.

Perkembangan plot dalam sesebuah novel berpunca daripada konflik yang berlaku antara watak-watak dalam cerita. Semakin rumit sesuatu konflik menyebabkan plot semakin berkembang. Konflik yang berlaku dalam novel Sutera Dalam Lukisan juga telah menyebabkan plot cerita ini berkembang dengan baik mengikut peringkatnya yang jelas.

Contoh Jawapan Novel SDL - Gambaran Masyarakat

Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang menggambarkan kepincangan masyarakat.

Kepincangan masyarakat adalah gambaran sesuatu peristiwa, pemikiran dan tindakan  watak yang tidak bernilai dan  sepatutnya berlaku dalam masyarakat. Hal ini sering diketengahkan oleh pengarang dalam novel-novel mereka termasuklah novel Sutera Dalam Lukisan. Terdapat beberapa gambaran peristiwa kepincangan yang perlu dinilai oleh pembaca.

Contoh Jawapan Novel SDL - Latar Masa

Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel kajian nada, jelaskan tiga latar masa yang penting.

Latar merupakan salah satu unsur dalam sesebuah novel. Ia juga merupakan aspek penting untuk menjadikan sesebuah cerita lebih realistik. Selain daripada latar tempat, latar masyarakat dan latar suasana, latar masa juga penting dalam mewujudkan satu ruang dalam cerita. Dalam novel Sutera Dalam Lukisan, terdapat beberapa latar masa yang penting.

Contoh Jawapan Novel SDL - Permulaan Novel

Permulaan yang menarik dalam sesebuah novel akan mempengaruhi pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan novel kajian anda.

Permulaan sesebuah cerita sememangnya penting bagi seseorang penulis. Ia akan mempengaruhi pembaca sama ada pembaca akan terus membaca cerita mereka atau sebaliknya. Oleh itu penulis sedaya upaya akan memulakan cerita dengan perlbagai teknik untuk menarik pembaca. Demikian halnya dengan novel Sutera Dalam Lukisan.

Contoh Jawapan Novel SDL - Tajuk Novel

Tajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dan isinya.

Tajuk sesebuah novel amat penting bagi pengarang dan penerbit. Ia merupakan aspek penilaian pertama pembaca sama ada mahu membeli novel tersebut atau tidak. Tajuk novel Sutera Dalam Lukisan merupakan tajuk yang simbolik. Ia menjadi simbol kepada cerita yang terdapat dalam novel ini secara keseluruhannya.

Contoh Jawapan Novel SDL - Penyelesaian Konflik oleh Watak

Kebanyakan konflik dalam cerita sesebuah novel melibatkan watak utama. Jelaskan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi berdasarkan novel yang telah anda baca.

Konflik merupakan unsur penting dalam sesebuah cerita. Ia akan menggerakkan plot cerita tersebut. Konflik juga akan melibatkan watak utama sama ada konflik luaran atau konflik dalaman. Watak utama dalam novel Sutera Dalam Lukisan juga mengalami konflik luaran. Namun cara watak tersebut menyelesaikan konflik itu bergantung kepada kreativiti pengarang.

Contoh Jawapan Novel SDL - Nilai Ketekunan

Cerita dalam novel menyelitkan banyak nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga contoh yang menunjukkan nilai ketekunan.

Nilai murni merupakan salah satu unsur pengajaran yang terdapat dalam karya-karya penulisan kreatif termasuklah novel. Pengarang akan menyelitkan nilai-nilai tersebut di dalam sesuatu peristiwa yang dipaparkan dalam novel tersebut. Dalam novel Sutera Dalam Lukisan juga pengarang telah menyelitkan banyak nilai termasuklah nilai ketekunan melalui beberapa peristiwa.

Contoh Jawapan Novel SDL - Nilai Kemasyarakatan

Latar masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah novel mempunyai nilai tersendiri. Huraikan tiga nilai kemasyarakatan dalam novel yang anda kaji.

Latar merupakan salah satu unsur penting dalam sesebuah novel. Jika sesebuah novel itu menceritakan kisah masyarakat, sudah sememangnya latar masyarakat dalam novel itu lebih jelas. Nilai-nilai kemasyarakatan juga digambarkan di dalam cerita itu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam novel Sutera Dalam Lukisan juga terdapat nilai-nilai berkenaan.

Contoh Jawapan Novel SDL - Pertentangan Watak

Watak-watak dalam sesebuah novel akan bertentangan dengan sebahagian watak yang lain. Berdasarkan novel yang telah anda baca, nyatakan tiga peristiwa menunjukkan penentangan watak.

Penentang antara watak dalam sesebuah cerita merupakan aspek penting kerana ia akan mewwjudkan konflik dan menggerakkan cerita. Watak yang menentang watak lain biasanya watak antagonis. Dalam novel Sutera Dalam Lukisan juga terdapat beberapa watak yang menentang watak lain termasuklah watak utama.

Contoh Jawapan Novel SDL - Peristiwa Menarik

Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut.

Sesebuah cerita terdiri daripada rentetan peristiwa hasil daripada konflik yang wujud antara watak. Daripada rentetan peristiwa itu, terdapat beberapa peristiwa yang menarik bagi pembaca. Ia memberikan kesan kepada pembaca dan jalan cerita dalam novel tersebut.

Contoh Jawapan Novel SDL - Peristiwa Teladan

Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

Selain daripada nilai, sesebuah cerita juga mengandungi pengajaran atau teladan yang berguna untuk disampaikan kepada pembaca. Ia diselitkan melalui sesuatu peristiwa yang berlaku dalam cerita tersebut. Melalui novel Sutera Dalam Lukisan juga pembaca akan mendapat pengajaran atau teladan daripada beberapa pristiwa yang berlaku.