CARA MUDAH BELAJAR KOMSAS

Berdasarkan pengalaman saya, pelajar tidak memebaca teks asal komsas sama ada antologi atau novel. Mereka hanya bergantung 100% kepada buku ulasan yang ada di pasaran.



Amat mengejutkan saya, buku tulisan saya seperti yang dipaparkan di sini iaitu Ulasan Dirgahayu Bahasaku terjual sebanyak 3000 unit hanya di Kelantan...! Ini bermakna kebergantungan pelajar kepada buku ulasan amatlah tinggi.

Jika pelajar tidak membaca teks asal terlebih dahulu, pelajar belajar menggunakan teknik menghafal apa yang diajar oleh guru. Oleh kerana daya ingatan terbatas dan semua aspek yang dibincangkan tidak dapat diingati, pelajar akan rasa bosan.

Satu aspek lagi yang menjadikan pelajar bosan ialah tidak memahami cerita yang dibincangkan. Dalam buku ulasan hanyalah diberikan sinopsis seringkas mungkin. Tidak dijelaskan peristiwa-peristiwa yang boleh pelajar jadikan panduan untuk mencari persoalan, pengajaran dan nilai. Apabila dibincangkan sesuatu peristiwa, mereka hanya melopong.

Kesilapan ini perlu diperbetulkan segera...

No comments:

Post a Comment