PAPA



Klon soalan SPM bahagian novel sepanjang 10 tahun yang lepas. Boleh diaplikasikan kepada semua novel mengikut zon.


  1    - Tema yang menarik merupakan pendorong kepada pembaca untuk membaca sesebuah novel. Nyatakan tema novel yang telah anda baca.

       2    - Pengarang menyelitkan beberapa persoalan dalam novel yang telah anda baca. Huraikan tiga persoalan utama dalam novel tersebut.

       3    - Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam novel mengandungi nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda baca, bincangkan tiga peristiwa yang membawa nilai murni yang berbeza.

       4    - Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

       5    - Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama.

       6    - Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akan memberikan kepuasan kepada pembacaHuraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji.

       7    - Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

       8    - Novel yang telah anda kaji mengandungi beberapa persoalan utama. Huraikan tiga peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan dalam novel tersebut.

       9    - Watak adalah unsur penting yang menghidupkan dan menggerakkan cerita. Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda baca.

       10   - Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca.

       11   - Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji.

       12   - Nilai kasih sayang terdapat dalam kebanyakan novel yang bercorak kemasyarakatan. Huraikan tiga nilai tersebut berdasarkan novel kajian anda.

       13   - Konflik yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang. Berdasarkan novel kajian anda, nyatakan peranan watak utama dalam menyelesaikan konflik.

       14   - Watak sampingan dalam sesebuah novel juga penting dalam menggerakkan cerita. Nyatakan peranan satu watak  sampingan berdasarkan novel yang telah anda baca.

       15   - Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

       16   - Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut.

       17   - Watak-watak dalam sesebuah novel akan bertentangan dengan sebahagian watak yang lain. Berdasarkan novel yang telah anda baca, nyatakan tiga peristiwa menunjukkan penentangan watak.

       18   - Latar masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah novel mempunyai nilai tersendiri. Huraikan tiga nilai kemasyarakatan dalam novel yang anda kaji.

       19   - Cerita dalam novel menyelitkan banyak nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga contoh yang menunjukkan nilai ketekunan.

       20   - Banyak peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita mencerminkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berpandukan novel yang anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang mencerminkan persoalan maruah.

       21   - Kebanyakan konflik dalam cerita sesebuah novel melibatkan watak utama. Jelaskan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi berdasarkan novel yang telah anda baca.

       22   - Tajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dengan isinya.

       23   - Permulaan yang menarik dalam sesebuah novel akan mempengaruhi pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan novel kajian anda.

       24   - Cerita yang menarik dalam sesebuah novel akan meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca. Nyatakan tiga peristiwa yang meninggalkan kesan kepada anda berpandukan novel yang anda baca.

       25   - Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan tiga latar masa yang penting.

       26   - Watak utama mencerminkan banyak nilai murni. Huraikan tiga contoh nilai ketabahan watak utama dalam novel yang anda kaji.

       27   - Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang menggambarkan  kepincangan dalam masyarakat.

       28   - Plot dalam sesebuah cerita berkembang mengikut peringkat. Huraikan plot novel yang telah anda baca.

       29   - Pengarang telah menggunakan beberapa teknik plot agar penyampaian cerita menjadi lebih menarik. Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel kajian anda.

       30   - Novel yang telah anda baca adalah sebuah novel yang menarik. Tuliskan sinopsis cerita novel tersebut.


Sesiapa yang inginkan contoh jawapan yang lengkap, sila maklumkan kepada saya melalui email.





SINOPSIS

BAB 1          Intan Julia berada di dapur bersama Mak Cik Noraini. Dia memerhatikan ibunya Intan Maliana dan bapanya Jeffri berbual mesra di luar rumah sambil memetik sayur yang ditanam. Keintiman Intan Maliana dan Jeffti membuatkan Intan Julia berasa cemburu. Mak Cik Noraini menasihatkan Intan Julia kerana Intan Julia belum melalui keadaan demikian.


BAB 2          Beberapa minggu kemudian. Intan Julia pulang dari sekolah sendirian kerana ibunya Intan Maliana sakit. Di dapur Intan Julia makan bubur jagung. Mak Cik Noraini menceritakan kisah bagaimana bapa dan ibunya bertemu jodoh. Mereka mengajar di sekolah yang sama. Sebelum itu bapanya pernah kecewa sebanyak dua kali. Intan Julia teringat ibunya pernah dibawa hospital kerana mabuk darah setelah jarinya luka. Ibu dan bapanya pulang dan memberitahu ibunya mengandung.

BAB 3          Intan Julia mencuri dengar perbualan Mak Cik Noraini dengan ibunya di dapur. Mak Cik Noraini risau dengan ibunya yang mengandung. Ibunya pernah koma setelah melahirkannya semasa berumur 28 tahun. Dia kehilangan banyak darah. Intan Julia dilahirkan tidak cukup bulan dan tidak mahu menyusu susu tepung. Jeffri membawa Intan Julia bermain tennis. Di situ Intan Julia berkenalan dengan pelajar bapanya, Aisyah. Intan Julia tidak senang hati dengan hubungan mereka. Intan Julia mengajak bapanya pulang lebih awal.
                                
BAB 4          Ketika pulang dari sekolah tengahari, Intan Maliana menumpangkan kawannya Suzie kerana keretanya rosak. Intan Julia duduk di belakang. Suzie menasihatkan Intan Maliana agar mengugurkan kandungan atas sebab keselamatan Intan Maliana. Intan Maliana enggan kerana sayangkan Jeffri. Kandungan itu adalah atas permintaan Jeffri.          

BAB 5          Kandungan Intan Maliana semakin besar. Jeffri menasihatkan Intan Maliana agar mengikut nasihat doktor dan berserah segalanya kepada takdir. Mak Cik Noraini menceritakan pengalaman kelahiran Intan Julia. Intan Julia lahir tidak cukup bulan. Saiz badannya hanya sebesar anak kucing. Oleh kerana Intan Julia tidak mahu minum susu, doctor terpaksa memerah susu ibunya Intan Maliana untuk diberikan kepada Intan Julia.

BAB 6          Aisyah selalu mengajak Jeffri munim tetapi Jeffri menolak kerana tidak mahu kekecohan berlaku antara dia dan isterinya Intan Maliana. Intan Julia secara bergurau mencabar agar bapanya memikat Aisyah. Jeffri enggan kerana memang diatahu Intan Maliana tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

BAB 7          Tahun baru bermula. Intan Julia telah berada di tingkatan lima. Jeffri telah membelikan beberapa kelengkapan bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran walaupun ditegah oleh Mak Cik Noraini. Intan Maliana sakit hendak bersalin pada pukul empat pagi. Dia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

BAB 8          Intan Maliana terpaksa melalui satu pembedahan. Dia melahirkan dia orang anak lelaki kembar siam yang telah meninggal dalam rahim.  Intan Maliana dimasukkan ke bilik ICU dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jeffri membawa jenazah anaknya pulang dan menguruskan pengkebumiannya.         

BAB 9          Intan Julia dihantar oleh bapanya ke sekolah. Di sekolah dia telah berkenalan dengan Rusylan, seorang pelajar baru di sekolah itu. Rusylan agak cemburu dengan kemesraan Intan Julia dengan bapanya. Cikgu Suzie, kawan Intan Maliana memberitahu Intan Julia bahawa dia ingin melawat Intan Maliana di hospital. Dia mengambil keputusan untuk mengekori kereta Jeffri. Rasylan ingin bertemu dengan Intan Julia selepas waktu persekolahan tetapi ditolak oleh Intan Julia.       

BAB 10        Intan Julia pergi ke hospital bersama bapanya Jeffri. Kereta mereka diekori oleh kereta Suzie. Pada waktu petang, Intan Julia memerhatikan album lama. Dia menemui sepucuk surat yang ditulis oleh bapanya kepada ibunya Intan Maliana yang menyatakan perasaan sayang bapanya. Jeffri menegur sikap Intan Julia yang tidak mahu makan kerana rindu kepada ibunya. Semasa mereka makan, Aisyah menghubungi Jeffri untuk bertanya khabar tentang Intan Maliana dan Jeffri.

BAB 11        Mak Cik Noraini menasihati Jeffri agar berkahwin sekali lagi. Namun Jeffri enggan kerana sayangkan Intan Maliana. Intan Julia mula menduduki peperiksaan SPM. Intan Julia meminta keizinan daripada bapanya untuk bertemu dengan Rusylan. Namun bapanya tidak membenarkan. Sebaliknya bapanya mencabar agar Rusylan datang berjumpa dengannya di rumah.      

BAB 12        Aisyah menghubungi Intan Julia dan mengajaknya bermain tennis. Hari berikutnya, setelah pulang dari sekolah, Intan Julia mendapati ibunya telah dibawa pulang. Namun masih dalam keadaan koma. Aisyah datang untuk menjemput Intan Julia bermain tennis. Walaupun dia enggan tetapi bapanya Jeffri memaksanya pergi. Sebelum dihantar pulang, Intan Julia dibawa oleh Aisyah ke rumahnya. Intan Julia berkenalan dengan ibu bapa Aisyah yang merupakan seorang tokoh korporat yang terkenal. Aisyah menghantar Intan Julia pulang setelah hari menjelang malam.

BAB 13        Sudah lapan bulan Intan Muliana koma. Jeffri tetap berdoa agar Intan Muliana segera sedar. Rasylan datang ke rumah Intan Julia untuk berjumpa dengan Jeffri. Jeffri tidak menyenangi Rasylan kerana Rasylan berasal dari rumah anak yatim. Dia kemudiannya dijadikan anak angkat oleh Datuk Mistakim bin Bahadar. Jeffri juga marah kepada Datuk Mustakim kerana telah melanggar ibu dan bapanya semasa pulang dari surau. Kejadian itu menyebabkan bapanya meninggal dunia. Ibunya lumpuh dan meninggal dunia dua tahun kemudian.       

BAB 14        Intan Julia keluar bersama Rasylan. Setelah pulang ke rumah, bapanya Jeffri memberitahu bahawa dia tidak suka Intan Julia berkawan dengan Rasylan. Jeffri memberi alasan bahawa Rasylan merupakan seorang lelaki yang tidak diketahui asal keturunannya.  Intan Julia menyatakan dia akan merenggangkan hubungan dengan Rasylan walaupun tidak jujur.          

BAB 15        Keputusan peperiksaan telah diketahui. Intan Julia dan Rasylan mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka bersetuju untuk minum di Starbucks Coffee. Intan Julia mendapati bapanya berada di situ bersama Aisyah. Di rumah kemudiannya dia disambut oleh bapanya dan Mak Cik Noraini. Intah Julia menyatakan bahawa dia ingin melanjutkan pelajaran di UIA.

BAB 16        Intan Julia telah diterima ke Matrikulasi UIA. Bapanya Jeffri telah menghantarnya ke situ. Setelah segala urusan selesai, Jeffri pulang. Intan Julia telah bertemu dengan Rasylan yang menguruskan segala pendaftaran seorang diri. Pada hujung minggu, Intan Julia ditemani oleh Rasylan ke kedai buku sebelum pulang ke rumah. Sekali lagi Intan Julia ternampak bapanya bersama Aisyah di Starbucks Coffee.

BAB 17        Petang Sabtu itu Intan Julia pulang ke rumah. Mak Cik Noraini menegur Jeffri dan Intan Julia kerana mereka duduk terlalu rapat antara satu sama lain. Selesai sembahyang pada malamnya, Intan Julia ke bilik ibunya. Dia mendapati bapanya membaca Yassin dan kemudian berdoa. Intan Julia tidak pulang pada hari minggu berikutnya. Bapanya Jeffri menghubunginya. Kemudian dia dihubungi pula oleh Rasylan untuk mengajak Intan Julia keluar. Rasylan menyatakan bahawa En. Muaz al-Khalabi mahu dia membuat ujian DNA. Sekali lagi Intan Julia terserempak dnegan bapanya bersama Aisyah di Restoran A&W.        

BAB 18        Hari minggu berikutnya Intan Julia pulang ke rumah. Intan Julia bertanyakan tentang Aisyah kepada bapanya Jeffri. Intan Julia memberitahu bahawa dia terserempak dengan bapanya beberapa kali yang lepas. Intan Julia meluahkan perasaan tidak suka dan menuduh bapanya curang terhadap ibunya Intan Muliana. Jeffri menampar Intan Julia menyebabkan Intan Julia kecewa. Besoknya pagi-pagi lagi Intan Julia telah pulang ke asrama.

BAB 19        Rasylan menasihati Intan Julia agar menerima hakikat bahawa bapanya akan berkahwin lagi untuk mendapatkan teman hidup. Rasylan menjelaskan bahawa hasil ujian DNA yang dijalankan menunjukkan bahawa dia merupakan anak kepada En. Muaz al-Khalibi        . Namun Rasylan tidak mahu menerimanya. Pada hujung minggu berikutnya Intan Julia tidak pulang. Jeffri datang menemui Intan Julia di kampus. Atas desakan Rasylan, Intan Julia pergi berjumpa dengan bapanya. Intan Julia masih marah kepada bapanya. Dia masih tidak membenarkan bapanya berkahwin lagi. Namun hati Intan Julia menjadi lembut apabila Jeffri meluahkan perasaannya.

BAB 20        Daripada cerita En. Muaz al-Khalibi, Rasylan mendapat tahu bahawa En.Muaz telah menjalin hubungan dengan pembantu warga Indonesia di biliknya. En. Muaz telah meninggalkan perempuan itu setelah hamil tiga bulan. Setelah lahir, anak itu ditinggalkan di tepi longkang. Jeffri menjemput Intan Julia untuk bertemu dengan bakal isterinya iaitu Aisyah. Jeffri meminta Intan Julia pulang pada hujung minggu untuk menemaninya ke majlis akad nikah. Pada hari minggu berikutnya Intan Julia pulang. Namun dia tidak mengikut bapanya ke majlis akad nikah dengan alasan mahu menjaga ibunya.

BAB 21        Intan Julia demam sehingga tidak sedarkan diri. Jeffri yang membawanya ke hospital. Semasa tidak sedarkan diri Intan Julia bermimpi didatangi oleh seorang pemuda yang serupa dengan bapanya. Pemuda itu menasihatkannya agar menerima  keinginan bapa Intan Julia untuk berkahwin. Doktor menasihatkan Intan Juliana agar tidak terlalu mengikut hati.   

BAB 22        Intan Julia pulang dari hospital setelah tiga berada dalam wad. Dia diambil oleh bapanya dan ibu tirinya Aisyah. Jauh di sudut hatinya dia masih tidak mempercayai Asiyah. Setelah peperiksaan semester kedua berakhir, Intan Julia pulang ke rumah. Dia terdengar perbualan bapanya dengan Aisyah. Bapanya marah dan melarang Aisyah memasuki bilik Intan Maliana. Jeffri takut berlaku perkara yangtidak diingini. Aisyah sedih dengan prasangka itu.


BAB 23        Rasylan cemburu kepada Intan Julia sedangkan dia sendiri melayan pelajar perempuan lain. Dalam perjalanan pulang ke rumah dengan bas Rasylan memberitahu Intan Julia bahawa dia tidak akan memberitahu bapa angkatnya tentang tawaran daripada En. Muaz kepadanya. Dia akan tetap bersama keluarga angkatnya.          

BAB 24        Sesampainya Intan Julia di rumah, bapanya dan Aisyah tidak ada kerana mereka pergi ke rumah emak Aisyah. Setelah mereka pulang, Aisyah menasihati Intan Julia tertang perhubungannya dengan Rasylan. Dia menasihati Intan Julia supaya lebih banyak kompromi dan tidak terlalu berkecil hati. Rasylan menghubungi Intan Julia. Intan juga bercakap juga dengan Rasylan walaupun hatinya masih berbelah bahagi kerana didesak dan dicabar oleh bapanya.
                     Intan Julia dan Jeffri masuk ke bilik Intan Maliana. Intan Maliana membuka mata. Aisyak masuk ke bilik dan diperkenalkan oleh Jeffri kepada Intan Maliana. Intan Maliana terkejut dan marah. Dia bersama Intan Julia menangis. Kemudian dia sakit dan meninggal dunia.              

****** 1





TEMA

Novel Papa (akhirnya kau tewas jua!)  bertemakan kemanusiaan iaitu ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.  Pengarang mengungkapkan  ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta kasih sayang antara suami isteri. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Sikap ibu dan bapanya yang menyayang juga membuatkan Intan Julia merasakan mereka tidak dapat ditukar ganti. Oleh sebab itu dia menghalang bapanya berkahwin lagi semasa ibunya koma. Intan Julia tidak menyenangi hubungan bapanya dengan Aisyah. Malah Intan Julia pernah ditempelengi oleh bapanya kerana mengatakan bapanya curang kepada ibunya. Namun dia terpaksa juga membenarkan bapanya berkahwin dengan hati yang  berat demi memikirkan kepadaan bapanya yang tidak menentu. Jauh di sudut hati dia masih tidak boleh menerima Aisyah sebagai pengganti ibunya.

Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Oleh karana sifat kasih sayang yang menebal dalam dirinya membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini. Walaupun isterinya koma, tetapi dia mengatakan isterinya masih hidup dan tidak sanggup menduakan isterinya.  Dia menunggu isterinya sedang selama beberapa tahun sehinggalahdia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah. Jeffri amat marah kepada anaknya Intan Julia apabila Intan Julia menuduhnya curang kepada isterinya apabila dia berkeinginan untuk berkahwin lagi. Malah Intan Julia ditempelengnya sehingga menyebabkan Intan Julia berasa kecewa dan pulang ke asrama awal pagi keesokan harinya.

Walaupun begitu, Jeffri amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang makan dan minum  serta pelajaran Intan Julia. Dia marah apabila Intan Julia tidak mahu makan. Jeffri sentiasa bertanya perkembangan pelajaran anaknya sejak dari sekolah menengah hinggalah semasa Intan Julia belajar di UIA. Jeffri kerap menghantar Intan Julia ke kampus. Semasa di sekolah menengah Jeffri sentiasa menghantar Intan Julia pergi dan balik dari sekolah setelah Intan Maliana sedang koma. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.





PERSOALAN

Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalan pengorbanan seorang isteri terhadap suami yang amat disayangi. Pengorbanan ini dilakukan oleh Intan Maliana terhadap suaminya Jeffri walaupun perngorbanan itu amat membahayakan nyawanya sendiri. Intan Maliana sanggup hamil sekali lagi hanya untuk memenuhi permintaan Jeffri walaupun dia pernah koma ketika melahirkan anaknya yang pertama iaitu Intan Julia. Dia telah kehilangan banyak darah. Walaupun telah dinasihatkan oleh Mak Cik Noraini dan kawannya Suzie, namun Intan Maliana tetap tidak mahu menggugurkan kandungan itu demi sayangkan suaminya Jeffri. Dia mengikut nasihat suaminya agar berserah kepada takdir selain daripada berusaha dengan mengikut segaka nasihat doktor.  Akhirnya perkara yang sama berlaku apabila dia melahirkan anak. Dia telah kehilangan banyak darah dan  koma selama beberapa tahun dan akhirnya meniggal dunia.    

Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalan kesetiaan seorang suami kepada isterinya yang telah banyak berkorban untuk dirinya. Demi kesetiaan terhadap isterinya, Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan sehingga menimbulkan rasa cemburu dan meluat pada diri anaknya Intan Julia. Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Walaupun telah berkahwin, dia pernah beberitahu Aisyah bahawa dia akan mengutamakan Intan Maliana dan Intan Julia.    

Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Papa (akhirnya kau tewas jua!)  ialah persoalan tanggungjawab seorang bapa terhadap keluarga. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak Jeffri. Sebagai seorang suami, dia bertanggungjawab terhadap isterinya dengan memberikan sepenuh kasih sayang menjadikan hubungan mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan morak kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa kelahiran anak kedua yang telah meninggal dalam kendungan, dia menguruskan jenazah tersebut untuk dikebumikan. Dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya yang sedang koma. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Juga belajar di UIA.

Pengarang  juga mengungkapkan persoalan pembuangan bayi yang sedang menjadi isu hangat pada masa kini. En. Muaz al-Khalibi telah melakukan perbuatan sumbang dengan seorang wanita warga Indonesia di dalam biliknya sehingga wanita itu mengandung. Semasa wanita itu mengandung tiga bulan, Muaz al-Khalibi telah meninggal wanita itu seorang diri tanpa apa-apa ikatan. Perbuatan itu menyebabkan wanita itu kecewa. Setelah melahirkan anak, anak  itu tidak mahu dijaga. Dia telah meletakkan anak itu di tepi longkang dengan niat untuk membiarkan anak itu mati. Nasib anak itu baik kerana dia dijumpai dan dijaga di rumah kebajikan sehinggalah Datuk Mustakim untuk dijadikan anak angkat. Menyedari nasib dirinya sedemikian, Rasylan tidak mahu menerima En. Muaz al-Khalibi sebagai bapanya walaupun menerima tawaran yang banyak dan  ujian DNA telah mengesahkan dia adalah anak En. Muaz.                     

Watak Rasylan menggambarkan persoalan pandangan masyarakat terhadap anak luar nikah. Rasylan telah dipandang sebagai seorang yang hina dan tidak layak untuk berkawan dengan orang lain. Jeffri telah mengetahui latar belakang Rasylan menyebabkan  dia menghalang hubungan Intan Julia dengan Rasylan. Dia menyuruh Intan Julia merenggangkan hubungan dengan Rasylan. Semasa Rasylan datang ke rumah Intan Julia, Jeffri telah memandang sinis terhadap Rasylan. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan terasa hati. Jeffri mengungkitkan kisah lama Rasylan yang dijaga di rumah kebajikan masyarakat. Raslan mengatakan kepada Intan Julia kemudiannya bahawa Jeffri sombong. Apabila Intan Julia keluar dengan Rasylan, Jeffri marah kepada Intan Julia. Jeffri mengatakan bahawa Rasylan tidak tahu asal keturunan.

Pengarang  juga mengungkapkan persoalan poligami dalam masyarakat Islam. Walaupun poligami dibenarkan dalam ajaran Islam, namun ia perlulah mengikut syarat tertentu.  Jeffri pernah dicabar oleh anaknya Intan Julia agar memikat Aisyah dan menyatakan bahawa orang lelaki boleh berpoligami. Namun Jeffri menolak demi menjaga merukunan rumahtangganya bersama Intan Maliana. Jeffri tidak menerima poligami secara melulu. Malah sebelum mengambil keputusan untuk berlahwin lagi, dia telah mengkaji tentang poligami dengan membaca artikel tentang poligami. Intan Julia melihat bapanya membaca petikan berkenaan. Jeffri mengambil masa yang cukup lama sepanjang tempoh isterinya koma untuk mengambik keputusan berkahwin lagi. Keputusan itu dibuat atas alasan kepentingan kehidupannya, bukan atas asalan nafsu.

Hubungan antara watak Rasylan dengan Intan Julia pula menggambarkan persoalan hubungan dan pergaulan dalam golongan remaja terutamanya yang melibatkan hubungan berlainan jantina. Mereka telah menjaga hubungan sehingga dapat mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang menyumbang kea rah masalah sosial. Semasa berada di kampus, mereka berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan meluahkan masalah masing-masing. Mereka berjumpa di tempat awam yang dapat mengelakkan daripada berlakunya fitnah selain daripada pergi ke kedai buku dan restoran untuk makan atau minum. Malah pada bahagian akhir cerita, Rasylan cuba mencium Intan Julia, namun mereka telah sedanr tentang larangan agama untuk merkea berbuat demikian. Mereka dapat menerima batasan tersebut.


******** 2





WATAK DAN PERWATAKAN


   

A)    INTAN JULIA

Dia merupakan anak kepada Jeffri dan Intan Maliana. Kawan kepada Rasylan. Belajar di Sekolah Seri Gading dan kemudiannya melanjutkanpelajaran di UIA. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan saiznya hanya sebesar anak kucing. Dari segi perwatakan, Intan Julia digambarkan sebagai seorang yang tekun dan rajin belajar sehingga  menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Rasylan pernah memujinya dengan mengatakan Intan Julia seorang yang pintar dalam pelajaran. Dia rajin mengulangkaji di rumah sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dia juga berbincang tentang pelajaran bersama Rasylan. Dia yakin berjaya setiap kali peperiksaan semester yang dilaluinya.

Intan Julia juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang penyayang kepada ibu dan bapanya. Dia amat sayang dan tertekan setelah ibunya Intan Maliana koma selepas bersalin. Intan Julia merasakan mereka tidak dapat ditukar ganti. Disebabkan perasaan sayang yang mendapam kepada ibunya dia menghalang bapanya berkahwin lagi semasa ibunya koma. Malah Intan Julia pernah menuduh bapanya curang kepada ibunya sehingga dia ditempeleng oleh bapanya. Tuduhan itu dilemparkan apabila mendapati bapanya ingin berkahwin lagi. Dia juga sayang kepada bapanya kerana bapanya seorang yang bertanggungjawab terhadap ibunya Intan Maliana dan dirinya sendiri. Dia tidak mahu kehilangan bapanya. Oleh sebab itu juga dia kemudiannya memberikan keizinan untuk bapanya berkahwin lagi.                              

Pengarang novel ini juga menggambarkan Intan Julia sebagai seorang yang berfikiran positif. Hal ini dapat diperhatikan melalui tindakannya berkawan dengan Rasylan. Bapanya melarang dia berhubung dengan Rasylan dengan alasan bahawa Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Namun Intan Julia tetap dengan pendapatnya bahawa apa yang terjadi kepada Rasylan adalah bukan kehendak Rasylan sendiri. Intan Julia tidak peduli walaupun dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga berfikiran positif terhadap En. Muaz al-Khalibi. Dia menasihati Rasylan agar memberikan peluang kepada En. Muaz al-Khalibi untuk menebus kesalahannya yang lalu.

Selan daripada perwatakan di atas, pembaca juga mendapat gambaran bahawa Intan Julia merupakan seorang yang keras hati. Dalam hal ini, dia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Demikian juga setelah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Intan Julia tetap tidak mudah untuk menerima dan mempercayai Asiyah sebagaimana yang telah dipesan oleh ibunya Intan Maliana. Intan Julia juga telah berselisih fahan dengan Rasylan. Semasa Rasylan menghubunginya ketika dia berada di rumah, dia tidak mahu menjawab penggilan itu kerana masih marah dan kecewa dengan Rasylan. Namun atas desakan bapanya, dia bercakap dengan Rasylan.


B)     JEFFRI

Jeffri merupakan ayah kepada Intan Julia. Suami kepada Intan Maliana. Majikan dan sepupu kepada Mak Cik Noraini yang merupakan pembantu rumahnya. Dia merupakan seorang pensyarah di Kolej Iktisas. Sebelum menjadi pensyarah, dia juga seorang guru yang mengajar di Sekolah Seri Gading. Dari segi perwatakan, Jeffri merupakan seorang yang penyayang kepada isteri dan anaknya. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Dia sentiasa berkepit dengan Intan Maliana sehingga menyebabkan Intan Julia rasa meluat dan cemburu. Oleh kerana sayang kepada isterinya juga membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini. Walaupun isterinya koma, tetapi dia mengatakan isterinya masih hidup dan tidak sanggup menduakan isterinya.  Dia menunggu isterinya sedang selama beberapa tahun sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah. Jeffri amat marah kepada anaknya Intan Julia apabila Intan Julia menuduhnya curang kepada isterinya apabila dia berkeinginan untuk berkahwin lagi.

Selain daripada itu, Jeffri juga digambarkan sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Jeffri memberikan sepenuh kasih sayang kepada isterinya Intan Maliana menjadikan hubungan dan rumahtangga mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Jeffri merupakan seorang suami yang setia kepada isterinya. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan sehingga menimbulkan rasa cemburu dan meluat pada diri anaknya Intan Julia. Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Dalam hubungannya dengan Rasylan, Jeffri digambarkan mempunyai fikiran yang negatif dan memandang terhadap anak luar nikah. Dia telah mengetahui latar belakang Rasylan yang merupakananak luar nikah. Rasylan telah dijaga di rumah kemajikan masyarakat. Jeffri berpendapat bahawa anaknya Intan Julia tidak layak untuk berkawan dengan Rasylan memandangkan Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Semasa Rasylan datang ke rumahnya,  Jeffri telah bertanya Rasylan dengan nada sinis. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan terasa hati. Jeffri mengungkitkan kisah lama Rasylan yang dijaga di rumah kebajikan masyarakat. Raslan mengatakan kepada Intan Julia kemudiannya bahawa Jeffri sombong.




C)    RASYLAN

Rasylan merupakan anak luar nikah hasil hubungan antara En. Muaz al-Khalibi dengan soerang wanita warga Indonesia. Ibunya telah meninggalkan dia di tepi longkang dengan niat supaya dia mati. Dia dijaga di rumah kebajikan masyarakat sebelum diambil oleh Datuk Muhaimin untuk dijadikan anak angkat. Merupakan kasan kepada Intan Julia setelah dia berpindah ke Sekolah Seri Gading. Dia juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan melanjutkan pelajaran di pusat Matrikulasi UIA.

Dari segi perwatakan, Rasylan digambarkan sebagai seorang yang berdikari kerana dia sedar tentang keadaan dirinya. Semasa di Sekolah Seri Gading, Rasylan. Dia meluahkan rasa cemburu terhadap Intan Julia yang dihantar oleh bapa ke sekolah sedangkan dia terpaksa berulang alik sendirian. Semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA juga Rasylan telah melakukan sagala urusan pendaftaran dirinya seorang diri. Bapa angkatnya tidak dapat datang untuk menemani kerana menguruskan hal anaknya yang lain.

Dalam hubungannya dengan En. Muaz al-Khalibi, Rasylan digambarkan sebagai seorang yang berpendirian tegas. Dia mengikut permintaan En. Muaz supaya melakukan ujian DNA. Namun walaupun keputusannya menyatakan dia sememangnya anak En. Muaz,dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya. Malah Rasylan tidak berganjak dengan keputusannya walaupun dia diberi tawaran yang banyak oleh En. Muaz.

Rasylan juga seorang yang setia dalam perhubungan. Dia berhubung rapat dengan Intan Julia sejak di Sekolah Seri Gading. Demi perhubungannya dengan Intan Julia, Rasylan sanggup datang dan berjumpa dengan bapa Intan Julia apabila dicabar oleh bapa Intan Julia iaitu Jeffri. Walaupun bapa Intan Julia tidak menyukai dirinya, hubungan itu tetap diteruskannya setelah dia berada di UIA. Dia selalu bersama Intan Julia untuk merbincang dan mengulangkaji pelajaran. Dia juga selalu menemani Intan Julia keluar seeprti ke kedai buku atau ketika makan dan minum. Rasylan tetap setia kepada Intan Julia walaupun ada pelajar perempuan lain yang cuba mendakatinya.


********* 3





PLOT


Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa plot novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) adalah mengikut kronologi atau perkembangan peristiwa mengikut urutan masa. Ia bermula dengan peringkat permulaan apabila pembaca novel ini diperkenalkan dengan watak utama iaitu Intan Julia dan Mak Cik Noraini yang merupakan pembantu rumahnya. Kemudian pengarang memperkenalkan watak ibu dan bapa Intan Julia iaitu Jeffri dan Intan Maliana. Hubungan Jeffri dengan isterinya Intan Maliana sangat mesra dan intim sehingga menimbulkan rasa meluat dan rasa cemburu kepada Intan Julia. Mak Cik Noraini menceritakan tentang perhubungan Jeffri dengan Intan Maliana kepada Intan Julia. Mereka mengajar di sekolah yang sama dan berkahwin. Intan Julia berharap dia juga akan mendapat pasangan atau suami seperti bapanya pada suatu hari nanti.

Plot segera beralih ke peringkat perkembangan apabila Jeffri dan Intan Maliana pulang dari hospital. Jeffri memberitahu bahawa Intan Maliana hamil. Berita itu mengejutkan Mak Cik Noraini. Itulah permulaan konflik menyebabkan peristiwa berkembang. Mak Cik Noraini telah menasihatkan agar Intan Maliana agar memikirkan kembali keputusannya untuk melahirkan anak sekali lagi. Intan Maliana mempunyai sejarah perubatan yang kronik semasa melahirkan anak pertama iaitu Intan Julia. Intan Maliana telah kehilangan banyak darah dan koma. Intan Maliana juga telah dinasihatkan oleh kawannya Suzie agar menggugurkan kandungan itu. Namun kerana sayang dan tanggungjawab kepada suaminya Jeffri, dia enggan menggugurkannya.

Plot semakin berkembang apabila kandungan Intan Maliana semakin besar. Maliana juga risau dengan kandungannya dan proses bersalin kemudiannya. Namun Jeffri memberikan semangat dan dorongan serta menyerahkannya kepada takdir. Setelah sampai ketika, Intan Maliana sakit pada awal pagi. Dia dihantar ke hospital dan terpaksa melalui pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Malangnya anak itu kembar siam dan sudah meninggal dalam kandungan. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma.

Selain daripada konflik itu, Intan Julia juga melalui konflik. Dia ditegah oleh bapanya supaya merenggangkan hubungannya dengan Rasylan kerana Rasylan anak luar nikah. Intan Julia dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga menghadapi konflik dalam dirinya apabila pengarang memperkenalkan watak Aisyah. Intan Julia berkenalan dengan Asiyah semasa dia bermain tennis dengan bapanya. Dia tidak senang hati dengan perhubungan bapanya dengan Aisyah. Dia terserampak dengan bapanya bersama dengan Aisyah sebanyak tiga kali di restoran makanan segera. Dia mengesyaki bapanya mempunyai hubungan dengan Aisyah.

Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini agak singkat. Intan Julia tidak senang hati dengan perbuatan bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Tambahan apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah berani menjawab kata-kata bapanya kerana tidak tahanlagi menanggung rasa marah  terhadap sikap bapanya. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulangke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu.

Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula apabila Jeffri datang menemui Intan Julia di kampus. Jeffri telah menjelaskan kedudukan dirinya yang sebenar menyebabkan dia mahu berkahwin lagi. Dia hanya mahu seseorang menguruskan hidup bersamanya kerana usianya semakin bertambah. Namun dia tidak akan berkahwin sekiranya Intan Julia masih tidak membenarkannya berbuat demikian. Akhirnya dengan berat hati Intan Julia membenarkan bapanya berkahwin dengan Aisyah.

Melihatkan Aisyah tidak pernah menunjukkan sikap yang tidak baik terhadap dirinya dan bapanya, hati Intan Julia semakin dapat menerima kehadiran Aisyah dalam keluarganya. Dia menyatakan penerimaan itu selepas berlaku salah faham sehingga mereka menuduh Aisyah ingin meracuni Intan Maliana. Intan Maliana sedar akhirnya. Namun dia terkejut dan marah dengan rindakan Jeffri yang telah berkahwin dengan Aisyah. Intan Maliana sakit dan meninggal dunia.


********* 4



LATAR


A) LATAR TEMPAT

Terdapat beberapa tempat yang menjadi latar kepada peristiwa dalam novel ini. Latar tempat yang utama dan  penting ialah rumah keluarga Jeffri yang merupakan sebuah rumah bunglo dua tingkat. Banyak peristiwa penting yang berlaku di rumah ini. Antaranya ialah berita yang disampaikan oleh Jeffri dan Intan Maliana selepas mereka pulang dari hospital. Peristiwa ini merupakan titik permulaan kewujudan konflik dalam novel ini. Berita ini telah membuatkan Mak Cik Noraini bimbang. Rasylan datang ke rumah ini untuk bertemu dengan Jeffri setelah Jeffri mencabarnya supaya datang ke rumah. Jeffri telah bertanyakan sesuatu secara sinis menyebabkan Rasylan berasa terhina. Selain daripada itu, Intan Julia telah ditempeleng oleh bapanya di rumah ini juga apabila Intan Julia menuduh bapanya berlaku curang terhadap ibunya. Jeffri membawa isterinya pulang ke rumah ini dengan harapan isterinya lebih dekat dengannya. Dia lebih senang untuk memantau dan menjaga isterinya. Peristiwa akhir cerita dalam novel ini berlaku dalam bilik Intan Maliana. Maliana sedar dan membuka mata. Namun dia marah dan kecewa setelah Jeffri memperkenalkan Aisyah. Dia terus sakit dan meninggal.

Beberapa peristiwa lain telah berlaku di kampus UIA. Intan Julia dihantar oleh bapanya Jeffri untuk mendaftar di pusat Matrikulasi. Intan Julia kemudiannya bertemu dengan Rasylan. Intan Julia dan Rasylan selalu bertemu untuk berbincang tentang pelajaran dan tugasan yang perlu disiapkan. Selain daripada itu mereka bercakap dan meluahkan masalah selain daripada menasihati antara satu sama lain. Jeffri datang  bertemu dengan anaknya Intan Julia di kampus ini setelah Intan Julia tidak pulang beberapa munggu. Intan Julia berasa kecewa setelah ditempeleng oleh bapanya setelah dia menuduh Jeffri curang terhadap ibunya. Di kampus ini juga Rasylan bertemu dengan En. Muaz al-Khalibi yang memintanya melakukan ujian DNA. Dia mendapati bahawa dia adalah anak En. Muaz hasil daripada perhubungan haram antara En. Muaz dengan seorang warga Indonesia.

Penulis novel ini juga menggambarkan latar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Jeffri membawa isterinya ke hospital Intan Maliana pada pukul empat pagi setelah Intan Maliana mengadu sakit hendak bersalin. Jeffri ditemani oleh anaknya Intan Julia serta Mak Cik Noraini. Intan Julia datang dengan memakai baju tidur sehinggalah pulang keesokan harinya. Jeffri, Intan Julia dan Mak Cik Noraini terpaksa menunggu Intan Maliana melalui pembedahan untuk melahirkan anak. Dia melahirkan anak kembar siam yang telah meninggal dalam rahim. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma. Dia dimasukkan  ke ICU. Jeffri menguruskan jenazah dua anak lelaki kembar siam utuk dibawa pulang dan diuruskan pengkebumian. Semasa Intan Maliana koma, Jeffri dan Intan Julia sering datang melawatnya. Suzie juga pernah datang bersama Jeffri dan Intan Julia.

Dua peristiwa dalam novel ini berlaku di gelanggang tenis. Kali pertama pengarang menampilkan latar tempat ini ialah semasa Intan Julia datang ke gelanggang tennis untuk bermain tennis bersama bapanya Jeffri. Di sinilah Intan Julia berkenalan dengan Aisyah yang merupakan seorang pelajar bapanya. Aisyah datang ke gelanggang itu juga untuk bermain tenis. Intan Julia tidak senang dengan perhubungan bapanya dengan Aisyah. Selepas minum, Aisyah terus mengajak bapanya pulang. Sekali lagi Intan Julia datang ke gelanggang tenis bersama Aisyah. Aisyah telah mengajak Intan Julia untuk bermain tenis bersamanya. Pada hari yang sama bapanya membawa ibunya Intan Maliana pulang dari hospital. Daripada peristiwa itu Intan Julia sudah mula menyenangi Aisyah.



B) LATAR MASA

Perjalanan keseluruhan peristiwa dalam novel ini berlaku dalam beberapa tahun sahaja. Bermula semasa Intan Julia berusia 16 tahun iaitu semasa berada di tingkatan empat di Sekolah Seri Gading. Antara peristiwa penting yang berlaku pada masa ini ialah gambaran keintiman perhubungan suami isteri antara Jeffri dan Intan Maliana. Keintiman itu membuatkan Intan Julia berasa meluat dan cemburu. Mak Cik Noraini mengimbas kembali hubungan Jeffri dengan Intan Maliana yang mengajar di sekolah yang sama. Mereka tajuh cinta dan berkahwin setelah Jeffri kecewa sebanyak dua kali. Jeffri dan Intan Maliana juga menyatakan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua setelah 16 tahun tidak mengandung. Berita itu telah menimbulkan konflik dan merisaukan Mak Cik Noraini. Semasa ini juga Intan Julia berkenalan dengan Aisyah di gelanggang  tennis ketika dia bermain tennis bersama bapanya.

Semasa Intan Julia berada di tingkatan lima, terdapat peristiwa penting yang berlaku dalam novel ini. Intan Maliana mengadu sakit hendak bersalin. Jeffri membawanya ke hospital dengan ditemani oleh anaknya Intan Julia serta Mak Cik Noraini. Intan Maliana melalui pembedahan untuk melahirkan anak. Dia melahirkan anak kembar siam yang telah meninggal dalam rahim. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma. Dia dimasukkan  ke ICU. Semasa di tingkatan lima juga Intan Julia berkenalan dan semakin rapat dengan pelajar yang baru berpindah ke sekolah itu iaitu Rasylan. Hubungan itu t idak disenangi oleh bapanya Jeffri kerana Rasylan anak luar nikah yang tidak dikenahui asal keturunan. Rasylan datang ke ruman Intan Julia. Jeffri bertanya soalan dengan sinis menyebabkan Rasylan rasa terhina. Jeffri juga telah membawa Intan Maliana pulang ke rumah supaya dia dapat menjaganya setiap masa.

Semasa Julia belajar di UIA juga berlaku beberapa peristiwa penting. Antaranya ialah pertemuan Intan Julia dengan Rasylan semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA. Hubungan mereka semakin intim dan mereka sering berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan kisah hidup. Intan Julia juga terserampak dengan bapanya bersama Aisyah sedang makan dan bermesra sebanyak tiga kali di tempat yang berasingan. Intan Julia meragui hubungan bapanya dengan Aisyah menyebabkan Intan Julia marah kepada bapanya. Intan Julia menuduh bapanya curang kepada ibunya Intan Maliana menyebabkan dia telah ditempeleng oleh bapanya. Intan Julia akhirnya membenarkan bapanya berkahwin dengan Aisyah dengan hati yang berat. Ibunya sedang dan membuka mata. Namun dia terkejut dan marah apabila Jeffri memperkenalkan Aisyah. Dia sakit dan meninggal dunia.

Dari segi latar waktu, terdapat beberapa peristiwa yang dilatari oleh latar waktu tertentu dalam novel ini.  Antaranya ialah pada waktu petang. Peristiwa yang jelas pada waktu ini ialah peristiwa Intan Julia bermain tennis di gelanggang tennis bersama bapanya. Pada masa ini Julia berkenalan dengan Aisyah, seorang pelajat bapanya. Kali ke dua Intan Julia bermain tennis dengan Aisyah apabila Aisyah mengajaknya bermain tennis bersama. Walaupun dia menolak, namum dia didesak oleh bapanya untuk keluar bermain bersama Aisyah. Satu peristiwa jelas berlaku pada waktu malam. Intan Julia mendapati bapanya sedang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Intan Julia dapat meneka bahawa bapanya ingin berkahwin lagi dengan Aisyah. Dia telah membantah dan menuduh bapanya curang terhadap ibunya Intan Maliana. Tuduhanitu menyebabkan Intan Julia ditempeleng oleh bapanya. Intan Julia kecewa dan marah. Dia masuk ke bilik dan tertidur hingga pagi. Intan Maliana sedar juga pada waktu malam selepas waktu maghrib. Namun telah meninggal tidak lama selepas itu setelah dia diperkenalkan kepada Aisyah oleh suaminya Jeffri.



C) LATAR MASYARAKAT           

Pada umumnya masyarakat yang melatari novel ini ialah masyarakat Melayu yang hidup di bandar.  Mereka diwakili oleh keluarga Jeffri termasuklah isterinya Intan Maliana, anaknya Intan Julia dan pembantu rumahnya Mak Cik Noraini. Jeffri dan Intan Maliana termasuk dalam golongan masyarakat pendidik. Sebelum nejadi pensyarah, Jeffri juga seorang guru yang mengajar di sekolah yang sama dengan Intan Maliana iaitu Sekolah Seri Gading. Mereka mengajar di sekolah yang sama sejak sebelum mereka kahwin. Kemudian Jeffri menjedi pensyarah di Kolej Iktisas. Aisyah merupakan salah seorang daripada pelajar Jeffri di kolej itu. Manakala Intan Maliana terus mengajar di sekolah berkenaan sehinggalah dia dimasukkan ke hospital kemudian koma dan meninggal dunia. Suzie merupakan salah seorang guru dan  kawan kepada kepada Intan Maliana di sekolah berkenaan.

Selain daripada itu, Intan Julia dan Rasylan merupakan gambaran masyarakat pelajar dalam novel ini. Intan Julia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Seri Gading iaitu tempat ibunya mengajar. Semasa di tingkatan lima, Rasylan telah berpindah ke sekolah itu dan mereka berkenalan. Hubungan mereka semakin rapat sehingga Intan Julia meminta kebenaran daripada bapanya untuk pergi ke rumah Rasylan. Mereka telah menyambung pelajaran dan menjadi seorang siswa dan siswi setelah mendaftar di pusat Matrikulasi UIA. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran di situ setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Mereka belajar di situ selama beberapa tahun sehingga ke kampus induk UIA. Sepanjang belajar di situ, mereka sering berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan masalah masing-masing.

Dari sudut kemasyarakatan pula, novel ini menggambarkan beberapa ciri masyarakatnya. Antara lain ialah gambaran masyarakat yang penyayang.  Pengarang mengungkapkan  ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta kasih sayang antara suami isteri. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Oleh karana sifat kasih sayang yang menebal dalam dirinya membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini walaupun isterinya sedang koma. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang makan dan minum  serta pelajaran Intan Julia. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.

Selain daripada itu, penulis juga menggambarkan masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Jeffri memberikan sepenuh kasih sayang kepada isterinya Intan Maliana menjadikan hubungan dan rumahtangga mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Jeffri merupakan seorang suami yang setia kepada suami dan isteri. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan. Intan Maliana mengandung anak kedua atas permintaan Jeffri setelah enam belas tahun tidak mengandung. Dia sedar bahawa dia berhadapan dengan risiko kehilangan nyawa. Namun oleh kerana setia dan sayang kepada suaminya Jeffri, dia meneruskan hasrat itu.  Jeffri pula tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Watak Intan Julia dan Rasylan pula menggambarkan masyarakat yang tekun dan rajin belajar sehingga  menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Rasylan pernah memujinya dengan mengatakan Intan Julia seorang yang pintar dalam pelajaran. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia dan Rasylan belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan tekun dan mencari bahan-bahan rujukan yang mencukupi. Mereka juga seriing berjumpa dan  berbincang tentang pelajaran, tugasan, membeli buku dan saling menasihati. Intan Julia yakin berjaya setiap kali peperiksaan semester yang dilaluinya.

Selan daripada gambaran sifat di atas, watak Intan Julia dan Rasylan juga menggambarkan masyarakat yang perpendirian tegas. Dalam hal ini, Intan Julia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Demikian juga setelah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Intan Julia tetap tidak mudah untuk menerima dan mempercayai Asiyah sebagaimana yang telah dipesan oleh ibunya Intan Maliana. Demikian juga dengan Rasylan. Dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya. Malah Rasylan tidak berganjak dengan keputusannya walaupun dia diberi tawaran yang banyak oleh En. Muaz.


*********** 5




TEKNIK


A) TEKNIK PLOT

Dalam novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) ini, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang menjadikan novel ini lebih menarik walaupun plotnya mengikut kronologi. Antara teknik plot pertama yang dapat dikesan dalam novel ini adalah teknik imbas kembali. Pengarang meneritakan beberapa peristiwa kecil di beberapa tempat sepanjang plot novel ini.  Antara peristiwa yang diimbas kembali dalam novel ini ialah jodoh pertemuan antara Jeffri dengan Intan Maliana.  Kisan ini diceritakan oleh Mak Cik Noraini kepada Intan Julia. Jeffri telah kecewa sebanyak dua kali. Apabila mengajar di Sekolah Seri Gading dia berkenalan dengan Intan Maliana. Mereka saling jatuh cinta dan berkahwin. Intan Julia juga mengimbas kembali peristiwa ibunya mabuk darah setelah melihat darah dari jarinya yang luka. Dia terpaksa di bawa ke hospital oleh Jeffri. Mak Cik Noraini juga mebgimbas kembali peristiwa kelahairan Intan Julia. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan saiznya hanya sebesar anak kucing. Dia tidak mahu menyusu susu tepung. Mak Cik Noraini terpaksa memerah susu ibunya untuk diberikan kepada Intan Julia. Intan Maliana kehilangan banyak darah dan koma.

Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam novel ini. Pembaca dan watak Jeffri serta Intan Julia berasa suspens setelah Intan maliana dibawa ke hospital. Mereka dan pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana selamat melahirkan anak atau sebaliknya terutamanya setelah Intan Maliana terpaksa melalui suatu pembedahan untuk melahirkan bayi itu. Persoalan terjawab juga akhirnya apabila doktor memberitahu bahawa anak yang dilahirkan berupa anak kembas siam dan telah meninggal semasa dalam kandungan. Manakala Intan Maliana telah koma dan dibawa ke ICU. Ekoran daripada itu juga, pembaca dan watak Jeffri dan Intan Julia berasa  suspens tentang kesihatannya dan bila dia akan sedar. Intan Julia pernah menunjukkan sikap demikian. Dia terus bertanya bapanya sama ada ibunya sudah sedar atau tidak semasa dia dihubungi oleh bapanya. 

Teknik kejutan juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Pembaca dan watak Intan Julia berasa terkejut dengan tindakan Jeffri yang menempeleng Intan Julia di rumah mereka kerana selama usia Intan Julia,bapanya tidak pernah berkelakuan demikian. Bapanya bertindak demikian setelah Intan Julia menuduh bapanya berlaku curang kepada ibunya setelah melihat perhubungan bapanya dengan Aisyah. Akibat daripada tindakan itu, Intan Julia pulang ke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Pembada serta watak Jeffri dan Intan Julia juga terkejut dengan reaski Intam Maliana. Intan Maliana sekonyong-konyong membuka mata dan kemudian meminta ‘pizza’. Namun sekali lagi mereka mengalami kejutan apabila Intan Maliana sakit dan meninggal dunia beberapa minit kemudian. Selain daripada itu, pembaca juga terkejut dengan tindakan Rasylan yang cuba mengucup bibir Intan Julia tetapi ditolak oleh Intan Julia kerana menyedari perbuatan itu salah di sisi agama.




B) TEKNIK PENCERITAAN

Sebagaimana novel konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan taknik penceritaan yang yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung melalui watak ‘aku’. Contohnya sejak awal cerita pengarang telah menggambarkan suasana mesra antara Jeffri dengan isterinya Intan Maliana. Mereka bermesra sambil memetik sayuran yang ditanam di halaman rumah mereka. Pengarang juga menceritakan tentang sikap Jeffri yang diam sahaja semasa menuju ke hospital selepas mengambil Intan Julia sari sekolah. Mereka pergi melawat Intan Maliana dengan diikuti oleh Cikgu Suzie. Mereka naik ke tingkat tujuh. Jeffri terus menyarungkan pakaian khas dan terus menemui isterinya diikuti oleh Intan Julia. Pada bab yang lain mengarang menceritakan Intan Julia melihat perbuatan Jeffri yang baru selesai sembahyang dan menadah tangannya memohon supaya Tuhan segera menyedarkan isterinya.

Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis dengan meluas dalam karya mereka. Dalam novel ini  pengarang telah menggunakan teknik ini untuk menggambarkan peristiwa dan  perasaan seseorang. Contohnya melalui dialog antara Mak Cik Noraini dengan Intan Julia. Mak Cik Noraini menceritakan kisah pertemuan Jeffri dengan Intan Maliana.  Apabila mengajar di Sekolah Seri Gading Jeffri berkenalan dengan Intan Maliana. Mereka saling jatuh cinta dan berkahwin. Mak Cik Noraini juga bercerita tentang peristiwa kelahiran Intan Julia. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan saiznya hanya sebesar anak kucing. Dia tidak mahu menyusu susu tepung. Melalui dialog Rasylan juga pembaca mendapat tahu bahawa Rasylan adalah anak luar nikah dan telah ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang. Rasylan juga menyatakan bahawa dia tidak menerima En. Muaz sebagai ayahnya.

Dalam novel ini juga pengarang menggunakan sedikit teknik monolog. Penggunaan teknik monolog dapat diperhatikan dengan jelas pada halaman 7. Intan Julia mengomel sendirian semasa pulang dari sekolah sendirian. Ibunya sakit dan terpaksa pergi ke hospital. Intan mengomel bahawa ibunya tidak memberikan amaran terlebih dahulu sebelum ibunya sakit.  Pada halaman 9 pula, Intan Julia bermonolog tentang tindakan Mak Cik Noraini yang ingin menceritakan kisah ibu dan bapanya. Selain daripada itu, pengarang menggunakan sedikit teknik surat untuk menggambarkan perasaan watak. Contohnya pada halaman 77, IntanJulia menemui surat yang ditulis oleh bapanyanya kepada ibunya. Intan Julia membaca surat tersebut yang meluahkan perasaan sayang bapanya terhadap ibunya. 

******** 6


PENGAJARAN


Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca.  Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah seseorang bapa dan suami hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan baik terhadap keluarga. Contohnya Jeffri telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Dia menjaga kesihatan isterinya denganbaik semasa mengandung. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

Seseorang anak memahami perasaan ibu bapa.  Dalam hal ini, Intan Julia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain tanpa memahami perasaan bapanya yang sunyhi dan memerlukan seseorang sebagai teman hidup. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Malah dia telah menuduh bapanya curang terhadap ibunya sehingga menimbulkan kemarahan bapanya Jeffri. Intan Julia ditempeleng oleh bapanya pada malam itu. Setelah bapanya menjelaskan keadaan sebenar barulah Intan Julia memberikan keizinan kepada bapanya untuk berkahwin dengan hati yang berbelah bahagi.

Seseorang pelajar juga haruslah belajar dengan rajin dan tekun untuk menjamin kejayaaan pada masa hadapan. Contohnya Intan Julia dan Rasylan tekun dan rajin belajar sehingga  menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia dan Rasylan belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan tekun dan mencari bahan-bahan rujukan yang mencukupi.

Kita hendaklah tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contoh yang jelas ialah kesabaran Jeffri menanti isterinya Intan Maliana sedar daripada koma. Sekal dari Intan Julia berada di tingkatan lima hingga Intan Julia melanjutkan pelajaran ke kampus induk UIA Jeffri tetap sabar menanti sambil berdoa. Dia juga dengan sabar memberikan semangat kepada Intan Maliana dengan menceritakan pengalaman dan harapannya kepada Intan Maliana walaupun Intan Maliana sedang koma. Dia dapat  bersabar dengan hidupnya tanpa teman telah menolak cadangan Mak Cik Noraini agar berkahwin lagi.

Sebagai makhluk Allah, kita hendaklah berserah kepada takdir dan ketentuan-Nya kepada kita. Jeffri dan Intan Maliana berserah kepada takdir dengan apa yang bakal berlaku semasa Intan Maliana melahirkan anak kelak. Nasihat itu diberikan oleh Jeffri apabila Intan Maliana meluahkan rasa risaunya kepada Jeffri. Selain daripada itu, Jeffri telah menasihatkan agar Intan Maliana menjaga kesihatan denganbaik dengan mengikut segala nasihat daripada doktor. Jeffri juga menerima takdir bahawa anak lelakinya kembar siam dan telah meninggal dalam kandungan. Dia tidak menangis dengan apa yang berlaku.

Kita janganlah melanggar hokum agama dan melakukan dosa. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui tindakan En. Muaz al-Khalibi yang melakukan hubungan luar nikah dengan seorang wanita warga Indonesis. Hasil daripada hubungan itu, wanita warga Indonesia telah melahirkan seorang anak dan teah ditinggalkan di tepi longkang dengan niat supaya anak itu mati. Perbuatan itu telah membuatkan Rasylan terhina kerana dialah anak itu. Intan Julia juga menolak apabila Rasylan ingin mengucup bibirnya. Dia sedar bahawa perbuatan itu menyalahi hokum agama.

Kita juga janganlah memandang hina kepada anak luar nikah kerana mereka tidak berdosa. Sebaliknya kewujudan mereka adalah hasil daripada dosa orang lain. Jeffri digambarkan memandang hina anak luar nikah. Dia telah mengetahui latar belakang Rasylan yang telah dijaga di rumah kemajikan masyarakat. Jeffri berpendapat bahawa anaknya Intan Julia tidak layak untuk berkawan dengan Rasylan memandangkan Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Semasa Rasylan datang ke rumahnya,  Jeffri telah bertanya Rasylan dengan nada sinis. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan rasa terhina.


****** 7



NILAI

Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang makan dan minum  serta pelajaran Intan Julia. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.

Watak Intan Julia dan Rasylan menggambarkan nilai ketekunan dan kerajinan dalam menuntut ilmu sehingga  menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia rajin mengulangkaji sehingga dia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Rasylan pernah memujinya dengan mengatakan Intan Julia seorang yang pintar dalam pelajaran. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dia kemudiannya berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dia juga berbincang tentang pelajaran bersama Rasylan. Mereka telah berjaya dalam setiap peperiksaan semester yang dilaluinya.


Pengarang novel ini juga menggambarkan nilai berfikiran positif melalui watak Intan Julia. Bapanya melarang dia berhubung dengan Rasylan dengan alasan bahawa Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Namun Intan Julia tetap dengan pendapatnya bahawa apa yang terjadi kepada Rasylan adalah bukan kehendak Rasylan sendiri. Intan Julia tidak peduli walaupun dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga berfikiran positif terhadap En. Muaz al-Khalibi. Dia menasihati Rasylan agar memberikan peluang kepada En. Muaz al-Khalibi untuk menebus kesalahannya yang lalu.

Selain daripada itu, pengarang juga menggambarkan nilai tanggungjawab melalui watak Jeffri. Dia telah memberikan sokongan semangat kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Dia sentiasa memastikan kesihatan Intan Maliana berada dalam keadaan baik semasa mengandung.  Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah.

Selain daripada nilai di atas, watak Jeffri menggambarkan nilai kesetiaan kepada isterinya. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan.  Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Nilai lain yang terdapat dalam novel ini ialah nilai berdikari. Nilai ini digambarkan melalui watak Rasylan. Dia sedar dengan keadaan dirinya yang hanya sebagai seorang anak angkat kepada Datuk Muhaimin. Semasa di Sekolah Seri Gading, Rasylan. Dia meluahkan rasa cemburu terhadap Intan Julia yang dihantar oleh bapa ke sekolah sedangkan dia terpaksa berulang alik sendirian. Semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA juga Rasylan telah melakukan sagala urusan pendaftaran dirinya seorang diri. Bapa angkatnya tidak dapat datang untuk menemani kerana menguruskan hal anaknya yang lain.

Watak Rasylan juga menggambarkan nilai ketegasan dalam mempertahankan pendirian. Dalam hubungannya dengan En. Muaz al-Khalibi, Rasylan mengikut permintaan En. Muaz supaya melakukan ujian DNA. Namun walaupun keputusannya menyatakan dia sememangnya anak En. Muaz,dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya. Malah Rasylan tidak berganjak dengan keputusannya walaupun dia diberi tawaran yang banyak oleh En. Muaz.
idah s� :ga�O�Nitu sedih dengan kematian Rahayu.  Tambahan pula Rahayu telah berpisah dengannya sejak umur tujuh tahun. Manakala Mejar (B) Kamarudin juga sayangkan anak-anaknya termasuk Faridah yang telah lama ditinggalkan bersama Salmah. Dia berusaha mencari Faridah setelah usaha pihak pencari dan penyelamat gagal. Dia telah meredah hutan bersama Buyung sehingga menemui Faridak di perkampungan orang Asli.

Terdapat juga masyarakat yang bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Sifat ini jelas digambarkan semasa kehilangan Faridah di Bukit Fraser selepas van yang dipandunya terbabas dan tajuh ke dalam gaung. Pelbagai pihak datang mamberikan bantuan termasuklah penduduk kampung. Selain daripada itu sifat ini juga digambarkan oleh watak Buyung yang bekerja di Jabatan Perhutanan. Dia memberikan kerjasama yang baik kepada Mejar (B) Kamaruddin untuk mengesan Faridah di Bukit Kutu dan perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Tambahan pula mereka saling mengenali dan kedua-duanya adalah pesara tentera.

Watak utama dalam novel ini pula menggambarkan masyarakat yang tabah dalam menempuh dugaan hidup. Bermula daripada kehidupan yang sukar di kampung setelah ditinggalkan oleh ayahnya Mejar (B) Kamarudin hinggalah kepada kematian seluruh anggota keluarganya. Faridah melalui kehidupannya berasama ibu dengan mengerjakan sawah untuk menyara hidup mereka. Dia juga tabah menjaga ibunya yang semakin uzur sehingga ibunya meninggal. Dia juga tabah menerima kematian suaminya Ghazali akibat kemalangan jalan raya. Ketabahan itu membuahkan hasil apabila dia berhijrah dan mendapat kebahagiaan bersama suami keduanya Soleh Johnsons di New Zealand. Demikian juga dengan Melina. Dia tabah menghadapi dugaan apabila suaminya Benny hilang. Pada masa yang sama dia memandu sendiri dalam keadaan sarat mengandung untuk berjumpa dengan ibunya di Cameron Highland.

Terdapat juga beberapa watak yang menggambarkan masyarakat yang berdikari. Mereka termasuklah Azrul dan Rahayu. Mereka tidak mengharapkan pekerjaan dalam sector awan apabila tamat pengajian. Mereka merancang untuk memulakan perniagaan yang berasaskan pertanian. Walaupun Rahayu meninggal, Azrul tetap meneruskan usaha berkenaan. Dia memulakan usaha menternak kambing sehingga dia berjaya dan dinugerahkan sebagai peladang jaya dan gelaran datuk. Malah dia juga mendidik anaknya Zain agar turut berkecimpung dalam bidang pertanian. Zain kemudiannya menguruskan lading ternak biri-biri kepunyaan Soleh Jonhsons setelah berkahwin dengan Anne. Demikian juga dengan Salmah. Dia berdikari untuk hidup setelah ditinggalkan oleh suaminya Mejar (B) Kamarudin sambil membesarkan Faridah. Dia bekerja di sawah dengan dibantu oleh Faridah untuk menyara hidup.



*********** 5




TEKNIK


A) TEKNIK PLOT

Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa perkembangan plot utama novel Kabus di Perbukitan ini mengikut kronologi iaitu mengikut perkembangan masa secara teratur. Faridah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hilang selama dua minggu. Adik kembarnya Rahayu pula menghidap kanser. Mereka berjumpa di hospital tanpa bertentang mata. Faridah kehilangan Rahayu kemudian ibu dan suaminya. Dia tertekan dan berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan Soleh Johnsons. 25 tahun kemudian, dia kembali ke kampung halamannya yang dirindui selama dia berada ni New Zealand. Anaknya Melina berkahwin dengan Benny dan berhijrah ke Malaysia. Begitu juga dengan Anne. Dia telah berkahwin dengan Zain yang berasal dari kampung yang sama dengan Faridah. Faridah kemudiannya menetap di Cameron Highland. Cuma terdapat beberapa bahagian kecil imbas kembali yang membolehkan pembaca mengetahui sejarah hidup Faridah.

Dalam novel Kabus di Perbukitan ini, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang menjadikan novel ini lebih menarik walaupun plotnya mengikut kronologi. Terdapat tiga teknik plot utama dalam novel ini. Teknik plot pertama yang dapat dikesan dalam novel ini adalah teknik imbas kembali. Pengarang meneritakan beberapa peristiwa kecil di beberapa tempat sepanjang plot novel ini.  Antara teknik imbas kembali yang terdapat dalam novel ini ialah imbas kembali kisah pertemuan Mejar (B) Kamarudin dengan Salmah di Calet Seri Buana di Pengkalan Balak. Pertemuanini membawa mereka ke jinjang pelamin. Tidak lama kemudian Mejar (B) Kamarudin berkenalan dan berkahwin pula dengan Hamidah ketika bertugas di Pengkalan Hulu dan seterusnya mengambil Rahayu tinggal bersamanya. Selain daripada itu pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk menceritakan peristiwa pertemuan Salmah dengan Rahayu ketika Rahayu dihantar oleh Mejar (B) Kamarudin ke rumahnya. Rahayu ingin pulang dan merasai kehidupan dengan ibu yang selama ini dirinduinya. Tubuh Rahayu yang begitu kurus menambahkan lagi rasa sayu Salmah terhadap anaknya itu. Dia sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu. Salmah juga menyediakan kuih ibu ketuk kegemaran Rahayu. 

Pengarang juga menyelitkan sedikit teknik imbas muka dalam novel ini. Antaranya imbas muka yang dibayangkan oleh Faridah saat van yang dipandunya tidak dapat dikawal lagi dan akan terjunam ke dalam gaung. Dia membayangkan keadaan dan perasaan ibunya menerima jenazahnya nanti. Dia membayangkan perasaan ibunya penuh sayu. Demikian juga imbas muka yang dibayangkan oleh Rahayu semasa dia berada di hospital apabila dia mengetahui pesakit bersebelahan katilnya telah meninggal dunia. Apabila  dia melihat katil di sebelahnya dikemaskan oleh jururawat, dia juga membayangkan katilnya akan dikemaskan demikian rupa suatu hari nanti. Semasa katilnya dikemaskan, orang di sebelah katilnya pula akan akan merasa seperti apa yang dia rasakan ketika itu. Imbas muka juga terdapat pada halaman 53 apabila Rahayu membayangkan hubungannya dengan Azrul. Rahayu membayangkan kepada Azrul bahawa cinta mereka akan menjadi kenangan yang indah bagi Azrul. Dia tidak akan mempu melalui semua sesi rawatan yang disediakan. Dia akan pergi juga pada satu hari nanti.

Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam novel ini. Pembaca berasa suspens dengan peristiwa kemalangan jalan raya yang dialami oleh Faridah kerana Faridah didapati hilang dan tidak dapat dijejaki oleh pesukan pencari dan penyelamat. Perasaan suspens juga dirasai oleh watak dalam novel seperti Ghazali, Sarjan Yusoff dan lain-lain. Pelbagai andaian telah dibuat tentang kehilangan Faridah dan Iqbal termasuklah kemungkinan angkara binatang buas dan komunis. Perasaan suspens terus dirasakan sehinggalah Faridah dan Iqbal ditemui oleh Mejar (B) Kamarudin di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Selain daripada itu pembaca juga berasa suspens terhadap pertemuan Rahayu dengan Faridah. Rahayu sedang menderita kerana kanser dan Faridah pula hilang di dalam hutan. Dalam keadaan itu, apakah mereka sempat bertemu sebelum Rahayu menghembuskan nafas terakhirnya. Persoalan itu  terjawab apabila Rahayu dapat menatap wajah Faridah di hospital sebelum Rahayu meninggal dunia.   

Teknik kejutan juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Pengarang menggunakan teknik ini dalam persitiwa yang melibatkan Melina dan Benny. Satu kejutan apabila Benny meninggalkan rumahnya secara tiba-tiba setelah menerima satu email yang mengejutkan. Peristiwa itu membentuk satu anak plot dalam novel ini. Pembaca juga terkejut apabila mendapati Benny terlibat dengan kegiatan haram dan pengganas yang diwakili oleh Mohamed Attar. Dia melarikan diri dan akhirnya mendapat perlindungan kerajaan Dubai. Pembaca juga mengalami kejutan apabila Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah. Pembaca berasa demikian kerana mereka tidak sempat bertemu dan melepaskan rindu yang sekian lama terpendam. Mereka hanya bertemu di alam psikik yang memberikan isyarat mereka akan berpisah. Pembaca tidak menyangka mereka akan berpisah begitu cepat seperti itu.       

Satu lagi teknik menarik yang digunakan oleh pangarang dalam novel ini ialah teknik mimpi atau teknik bawah sedar. Teknik ini digarapkan oleh pengarang melalui watak Faridah. Melalui teknik ini pembaca didedahkan dengan kisah atau peristiwa semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Semasa Faridah dan Oqbal sesat di dalam hutan, mereka telah sampai ke Bukit Kutu dan bermalam di rumah Tuan Cecil Renking. Dia menikmati pemandangan dan suasana rumah percutian pegawai Inggeris di sana dengan keadaan dingin dan berkabus. Sebenarnya kawasan rumah rehat itu sudah ditinggalkan dan hanya terdapat tapak bangunan sahaja. Semasa Faridah berhalusinasi atau mengembara di bawah sedar juga, dia telah pergi ke pekan Sungai Kubu. Di situ Faridah telah menyaksikan aktiviti melombong dan mengangkut bijih timah serta aktiviti perniagaan yang dipelopori oleh kaum Cina dan Melayu. Dia juga dalam menyaksikan kegiatan penagihan candu dalam kalangan pelombong Cina.



B) TEKNIK PENCERITAAN

Sebagaimana novel konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan taknik penceritaan yang yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung. Contohnya sejak awal cerita pengarang telah menggambarkan perwatakan Rahayu sebagai seorang pelajar universiti. Dia bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang sepatutnya dihantar pada sebelah paginya. Demikian juga gambaran latar tempat di Bukit Fraser dengan cuaca yang dingin dan berkabus pada waktu pagi. Burung-burung berterbangan dan monyet bergayutan pada pokok hutan. Kemudian pengarang menggambarkan keadaan yang menyebabkan van yang dipandu Faridah berpusing-pusing dan kemudian menjunam ke dalam gaung. Pengarang juga menceritakan tentang sejarah hidup Mejar (B) Kamarudin yang berkenalan dan berkahwin dengan Salmah. Kemudian dia berkahwin pula dengan Hamidah dan meninggalkan Salmah. Terdapat banyak lagi gambaran menggunakan teknik pemerian yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini.

Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis dengan meluas dalam karya mereka. Dalam novel ini  pengarang telah menggunakan teknik ini dengan meluas untuk menggambarkan perasaan dan perwatakan seseorang. Contohnya melalui dialog antara Rahayu dengan Azrul. Melalui dialog itu pembaca mendapat gambaran tentang perwatakan mereka yang berhasrat untuk berdikari setelah menamatgkan pengajian kelak. Mereka bercadang untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian bersama-sama.  Selain daripada itu, dialog antara Melina dan Benny membolehkan pembaca mendapat gambaran tentang perwatakan Benny. Pembaca mendapat gambaran bahawa pegangan agama dalam diri Benny. Walaupun dia berketurunan Arab yang beragama Islam, tetapi keimanannya tidak kuat. Dia hanya terbiasa dengan makanan halal tetapi dia suka meminum minuman keras malah merasakan minuman itu lebih nikmat.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

Dalam novel ini juga pengarang menggunakan sedikit teknik monolog. Monolog dalaman dapat diperhatikan dengan jelas pada halaman 12. Pada saat berlakunya kemalangan dan keretanya tidak dapat di kawal lagi, Faridah telah bermonolog dalam dirinya tentang nasib yang akan menimpa diri dan perasaan sedih ibunya semasa menerima jenazahnya nanti. Dalam monolog dalamannya Faridah memohon ampun daripada ibunya terhadap dosa selama ini. Dia juga memohon ampun daripada Allah dan bertawakal tentang nasib yang akan menimpanya. Dia redha menerima ketentuan-Nya. Pada halaman 118 Faridah sekali lagi bermonolog dalam dirinya setelah bangkit dari tidur. Dia bermimpi tentang kehadiran Ayu dengan wajah yang jernih menggamit ibunya. Dalam monolog dalaman semasa memulakan solat,  dia berserah dirinya kepada Allah dan menerima segala ketentuan-Nya. Manakala monolog luaran dapat diperhatikan oleh pembaca pada halaman 119.  Selepas solat  Subuh Faridah ke dapur untuk memasak nasi lemak dan sambal bilis kegemaran ibunya. Faridah bermonolog apabila mendapati ibunya lewan bangun, “Lewat mak bangun, selalunya tidak begini.” 

******** 6



PENGAJARAN


Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca.  Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah kita hendaklah berusaha gigih dan tidak terlalu bergantung kepada kerjaya makan gaji. Contoh terbaik dalam novel ini ialah Rahayu dan Azrul. Mereka tidak langsung mengharapkan kerja makan gaji setelah tamat pengajian di universiti. Sebaliknya mereka merancang untuk bekerja sendiri dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian. Walaupun Rahayu meninggal dunia, namum Azrul tetap meneruskan hasratnya dengan memulakan penternakan kambing. Berkat usaha gigihnya dia telah berjaya memajukan bidang pertanian di kampungnya dan dianugerahkan sebagai paladang jaya dan gelaran datuk.

Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Pengajaran ini digambarkan oleh watak Salmah dan Mejar (B) Kamarudin. Salmah menunaikan tanggungjawabnya membesarkan Faridah walaupun dia merupakan ibu tunggal setelah dia ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin. Manakala Mejar (B) Kamarudin pula rasa bertanggungjawab terhadap anaknya Faridah yang telah lama ditinggalkan. Rasa tanggungjawab itu begitu mendalam setelah dia menerima berita kehilangan Faridah selepas van yang dipandu Faridah terbabas dan terjunam ke dalam gaung. Atas rasa tanggungjawab itu dia berusaha masuk ke dalam hutan bersama Buyung untuk mencari Faridah setelah usaha pasukan penyelamat gagal

Kita haruslah rajin menuntut ilmu memahirkan dan memajukan diri sendiri. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Azrul. Dia amat mementingkan ilmu dalam mengusahakan sesuatu. Dengan ilmu yang ditimba di UPM, dia bercita-cita untuk memulakan perniagaan berasaskan pertanian bersama Rahayu. Setelah menamatkan pengajian dia memulakan penternakan kambing walaupun Rahayu telah tiada. Manakala selepas 25 tahun, anaknya Zain telah dihantar ke New Zealand untuk mengikuti pengajian dalam bidang pertanian. Dia mahu Zain menimba ilmu dan kemahiran sebanyak mungkin dalam bidang pertanian agar dapat menggantikannya menguruskan ladang dengan labih baik.

Setiap ahli masyarakat hendaklah mempunyai semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Pengajaran ini digambarkan oleh ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai komuniti untuk mencari dan menyelamat Faridahyang didapati hilang selepas van yang dipandunya terjunam ke dalam gaung semasa dia memandu dari Bukit Fraser ke Raub. Kerjasama bukan sahaja daripada agensi kerajaan seperti polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan  Jabatan Perhutanan malah turut disertai oleh masyarakat kampung dan  masyarakat orang Asli.

Kita hendaklah tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contoh yang jelas ialah kesabaran Salmah dalam menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal setelah dia ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin. Dia mengerjakan sawah padi seorang diri untuk menyara hidupnya bersama Faridah. Mejar (B) Kamarudin tidak pernah bertanya khabar tentang mereka. Demikian juga dengan Faridah yang tetap sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup. Semangatnya ternyata kuat semasa dia hilang dan sesat di dalam  hutan. Dia juga tabah menghadapi kehilangan ahli keluarga bermula daripada adik kembarnya Rahayu, ibu dan kemudian suaminya Ghazali.

Sebagai makhluk Allah, kita hendaklah menerima takdir dan ketentuan-Nya kepada kita. Faridah menyerah dirinya dan sedia menerima apa sahaja ketentuan Allah terhadapnya setelah dia bermimpi dan terjaga pada awal pagi. Dia juga meyerahkan kepada takdir Allah semasa van yang dipandunya tidak dikawal dan terjunam ke dalam gaung. Demikain juga dengan Rahayu. Dia menyerahkan takdir dirinya yang menghidap kanser kepada takdir Allah. Dia menerima takdir bahawa dia akan pergi meninggalkan dunia dan keluarga pada suatu hari. Dia tidak pernah menunjukkan kesedihan dan ketakutan dengan takdirnya.

Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong walaupun berlainan bangsa dan agama. Pengajaran ini dapat diperhatikan oleh pembaca melalui tindakan masyarakat orang Asli yang diketuai oleh Tuk Batin Senik yang menyemalatkan Faridah dan Iqbal apabila mereka mendapati Faridah dan Iqbal merayau-rayau di tepi Sungai Dua. Kepada Faridah terhantuk pada batu menyebabkan Faridah koma. Tok Batin Senik cuba memulihkan Faridah menggunakan caranya. Faridah hanya sedar beberapa ketika sahaja. Faridah terus dijaga di rumahnya sehinggalah Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di situ. Mereka suami isteri juga menjaga Iqbal dengan baik.

Sebagai orang Islam, kita hendaklah mengamalkan cara hidup Islam dengan baik. Sikap ini ditunjukkan oleh kesedaran Benny dan Melina sendiri yang selama ini tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan baik. Perkenalan Benny dengan Ustaz Hassan Syukri digunakan oleh Benny dan Melina untuk memperteguhkan iman mereka. Nasihat daripada Ustaz Hassan Syukri. Demikian juga jiran mereka di Marang iaitu haji Awang. Benny dan Melina banyak menerima nasihat dan pengajaran daripada Haji Awang sepanjang mereka berjiran. Benny dan Melina sedar tentang kesilapan mereka meneguk arak sebelum itu.

Selain daripada itu, sebagai seorang warganegara kita mestilah sentiasa setia setia terhadap negara serta mempunyai jati diri yang kental. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Faridah. Walaupun sudah 25 tahun dia tinggal di New Zealand, namun dia masih mengingati dan merindui kampung halamannya di Sungai Besar. Malah dia sentiasa ingin pulang ke kampungnya. Lebih daripada itu dia tidak pernah memohon untuk membatalkan kerakyatannya. Demikian juga dengan Datuk Azrul. Dia menasihatkan anaknya Zain agar pulang juga ke kampung halaman walaupun ke mana sahaja Zain merantau.

Seseorang penganut agama Islam kita hendaklah mempertahankan maruah agama dan sedia berjihad untuk memartabatkannya. Pengajaran ini digambarkan oleh Mohamed Attar dan Benny. Mohamed Attar berjuang mempertahankan dan memartabatkan agama Islam daripada musuh Islam iaitu Amerika Syarikat dan Israel. Dia cuba mendapatkan sokongan Benny dan Ustaz Hassan Syukri untuk turut serta dalam perjuangannya. Namun dia berjihad dengan cara mengangkat senjata menyebabkan dia diburu dan ditangkap kerana melakukan keganasan. Dia membawa sejumlah bom untuk meletupkan kepentingan Amerika.

Kita hendaklah menjaga alam sekitar dan alam semulajadi agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. Sikap ini ditunjukkan oleh  Azrul semasa menuntut di UPM. Dia menyertai NGO yang mengadakan kempen cintai sungai di KLCC untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan sumber air bersih kepada manusia. Semasa mengusahakan projek agropelancongan di Tanah Tinggi Loging bersama Soleh Johnsons,  mereka cuba mengelak daripada menebang pokok-pokok bernilai tinggi yang terdapat di tapak projek mereka walaupun terpaksa menanggung kos yang tinggi.

****** 7



NILAI

Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak serta  kasih sayang kepada saudara. Salmah begitu sayang kepada anaknya Rahayu sehingga perasaannya sayu apabila Rahayu pulang ke rumahnya dalam keadaan yang begitu kurus. Perasaannya juga tertekan apabila Rahayu meninggal dunia sehingga dia melawat kubur Rahayu sebanyak dua kali sehari. Demikian juga dnegan Rahayu. Dia begitu sayangkan kakak kembarnya Faridah. Dia ingin bertemu dengan Faridah sebelum dia meninggal dunia.

Pada diri watak Salmah dan Mejar (B) Kamarudin terdapat nilai janggungjawab terhadap anak-anak.  Salmah menjalankan tanggungjawabnya membesarkan Faridah dalam keadaan sukar sebagai ibu tunggal. Manakala Mejar (B) Kamarudin menyedari tanggungjawabnya terhadap Faridah di telah diabaikannya sejak berkahwin dengan Hamidah. Atas rasa tanggungjawab itu dia nekad untuk masuk ke dalam hutan dan mencari Faridah setelah usaha pasukan penyelamat gagal mengesan Faridah setelah dua minggu menjalankan operasi.

Nilai tolong-menolong juga diselitkan oleh pengarang dalam novel ini. Semasa Faridah hilang selepas van yang diu pandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung, terdapat juga masyarakat orang Asli dan masyarakat kampung yang menawarkan bantuan untuk turut sama dalam operasi mencari dan menyelamat. Masyarakat orang Asli di Sungai Dua pula telah menolong menyelamatkan Faridah dan Iqbal semasa Faridah dan Iqbal merayau-rayau di Sungai Dua. Mereka menjaga Faridah sehingga Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di situ dan membawa Faridah dan Iqbal keluar dari perkamopungan tersebut.

Watak Salmah dan Faridah juga menggambarkan nilai ketabahan dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup. Salmah tanah mengharungi hidupnya bersama Faridah yang ditinggalkan oleh suaminya Mejar (B) Kamarudin. Dia bekerja seorang diri di sawah untuk mendapatkan rezeki dan membesarkan Faridah. Faridah pula tabah menghadapi pemergian ahli keluarganya bermula daripada Rahayu, ibunya dan kemudian suaminya Ghazali akibat daripada kemalangan jalan raya. Hasil daripada ketabahannya dia telah mendapat kebahagiaan setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan Soleh Johnsons.

Nilai kegigihan pula dapat diperhatikan pada watak Azrul. Sejak masih menuntut di UPM dia dan Rahayu bercita-cita untuk membuka perniagaan yang berasaskan pertanian. Dia tetap meneruskan cita-citanya walaupun Rahayu telah meninggal dunia. Dia mendapat modal daripada ayahnya dan memulakan usaha menternak kambing. Dia berusaha gigih hingga berjaya memajukan bidang pertanian di kampungnya. Hasilnya dia telah dianugerahkan sebagai peladang jaya dan gelaran datuk. Selepas 25 tahun, dia bekerjasama dengan Soleh Johnsons menjalankan projek agropelancongan di Tenah Tinggi Loging. Berkat kegigihannya projek itu Berjaya dan berkembang.

Nilai cinta pula diselitkan oleh pengarang melalui watak remaja dalam novel ini. Azrul dan Rahayu bercinta semasa menuntut di UPM. Mereka merancang untuk berkahwin dan memulakan perniagaan bersama-sama. Namun hasrat mereka tidak kesampaian kerana Rahayu meninggal terlebih dahulu akibat kanser. Hubungan cinta juga dapat diperhatikan daripada watak Melina dan Benny. Mereka berkenalan dalam masa yang singkat. Benny jatuh dinta dan terus mengajak Melina berkahwin. Demi cinta Melina menurut ke masa sahaja Benny pergi. Demikian juga dengan Zain dan Anne. Mereka berkenalan semasa menuntut di universiti. Mereka bercinta dan mendirikan rumahtangga. Upacara perkahwinan diadakan di kampung halaman Faridah.

Pengarang telah menyelitkan beberapa watak berbangsa Arab yang menggambarkan nilai keberanian dalam diri mereka. Watak Mohamed Attar mempunyai semangat yang kental untuk mempertahankan maruah agama Islam. Dalam usaha mempertahankan agama Islam dihina oleh masyarakat Barat, Mohamed Attar dengan berani mempertaruhkan nyawanya untuk berjihad. Dia merancang untuk meletupkan beberapa kepentingan Amerika dengan tujuan melumpuhkan ekonomi negara tersebut. Namun dia ditangkap kerana kegiatan tersebut adalah satu bentuk keganasan.

Pembaca juga dalam mengesan nilai jati diri dan patriotik yang tinggi dalam diri watak. Faridah sangat sayang akan negara Melaysia walaupun sudah 25 tahun berada di New Zealand. Dia sentiasa mengingati dan merindui kampung halamannya di Sungai Besar. Dia juga tidak pernah memohon untuk membatalkan kerakyatan negara Malaysia. Akhirnya dia dapat pulang apabila anaknya berkahwin dengan anak Datul Azrul, bekas kekasih adik kembarnya Rayahu. Dia dan suaminya Soleh Johnsons telah menetap di Cameron Highland.