KABUS DI PERBUKITAN


Klon soalan SPM bahagian novel sepanjang 10 tahun yang lepas. Boleh diaplikasikan kepada semua novel mengikut zon.


  1    - Tema yang menarik merupakan pendorong kepada pembaca untuk membaca sesebuah novel. Nyatakan tema novel yang telah anda baca.

       2    - Pengarang menyelitkan beberapa persoalan dalam novel yang telah anda baca. Huraikan tiga persoalan utama dalam novel tersebut.

       3    - Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam novel mengandungi nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda baca, bincangkan tiga peristiwa yang membawa nilai murni yang berbeza.

       4    - Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

       5    - Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama.

       6    - Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akan memberikan kepuasan kepada pembacaHuraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji.

       7    - Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

       8    - Novel yang telah anda kaji mengandungi beberapa persoalan utama. Huraikan tiga peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan dalam novel tersebut.

       9    - Watak adalah unsur penting yang menghidupkan dan menggerakkan cerita. Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda baca.

       10   - Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca.

       11   - Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji.

       12   - Nilai kasih sayang terdapat dalam kebanyakan novel yang bercorak kemasyarakatan. Huraikan tiga nilai tersebut berdasarkan novel kajian anda.

       13   - Konflik yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang. Berdasarkan novel kajian anda, nyatakan peranan watak utama dalam menyelesaikan konflik.

       14   - Watak sampingan dalam sesebuah novel juga penting dalam menggerakkan cerita. Nyatakan peranan satu watak  sampingan berdasarkan novel yang telah anda baca.

       15   - Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

       16   - Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut.

       17   - Watak-watak dalam sesebuah novel akan bertentangan dengan sebahagian watak yang lain. Berdasarkan novel yang telah anda baca, nyatakan tiga peristiwa menunjukkan penentangan watak.

       18   - Latar masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah novel mempunyai nilai tersendiri. Huraikan tiga nilai kemasyarakatan dalam novel yang anda kaji.

       19   - Cerita dalam novel menyelitkan banyak nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga contoh yang menunjukkan nilai ketekunan.

       20   - Banyak peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita mencerminkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berpandukan novel yang anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang mencerminkan persoalan maruah.

       21   - Kebanyakan konflik dalam cerita sesebuah novel melibatkan watak utama. Jelaskan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi berdasarkan novel yang telah anda baca.

       22   - Tajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dengan isinya.

       23   - Permulaan yang menarik dalam sesebuah novel akan mempengaruhi pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan novel kajian anda.

       24   - Cerita yang menarik dalam sesebuah novel akan meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca. Nyatakan tiga peristiwa yang meninggalkan kesan kepada anda berpandukan novel yang anda baca.

       25   - Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan tiga latar masa yang penting.

       26   - Watak utama mencerminkan banyak nilai murni. Huraikan tiga contoh nilai ketabahan watak utama dalam novel yang anda kaji.

       27   - Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang menggambarkan  kepincangan dalam masyarakat.

       28   - Plot dalam sesebuah cerita berkembang mengikut peringkat. Huraikan plot novel yang telah anda baca.

       29   - Pengarang telah menggunakan beberapa teknik plot agar penyampaian cerita menjadi lebih menarik. Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel kajian anda.

       30   - Novel yang telah anda baca adalah sebuah novel yang menarik. Tuliskan sinopsis cerita novel tersebut.


Sesiapa yang inginkan contoh jawapan yang lengkap, sila maklumkan kepada saya melalui email.




SINOPSIS

BAB 1          Pada pagi itu Rohayu ( Ayu ) Berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr. Hadi.  Selepas bersarapan pagi itu, Ayu dan Azrul pergi ke perpustakaan. Ayu tiba-tiba tergambar satu kemalangan jalan raya. Kereta berpusing dan jatuh ke dalam gaung. Ayu menjerit dan pengsan.
                     Mastura dan Faridah membawa anak-anak istimewa ke Bukit Fraser. Faridah tidak tenang kerana hubungan pertunangan terputus. Semasa memandu ke Raub, dia terperanjat apabila Iqbal, salah seorang anak istimewa berada dalam vannya. Dia menekan brek dan kereta berpusing lalu terbabas ke dalam gaung.


BAB 2          Kemalangan itu dimaklumkan oleh Encik Said kepada ibu Salmah, ibu Faridah. Salmah begitu sedih menerima berita tersebut. Pasukan penyelamat mendapati Faridah dan Iqbal hilang. Mereka juga tidak menemui sebarang jejak sama jejak Faridah dan Iqbal atau jejak lain yang boleh dijadikan petunjuk. Sarjan Yusoff pula mencadangkan agar mereka gunakan khidmat bomoh

BAB 3          Mejar (B) Kamarudin terkejut mendapat berita kehilangan Faridah daripada Cikgu Raduan dari kampung di Sungai Besar. Hatinya hiba mengenangkan faridah yang ditinggalkan bersama Salmah yang diceraikan setelah berkahwin dengan Hamidah. Mejas (B) Kamarudin membawa Rahayu, kembar Faridah untuk hidup bersama mereka. Dia berkahwin dengan Hamidah kerana terpaksa setelah terlanjur. Mejar (B) Kamarudin segera bertolak ke Bukit Fraser. Satu jam setelah Mejar (B) Kamarudin berangkat, Hamidah telah menerima panggilan telefon dari UPM memaklumkan Rahayu dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disyaki menghidap kanser.
                                
BAB 4          Rahayu ditemani oleh ibu tirinya Hamidah. Tubunya lemah. Rambut di kepalanya gugur. Rahayu menutup kepalanya dengan skaf kerana malu kepada kawan-kawan yang melawatnya. Dia diberitahu bahawa Suhaila iaitu pesakit yang berada di katil bersebelahan telah meninggal. Kakak Suhaila telah m emberikan novel-novel Suhaila kepadanya.            

BAB 5          Faridah terjaga dari tidur. Dia mendapati dirinya berada di kawasan rehat pegawai Inggeris. Faridah hairan. Selepas mandi dia dijemput minum bersama pegawai Inggeris yang bernama Tuan Cecil Renking. Tuan Cecil Renking memberitahu Faridah berada di Bukit Kutu. Dia juga memberitahu bahawa Faridah dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Penghulu. Faridah kembali ke biliknya. Dia bingung dan tidur kembali.
                     Rahayu di hospital masuk ke alam bawah sedar dan meracau. Di alam bawah sedarnya faridah meminta tolong Rahayu agar mengeluarkannya dari Bukit Kutu. Hamidah risau. Doktor menjelaskan bahawa hubungan saudara kembar agak unik dan boleh berhubung melalui transaksi bawah sedar.         

BAB 6          Rahayu dapat merasakan ajalnya semakin dekat. Dia mahu Azrul berjanji untuk meneruskan cita-cita mereka untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Pihak polis telah membuat siding akhbar untuk memaklumkan bahawa gerakan mencari ditamatkan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Mejas (B) Kamarudin tidak berputus asa. Dia dan Buyung masuk ke dalam hutan untuk menjejak Faridah dan Iqbal. Dia yakin Faridah dan Iqbal masih hidup.

BAB 7          Mejas (B) Kamarudin dan Buyung meredah hutan menuju ke Bukit Kutu. Mejar (B) Kamarudin racauan Rahayu yang menyebut nama Bukit Kutu dan Sungai Kubu. Sesampai di puncak Bukit Kutu, mereka mendirikan khemah. Hamidah menelefon Mejas (B) Kamarudin dan memberitahu Rahayu melihat Faridah berada di perkampungan orang Asli dalam alam bawah sedarnya. Buyung menghubungi pegawai JHEO untuk memastikan perkampungan tersebut. Mereka akan bertolak pada sebelah pagi.          

BAB 8          Mereka bertolak dari Bukit Kutu ke perkampungan  orang asli suku Temuan. Mereka disambut oleh Tok Batin Senik. Faridah berada di rumah Tok Batin Senik dalam keadaan tidak sedarkan diri. Iqbal mengikut isteri Tok batin Senik ke sungai. Buyung menghubungi Meor untuk mendapatkan bantuan helicopter tentera. Setelah menunggu selama dia jam, mereka berjaya mengeluarkan Faridah dan Iqbal ke Hospital Kuala Lumpur.  

BAB 9          Di Pekan Sungai Kubu. Siti Amah, oranggaji Tuan Cecil Renking membawa Faridah keluar ke pekan. Faridah dapat melihat aktiviti perdagangan yang terdiri daripada peniaga tempatan, Pahang dan pendatang Cina. Dia juga dapat melihat aktiviti perlombongan dan mengangkut bijih timah melalui sungai. Faridah pernah bertanya tentang Sungai Besar kepada Siti Amah. Namun Siti Amah tidak mengetahui tempat tersebut. Faridah semakin dapat menyesuaikan diri. Namun dia tetap merasakan bahawa dia berada di tempat yang asing.        

BAB 10        Faridah berada di wad ICU dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rahayu berada di samping katilnya. Rahayu memegang tangan Faridah sambil menitiskan air mata. Rahayu keletihan dan meletakkan kepala di tepi dada Faridah. Rahayu dan Faridah telah bertemu di alam bawah sedar. Rahayu merayu kepada Faridah agar Faridah kembali kerana ibunya sedang menanti. Dia memberitahu Faridah bahawa  sudah tiba masanya dia pergi. Rahayu meninggalkan Faridah disebalik cahaya. Faridah menjerit memanggil nama Ayu. Jeritan itu membuatkan ahli keluarga yang berada di situ terkejut. Faridah telah sedar dan jururawat mendapati Rahayu telah meninggal dunia. Sewaktu jenazah Rahayu dibawa ke tanah perkuburan, Faridah masih lemah dan berada di wad ditemani oleh Ghazali.

BAB 11        Salmah masih bermimpi dan menyebut nama Ayu. Salmah juga menghidap penyakit jantung. Keadaan itutambah menyedihkan Faridah. Hari itu mereka ke pasar Sungai Haji Dorani. Salmah membeli belacan daripada Pak Talib, seorang pembuat belacan terkenal di kawasan itu. Sewaktu perjalanan pulang mereka singgah di kubur Rahayu di Parit Satu untuk membaca Yasin.
                     Ghazali menaruh perasaan kepada Faridah. Dia menemui Salmah untuk menyatakan hasratnya mengambil Faridah sebagai isteri. Salmah menerima Ghazali kerana peribadi Ghazali yang baik. Salmah menyampaikan hal itu kepada Faridah. Faridah menyerahkan keputusan itu kepada ibunya dan berharap hubungan itu akan kekal.             

BAB 12        Azrul nekad untuk meneruskan cita-citanya walaupun tanpa Ayu. Dia meminta modal daripada ayahnya untuk memulakan penternakan kambing. Ketika menziarahi kubur Ayu, Azrul bertemu dengan Faridah.      

BAB 13        Salmah masih ke sawah walaupun Faridah sudah bekerja. Faridah tinggal bersama ibunya kerana tidak sanggup meninggalkan ibunya yang sedang sakit. Ghazali, suami Faridah bertugas di Kelang dan pulang dua atau tiga hari sekali. Perasaan Salmah semakin tertekan kerana teringatkan Ayu. Dia pergi ke kubur Ayu sehingga dua kali sehari. Minah, jiran Salmah menenangkan perasaan rindu Salmah. Salmah semakin sedih mengenangkan penderitaan Rahayu semasa Mejas (B) Kamarudin menghantar Rahayu pulang.           

BAB 14        Faridah bermimpi Ayu datang menggamit ibunya pergi. Dia tersedar dan menunaikan solat tahajud. Kemudian dia memasak nasi lemak untuk memenuhi selera ibunya Salmah. Dia mengejutkan ibunya untuk menunaikan solat Subuh. Namun dia mendapati ibunya sudah meninggal.         

BAB 15        25 tahun kemudian. Faridah teolah menetap di New Zealand. Dia berkahwin dengan Soleh Johnsons, seorang penternak biri-biri yang berjaya. Mereka tinggal di Rosewood, 30 minit perjalanan dari Cristchurch. Faridah berhijrah ke New Zealand setelah kematian suaminya Ghazali akibat  kamalangan jalan raya. Dia terlalu sedih dan tertekan. Kemudian dia meninggalkan tanahair untuk mengikuti kursus di New Zealand. Dia berkenalan dengan Soleh Johnsons dan akhirnya berkahwin. Mereka dikurniakan dua orang anak kembar iaitu Anne dan Melina. Faridah amat rindukan kampung halaman. Namun dia sudah tidak ada saudara di kampung untuk diziarahi.

BAB 16        Melina telah berkenalan dengan Jabbar al-Anbia (Benny) di Aucland Harbour. Mereka minum dan berbual mesra walaupun baru berkenalan.  Melina tidak berminat lagi untuk belajar setelah gagal tahun pertama di University of Cunterbury. Dia meminta kebenaran untuk berhijrah ke Aucland untuk mencari pekerjaan. Dengan pertolongan ayahnya, dia mendapat kerja sebagai pembantu pelukis plan. Semasa tinggal di sana, dia selalu bertemu dengan Benny. Mereka saling jatuh cinta dan ingin berkahwin segera. Mereka berangkat dengan segera bertemu dengan Faridah dan Soleh Johnsons untuk meminta restu. Faridah dan Soleh Johnsons merestui hubungan mereka dan membenarkan mereka berkahwin.

BAB 17        Zain dan Asraf Ameen menerima kad jemputan perkahwinan Melina Soleh Johnsons. Mereka dijemput kerana mereka pernah bekerja sebagai tukang sembelih biri-biri di ladang Soleh Johnsons. Zain menyingkap pertemuan dan perkenalannya dengan Anne. Zain membantu Anne membetulkan kereta Anne yang rosak dalam dalam perjalanannya ke kuliah. Perkenalan itu telah membuahkan rasa cinta antara mereka.       

BAB 18        Setelah berkahwin Melina mengikut Benny ke Malaysia. Benny akan bekerja dengan salah sebuah syarikat minyak milik keluarganya di Terengganu. Setelah sampai ke Kuala Lumpur, mereka menginap di Hotel Hilton. Benny menghadiri mesyuarat pada keesokan harinya dan diperkenalkan dengan ahli lembaga pengarah syarikat. Benny ditugaskan bahagian operasi yang berpejabat di Terengganu.        

BAB 19        Di Terengganu Melina tertarik kepada sebuah rumah bunglo di tepi laut di Marang. Benny berusaha membeli rumah tersebut dengan cara menjual kapal layar yang ditempah di Pulau Duyong ke Singapura. Benny simbuk dengan tugas dan sentiasa meninggalkan Melina. Melina mengambil kesempatan untuk melukis. Kadang-kadang dia ke Kuala Terangganu atau ke Marang melihat orang mencanting batik. Benny semakin berubah kea rah yang lebih baik dan bertanggungjawab. Dia selalu menderngar usrah daripada Mohamed Attar tentang fahaman agama Islam.        

BAB 20        Soleh kecewa dengan kegiatan vandalisme yang sedang berlaku dan An Noor Islamic Center turut menjadi mangsa. Perbuatan itu angkara daripada budak-budak punk.    Faridah mencadangkan kepada Soleh agar mereka mengadakan majlis untuk merapatkan kembali hubungan kejiranan di tempat mereka. Soleh mencadangkan agar mereka menempah makanan untuk majlis tersebut bagi meringankan beban Faridah.   

BAB 21        Zain berasa teruja berada di kampung untuk bercuti. Ayahnya datul Azrul menasihati supaya Zain pulang ke kampung setelah menamatkan pengajian di luar negara. Datuk Azrul mengingatkan Zain bahawa belajar di luar Negara adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman yang semakin maju. Datuk Azrul banyak berjasa kepada penduduk dengan memajukan industri pertanian sehingga dikurniakan gelaran datuk.         

BAB 22        Zain menyedari banyak perubahan telah berlaku di kampung tersebut. Jemaah di masjid telah berkurangan. Banyak kebun dan tanah telah terbiar. Zain yakin tanah terbiar itu dapat dimajukan. Haji Zubair menjelaskan bahawa tanah pusaka sukar untuk diusahakan kerana nama pemilik yang ramai. Zain telah memberitahu ayahnya Datuk Azrul bahawa dia telah mempunyai gadis pilihan.  Datuk Azrul tidak membantah tetapi menasihatkan agar Zain tidak melupakan kampung halaman.

BAB 23        Benny semakin berubah dan semakin sibuk. Keadaan itu menyebabkan Melina semakin terasa sunyi. Benny pergi ke Kuala Lumpur bersama kawannya Mohamed Attar dan Mehmood. Melina ditemani oleh anak Khadijah, Haji Awang. Dalam pada itu dia teringat akan kampung ibunya di Sungai Besar dan berhasrat untuk melawat tempat tersebut.                      

BAB 24        Zain berkunjung ke rumah Faridah. Hati Faridah sebak dan dia menitiskan air mata apabila Zain memberitahu bahawa dia berasal dari Sungai Besar. Faridah menyatakan rasa rindunya terhadap kampung halaman. Namun dia sudah tiada saudara-mara di sana. Zain menawarkan agar Faridah bertamu ke rumahnya di Kampung Parit Satu. Anne bersunguh-sungguh mengajak Faridak pulang ke Malaysia sambil melawat Melina.          

BAB 25        Benny, Mehmood dan Mohamed Attar menemui Ustaz Hassan Syukri. Daripada perbualan mereka dengan Ustaz Hassan Syukri, Benny dan Mohamed Attar berpendapat bahawa Ustak Hassan Syukri tidak boleh diajak untuk sama-sama berjihad mendaulatkan syiar Islam          seperti di Iraq atau Palestin. Pemikiran Ustaz Hassan Syukri berlainan dengan pemikiran mereka.    

BAB 26        Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan keluarga Zain dan berbincang tentang perkahwinan Zain dan Anne. Mereka menginap di bonglo percutian di Cameron Highland. Di situ juga Soleh berkenalan dengan ramai warga asing yang menetap di tanah tinggi itu. Datuk Azrul, Datin Aishah dan Zain tiba untuk berbincang soal perkahwinan. Faridah mendapat tahu bahawa Datuk Azrul adalah bekas kekasih Rahayu. Mereka bersetuju untuk merapatkankembali hubungan yang telah terputus sekian lama melalui perkahwinan anak mereka.                  

BAB 27        Benny menerima email yang mengejutkan. Dia disyaki terlibat dengan kumpulan pelampau Islam. Mohamed Attar telah ditangkap dan menemui sejumlah besar bom di dalam begnya. Dia meninggalkan Melina dan terus memandu ke Pulau Pinang. Dalam perjalanan itu dia sedar bahawa Mehmood merupakan seorang anggota polis. Benny enggan menyerah diri. Dia ke Miami. Dari situ dia menaiki bot ke perairan antarabangsa. Sebuah helicopter yang disediakan oleh keluarga an-Anbia Family Limited untuk membawanya ke lokasi rahsia.    

BAB 28        Ketika berbual dengan Datuk Azrul, Faridah menceritakan kembali kisah hidupnya. Dia tidak mahu anak-anaknya Melina dan Anne mengalami nasib yang sama. Melalui Datuk Azrul Faridah mendapat tahu bahawa ayahnya Haji Kamarudin masih hidup. Isterinya telah meninggal dunia dan Haji Kamarudin sedang uzur dengan usia sudah lebih 70 tahun.      

BAB 29        Kehilangan Benny membuatkan hati Melina resah. Pihak syarikat Benny menghubunginya untuk bertanyakan tentang Benny. Beberapa hari kemudian Melina telah membuat laporan polis. Melina terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak polis bahawa rakan Benny, Mohamed Attar merupakan salah seorang yang dikehendaki oleh polis antarabangsa. Nama Benny tiada daalm senarai dikehendaki dan senarai tangkapan.           

BAB 30        Melina dihubungi oleh wakil Jaafar al-Anbia.  Dia memaklumkan  bahawa sejumlahwang telah dikreditkan ke dalam akaun peribadi Melina. Melina juga telah diberikan sebuah kereta dan rumah banglo di tepi pantai Marang itu telah ditukar kepada namanya. Melina kemudian bersiap dan memandu sendirian dalam keadaan hamil ke Cameron Highland.           

BAB 31        Majlis perkahwinan Zain dan Anne telah berlangsung. Faridah amat gembira kerana dia bekesempatan untuk pulang ke kampung halamannya. Dia melawat sawah padinya yang telah dipajakkan. Kemudian dia ke rumah peninggalan ibunya yang masih utuh. Dia bersolat dan sujud syukur. Dia juga menemui Pak Talib, penjual belacan yang telah uzur. Faridah menitiskan air mata. Sementara itu Soleh dan dan Melina bertolak ke Dubai untuk menemui Jaafar an-Anbia dan mendapat berita tentang Benny.               

BAB 32        Soleh dan Melina tiba di Dubai dan Berjaya menemui Benny.  Benny terus meminta maaf daripada Melina dan menjelaskan bahawa dia terpaksa meninggalkan Melina atas factor keselamatan dirinya. Benny tidak dapat keluar dari Dubai. Oleh sebab itu mereka telah mengambil keputusan untuk  tinggal di sebuah banglo di pinggir pantai  di Jalan Jumeirah. Soleh kembali ke Malaysia meniggalkan Melina di Dubai.          

BAB 33        Perladangan biri-biri di New Zealand diserahkan kepada Zain dan Anne. Mereka telah mendapat dua orang anak kembar. Seorang bernama Rahayu atas kehendak Zain manakala seorang lagi dinamakan Melinda oleh Anne. Soleh telah bekerjasama dengan Datuk Azrul mengusahakan agropelancongan di Lojing. Mereka membina kotej-kotej yang kemudiannya mendapat sambutan. Benny membantu dengan mempromosikan tempat pelancongan tersebut di Dubai. Faridah rasa bahagia tinggal Cameron Highland, tempat yang berkabus yang mengingatkannya kepada Bukit Kutu.   






TEMA

Novel kabus di Perbukitan bertemakan kemanusiaan iaitu hubungan kasih sayang antara ahli keluarga.  Novel ini  mengungkapkan kisah keluarga yang dapat dibahagikan kepada dua zaman. Faridah sebagai watak utama telah melalui kedua-dua zaman itu. Zaman yang pertama adalah zaman remajanya. Pada zaman ini dia telah kehilangan kasih sayang daripada ahli keluarganya. Sejak kecil dia telah kehilangan kasih sayang seorang ayah.  Dia ditinggalkan oleh ayahnya Mejar (B) Kamarudin setelah ayahnya berkahwin dengan Hamidah. Sejak itu dia tidak bertemu dengan ayahnya hinggalah dia ditimpa kecelakaan di Bukit Fraser. Selain daripada itu Faridah juga telah terpisah daripada adik kembarnya Rahayu. Mejar (B) Kamarudin telah membawa Rahayu untuk tinggal bersamanya. Faridah tidak dapat merasakan kasih sayang daripada adik beradik.

Selain daripada disipahkan oleh jarak dan sama, faridak juga telah dipisahkan daripada Rahayu oleh maut. Walaupun telah berpisah, namun pada saat-saat akhir hidup Rahayu, mereka dapat berhubung melalui alam bawah sedar. Faridah meminta pertolongan daripada Rahayu agar mengeluarkannya dari Bukit Kutu semasa Faridah hilang. Pada akhir pertemuan mereka, Rahayu menayu kepada Faridah agar Faridah kembali dan dia terpaksa pergi. Pemergian Rahayu untuk selama-lamanya telah membuatkan Faridah amat sedih. Selain daripada Faridah, ibunya Salmah juga merasakan kehilangan Rahayu. Dia hanya dapat merasakan kasih sayang Rahayu hanya seketika.  Oleh kerana perasaan sayang yang tidak dapat digambarkan kepada Rahayu, Salmah amat merindui Rahayu setelah Rahayu meninggal. Salmah selalu menziarahi kubur Rahayu. Kadang-kadang sehingga dua kali sehari.

Selepas Faridah berkahwin dengan Ghazali, Faridah tetap tinggal di rumah ibunya kerana tidak sanggup meninggalkan ibunya yangsedang sakit seorang diri. Ibunya meninggal tidak lama kemudian. Diikuti pula oleh suaminya Ghazali akibat daripada kemalangan jalan raya. Sekali lagi Faridah kehilangan kasih sayang hingga menyebabkan dia rasa amat sedih dan tertekan.  Dia telah membawa diri ke New Zealand. Bermula daripada penghijrahan itu, Faridah telah melalui fasa kedua dalam hidupnya. Dia mendapat kembali kasih sayang seletah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dikurniakan dua orang anak. Faridah hidup bahagia. Dia juga bertemu dengan Datuk Azrul, bekas kekasih Rahayu apabila anaknya Anne bertemu jodoh dengan anak Datuk Azrul, Zain. Hasil daripada hubungan itu Faridah telah kembali ke Malaysia dan hidup dengan gembira.  






PERSOALAN

Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalan perpecahan keluarga yang telah menyebabkan ahli keluarga kehilangan kasih sayang dan menderita. Perpecahan keluarga dapat dilihat dengan jelas pada awal novel ini. Ayah dan ibu Faridah telah berpisah setelah ayahnya berkahwin dengan Hamidah. Malah ayahnya telah membawa saudara kembar Faridah iaitu Rahayu. Selain daripada kehilangan kasih sayang seorang anak, ibu Faridah iaitu Salmah juga telah menderita. Dia terpaksa berusaha sendiri untuk hidup dan membesarkan Faridah tanpa bantuan daripada sesiapa. Dia bergantung hidup pada tanah sawah yang dikerjakan seorang diri sehingga dia meninggal dunia. Penderitaan itu menyebabkan Faridah tidak  begitu menghargai ayahnya. Ketika pulang ke Malaysia, dia dimaklumkan oleh Datuk Azrul bahawa ayahnya masih hidup. Namun dia tidak berminat untuk menemui ayahnya. Manakala Rahayu pula teramat rindukan ibunya dan  mahu hidup bersama ibunya pada akhir hayatnya.         

Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalan cinta antara dua remaja. Persoalan ini digambarkan melalui watak Rahayu dan Azrul. Mereka menuntut di universiti dan jurusan yang sama telah berjanji untuk hidup bersama. Selain dairpada itu mereka juga mempunyai cita-cita bersama iaiatu mengusahakan perniagaan yang berasaskan pertanian setelah tamat pengajian. Keadaan itu menunjukkan mereka sefahaman. Namun percintaa mereka tidak sampai ke penghujung. Rahayu menghidap kanser dan meninggal dunia. Pun begitu cinta Azrul kepada Rahayu tidak mati. Dia meneruskan cita-cita mereka berdua sehingga berjaya dan bergelar datuk.  Selain daripada itu, watak lain yang menjalin cinta dalam novel ini ialah Benny dengan Melina, anak kepada Faridah. Percintaan mereka begitu pantas dan mereka mendidikan rumahtangga. Manakala Zain, anak kepada Datuk Azrul pula bercinta dengan saudara kembar Melina iaitu Anne. Percintaan mereka juga sampai ke penghujung apabila mereka berkahwin dan hidup bahagia.    

Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Kabus di Perbukitan adalah persoalan kahwin campur. Kahwin campur dalam novel ini bermula daripada  perkahwinan antara Faridah dengan Soleh Johnsons. Perkahwinan ini berlaku akibat daripada penghijrahan Faridah ke New Zealand setelah semua orang yang  disayangi meninggal dunia. Dia berasa sediah dan tertekan. Di New Zealand dia telah berkenalan dengan Soleh Johnsons, seorang warga New Zealand dan berkahwin. Faridah hidup bahagia dan dikurniakan dua orang anak kembar iaitu Melina dan Anne. Melina kemudiannya berkenalan dengan Jabbar an-Anbia ( Benny ) seorang berketurunan Arab yang berasal dari Dubai.  Cinta mereka berputik dan mereka telah berkahwin. Manakala Anne yang berdarah campuran Melayu dan mat salih telah bertemu jodoh dengan seorang Melayu tulen iaitu Zain, anak kepada Datuk Azrul. Perkahwinan mereka dianggap sebagai perkahwinan dua negara.

Pengarang  juga mengungkapkan persoalan cita-cita dan masa depan selepas menamatkan pengajian.  Contoh yang paling baik untuk dijajikan panduan ialah watak Azrul.  Sejak masih belajar bersama Rahayu, mereka telah memasang cita-cita tentang kerjaya dan masa depan mereka setelah menamatkan pengajian kelak. Mereka sepakat untuk tidak mahu mengharapkan pekerjaan makan gaji. Sebaliknya mereka lebih berminat dengan kerjaya dalam perniagaan yang berasaskan pertanian. Ia bersesuaian dengan bidang pengajian mereka dalam bidang pertanian. Walaupun Rahayu meninggal dunia, namun Azrul tidak berputus asa. Dia tetap meneruskan cita-citanya sebagaimana juga yang diinginkan oleh Rahayu sebelum meninggal dunia. Hasilnya, selepas 25 tahun, Azrul telah berjaya sebagai peladang dan dianugerahkan gelaran datuk.                     

Sebahagian bersar watak dalam novel ini juga telah mendokong persoalan perkembangan dan kemajuan dalam bidang pertanian. Pada awal novel ini pembaca mengenali Salmah yang mengusahakan sawah dengan tulang empat kerat yang hanya dapat menampung kehidupannya bersama Faridah. Namun pada masa yang sama dua orang anak muda iaitu  Rahayu dan Azrul  telah memasang cita-cita  untuk bergiat mahu dalam bidang pertanian. Mereka ingin membuka perniagaan yang erasaskan pertanian.  Walaupun Rahayu telah tiada, Azrul meneruskan cita-cita itu dengan menternak kambing. Usahanya berjaya malah dia telah membangunkan sektor pertanian di kawasan. Jasanya kepada masyarakat menyebabkan dia dianugerahkan gelaran datuk. Demikian juga anaknya Zain yang telah menuntut dalam bidang pertanian. Zain telah menurut jejak langkahnya dengan mewarisi lading biri-biri daripada Soleh Johnsons. 

Watak Malina dan Benny telah menggambarkan persoalan pegangan agama yang longgar dalam masyarakat Islam pada hari ini. Keadaan ini wujud kerana ramai penganut Islam pada hari ini menganut Islam kerana keturunannya, bukannya daripada kesedaran dan mendalam dan keimanan tentang agama Islam. Melina mewarisi agama Islam daripada ibunya Faridah dan ayahnya yang memeluk agama Islam iaitu Soleh. Dia juga hidup bebas menyebabkan pengaruh persekitaran meresapi jiwanya. Melina digambarkan meminum minuman keras dengan alasan untuk memanaskan badan. Begitu juga dengan Benny. Dalam soal makanan, dia memilih makanan halal. Namun dia suka kepada minuman keras. Dia tidak dapat memberikan asalan yang kukuh kenapa dia berbuat demikian. Malah dia sendiri mengakui bahawa imannya tipis dan dia lalai dalam menunaikan tuntutan agama Islam.

Cerita dalam novel ini juga telah menggambarkan persoalan penghijrahan untuk mendapatkan kebahagian hidup. Bermula daripada Faridah yang telah berhijrah ke New Zealand. Semasa berangkat ke sana, dia telah merasakan bahawa dia tidak akan kembali lagi ke kampung halamannya. Di New Zealand dia telah bertemu dengan Soleh Johnsons dan telah berkahwin. Dia akhirnya bahagia dan dikurniakan dua orang anak kembar. Benny yang suka belayar akhirnya telah berhijrah dan memilih untuk bekerja di Malaysia setalah bertemu jodoh dengan Melina. Dia cuba menjalani hidup senagai seorang suami yang bertanggungjawab. Mereka mendapat kebahagiaan dan telah mengenepikan hobinya yang suka belayar. Faridah dan Soleh juga akhirnya telah berhijrah ke Malaysia dan tinggal di Cameron Highland. Dia hidup bahagia di samping kenangan silam. Demikian juga dengan Melina yang telah berhijrah ke Dubai untuk hidup bahagia bersama suaminya Benny.

Pengarang juga menyelitkan persoalan jihad dalam mendaulatkan agama Islam melalui watak Benny dan Mohamed Attar. Mohamed Attar telah berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada Benny dan tokoh-tokoh agama di negara ini untuk sama-sama berjuang menegakkan kedaulatan agama Islam. Dia menanamkan semangat untuk berjuang menentang musuh-musuh Islam yang seperti di Palestin dan Iraq. Benny telah mengikut Mohamed Attar untuk bertemu dengan Ustaz Hassan Syukri. Mereka ingin mengatahui pandangan Ustaz Hasaan Syukri tentang perjuangan mereka. Namun Ustaz Hasaan Syukri lebih besederhana. Mohamed Attar nekad untuk meneruskan niatnya. Namun dia betindak lebih berani dengan berjuang secara mengangkat senjata. Dia nekad untuk meletupkan beberapa kepentingan Barat untuk melumpuhkan ekonomi negara tersebut. Malangnya dia telah ditangkap oleh polis antarabangsa.

Persoalan dalam novel ini juga berkaitan dengan ekonomi negara Malaysia iaitu persoalan pengambilan pekerja asing dalam bidang pertanian atau perladangan. Hal ini kerana belia tempatan tidak lagi berminat untuk bekerja dalam sektor tersebut. Mereka lebih suka berhijrah ke Bandar menyebabkan kebun dan tanah di kampung banyakyang terbiar. Bagi mengatasi masalah tersebut. Datuk Azrul berusaha untuk mendapatkan permit untuk beberapa orang pekerja asing untuk bekerja di ladangnya.  Walaupun Zain tidak berapa setuju dengan pendekatan itu, namun keadaan telah memaksa pengusaha lading seperti Datuk Azrul berbuat demikian. Tanpa pekerja asing, urusan kerja ladang tidak dapat disempurnakan. Demikian juga ketika dia mengusahakan  projek agropelancongan di Lojing. Mereka juga mendapatkan tenaga kerja asing untuk melakukan kerja-kerja kasar terutamanya pada tahap permulaan projek tersebut.


******** 2





WATAK DAN PERWATAKAN


   

A)    FARIDAH

Anak kepada Mejar (B) Kamarudin dengan Salmah. Kakak kembar kepada Rahayu. Faridah dan Rahayu dipisahkan semasa mereka berumur tujuh tahun apabila ayah dan ibunya berpisah. Faridah tinggal bersama ibunya di Sungai Besar. Dia bekerja sebagai sukarelawan di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Faridah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan van yang dipandunya jatuh ke dalam gaung di Bukit Fraser. Dia hilang selama dua minggu dan akhirnya dijumpai di perkampungan orang asli di Sungai Dua. Faridah telah berkahwin dengan Ghazali. Selepas ibunya Salmah dan Ghazali meninggal, dia rasa kecewa dan tertekan lalu membawa diri ke New Zealand. Di sana dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dikurnaiakan dua orang anak kembar iaitu Melina dan Anne.

Dari segi perwatakan pula, dalam keseluruhan cerita dalam novel ini dia digambarkan sebagai seorang yang penyayang. Orang yang sangat dia sayang ialah ibunya Salmah. Dia tidak mahu berpisah dengan ibunya. Walaupun dia sudah berkahwin dengan Ghazali, dia tetap tinggal bersama ibunya mengenangkan ibunya yang sedang sakit dan sangat merindui adik kembarnya Rahayu. Dia juga menyayangi adik kembarnya Rahayu walaupun dia tidak pernah bertemu dengan Rahayu sejak mereka bermisah. Dia sangat sedih dengan kematian Rahayu di sisi katilnya. Selain daripada itu dia juga menyayangi suaminya lebih-lebih lagi Ghazali. Kematian Ghazali membuatkan dia rasa tertekan dan kehilangan tempat bergantung lalu membawa diri ke New Zealand.

Faridah juga digambarkan sebagai seorang yang tabah dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup. Cabaran yang dihadapi oleh Faridah bermula apabila dia terpaksa tinggal bersama ibunya setelah ibunya Salmah berpisah dengan ayahnya. Dia tabah mengharungi kehidupan yang sukar dan serba kekurangan. Dia terpaksa menolong ibunya di sawah yang merupakan satu-satunya sumber rezaki untuk menampung hidup. Dia juga tabah menghadapi pemergian keluarga tersayang bermula daripada Rahayu akibat kanser. Dia tabah menjaga ibunya yang sakit sehingga ibunya meninggal dunia.

Selepas 25 tahun di rantau, faridah dilihat sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang tinggi. Dia sentiasa merindui negara Malaysia dan kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama ini. Dalam hati kecilnya dia berhasrat untuk meluhat kembali kampung halamannya. Namun dia tiada sebab yang munasabah kerana dia tiada saudara yang masih ada di situ. Dia menangis apabila Zain menceritakan tentang kampung halamannya. Selain daripada itu dia masih menyimpan kad pengenalan wargenegara Malaysia. Dia tidak mahu membatalkan kewarganegaraannya. Dia gembira apabila menyemak taraf warganegara di lapangan terbang dan mendapati dia masih lagi seorang rakyat negara ini.

Selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hilang di Bukit Fraser, Faridah menunjukkan semangat juang yang kental untuk meneruskan hidup. Dia sesat di dalan hutan selama dua minggu bersama Iqbal. Dia berjalan dan tersesat jauh dari tempat berlakunya kemalangan. Selama dua minggu, dia berjaya melalui cabaran di dalam hutan tersebut sambil mengembara ke Bukit Kutu dan seterusnya ke perkampungan orang asli di Sungai Dua. Kisahnya bertemu dengan Tuan Cecil Renking dan melihat kehidupan pada abad 1900-an hanyalah kelusinasinya semasa dia sesat. Di Sungai Dua dia telah koma, Apabila dia diselamatkan, doktor yang merawatnya kagum kerana dalam keadaan itu Faridah menunjukkan semangat yang kuat untuk hidup.



B)     RAHAYU

Rahayu merupakan anak kepada Mejar (B) Kamarudin bersama Salmah. Adik kembar kepada Faridah. Dia telah dibawa oleh ayahnya dan dipisahkan dengan Faridah ketika berumur tujuh tahun. Rahayu hidup bersama ayah dan ibu tirinya Hamidah. Dia juga merupakan kekasih kepada Azrul dan mereka sama-sama belajar di UPM. Mereka merancang untuk mendirikan rumahtangga dan  bercita-cita untuk membuka perniagaan yang berasaskan pertanian. Rahayu menghidap penyakit kanser dan meninggal dunia sebelum cita-citanya tercapai.

Dari segi perwatakan, Rahayu dari mula lagi dilihat mempunyai mempunyai daya dan kebolehan psikik yang tinggi. Semasa di dalam perpustakaan, Rahayu terggambarkan satu kemalangan yang berlaku. Kenderaan berpusing dan tajuh ke dalam gaung. Peristiwa itu sememangnya berlaku dan melibatkan kakak kembarnya Faridah. Kemalangan itu menyebabkan Faridah hilang di dalam hutan selama dua minggu. Rahayu juga dalam berhubung dengan Faridah yang memberitahunya bahawa dia sedang berada di Bukit Kutu. Ia telah dijadikan panduang kepada mejar (B) Kamarudin untuk mencari Faridah di sana. Rahayu juga telah memberitahu Faridah berada di sungai di perkampungan orang asli yang telah membawa kepada penemuan Faridah.

Rahayu juga merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Setelah menamatkan pelajaran di UPM, dia tidak bercadang untuk bekerja dengan mana-mana agensi sama ada agensi kerajaan mahupun swasta. Dia bercita-cita untuk membuka perniagaan yang berasaskan pertanian bersama-sama dengan Azrul. Cita-cita itu bersesuaian dengan bidang pengajian mereka iaitu bidang pertanian. Cita-cita tingginya terserlah apabila dia meminta Azrul meneruskan hasrat tersebut  walaupun dia telah meninggal dunia. Hasratnya tercapai juga apabila Azrul telah memulakan penternakan kambing dan akhirnya dia berjaya menjadi peladang jaya.

Dalam menghadapi penyakitnya, Rahayu digambarkan sebagai seorang yang redha dengan ketentuan Tuhan. Dia tidak pernah menunjukkan rasa sedih dan kecewa dengan penyakit yang dideritainya.  Dia sedar bahawa dia akan pergi meninggalkan dunia ini tidak berapa lama lagi. Malah cuba menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebaik mungkin. Dia telah pergi ke rumah ibunya Salmah ketika Faridah hilang akibat kemalangan. Semasa di sana dia cuba merasakan kehidupannya bersama ibu kandung yang selama ini dirinduinya.



C)    AZRUL

Semasa remajanya Azrul merupakan seorang pelajar UPM. Dia mengambil jurusan yang sasa dengan Rahayu. Merupakan kekasih Rahayu sehinggalah Rahayu meninggal dunia. Selepas menamatkan pengajian dia memulakan usaha menternak kambing dan akhirnya dia menjadi seorang petani yang berjaya sehingga dianugerahkan gelaran datuk. Melalui anaknya Zain, dia dapat bertemu semula dengan kakak Rahayu iaitu Faridah dan akhirnya mereka berbesan.

Dari segi perwatakan, Azrul digambarkan sebagai seorang yang cinta akan alam sekitar. Dia terlibat dan bergiat dalam Persatuan Pencinta Alam yang berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan alam sekitar dan alam semulajadi. Pada bab pertama Azrul diceritakan terlibat dengan kempen persatuan tersebut di KLCC. Kempen yang dinamakan sebagai ‘Save Our River’  atau S.O.S diadakan bagi menyedarkan orang ramai tentang kepentingan sungai yang merupakan sumber air utama. Mereka berharap masyarakat di negara ini dapat mencontohi masyarakat di barat yang membina rumah menghadap sungai.

Dalam hubungannya dengan Rahayu, Azrul digambarkan sebagai seorang yang penyayang. Dia begitu sayang kepada Rahayu sebagai kekasihnya. Azrul dan Rahayu sentiasa bersama terutamanya semasa mengulangkaji pelajaran diperpustakaan universiti.  Dia juga akan mengahwini Rahayu dan mencapai cita-cita bersama seletah menamatkan pengajian. Selain daripada itu Azrul telah menunjukkan sayangnya kepada Rahayu semasa Rahayu menderita sakit kanser. Azrul sentiasa melawat Rahayu dan sentiasa bercerita tentang perkembangan di kampung untuk mengurangkan tekanan perasaan Rahayu. Dia juga banyak memberikan sokongan kepada Rahayu untuk menghadapi penyakit itu.

Azrul juga digambarkan sebagai seorang yang gigih berusaha. Sejak berada di universiti lagi dia bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri yang berasaskan pertanian. Dia memulakan usaha menternak kambing setelah menamatkan pengajian. Dia berusaha gigih sehingga berjaya menjadi seorang peladang  jaya. Selain itu  juga dia telah memajukan bidang pertanian di kampungnya. Usaha itu telah membantu masyarakat setempat mendapat manfaat sehingga dia dianugerahkan gelaran datuk. Dia juga telah bekerjasama dengan Soleh Johnsons menjalankan perniagaan dalam bidang agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing. Usaha gigih itu juga membuatkan perniagaan itu berkembang dan berjaya.

Selain daripada itu, Azrul juga merupakan seorang watak yang mempunyai jati diri yang tinggi. Dia berusaha membantu masyarakat setempat agar berusaha dan maju terutamanya dalam bidang pertanian. Dia juga sentiasa menasihati anaknya Zain agar tidak melupakan asal-usul dam kampung halaman. Walaupun ke mana Zain akan merantau, dia menasihati Zain agar pulang dan menghabiskan sisa hidup di kampung halaman kelak. Walaupun Zain telah berkahwin dengan Anne dan diamanahkan untuk menguruskan ladang ternak biri-biri oleh Soleh Jonhsons di New Zealand, namun Azrul berharap Zain akan pulang dan menetap di kampung pada suatu hari nanti.



D)   MELINA

Anak kepada Faridah dan Soleh Jonhsons. Dilahirkan di New Zealand. Saudara kembar kepada Anne. Dia telah gagal tahun pertama di University of Cantubury. Dia berkenalan dengan Benny di Auckland dan kemudiannya berkahwin. Selepas berkahwin, dia berhijrah mengikut suaminya bekerja di Malaysia dan tinggal di Marang, Terengganu. Dia kemudiannya terpaksa berhijrah pula ke Dubai selepas suaminya melarikan diri kerana diburu oleh polis antarabangsa.

Dari segi perwatakan, Melina digambarkan sebagai seorang yang suka hidup berdikari. Dia tidak lagi berminat untuk belajar walaupun didesak  oleh ibunya Faridah. Malam dia telah memilih untuk bekerja dan hidup sendiri kerana memikirkan dia sudah dewasa. Dia meminta kebenaran daripada ibu dan bapanya untuk berhijrah ke Auckland. Di sana dia telah bekerja sebagai penolong pelukis plan dengan pertolongan daripada ayahnya. Di sana juga dia telah tinggal sendirian sebuah pangsapuri. Semasa suaminya Benny hilang, dia telah memandu sendirian ke Cameron Highland untuk bertemu dengan ibu bapanya dalam keadaan sarat mengandung.

Melina juga digambarkan sebagai seorang isteri yang penyayang. Dia menyayangi Benny dan sanggup meninggalkan keluarga untuk mengikut Benny berhijrah ke Malaysia. Melina juga sentiasa menasihati Benny agar memilih kawan yang baik memandangkan dia tidak senang hati dengan rakan-rakan Benny iaitu Mohamed Attar dan  Mehmood. Melina amat risau apabila Benny menghilang tanpa pesan dan tidak pulang ke rumah. Ekoran daripada itu dia telah membuat laporan kehilangan suaminya di balai polis Marang. Akhirnya dia sanggup pergi ke Dubai untuk mengetahui keadaan suaminya di sana. Dia terus menetap di sana apabila pergerakan Benny terbatas dan tidak dapat ke luar Negara.

Selain daripada itu Melina juga digambarkan sebagai seorang yang mempunyai bakat dalam bidang seni terutamanya seni lukis. Semasa di Auckland, dia telah menyiapkan lukisan dan digantung pada dinding pangsapurinya. Lukisan itu mendapat pujian daripada Benny. Semasa berada di Marang, dia menghabiskan masa lapangnya di rumah semasa Benny bekerja dengan melukis pemandangan keindahan laut. Di samping itu, dia juga mengambil kesempatan untuk melawat dan melihat gadis-gadis mencangting batik

********* 3


PLOT


Perkembangan plot dalam sesebuah novel berpunca daripada konflik yang berlaku antara watak-watak dalam cerita. Semakin rumit sesuatu konflik menyebabkan plot semakin berkembang. Konflik yang berlaku dalam novel Sutera Dalam Lukisan juga telah menyebabkan plot cerita ini berkembang dengan baik mengikut peringkatnya yang jelas.

Plot pada peringkat permulaan dalam  novel ini agak singkat. Pengarang telah memperkenalkan dua watak iaitu Rahayu dan Azrul. Melalui watak Rahayu pengarang telah memperkenalkan watak-watak lain dalam novel ini. Watak-watak yang diperkenalkan selepas itu mempunyai kaitan rapat dengan Rahayu. Pada peringkat ini pengarang memperkenalkan watak Rahayu dan Azrul sebagai seorang pelajar UPM. Mereka bersarapan dan kemudian pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji. Mereka juga berbincang tentang rancangan Azrul untuk menyertai kempen kesedaran terhadap kepentingan sungai di KLCC. Rahayu mahu ikut serta dalam kempen tersebut.

Plot segera beralih ke peringkat perkembangan apabila Rahayu tiba-tiba tergambarkan satu kemalangan. Kenderaan berpusing-pusing dan terjunam ke dalam gaung. Rahayu menjerit dan dia pengsan. Rahayu dibawa ke hospital dan disahkan menghidap penyakit kanser. Manakala di Bukit Fraser, kakak kembar Rahayu iaitu Faridah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan dari Bukit Fraser ka Raub. Van yang dipandunya berputar-putar akibat brek yang ditekan secara tiba-tiba. Van kemudiannya terjunam ke dalam gaung sebagaimana yang tergambar oleh Rahayu.

Dua peristiwa yang mencetus konflik itu telah menyebabkan pengarang memperkenalkan watak Mejar (B) Kamarudin dan Salmah yang merupakan ibu bapa kepada Faridah dan Rahayu. Kehilangan Faridah selepas kemalangan jalan raya memberikan tekanan kepada Salmah. Menambahkan tekanan perasaannya apabila bekas suaminya Mejar (B) Kamarudin telah menghantar Rahayu ke rumahnya di Sungai Besar dalam keadaan lemah akibat penyakit kanser. Tambahan pula Rahayu telah terpisah dengannya sejak usia tujuh tahun. Manakala Mejar (B) Kamarudin pula berasa bersalah setelah mendapat tahu Faridah yang tinggal bersama Salmah telah hilang. Dia berkonflik dengan dirinya sendiri kerana rasa menyesal kerana mengabaikan Faridah selama ini. Atas rasa sayang dan tanggungjawab itu dia telah masuk ke hutan untuk mencari sendiri Faridah setelah usaha pencari dan penyelamat menghentikan operasi. Nasibnya baik kerana Faridah Berjaya ditemui di perkampungan orang Asli di Sungai Dua.

Konflik terus berkembang apabila Rahayu dapat berjumpa dengan kakak kembarnya yang selama ini dirindui di hospital. Namun Faridah dalam keadaan koma. Mereka berjaya bertemu dalam alam psikik apabila Rahayu memegang kuat tangan Faridah. Rahayu merayu Faridah pulang kerana sudah tiba masanya dia akan pergi. Faridah sedar dari koma dan pada masa yang sama Rahayu telah meninggal dunia. Kematian Rahayu telah membuatkan perasaan Salmah tertekan akibat terlalu rindukan Rahayu. Dia melawat kubur Rahayu sehingga dua kali sehari. Keadaan itu amat merisaukan Faridah.

Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini juga agak singkat. Tekanan perasaan dialami oleh Faridah apabila ibunya Salmah semakin uzur. Namun Salmah masih ke sawah. Dalam masa yang Salmah semakin rindukan Rahayu. Perasaan terus tertekan apabila ibunya meninggal semasa dia kejutkan ibunya untuk solat Subuh. Konflik perasaan Faridah sampai ke kemuncak apabila suaminya Ghazali meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Faridah telah hilang semua tempat bergantung dan hilang semua orang yang disayangi. Tekanan perasaan itu menyebabkan dia membawa diri ke New Zealand.       

Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula pada bab 15. Setelah 25 tahun berlalu, Faridah telah dikurniakan dua orang anak hasil daripada perkahwinannya dengan Soleh Johnsons. Faridah telah mendapat kebahagiaan di New Zealand. Namun oleh kerana dia mempunyai jati diri yang tinggi, dia sentiasa rindukan kampung halamannya. Hatinya ingin pulang melihat kampung halaman yang telah lama ditinggalkannya. Cuma dia tidak mempunyai sanak saudara di Sungai Besar untuk dia jadikan alasan pulang ke kampung.

Perkenalan anaknya Anne dengan Zain merupakan jalan penyelesaian terhadap keinginannya selama ini. Dia pulang dan menyewa di Cameron Highland untuk berbincang dengna keluarga Zain. Bapa Zain iaitu Azrul yang pernah dikenali dan tinggal sekampung dengannya dahulu telah membuka jalan untuk Faridah mengunjungi kampung halamannya. Perkahwinan Anne dilangsungkan di Sungai Besar. Faridah telah pulang ke rumahnya di kampung. Konflik dalam dirinya terungkai.  Dia Berjaya pulang ke kampung halaman yang selama ini dirinduinya. Dia telah bersolat dan sujud syukur di rumah yang telah lama ditinggalkannya.  



********* 4



LATAR


A) LATAR TEMPAT

Secara umumnya sebagaian besar peristiwa dalam novel ini berlaku di beberapa tempat di semenanjung Malaysia. Tempat yang utama ialah Sungai Besar di Selangor. Sungai Besar merupakan kampung halaman Faridah dan ibunya Salmah. Di situ Faridah dibesarkan oleh ibunya Salmah hingga dewasa. Di tempat itu juga dia telah terpisah dengan adik kembarnya Rahayu kerana telah diambil oleh ayahnya dan dibawa ke Indonesia semasa ayahnya bertugas di sana. Bebarapa peristiwa berlaku di sini termasuklah kepulangan Rahayu dalam keadaan sakit selama beberapa hari untuk hidup bersama ibunya Salmah. Salmah pula menderita setelah Rahayu meninggal dan sering melawat kubur Rahayu sehingga dua kali sehari. Tidak berapa lama, Salmah meninggal di tempat ini diikuti oleh suami Faridah iaitu Ghazali. Selepas kematian itu Faridah telah meninggalka kampung halaman ini. Dia merantau ke New Zealand  selama dua puluh lima tahun. Faridah kembali semula ke Sungai Besar apabila anaknya Anne bertemu jodoh dengan anak Azrul.

Peristiwa penting juga berlaku di Bukit Fraser. Faridah terlibat dengan satu program bersama dengan anak-anak istimewa. Faridah memandu van dari tempat penginapannya menuju ke Raub. Semasa memandu dia telah dikejutkan oleh Iqbal yang menaiki van itu tanpa pengetahuanna. Brek ditekan tiba-tiba dan van yang dipandunya berputar dan menjunam ke dalam gaung. Satu perkara yang pelik ialah Faridah dan Iqbal hilang tanpa dapat dikesan. Ayah Faridah iaitu Mejar (B) Kamarudin telah tiba ke tempat ini setelah dimaklumkan tentang kehilangan Faridah. Pasukan penyelamat telah mengambil masa selama dua minggu untuk mengesan dan mencari mereka. Akhirnya mereka gagal dan membuat keputusan untuk menghentikan operasi. Namun siasatan akan diteruskan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang  hilang.

Penulis novel ini juga menggambarkan keadaan dan suasana Bukit Tuku semasa era kolonial. Ia digambarkan melalui halusinasi Faridah semasa dia sesat selepas kemalangan yang berlaku. Dalam keadaan perjalanan yang tidak tentu haluan itu Faridah telah berhalusinasi tentang dirinya yang berada di Bukit Tuku. Ia merupakan salah satu kawasan tanah tinggi yang menjadi tempat penjajah Inggeris mendirikan rumah rehat dan menghabiskan masa cuti di situ. Faridah terjaga pada waktu pagi dan mendapati dirinya dan Iqbal berada dalam sebuah bilik. Dia dijemput untuk minum bersana Tuan Cecil Renking. Keadaan pada pagi itu berkabus dan dingin. Berdasarkan gambaran Tuan Cecil Renking, di Bukit Tuku terdapat beberapa buah rumah penginapan dan terdapat sebuah kolam renang. Semasa Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di situ, mereka hanya mendapati tapak bangunan tinggalan penjajah.

Latar tempat beralih pula ke pekan Sungai Kubu. Tempat ini juga muncul dalam novel melalui halusinasi Faridah semasa dia masih sesat di hutan. Di tempat ini dia masih lagi berada pada era colonial. Dia bersama orang gaji Tuan Cecil Renking iaitu Siti Amat keluar ke pekan. Pengarang menggambarkan latar pekan Sungai Kubu  melalui sudut pandangan Faridah. Faridah dapat melihat hanya dua belas buah kedai. Empat daripadanya kepunyaan orang melayu Rawa dan Mandailing. Selebihnya kepunyaan kaun Cina. Faridah juga dapat melihat urusan pengumpulan dan pengeluaran bijih timah melalui jalan sungai. Cukai dikenakan untuk bijih yang dikeluarkan. Faridah juga dapat melihat pelombong-pelombong Cina menghisap candu. Pengarang juga menggambarkan Tuan Cecil Renking membunuh buaya yang mengganas dan pernah membaham anak Induk Bertuah.

Faridah sesat dan berjalan bersama Iqbal hingga ke Sungai Dua. Di situ terdapat sebuah perkampungan orang Asli. Faridah dan Iqbal telah diselamatkan oleh orang Asli dan tinggal di rumah Tok Batin Senik. Di situ Faridah telah koma kerana kepalanya terhantuk pada batu di tepi sungai. Melaui racauan Rayahu, Faridah kelihatan sedang mandi di sungai di kampung berkenaan. Gambaran itu mendaji panduan kepada Mejar (B) Kamarudin pergi ke perkampungan tersebut untuk mencari Faridah. Bantuan helikopter sampai dua jam kemudian dan Faridah serta Iqbal dibawa keluar. Mereka terus dibawa ke hospital.

Hospital Kuala Lumpur merupakan satu lagi latar tempat yang tidak kurang pentingnya dalam  novel ini. Di situlah tempat pertemuan Faridah dan Rahayu sejak mereka berpisah ketika berumur tujuh tahun. Faridah yang koma di bawa ke hospital dan Rahayu menemuinya di situ. Mereka juga dapat bertemu dalam alam psikik mereka apabila Rahayu memegang erat tangan Faridah. Dalam pertemuan itu Rahayu merayu Faridah pulang untuk bersama ibu mereka kerana sudah sampai masanya untuk dia pergi. Serentak dengan itu Faridah sedar dan menjerit menyebut nama Rahayu. Manakala jururawat mendapati rahayu telah meninggal dunia.

Selepas 25 tahun, latar tempat berpindah ke New Zealand. Faridah telah berhijrah ke sana setelah suaminya Ghazali meinggal. Di sana Faridah telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dikurnaiakan dua orang anak iaitu Melina dan Anne. Mereka tinggal di Rosewood di daerah Christchurch. Terdapat ladang ternak biri-biri yang diusahakan oleh Soleh Johnsons. Zain pernah bekerja di ladang itu secara sambilan ketika musim cuti semester. Antara peristiwa penting di situ ialah perkenalan antara Zain dengan Anne. Perkenalan itu membawa kepada perkahwinan. Zain yang juga berasal dari kampung yang sama dengan Faridah membolehkan Faridah melawat kampung halamannya di Sungai Besar semasa majlis perkahwinan. Melida pula berhijrah ke Auckland dan berkenalan dengan Benny. Mereka juga telah berkahwin dan Melina telah berhijrah ke Malaysia mengikut suaminya bekerja di syarikat minyak di Marang, Terengganu.

Latar tempat yang terakhir dalam novel ini ialah Cameron Highland. Faridah dan Soleh Jonhsons menginap di situ dan menunggu rombongan keluarga Zain untuk berbincang tentang perkahwinan Anne. Pertemuan dengan keluarga Zain telah membuatkan kenangan lalu datang kembali dalam ingatan Faridah apabila mengetahui bapa Zain iaitu Datuk Azrul adalah bekas kekasih Rahayu. Faridah meluahkan perasaannya rindunya pada kampung halaman kepada Datuk Azrul. Solah Jonhsons kemudiannya membeli rumah di Cameron Highland dan tinggal di situ. Soleh dan Datuk Azrul bekerjasama mengusahakan projek agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing berhampiran Tanah Tinggi Cameron.




B) LATAR MASA

Terdapat tiga zaman yang  jelas dalam novel. Jika diperhatikan mengikut urutan masa, pembaca dapat mengesan latar zaman kolonial atau zaman pemerintahan penjahah British di negara ini. Zaman ini digambarkan oleh pengarang melalui teknik halusinasi watak Faridah ketika dia dan Iqbal sesat di dalam hutan. Faridah sesat dan berhalusinasi hingga ke Bukit Kutu. Di sana Faridah dapat melihat kehidupan pegawai British pada tahun-tahun 1990-an. Pada masa itu pegawai-pegawai British suka menghabiskan masa di tempat peranginan yang berhawa sejuk yang tidak jauh bezanya daripada negara mereka. Faridah dapat melihat kehidupan salah seorang pegawai British iaitu Tuan Cecil Renking di rumah tumpangannya di Bukit Kubu. Bentuk rumah dan susunan perabot sememangnya mengikut reka bentuk dan susunan Inggeris. Selain daripada itu, Faridah juga dapat menyaksikan kegiatan ekonomi pada era 1900-an. Antara aktiviti ekonomi utama pada masa penjajah ialah aktiviti perlombongan bijih timah dan perniagaan runcit. Dalam halusinasi itu juga Faridah telah berkunjung ke pekan Sungai Kubu. Faridah dapat melihat pekerja-pekerja lombong yang ketagih andu dan kerja-kerja memunggah bijih melalui jalan sungai.

Berdasarkan perkembangan watak Faridah, pembaca juga dapat mengesan pembahagian masa atau zaman dengan jelas. Bahagian pertama ialah zaman 25 tahun yang lampau. Pada masa itu Faridah merupakan seorang remaja bersama adik kembarnya Rahayu dan Azrul yang masih menuntut di universiti. Antara perstiwa penting pada zaman itu ialah peristiwa kehilangan Faridah setelah kemalangan berlaku di Bukit Fraser. Manakala adik kembar Faridah iaitu Rahayu pula menghidap penyakit kanser. Dua peristiwa itu telah menemukan kembali dua beradik kembar yang telah berpisah sejak berumur tujuh tahun. Namun mereka tidak sempat bertentang mata kerana Rahayu menemui Faridah di hospital dalam keadaan koma. Dua saudara kembar itu hanya sempat bertemu dalam alam psikik mereka. Rahayu merayu kakaknya Faridah pulang kerana sudah sampai masanya dia akan pergi meninggalkan ibu. Selepas itu Faridah telah sedar dan menyaksikan Rahayu dan sudah m eninggal di sisinya. Pada masa ini juga Faridah menyaksikan penderitaan ibunya yang sakit dan rindukan Rahayu. Dia menjaga ibunya Salmah hingga ibunya meninggal ketika dia mengejutkan ibunya untuk solat Subuh. Tidak lama kemudian suaminya Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Faridah sebatang kara dan berhijrah ke New Zealand.

Pada bahagian kedua novel ini memaparkan peristiwa yang berlaku pada zaman kedua iaitu selepas 25 tahun  Faridah berhijrah ke New Zealand. Antara peristiwa penting pada bahagian kedua ini ialah peristiwa perkenalan anak Faridah iaitu Melina dengan Benny. Mereka kemudiannya berhijrah ke Malaysia kerana Benny bertugas di sebuah syarikat keluarga yang berpejabat di Terengganu. Perkenalan dan perkahwinan adik kembar Melina iaitu Anne dengan Zain telah mengubat rindu Faridah pada kampung halaman setelah 25 tahun berlalu. Zain yang berasal dari kampung yang sama dengannya telah memberi kesempatan untuk Faridah melawat kampung halaman dan rumah yang telah 25 tahun ditinggalkannya. Akhirnya Faridah dan suaminya Soleh Johnsons membuat keputusan untuk menetap di Cameron Highland. Mereka membeli rumah di situ. Soleh Johnsons berkerjasama dengan Datuk Azrul untuk mengusahakan projek agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing.



C) LATAR MASYARAKAT           

Pada umumnya masyarakat yang melatari novel ini ialah masyarakat Melayu yang hidup di perkampungan atau luar bandar.  Mereka diwakili oleh watak utama iaitu Faridah dan ibunya Salmah serta Azrul. Salmah menyara hidupnya bersama Faridah dengan mengerjakan sawah padi. Salmah terpaksa berdikari setelah dia ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin telah telah berkahwin dengan wanita lain. Salmah mengerjakan tanah sawah itu hingga ke akhir hayatnya dengan dibantu oleh Faridah. Berlainan dengan Azrul yang mendapat pendidikan tinggi. Dia memilih untuk menjadi petani setelah menamatkan pengajian. Dia memulakan usaha menternak kambing. Hasil usaha gigihnya dia dapat memajukan bidang pertanian di kampungnya hingga dia dianugerahkan sebagai peladang jaya dan gelaran datuk.

Selain daripada itu, terdapat juga masyarakat asing iaitu masyarakat Inggeris. Masyarakat ini terbahagi  kepada dua golongan iaitu masyarakat Inggeris yang terdiri daripada orang British yang diwakili oleh Tuan Cecil Renking. Golongan ini hadir dalam novel melalui halusinasi Faridah semasa dia sesat di dalam hutan. Golongan ini datang dan menjajah serta mentadbir negara ini. Selain daripada itu mereka mengambil hasil bumi seperti bijih timah. Mereka juga mendirikan rumah penginapan di kawasan tanah tinggi seperti di Bukit Kutu untuk dijadikan tempat rehat. Golongan kedua pula ialah masyarakat Inggeris yang tinggal di New Zealand. Golongan ini diwakili oleh Soleh Johnsons, suami kepada Faridah. Sebahagian mereka beragama Islam termasuk Soleh Johnsons. Dia mengusahakan lading ternak biri-biri dan membekalkan daging halal untuk dieksport.

Penulis juga menggambarkan masyarakat Arab dari Asia Barat. Ia diwakili oleh  Benny, suami kepada Melina. Bumi mereka kaya dengan minyak. Benny merupakan salah seorang daripada keluarga kaya yang mempunyai syarikat minyak yang mempunyai rangakain perniagaan hingga ke Malaysia. Benny ditugaskan sebagai pagawai operasi di Terengganu. Namun Benny dipengaruhi oleh kehidupan yang mewah sehingga mengabaikan agama. Masyarakat ini juga mempunyai semangat juang dan jihad yang tinggi dalam membela agama Islam. Ia diwakili oleh Mohamed Attar yang cuba mempengaruhi Benny untuk turut sama berjihad. Mereka merancang untuk melumpuhkan ekonomi Amerika Syarikat dengan meletupkan bangunan yang menjadi kepentingan negara tersebut. Mohamed Attar ditangkap kerana perbuatan tersebut merupakan perbuatan jenayah dan ganas.

Terdapat sedikit gambaran masyarakat orang Asli suku Temuan yang hidup di kawasan pedalaman. Kehidupan masyarakat mereka digambarkan semasa Faridah dan Iqbal sesat di dalam hutan selepas kemalangan di Bukit Fraser. Mereka membuka sebuah perkampungan di  tebing sungai di Sungai Dua yang diketuai oleh Tuk Batin Senik. Mereka tidak biasa dengan orang luar. Beberapa ekor anjing digambarkan berkeliaran di kawasan perumahan mereka. Rumah-rumah mereka rapat-rapat dan kecil diperbuat daripada anyaman buluh.  Cuma rumah Tuk Batin Senik sahaja yang diperbuat daripada kayu yang kukuh dan beratap zink. Rumah itu juga terdapat saluran Astro yang menggunakan kuasa solar. Mereka telah menyelamatkan Faridah dan Iqbal yang didapati merayau-rayau di Sungai Dua.

Manakala Rahayu, Azrul, Anne dan Zain pula menggambarkan masyarakat pelajar pusat pengajian tinggi. Pada 25 tahun sebelumnya, Rahayu dan Azrul merupakan pelajar UPM. Mereka mengikut kursus yang sama dan sentiasa bersama termasuklah ketika mengulangkaji di perpustakaan. Pengajian Rahayu terbantut setelah dia disahkan menghidap kanser. Azrul meneruskan pengajian hingga tamat. Selepas 25 tahun berlalu, Datuk Azrul menghantar anaknya Zain untuk belajar di New Zealand dalam bidang pertanian. Zain bertemu dengan anak Faridah iaitu Anne yang belajar di universiti yang sama.  

Dari sudut kemasyarakatan pula, novel ini menggambarkan beberapa ciri masyarakatnya. Antara lain ialah gambaran masyarakat yang penyayang kepada keluarga. Bermula daripada Faridah yang sayangkan ibunya sehingga tidak mahu berpisah walaupun telah bersuami. Suaminya Ghazali terpaksa berulang-alik dua atau tiga hari sekali dari tempat kerjanya ke rumah ibu Faridah. Salmah juga sayang kepada adik kembar kepada Faridah sehingga dia bergitu sedih dengan kematian Rahayu.  Tambahan pula Rahayu telah berpisah dengannya sejak umur tujuh tahun. Manakala Mejar (B) Kamarudin juga sayangkan anak-anaknya termasuk Faridah yang telah lama ditinggalkan bersama Salmah. Dia berusaha mencari Faridah setelah usaha pihak pencari dan penyelamat gagal. Dia telah meredah hutan bersama Buyung sehingga menemui Faridak di perkampungan orang Asli.

Terdapat juga masyarakat yang bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Sifat ini jelas digambarkan semasa kehilangan Faridah di Bukit Fraser selepas van yang dipandunya terbabas dan tajuh ke dalam gaung. Pelbagai pihak datang mamberikan bantuan termasuklah penduduk kampung. Selain daripada itu sifat ini juga digambarkan oleh watak Buyung yang bekerja di Jabatan Perhutanan. Dia memberikan kerjasama yang baik kepada Mejar (B) Kamaruddin untuk mengesan Faridah di Bukit Kutu dan perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Tambahan pula mereka saling mengenali dan kedua-duanya adalah pesara tentera.

Watak utama dalam novel ini pula menggambarkan masyarakat yang tabah dalam menempuh dugaan hidup. Bermula daripada kehidupan yang sukar di kampung setelah ditinggalkan oleh ayahnya Mejar (B) Kamarudin hinggalah kepada kematian seluruh anggota keluarganya. Faridah melalui kehidupannya berasama ibu dengan mengerjakan sawah untuk menyara hidup mereka. Dia juga tabah menjaga ibunya yang semakin uzur sehingga ibunya meninggal. Dia juga tabah menerima kematian suaminya Ghazali akibat kemalangan jalan raya. Ketabahan itu membuahkan hasil apabila dia berhijrah dan mendapat kebahagiaan bersama suami keduanya Soleh Johnsons di New Zealand. Demikian juga dengan Melina. Dia tabah menghadapi dugaan apabila suaminya Benny hilang. Pada masa yang sama dia memandu sendiri dalam keadaan sarat mengandung untuk berjumpa dengan ibunya di Cameron Highland.

Terdapat juga beberapa watak yang menggambarkan masyarakat yang berdikari. Mereka termasuklah Azrul dan Rahayu. Mereka tidak mengharapkan pekerjaan dalam sector awan apabila tamat pengajian. Mereka merancang untuk memulakan perniagaan yang berasaskan pertanian. Walaupun Rahayu meninggal, Azrul tetap meneruskan usaha berkenaan. Dia memulakan usaha menternak kambing sehingga dia berjaya dan dinugerahkan sebagai peladang jaya dan gelaran datuk. Malah dia juga mendidik anaknya Zain agar turut berkecimpung dalam bidang pertanian. Zain kemudiannya menguruskan lading ternak biri-biri kepunyaan Soleh Jonhsons setelah berkahwin dengan Anne. Demikian juga dengan Salmah. Dia berdikari untuk hidup setelah ditinggalkan oleh suaminya Mejar (B) Kamarudin sambil membesarkan Faridah. Dia bekerja di sawah dengan dibantu oleh Faridah untuk menyara hidup.



*********** 5




TEKNIK


A) TEKNIK PLOT

Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa perkembangan plot utama novel Kabus di Perbukitan ini mengikut kronologi iaitu mengikut perkembangan masa secara teratur. Faridah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hilang selama dua minggu. Adik kembarnya Rahayu pula menghidap kanser. Mereka berjumpa di hospital tanpa bertentang mata. Faridah kehilangan Rahayu kemudian ibu dan suaminya. Dia tertekan dan berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan Soleh Johnsons. 25 tahun kemudian, dia kembali ke kampung halamannya yang dirindui selama dia berada ni New Zealand. Anaknya Melina berkahwin dengan Benny dan berhijrah ke Malaysia. Begitu juga dengan Anne. Dia telah berkahwin dengan Zain yang berasal dari kampung yang sama dengan Faridah. Faridah kemudiannya menetap di Cameron Highland. Cuma terdapat beberapa bahagian kecil imbas kembali yang membolehkan pembaca mengetahui sejarah hidup Faridah.

Dalam novel Kabus di Perbukitan ini, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang menjadikan novel ini lebih menarik walaupun plotnya mengikut kronologi. Terdapat tiga teknik plot utama dalam novel ini. Teknik plot pertama yang dapat dikesan dalam novel ini adalah teknik imbas kembali. Pengarang meneritakan beberapa peristiwa kecil di beberapa tempat sepanjang plot novel ini.  Antara teknik imbas kembali yang terdapat dalam novel ini ialah imbas kembali kisah pertemuan Mejar (B) Kamarudin dengan Salmah di Calet Seri Buana di Pengkalan Balak. Pertemuanini membawa mereka ke jinjang pelamin. Tidak lama kemudian Mejar (B) Kamarudin berkenalan dan berkahwin pula dengan Hamidah ketika bertugas di Pengkalan Hulu dan seterusnya mengambil Rahayu tinggal bersamanya. Selain daripada itu pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk menceritakan peristiwa pertemuan Salmah dengan Rahayu ketika Rahayu dihantar oleh Mejar (B) Kamarudin ke rumahnya. Rahayu ingin pulang dan merasai kehidupan dengan ibu yang selama ini dirinduinya. Tubuh Rahayu yang begitu kurus menambahkan lagi rasa sayu Salmah terhadap anaknya itu. Dia sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu. Salmah juga menyediakan kuih ibu ketuk kegemaran Rahayu. 

Pengarang juga menyelitkan sedikit teknik imbas muka dalam novel ini. Antaranya imbas muka yang dibayangkan oleh Faridah saat van yang dipandunya tidak dapat dikawal lagi dan akan terjunam ke dalam gaung. Dia membayangkan keadaan dan perasaan ibunya menerima jenazahnya nanti. Dia membayangkan perasaan ibunya penuh sayu. Demikian juga imbas muka yang dibayangkan oleh Rahayu semasa dia berada di hospital apabila dia mengetahui pesakit bersebelahan katilnya telah meninggal dunia. Apabila  dia melihat katil di sebelahnya dikemaskan oleh jururawat, dia juga membayangkan katilnya akan dikemaskan demikian rupa suatu hari nanti. Semasa katilnya dikemaskan, orang di sebelah katilnya pula akan akan merasa seperti apa yang dia rasakan ketika itu. Imbas muka juga terdapat pada halaman 53 apabila Rahayu membayangkan hubungannya dengan Azrul. Rahayu membayangkan kepada Azrul bahawa cinta mereka akan menjadi kenangan yang indah bagi Azrul. Dia tidak akan mempu melalui semua sesi rawatan yang disediakan. Dia akan pergi juga pada satu hari nanti.

Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam novel ini. Pembaca berasa suspens dengan peristiwa kemalangan jalan raya yang dialami oleh Faridah kerana Faridah didapati hilang dan tidak dapat dijejaki oleh pesukan pencari dan penyelamat. Perasaan suspens juga dirasai oleh watak dalam novel seperti Ghazali, Sarjan Yusoff dan lain-lain. Pelbagai andaian telah dibuat tentang kehilangan Faridah dan Iqbal termasuklah kemungkinan angkara binatang buas dan komunis. Perasaan suspens terus dirasakan sehinggalah Faridah dan Iqbal ditemui oleh Mejar (B) Kamarudin di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Selain daripada itu pembaca juga berasa suspens terhadap pertemuan Rahayu dengan Faridah. Rahayu sedang menderita kerana kanser dan Faridah pula hilang di dalam hutan. Dalam keadaan itu, apakah mereka sempat bertemu sebelum Rahayu menghembuskan nafas terakhirnya. Persoalan itu  terjawab apabila Rahayu dapat menatap wajah Faridah di hospital sebelum Rahayu meninggal dunia.   

Teknik kejutan juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Pengarang menggunakan teknik ini dalam persitiwa yang melibatkan Melina dan Benny. Satu kejutan apabila Benny meninggalkan rumahnya secara tiba-tiba setelah menerima satu email yang mengejutkan. Peristiwa itu membentuk satu anak plot dalam novel ini. Pembaca juga terkejut apabila mendapati Benny terlibat dengan kegiatan haram dan pengganas yang diwakili oleh Mohamed Attar. Dia melarikan diri dan akhirnya mendapat perlindungan kerajaan Dubai. Pembaca juga mengalami kejutan apabila Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah. Pembaca berasa demikian kerana mereka tidak sempat bertemu dan melepaskan rindu yang sekian lama terpendam. Mereka hanya bertemu di alam psikik yang memberikan isyarat mereka akan berpisah. Pembaca tidak menyangka mereka akan berpisah begitu cepat seperti itu.       

Satu lagi teknik menarik yang digunakan oleh pangarang dalam novel ini ialah teknik mimpi atau teknik bawah sedar. Teknik ini digarapkan oleh pengarang melalui watak Faridah. Melalui teknik ini pembaca didedahkan dengan kisah atau peristiwa semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Semasa Faridah dan Oqbal sesat di dalam hutan, mereka telah sampai ke Bukit Kutu dan bermalam di rumah Tuan Cecil Renking. Dia menikmati pemandangan dan suasana rumah percutian pegawai Inggeris di sana dengan keadaan dingin dan berkabus. Sebenarnya kawasan rumah rehat itu sudah ditinggalkan dan hanya terdapat tapak bangunan sahaja. Semasa Faridah berhalusinasi atau mengembara di bawah sedar juga, dia telah pergi ke pekan Sungai Kubu. Di situ Faridah telah menyaksikan aktiviti melombong dan mengangkut bijih timah serta aktiviti perniagaan yang dipelopori oleh kaum Cina dan Melayu. Dia juga dalam menyaksikan kegiatan penagihan candu dalam kalangan pelombong Cina.



B) TEKNIK PENCERITAAN

Sebagaimana novel konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan taknik penceritaan yang yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung. Contohnya sejak awal cerita pengarang telah menggambarkan perwatakan Rahayu sebagai seorang pelajar universiti. Dia bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang sepatutnya dihantar pada sebelah paginya. Demikian juga gambaran latar tempat di Bukit Fraser dengan cuaca yang dingin dan berkabus pada waktu pagi. Burung-burung berterbangan dan monyet bergayutan pada pokok hutan. Kemudian pengarang menggambarkan keadaan yang menyebabkan van yang dipandu Faridah berpusing-pusing dan kemudian menjunam ke dalam gaung. Pengarang juga menceritakan tentang sejarah hidup Mejar (B) Kamarudin yang berkenalan dan berkahwin dengan Salmah. Kemudian dia berkahwin pula dengan Hamidah dan meninggalkan Salmah. Terdapat banyak lagi gambaran menggunakan teknik pemerian yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini.

Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis dengan meluas dalam karya mereka. Dalam novel ini  pengarang telah menggunakan teknik ini dengan meluas untuk menggambarkan perasaan dan perwatakan seseorang. Contohnya melalui dialog antara Rahayu dengan Azrul. Melalui dialog itu pembaca mendapat gambaran tentang perwatakan mereka yang berhasrat untuk berdikari setelah menamatgkan pengajian kelak. Mereka bercadang untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian bersama-sama.  Selain daripada itu, dialog antara Melina dan Benny membolehkan pembaca mendapat gambaran tentang perwatakan Benny. Pembaca mendapat gambaran bahawa pegangan agama dalam diri Benny. Walaupun dia berketurunan Arab yang beragama Islam, tetapi keimanannya tidak kuat. Dia hanya terbiasa dengan makanan halal tetapi dia suka meminum minuman keras malah merasakan minuman itu lebih nikmat.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

Dalam novel ini juga pengarang menggunakan sedikit teknik monolog. Monolog dalaman dapat diperhatikan dengan jelas pada halaman 12. Pada saat berlakunya kemalangan dan keretanya tidak dapat di kawal lagi, Faridah telah bermonolog dalam dirinya tentang nasib yang akan menimpa diri dan perasaan sedih ibunya semasa menerima jenazahnya nanti. Dalam monolog dalamannya Faridah memohon ampun daripada ibunya terhadap dosa selama ini. Dia juga memohon ampun daripada Allah dan bertawakal tentang nasib yang akan menimpanya. Dia redha menerima ketentuan-Nya. Pada halaman 118 Faridah sekali lagi bermonolog dalam dirinya setelah bangkit dari tidur. Dia bermimpi tentang kehadiran Ayu dengan wajah yang jernih menggamit ibunya. Dalam monolog dalaman semasa memulakan solat,  dia berserah dirinya kepada Allah dan menerima segala ketentuan-Nya. Manakala monolog luaran dapat diperhatikan oleh pembaca pada halaman 119.  Selepas solat  Subuh Faridah ke dapur untuk memasak nasi lemak dan sambal bilis kegemaran ibunya. Faridah bermonolog apabila mendapati ibunya lewan bangun, “Lewat mak bangun, selalunya tidak begini.” 

******** 6



PENGAJARAN


Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca.  Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah kita hendaklah berusaha gigih dan tidak terlalu bergantung kepada kerjaya makan gaji. Contoh terbaik dalam novel ini ialah Rahayu dan Azrul. Mereka tidak langsung mengharapkan kerja makan gaji setelah tamat pengajian di universiti. Sebaliknya mereka merancang untuk bekerja sendiri dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian. Walaupun Rahayu meninggal dunia, namum Azrul tetap meneruskan hasratnya dengan memulakan penternakan kambing. Berkat usaha gigihnya dia telah berjaya memajukan bidang pertanian di kampungnya dan dianugerahkan sebagai paladang jaya dan gelaran datuk.

Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Pengajaran ini digambarkan oleh watak Salmah dan Mejar (B) Kamarudin. Salmah menunaikan tanggungjawabnya membesarkan Faridah walaupun dia merupakan ibu tunggal setelah dia ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin. Manakala Mejar (B) Kamarudin pula rasa bertanggungjawab terhadap anaknya Faridah yang telah lama ditinggalkan. Rasa tanggungjawab itu begitu mendalam setelah dia menerima berita kehilangan Faridah selepas van yang dipandu Faridah terbabas dan terjunam ke dalam gaung. Atas rasa tanggungjawab itu dia berusaha masuk ke dalam hutan bersama Buyung untuk mencari Faridah setelah usaha pasukan penyelamat gagal

Kita haruslah rajin menuntut ilmu memahirkan dan memajukan diri sendiri. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Azrul. Dia amat mementingkan ilmu dalam mengusahakan sesuatu. Dengan ilmu yang ditimba di UPM, dia bercita-cita untuk memulakan perniagaan berasaskan pertanian bersama Rahayu. Setelah menamatkan pengajian dia memulakan penternakan kambing walaupun Rahayu telah tiada. Manakala selepas 25 tahun, anaknya Zain telah dihantar ke New Zealand untuk mengikuti pengajian dalam bidang pertanian. Dia mahu Zain menimba ilmu dan kemahiran sebanyak mungkin dalam bidang pertanian agar dapat menggantikannya menguruskan ladang dengan labih baik.

Setiap ahli masyarakat hendaklah mempunyai semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Pengajaran ini digambarkan oleh ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai komuniti untuk mencari dan menyelamat Faridahyang didapati hilang selepas van yang dipandunya terjunam ke dalam gaung semasa dia memandu dari Bukit Fraser ke Raub. Kerjasama bukan sahaja daripada agensi kerajaan seperti polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan  Jabatan Perhutanan malah turut disertai oleh masyarakat kampung dan  masyarakat orang Asli.

Kita hendaklah tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contoh yang jelas ialah kesabaran Salmah dalam menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal setelah dia ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin. Dia mengerjakan sawah padi seorang diri untuk menyara hidupnya bersama Faridah. Mejar (B) Kamarudin tidak pernah bertanya khabar tentang mereka. Demikian juga dengan Faridah yang tetap sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup. Semangatnya ternyata kuat semasa dia hilang dan sesat di dalam  hutan. Dia juga tabah menghadapi kehilangan ahli keluarga bermula daripada adik kembarnya Rahayu, ibu dan kemudian suaminya Ghazali.

Sebagai makhluk Allah, kita hendaklah menerima takdir dan ketentuan-Nya kepada kita. Faridah menyerah dirinya dan sedia menerima apa sahaja ketentuan Allah terhadapnya setelah dia bermimpi dan terjaga pada awal pagi. Dia juga meyerahkan kepada takdir Allah semasa van yang dipandunya tidak dikawal dan terjunam ke dalam gaung. Demikain juga dengan Rahayu. Dia menyerahkan takdir dirinya yang menghidap kanser kepada takdir Allah. Dia menerima takdir bahawa dia akan pergi meninggalkan dunia dan keluarga pada suatu hari. Dia tidak pernah menunjukkan kesedihan dan ketakutan dengan takdirnya.

Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong walaupun berlainan bangsa dan agama. Pengajaran ini dapat diperhatikan oleh pembaca melalui tindakan masyarakat orang Asli yang diketuai oleh Tuk Batin Senik yang menyemalatkan Faridah dan Iqbal apabila mereka mendapati Faridah dan Iqbal merayau-rayau di tepi Sungai Dua. Kepada Faridah terhantuk pada batu menyebabkan Faridah koma. Tok Batin Senik cuba memulihkan Faridah menggunakan caranya. Faridah hanya sedar beberapa ketika sahaja. Faridah terus dijaga di rumahnya sehinggalah Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di situ. Mereka suami isteri juga menjaga Iqbal dengan baik.

Sebagai orang Islam, kita hendaklah mengamalkan cara hidup Islam dengan baik. Sikap ini ditunjukkan oleh kesedaran Benny dan Melina sendiri yang selama ini tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan baik. Perkenalan Benny dengan Ustaz Hassan Syukri digunakan oleh Benny dan Melina untuk memperteguhkan iman mereka. Nasihat daripada Ustaz Hassan Syukri. Demikian juga jiran mereka di Marang iaitu haji Awang. Benny dan Melina banyak menerima nasihat dan pengajaran daripada Haji Awang sepanjang mereka berjiran. Benny dan Melina sedar tentang kesilapan mereka meneguk arak sebelum itu.

Selain daripada itu, sebagai seorang warganegara kita mestilah sentiasa setia setia terhadap negara serta mempunyai jati diri yang kental. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Faridah. Walaupun sudah 25 tahun dia tinggal di New Zealand, namun dia masih mengingati dan merindui kampung halamannya di Sungai Besar. Malah dia sentiasa ingin pulang ke kampungnya. Lebih daripada itu dia tidak pernah memohon untuk membatalkan kerakyatannya. Demikian juga dengan Datuk Azrul. Dia menasihatkan anaknya Zain agar pulang juga ke kampung halaman walaupun ke mana sahaja Zain merantau.

Seseorang penganut agama Islam kita hendaklah mempertahankan maruah agama dan sedia berjihad untuk memartabatkannya. Pengajaran ini digambarkan oleh Mohamed Attar dan Benny. Mohamed Attar berjuang mempertahankan dan memartabatkan agama Islam daripada musuh Islam iaitu Amerika Syarikat dan Israel. Dia cuba mendapatkan sokongan Benny dan Ustaz Hassan Syukri untuk turut serta dalam perjuangannya. Namun dia berjihad dengan cara mengangkat senjata menyebabkan dia diburu dan ditangkap kerana melakukan keganasan. Dia membawa sejumlah bom untuk meletupkan kepentingan Amerika.

Kita hendaklah menjaga alam sekitar dan alam semulajadi agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. Sikap ini ditunjukkan oleh  Azrul semasa menuntut di UPM. Dia menyertai NGO yang mengadakan kempen cintai sungai di KLCC untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan sumber air bersih kepada manusia. Semasa mengusahakan projek agropelancongan di Tanah Tinggi Loging bersama Soleh Johnsons,  mereka cuba mengelak daripada menebang pokok-pokok bernilai tinggi yang terdapat di tapak projek mereka walaupun terpaksa menanggung kos yang tinggi.

****** 7



NILAI

Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak serta  kasih sayang kepada saudara. Salmah begitu sayang kepada anaknya Rahayu sehingga perasaannya sayu apabila Rahayu pulang ke rumahnya dalam keadaan yang begitu kurus. Perasaannya juga tertekan apabila Rahayu meninggal dunia sehingga dia melawat kubur Rahayu sebanyak dua kali sehari. Demikian juga dnegan Rahayu. Dia begitu sayangkan kakak kembarnya Faridah. Dia ingin bertemu dengan Faridah sebelum dia meninggal dunia.

Pada diri watak Salmah dan Mejar (B) Kamarudin terdapat nilai janggungjawab terhadap anak-anak.  Salmah menjalankan tanggungjawabnya membesarkan Faridah dalam keadaan sukar sebagai ibu tunggal. Manakala Mejar (B) Kamarudin menyedari tanggungjawabnya terhadap Faridah di telah diabaikannya sejak berkahwin dengan Hamidah. Atas rasa tanggungjawab itu dia nekad untuk masuk ke dalam hutan dan mencari Faridah setelah usaha pasukan penyelamat gagal mengesan Faridah setelah dua minggu menjalankan operasi.

Nilai tolong-menolong juga diselitkan oleh pengarang dalam novel ini. Semasa Faridah hilang selepas van yang diu pandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung, terdapat juga masyarakat orang Asli dan masyarakat kampung yang menawarkan bantuan untuk turut sama dalam operasi mencari dan menyelamat. Masyarakat orang Asli di Sungai Dua pula telah menolong menyelamatkan Faridah dan Iqbal semasa Faridah dan Iqbal merayau-rayau di Sungai Dua. Mereka menjaga Faridah sehingga Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di situ dan membawa Faridah dan Iqbal keluar dari perkamopungan tersebut.

Watak Salmah dan Faridah juga menggambarkan nilai ketabahan dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup. Salmah tanah mengharungi hidupnya bersama Faridah yang ditinggalkan oleh suaminya Mejar (B) Kamarudin. Dia bekerja seorang diri di sawah untuk mendapatkan rezeki dan membesarkan Faridah. Faridah pula tabah menghadapi pemergian ahli keluarganya bermula daripada Rahayu, ibunya dan kemudian suaminya Ghazali akibat daripada kemalangan jalan raya. Hasil daripada ketabahannya dia telah mendapat kebahagiaan setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan Soleh Johnsons.

Nilai kegigihan pula dapat diperhatikan pada watak Azrul. Sejak masih menuntut di UPM dia dan Rahayu bercita-cita untuk membuka perniagaan yang berasaskan pertanian. Dia tetap meneruskan cita-citanya walaupun Rahayu telah meninggal dunia. Dia mendapat modal daripada ayahnya dan memulakan usaha menternak kambing. Dia berusaha gigih hingga berjaya memajukan bidang pertanian di kampungnya. Hasilnya dia telah dianugerahkan sebagai peladang jaya dan gelaran datuk. Selepas 25 tahun, dia bekerjasama dengan Soleh Johnsons menjalankan projek agropelancongan di Tenah Tinggi Loging. Berkat kegigihannya projek itu Berjaya dan berkembang.

Nilai cinta pula diselitkan oleh pengarang melalui watak remaja dalam novel ini. Azrul dan Rahayu bercinta semasa menuntut di UPM. Mereka merancang untuk berkahwin dan memulakan perniagaan bersama-sama. Namun hasrat mereka tidak kesampaian kerana Rahayu meninggal terlebih dahulu akibat kanser. Hubungan cinta juga dapat diperhatikan daripada watak Melina dan Benny. Mereka berkenalan dalam masa yang singkat. Benny jatuh dinta dan terus mengajak Melina berkahwin. Demi cinta Melina menurut ke masa sahaja Benny pergi. Demikian juga dengan Zain dan Anne. Mereka berkenalan semasa menuntut di universiti. Mereka bercinta dan mendirikan rumahtangga. Upacara perkahwinan diadakan di kampung halaman Faridah.

Pengarang telah menyelitkan beberapa watak berbangsa Arab yang menggambarkan nilai keberanian dalam diri mereka. Watak Mohamed Attar mempunyai semangat yang kental untuk mempertahankan maruah agama Islam. Dalam usaha mempertahankan agama Islam dihina oleh masyarakat Barat, Mohamed Attar dengan berani mempertaruhkan nyawanya untuk berjihad. Dia merancang untuk meletupkan beberapa kepentingan Amerika dengan tujuan melumpuhkan ekonomi negara tersebut. Namun dia ditangkap kerana kegiatan tersebut adalah satu bentuk keganasan.

Pembaca juga dalam mengesan nilai jati diri dan patriotik yang tinggi dalam diri watak. Faridah sangat sayang akan negara Melaysia walaupun sudah 25 tahun berada di New Zealand. Dia sentiasa mengingati dan merindui kampung halamannya di Sungai Besar. Dia juga tidak pernah memohon untuk membatalkan kerakyatan negara Malaysia. Akhirnya dia dapat pulang apabila anaknya berkahwin dengan anak Datul Azrul, bekas kekasih adik kembarnya Rayahu. Dia dan suaminya Soleh Johnsons telah menetap di Cameron Highland.