SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2013 DAN SELAMAT NAIK KELAS

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat tahun baru 2013 dan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar dan guru pengunjung dan menyinggah blog ini. Semoga tahun baru dan sesi persekolah yang akan membuatkan pelajar dan guru lebih  bersemangat.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan PMR baru-baru ini dan berjaya ke tingkatan empat di sekolah yang terpilih. Kalau tidak berjaya ke sekolah terpilih, jangan berputus asa. Anda bukanya tidak berjaya dan tidak cemerlang. Cuma anda belum ada rezeki. Jadikan ia sebagai peniup semangat untuk belajar dengan tekun di tingkatan empat.

Sebenarnya sudah beberapa bulan saya tidak update blog ini. Saya memohon berbanyak maaf kepada pelajar dan guru yang mengirimkan email dan meminta contoh jawapan soalan novel terutamanya menjelang peperiksaan SPM baru-baru ni.

Untuk pengetahuan semua, contoh jawapan soalan novel untuk novel selain daripada Sutera dalam Lukisan tidak sempat saya siapkan kerana kekangan tugasan sekolah. Bagi sesiapa yang mahukannya pada tahun ini, sila kemukakan permohonan lebih awal dan tunggu. Saya akan siapkan contoh jawapan untuk novel lainnya pada tahun ini. Nyatakan tajuk novel yang anda mahu mengikut zon anda.