TEKNIK PLOT DAN TEKNIK PENCERITAAN

Adakah Teknik Plot dan Teknik Penceritaan satu perkara yang sama? Ada yang menggunakan nama 'Teknik Plot' dan ada yang menggunakan nama 'Teknik Penceritaan'. Atau dua perkara yang berbeza sebenarnya..?

Saya menulis dua buah buku ulasan Komsas. Satu Usalan Antologi Harga Remaja dan satu lagi Ulasan Antologi Dirgahayu Bahasaku. Saya menulis untuk penerbit yang sama. Semasa menulis buku Ulasan Antologi Harga Remaja, saya telah memisahkan teknik kepada dua bahagian iaitu teknik plot dan teknik penceritaan. Apabila buku itu diterbitkan, saya dapati editornya telah menggabungkan semua teknik itu menjadi satu dan diletakkan di bawah satu sub tajuk iaitu Teknik Plot.

Apabila saya menulis buku kedua, Ulasan Antologi Dirgahayu Bahasaku, saya telah meletakkan semua teknik di bawah sub tajuk Teknik Plot. Editornya telah menghubungi saya dan memaklumkan bahawa saya perlu memisahkan antara teknik plot dengan teknik penceritaan kerana ia adalah dua perkara yang berbeza. Maka saya perlu memisahkannya. Editor buku ini dan editor buku saya yang pertama adalah orang yang berlainan.

Sebenarnya Teknik Plot dan Teknik Penceritaan adalah dua perkara yang berbeza.

TEKNIK PLOT merupakan satu teknik atau cara pengarang mengemukakan satu-satu peristiwa yang mempengaruhi plot sama ada plot satu-satu cerpen itu mengikut kronologi atau tidak. Atau kejutan dan suspens yang membuatkan plot berkembang atau memuncak.

TEKNIK PENCERITAAN pula adalah kaedah pengarang menyampaikan cerita. Di luar bidang KOMSAS, bagaimana carita disampaikan..? Ada melalui lagu, ada melalui syair, ada melalui pantun dan ada melalui dialog DJ radio. Begitu juga dalam satu-satu tulisan bentuk cereka. Dalam aspek penulisan untuk menyampaikan cerita, pengarang menggunakan beberapa kaedah atau teknik iaitu melalui dialog watak, monolog luaran watak, monolog dalaman watak atau penceritaan terus daripada pengarang sendiri/pemerian.

HARAP ISTILAH YANG BERBEZA DAN TEKNIK YANG BERBEZA INI DIPERBETULKAN OLEH GURU DAN PEMERIKSA KERTAS PEPERIKSAAN SENDIRI.

BUKU ULASAN KOMSAS SPM - DISKAUN LEBIH 50%

Kepasa semua pelajar dan guru yang menjadi tetamu blog ini. Saya menawarkan diskaun lebih daripada 50% daripada harga buku untuk buku ulasan yang saya tulis dan terbitkan. Buku berkenaan telah diterbitkan pada 2011. Bukan buku lama. Buku tersebut ditulis khas untuk membantu dan memandu pelajar untuk lebih memahami teks komsas dan panduan menjawab soalan peperiksaan. Huraian dalam buku berkenaan berorientasikan teknik menjawab soalan peperiksaan. Sila rujuk halaman BUKU RUJUKAN DAN MODUL.

CIRI-CIRI PUISI TRADISIONAL

CIRI-CIRI PANTUN ENAM KERAT
v Setiap rangkap pantun terdiri daripada enam baris.

v Pantun ini mempunyai empat hingga lima patah perkataan sebaris.

v Pantun ini juga mempunyai lapan hingga dua belas suku kata sebaris.


v Tiga baris pertama dalam setiap rangkap merupakan pembayang dan tiga baris kedua adalah maksud pantun tersebut.

v Rima akhir ( bunyi akhir setiap baris ) pantun ini ialah a, b, c, a, b, c.

v Terdapat jeda di tengah-tengah setiap baris.

v Setiap rangkap mempunyai kesatuan fikiran yang lengkap.

CIRI-CIRI PANTUN LAPAN KERAT
v Setiap rangkap pantun terdiri daripada lapan baris.

v Pantun ini mempunyai empat hingga lima patah perkataan sebaris.

v Pantun ini juga mempunyai lapan hingga dua belas suku kata sebaris.

v Empat baris pertama dalam setiap rangkap merupakan pembayang dan empat baris kedua adalah maksud pantun tersebut.

v Rima akhir ( bunyi akhir setiap baris ) pantun ini ialah a, b, c, d, a, b, c, d.

v Terdapat jeda di tengah-tengah setiap baris.

v Setiap rangkap mempunyai kesatuan fikiran yang lengkap.

CIRI-CIRI SYAIR
v Syair berasal daripada puisi Arab.

v Ia mengandungi empat baris serangkap.

v Keempat-empat baris syair merupakan isi atau maksud.

v Bilangan kata syair adalah antara empat hingga lima perkataan sebaris.

v Bilangan suku kata pula adalah antara lapan hingga dua belas suku kata sebaris.

v Rima akhir puisi ini adalah terikat dalam bentuk a, a, a, a.

v Syair terbahagi kepada dua jenis iaitu syair cerita dan bukan cerita.

v Syair cerita mengandungi rangkap yang mempunyai urutan cerita yang ingin disampaikan.

v Bagi syair bukan cerita, setiap rangkap terdiri daripada satu idea.

v Walau bagaimanapun keseluruhannya mempunyai kesatuan idea.

CIRI-CIRI GURINDAM
v Berasal daripada Bahasa Tamil yang bermaksud ‘pepatah berangkap yang menjadi sebutan orang ramai’

v Bidang persuratan Melayu mengkelaskan gurindam sebagai ‘puisi yang melarat’

v Mempunyai dua baris serangkap. Terdapat sesetengah gurindam mengandungi lebih daripada dua baris serangkap.

v Bunyi akhir baris atau rima akhirnya sama iaitu a, a.

v Jumlah perkataan dan jumlah suku kata bagi setiap baris dalam gurindam adalah tidak tetap.

v Baris pertama gurindam merupakan amaran atau isyarat manakala baris kedua ialah jawapan atau isi.

v Menyampaikan nasihat atau buah fikiran yang bernas untuk dijadikan panduan masyarakat.

v Gurindam dilafazkan dalam bentuk irama yang mendayu untuk menyampaikan kesan nasihat secara optimum.

CIRI-CIRI SELOKA
v Berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud karangan berangkap yang melarat.

v Tidak tetap bilangan baris dan iramanya.

v Isinya lebih kepada mesej-mesej lucu, jenaka, ejekan, gurauan atau sindiran yang tajam.

v Sebuah sekola mempunyai kesatuan isi atau idea yang lengkap.

DUA SOALAN DALAM BUKU ULASAN NOVEL SUDAH KELUAR - SPM 2011

Buku yang saya tulis - Ulasan Novel Sutera dalam Lukisan - dalam bentuk soal jawab, telah tersenarai soalan-soalan bahagian novel yang diklon daripada soalan SPM sepanjang 10 tahun yang lepas.

Dua soalan yang saya senaraikan dan berikan contoh jawapannya telah keluar dalam peperiksaan SPM yang lepas - 2011- iaitu soalan berkenaan dengan persoalan dan perwatakan. Bagi sesiapa yang telah membeli buku ini, dan yang sememangnya membaca dan mengulangkaji, tentunya rasa beruntung. Saya rasa hasrat saya untuk membantu pelajar telah tercapai dan berbaloi.

Walau bagaimanapun, saya tidak sempat untuk mengaplikasikan soalan berkenaan kepada semua novel setiap zon oleh kerana kekangan masa dan tugas. Kepada pelajar yang berada do zon yang lain, mereka boleh menggunakan soalan yang saya sertakan pada halaman setiap novel untuk dijadikan sebagai bahan perbincangan dengan kawan dan guru. Cubalah rangka jawapan dengan bimbingan guru anda. Anda hanya perlu ada tiga isi untuk setiap soalan dan huraikannya.

Bagi pelajar yang mempelajari novel Sutera dalam Lukisan, bolehlah mendapatkan buku saya dengan harga yang amat rendah untuk pelajar. Saya tawarkan harga yang paling rendah berbanding dengan harga pasaran. KOs penerbitan pun tak berbaloi, kata orang. Sila semak halaman BUKU RUJUKAN.

Terima kasih

CARA BETUL MENGGUNAKAN BUKU ULASAN/RUJUKAN KOMSAS

Saya yakin ramai pelajar yang membeli dan menggunakan buku ulasan Komsas sama ada pelajar tingkatan empat atau lima. Daripada pemerhatian saya, ramai pelajar yang membawa dan menggunakan buku tersebut di dalam kelas untuk membuat rujukan semasa guru mengajar sesuatu tajuk atau menggunakannya untuk mengulangkaji. Tapi tahukah pelajar, bagaimana cara menggunakan buku ulasan tersebut dengan betul dan berkesan?

Saya tidak nafikan bahawa buku ulasan boleh menambahkan lagi pemahaman pelajar terhadap teks yang diajar oleh guru. Namun jika digunakan dengan cara yang tidak betul, pel;ajar tidak belajar melalui buku tersebut. Tetapi sebaliknya pelajar membaca dan menghafal/mengingat isi-isi dari buku tersebut. Anda perlu membaca dan mengingat tema, persoalan, watak dan perwatakan, latar, nilai, pengajaran, bentuk, teknik dan beberapa aspek lain. Itu hanyalah untuk satu karya dalam antologi. Berapa karya yang terdapat dalam antologi? Anda boleh dan berupaya untuk menbaca dan mengingat semuanya setiap karya?

SEBENARNYA CARA ITULAH YANG MEMBUATKAN ANDA BOSAN BELAJAR KOMSAS..!! ANDA BERASA SUKAR UNTUK MEMBACA,MENGINGAT DAN MENGHAFAL..! MAKA ANDA BERASA BAHAWA BELAJAR KOMSAS INI SUSAH..! (SELAIN DARIPADA TIDAK MINAT MEMBACA BAHAN SASTERA)

Pada post yang lepas, saya telah jelaskan sedikit tentang CARA MUDAH BELAJAR KOMSAS. Dalam post itu saya tekankan betapa pentingnya membaca teks asal dalam buku teks komsas untuk mengetahui cerita asal. Itu adalah asas yang penting. Sinambungan daripada itu, di sini saya akan jelaskan cara betul menggunakan buku ulasan. Baca dengan teliti dan ikuti langkah berikut dengan betul.

LANGKAH 1
-Baca teks asal sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam post yang lepas.
-Ingat perjalanan ceritanya.
-Barulah baca sinopsis dalam buku ulasan.

LANGKAH 2
-FAHAMI TENTANG SATU-SATU UNSUR SASTERA yang dijelaskan oleh guru anda dengan baik.
-FAHAMI CARA UNTUK MENGESAN UNSUR TERSEBUT DALAM CERITA atau puisi. Saya berikan satu contoh yang mudah. Katakan unsur sastera - perwatakan. Perwatakan seseorang dapat dikesan melalui tindakannya, dialognya, pemikirannya dan dialog watak lain tentangnya. (Rujuk post tentang UNSUR KOMSAS dalam post yang lepas)

LANGKAH 3
-Baca atau kaji tentang watak yang ditetapkan oleh guru - berkenaan tindakannya, dialognya, pemikirannya dan dialog watak lain tentangnya.

LANGKAH 4
-BUAT KESIMPULAN perwatakan berdasarkan perkara tersebut yang ditemui dalam teks. Kita ambil contoh watak 'ibu' dalam cerpen 'IBU DAN CEPER'. Antara tindakan 'ibu' ialah bekerja dari selepas subuh hingga ke maghrib dengan melakukan kerja sawah dan kerja lain. Jadi, kita boleh buat kesimpulan bahawa 'ibu' mempunyai perwatakan yang 'cergas', 'cekap' atau 'berkemampuan'. (Kita tidak boleh katakan dia rajin kerana dia terpaksa melakukan kerja itu)

LANGKAH 5
-CATAT seberapa banyak perwatakan watak yang dapat diperhatikan daripada tindakan, dialog, pemikiran dan dialog watak lain tentangnya.
-Catatan itu hendaklah beserta dengan contoh tindakan, dialog, pemikiran dan dialog watak lain yang menunjukkan perwatakan tersebut.

LANGKAH 6
-Barulah buka buku ulasan tentang tajuk berkenaan.
-BANDINGKAN CATATAN ANDA DENGAN NOTA YANG TERDAPAT DALAM BUKU ULASAN.
-Jika semua yang dinyatakan dalam buku ulasan itu terdapat pada cacatan anda, maknanya anda sudah belajar dan sudah faham dan sudah pandai.
-Anda akan berjaya mencari perwatakan watak dalam apa sahaja cerpen dan novel tanpa perlu merujuk kepada buku ulasan.
-ANDA TIDAK PERLU MENGHAFAL SEMUA YANG TERDAPAT DALAM BUKU ULASAN.

Selamat mencuba dan selamat berjaya..


Valentine’s Day – Mereka Untung Atas Kerosakan Kita

Ramai sudah maklum bahawa Valentine’s Day HARAM disambut oleh ummat ISLAM. Ia bukan sahaja mempunyai kesan negatif tersebarnya aktiviti maksiat, malah ia jelas mempunyai elemen tasyabbuh kepada perbuatan orang-orang kafir dan juga mempunyai nilai-nilai agama bukan Islam.

Buat yang belum tahu, mungkin boleh baca artikel berikut:

Elak Sambut Valentine’s Day – oleh JAKIM
Hukum Meraikan Valentine’s Day dan Jual Bunga – oleh Ust Zaharuddin
Tetapi, kenapa Valentine’s Day masih tidak dapat dibuang dari sebahagian rakyat Malaysia yang beragama ISLAM? Malah, di negara lain juga? Kenapa ia masih berlegar di dalam masyarakat muslim, walhal banyak sudah penerangan dan teguran telah dibuat?

Mungkin ini sebabnya:

Media samada TV, radio, suratkhabar, majalah, internet dan seumpamanya mendapat keuntungan dari Valentine’s Day ini. Bagaimana? TV contohnya mensensasikan Valentine’s Day melalui penayangan filem-filem atau drama-drama cinta. Mereka tahu filem/drama berteraskan cinta dan romantik akan meningkatkan rating mereka. Kerana ia memang sentiasa mendapat perhatian masyarakat, terutama remaja. Dan tentunya mereka akan dikerumuni tempahan iklan dari syarikat-syarikat korporat yang ingin mengiklan barangan dan perkhidmatan mereka. Di sini, media akan mendapat keuntungan yang besar hasil dari iklan-iklan tersebut. Tidak hairanlah kenapa media begitu ghairah mensensasikan Valentine’s Day.

Peniaga terutama penjual kad dan bunga akan mendapat durian runtuh sempena Valentine’s Day ini. Justeru, mereka mesti mempromosikan Valentine’s Day supaya masyarakat diujakan dengan semangat cinta dan romantik. Pelbagai produk ditawarkan kepada pelanggan bagi merealisasikan rasa cinta dan kasih sesama pasangan yang bercinta. Maka, tidak peliklah kenapa Valentine’s Day menjadi lubuk emas kepada peniaga terutama penjual kad, bunga dan cenderahati.

Hotel dan restoran turut sama ingin mengaut keuntungan mempromosikan Valentine’s Day dengan cara menyediakan pakej-pakej seperti Honeymoon Package sempena Valentine’s Day, Candle Light Dinner sempena Valentine’s Day dan bermacam lagi. Paling menakutkan ialah apabila hotel-hotel dengan berbesar hati menerima tempahan bilik yang pastinya bilangannya berganda berbanding hari lain. Untuk tujuan apa? Saya rasa ramai sudah maklum… Maka tidak peliklah kenapa hotel dan restoran berlumba-lumba mempromosikan Valentine’s Day. Mereka beroleh keuntungan yang berganda.

Pihak Event Management juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Pastinya Valentine’s Day boleh dijadikan sumber pendapatan yang besar buat mereka. Maka, dianjurkan pelbagai program dan majlis bersempenanya. Majlis yang macam mana? Tari menari dan sebagainya. Tak lain dan tak bukan, pastinya majlis yang menyemarakkan rasa cinta dan nafsu. Sebab tu tidak pelik jika pihak event management tak mahu Valentine’s Day ini pudar dari masyarakat.

Pembuat filem dan drama akan cuba menghasilkan karya seni berkisarkan cinta. Kisah cinta bermacam segi dicipta bagi menyentuh hati masyarakat untuk menontonnya. Dengan kedatangan Valentine’s Day, pastinya ia sangat sesuai untuk ditayangkan pada masyarakat. Moodnya, mood cinta. Moodnya, mood nafsu. Maka, timbullah berbagai-bagai kisah cinta samada dihasilkan oleh pihak luar atau dalam negara untuk dikaut keuntungan darinya.

Panggung-panggung wayang dan pekedai VCD/DVD sudah semestinya akan menerima tempias yang besar hasil dari penghasilan filem/drama berkisar cinta di musim Valentine’s Day. Justeru, mereka juga akan turut mengambil bahagian dalam mempromosikan Valentine’s Day ini.

Sekolah dan universiti tidak ketinggalan dalam hal ini. Valentine’s Day boleh dijadikan peluang buat mereka untuk menjana pendapatan. Dibuat pelbagai program seperti song dedication, secret admirer card, hadiah dalam bentuk coklat, candies, bunga dan bermacam-macam lagi. Persatuan dan kelab di sekolah dan universiti yang menganjurkan program-program sebegini bakal memperolehi pendapatan yang banyak, kerana sudah semestinya remaja akan menyertainya. Maka, sebab itulah budaya Valentine’s Day ini masih berterusan di sekolah dan universiti disebabkan oleh ada pihak yang boleh buat keuntungan. Keuntungan yang banyak.

Gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan menjadi dalang kepada eksploitasi unsur-unsur seks, wanita dan hiburan di seluruh dunia sejak dahulu lagi pastinya mempunyai peranan dalam merosakkan manusia melalui penganjuran pelbagai program secara global. Ini memang kerja mereka. Dan mereka mendapat keuntungan yang besar darinya. Malah ia menjadi perjuangan mereka.

Dan lain-lain lagi…



Teguran demi teguran telah dilakukan supaya ummat ISLAM tidak terjebak dengan Valentine’s Day ini. Namun, disebabkan oleh lemahnya masyarakat muslim menepis godaan, maka mereka turut terhasut dek pihak yang menaja pelbagai program sempena Valentine’s Day ini.

Disebabkan oleh Malaysia didiami oleh masyarakat majmuk, jadi penghapusan total Valentine’s Day memang sukar dilakukan. Kerana masyarakat bukan ISLAM perlu dihormati haknya untuk menyambut perayaan yang mereka rasa berkaitan dengan agama mereka. Malangnya, ini menempias ke dalam ummat ISLAM akibat terpengaruh dengan keseronokan dan semangat muhibbah, konon.

Jahil dan lalai di kalangan sebahagian ummat ISLAM dengan tujuan sebenar insan diciptakan adalah faktor utama! Tujuan sebenar dijadikan manusia adalah untuk beribadah kepadaNYA. Insan yang jahil tentang agama dan lalai dengan nafsunya sendiri pastinya mudah terpesona dengan mana-mana ajakan pun. Bukan sahaja dalam hal Valentine’s Day ini, dalam apa-apa hal pun…

Jika diamati senarai di atas, maka tidak peliklah kenapa Valentine’s Day begitu disensasikan. Kerana banyak pihak yang boleh buat keuntungan.

Sepatutnya ummat ISLAM mencegah diri mereka dari terjebak dengan Valentine’s Day ini. Bukan sahaja ia bercanggah dengan agama ISLAM, malah nilai-nilai murni moral juga turut tercemar apabila masyarakat diajak asyik dengan cinta. Malah ada pihak yang menganjurkan program-program bagi melempiaskan nafsu cinta yang terlarang, astaghfirullah…

Sebahagian mereka ada yang bertujuan komersial semata-mata. Tetapi ada juga yang berniat jahat seperti dinyatakan di point ke-8. Yang menjadi mangsanya adalah ummat ISLAM. Yang dipergunakan adalah ummat ISLAM. Yang rosaknya adalah akhlaq ummat ISLAM.

Sudahlah mendapat dosa menyambutnya, malah dipergunakan pula duit dan maruah kita.

Sedarlah…sedarlah…!


Dipetik daripada rencana:
SHAHMUZIR BIN NORDZAHR
www.muzir.wordpress.com
10 Februari 2010

CONTOH JAWAPAN SOALAN NOVEL TING.4

Contoh 1

Soalan 4 : Novel
( 15 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:

(i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan
tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.


(b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang
telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.




Conton Jawapan

Soalan (a)


PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!)

Salah satu unsur penting dalam sesebuah novel ialah latar. Jika sesebuah novel itu menceritakan kisah masyarakat, sudah sememangnya latar masyarakat dalam novel itu lebih jelas. Demikian juga dengan novel PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!). Ia memaparkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita.

Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat pelajar dalam novel ini. Intan Julia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Seri Gading iaitu tempat ibunya mengajar. Semasa di tingkatan lima, Rasylan telah berpindah ke sekolah itu dan mereka berkenalan. Mereka telah menyambung pelajaran dan menjadi seorang siswa dan siswi setelah mendaftar di pusat Matrikulasi UIA. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran di situ setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Mereka belajar di situ selama beberapa tahun sehingga ke kampus induk UIA. Sepanjang belajar di situ, mereka sering berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan masalah masing-masing.

Dari sudut kemasyarakatan pula, novel ini menggambarkan beberapa ciri masyarakatnya. Antara lain ialah gambaran masyarakat yang penyayang. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini walaupun isterinya sedang koma. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang pelajaran Intan Julia. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.

Latar masyarakat lain yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Jeffri memberikan sepenuh kasih sayang kepada isterinya Intan Maliana menjadikan hubungan dan rumahtangga mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!) dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.


Melunas Rindu

Salah satu unsur penting dalam sesebuah novel ialah latar. Jika sesebuah novel itu menceritakan kisah masyarakat, sudah sememangnya latar masyarakat dalam novel itu lebih jelas. Demikian juga dengan novel Melunas Rindu. Ia memaparkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita.

Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat pendidik di sekolah menengah di luar bandar. Masyarakat ini termasuklah Farhana, Cikgu Abas, Cikgu Zamani, Fuad sendiri dan beberapa guru lain. Mereka mengajar di Sekolah Menengah Seri Setia. Farhana dan Fuad mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris manakala Cikgu Zamani mengajar mata pelajaran geografi. Mereka bekerja dan menghadapi cabaran dan masalah mereka sendiri. Cabaran Farhana dan Fuad ialah sikap pelajar luar bandar yang tidak berminat terhadap penguasaan Bahasa Inggeris. Farhana juga menghadapi perselisihan faham dengan rakan sekerja seperti Cikgu Zamani kerana sikap tidak bertanggungjawab terhadap tugas.

Dalam novel ini juga terdapat gambaran masyarakat yang bertanggungjawab. Fuad juga merupakan seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga. Fuad tetap memunaikan tanggungjawabnya terhadap Pak Mail dan Mak Mak Salmah walaupun mereka keluarga angkat. Dia telah membelikan sebuah motosikal dan sebidang tanah kepada Pak Mail. Dia selalu membeli keperluan dapur semasa pulang dari sekolah. Selain daripada itu Fuad juga menunaikan tanggungjawabnya kepada bapa saudaranya Peter Lim yang telah menjaga dan membesarkannya. Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh. Dia juga menanggung belanja persekolah adik-adik sepupunya.

Latar masyarakat lain yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam. Fuad selalu berjemaah di surau di kampung tersebut bersama Pak Mail dan orang kampung yang lain. Fuad belajar ilmu agama dan membaca al-Quran dengan Pak Mail. Fuad arif tentang rezeki dan pembaziran apabila dia mengambil dan memakan ayam goreng yang tidak dihabiskan oleh Farhana semasa mereka makan dalam perjalanan ke Kuantan. Semasa berada di rumah Peter Lim di Sungai Ruan, Fuad makan di rumah itu kerana dia pasti keluarga Peter Lim tidak makan makanan yang diharamkan oleh orang Islam. Fuad juga menjaga tingkah lakunya dengan perempuan. Dia hanya menyentuh Farhana setelah dia yakin bahawa Farhana adalah adiknya semasa mereka berada di hospital.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Melunas Rindu dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.


Azfa Hanani

Salah satu unsur penting dalam sesebuah novel ialah latar. Jika sesebuah novel itu menceritakan kisah masyarakat, sudah sememangnya latar masyarakat dalam novel itu lebih jelas. Demikian juga dengan novel Azfa Hanani. Ia memaparkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita.

Novel ini dengan jelas menggambarkan masyarakat pelajar sekolah menengah. Watak Azfa Hanani sendiri merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Dia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Sri Dian. Antara rakan pelajar Azfa Hanani di sekolah ini ialah Nordin yang tinggal sekampung dengannya. Tengku Murni pula merupakan pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang telah meninggal dunia. Azfa Hanani berpindah ke sekolah tersebut apabila dia dibawa oleh Tengku Mazran ke rumah Datuk Tengku Makmur. Antara rakan pelajar yang menjadi rakan Azfa Hanani di sekolah ini ialah Tengku Ellina yang merupakan sepupu kepada Tengku Murni dan Ekran selain daripada pesaing Tengku Murni iaitu Laili, Fuziana dan Syafikah. Mereka merupakan pelajar tingkatan lima.

Dari sudut kemasyarakatan, pengarang menggambarkan masyarakat yang sanggup berkorban untuk kepentingan orang lain. Azfa Hanani dengan reda menanti saat dia diberhentikan daripada persekolahannya kerana masalah kewangan. Pak longnya yang hanya bekerja sebagai penoreh getah tidak mampu menanggung perbelanjaan persekolahannya apatah lagi seorang adik sepupunya lumpuh. Azfa Hanani juga menerima permintaan daripada Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni yang sudah meninggal dunia untuk mengawal tekanan perasaan Datin Maziah. Selain daripada itu Ekran juga berkorban dengan memutuskan hubungan dengan Tengku Murni apabila Tengku Muzaffar tidak membenarkan hubungan tersebut kerana beranggapan dia seorang miskin.

Dalam novel ini juga terdapat gambaran masyarakat yang sombong dan bongkak dengan kekayaan yang mereka miliki. Gambaran ini dapat diperhatikan melalui watak keluarga Datuk Tengku Makmur. Dia sendiri telah telah beranggapan bahasa Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah. Dia marah apabila Azfa Hanani menanggilnya papa. Dia memberikan wang upah kepada Azfa Hanani sebanyak RM 500. Begitu juga dengan Tengku Muzaffar. Dia mengeluarkan kata-kata yang menghina Azfa Hanani semasa Azfa Hanani mula-mula tiba ke rumahnya. Dia menganggap Azfa Hanani ingin hidup mewah dengan manyamar sebagai Tengku Murni. Dia juga menghalang perhubungan Eekran dengan Tengku Murni kerana menganggap Ekran miskin danb tidak setaraf dengan keluraga mereka.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Azfa Hanani dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.


Renyah

Salah satu unsur penting dalam sesebuah novel ialah latar. Jika sesebuah novel itu menceritakan kisah masyarakat, sudah sememangnya latar masyarakat dalam novel itu lebih jelas. Demikian juga dengan novel Renyah. Ia memaparkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita.

Dalam novel ini pengarang menggambarkan masyarakat korporat yang diwakili oleh Datuk Dolhi sendiri sebagai watak utama dan Albert Lee sebagai rakan kongsi Datuk Dolhi. Mereka melaksanakan projek pembangunan seperti vila dan juga melabur dalam bidang pembalakan di Sarawak. Melalui dialog Datuk Dolhi yang ditujukan kepada anak-anaknya menggambarkan bahawa bidang korporat atau bidang perniagaan membawa keuntungan yang lumayan berbanding dengan bidang lain terutamanya sektor awam. Datuk Dolhi memujuk Hasnol agar bekerja dengan syarikatnya jka ingin hidup mewah dengan pendapatan tinggi.

Selain daripada itu pengarang juga menggambarkan masyarakat yang mengalami masalah kecelaruan dalam keluarga akibat daripada ahli keluarga yang tidak sefahaman. Bermula daripada Datuk Dolhi sendiri yang lebih cenderung dalam bidang perniagaan tidak mendapat sokongan daripada anak-anak. Malah anak-anaknya lebih suka memilih kerjaya sendiri berdasarkan minat dan keslesaan. Hasnol Lebih selesa dengan jawatan sebagai pegawai tadbir diplomatik dalam sentor awam. Dani lebih bangga sebagai penyanyi rock. Amera lebih bangga menjadi pendidik dan mempunyai peluang untuk berjaya serta menjadi guru cemerlang. Manakala Mukhlis pula tidak berminat langsung untuk mempunyai kerjaya yang boleh menjamin kehidupannya. Semua karenah mereka membuatkan fikiran Datuk Dolhi bercelaru.

Latar masyarakat lain yang digambarkan dalam novel ini ialah masyarakat yang terlibat dengan dakwah songsang. Mereka mengikut jemaah tanpa menyelidik latar belakang jemaah dan fahaman mereka. Lebih malang lagi mereka berdakwah tanpa ilmu pengetahuan agala yang mencukupi. Mereka terpegrahun dengan guru mereka yang berselindung di sebalik kegiatan agama dan dakwah untuk kepentingan peribadi. Guru mereka hidup mewah manakala pengikut termasuk Mukhlis hidup dalam keadaan yang daif. Mereka disogokkan dengan fahaman yang songsang. Mereka hanya menentingkan dakwah tanpa memikirkan soal kehidupan dunia. Mukhlis tidak mahu bekerja dengan ayahnya Datuk Dolhi kerana berpendapat bidang perniagaan penuh dengan riba.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Renyah dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.



Soalan (b)


PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!)

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!) berlaku pada bab 18 apabila Intan Julia pulang ke rumah dari asrama. Dia sampai ke rumah dalam keadaan diam sehingga bapanya dan Mak Cik Noraini tidak menyedari kepulangannya. Niatnya hanya untuk memeranjatkan Mak Cik Noraini dan membuatkan Mak Cik Noraini melatah. Semasa dia menuju ke dapur, dia terdengar perbualan Mak Cik Noraini dengan bapanya. Mak Cik Noraini menyarankan bapanya berkahwin lagi. Walaupun bapanya risau tentang Intan Julia yang mungkin tidak dapat menerima, Mak Cik Noraini berpendapat Intan Julia akan memahami dan dapat menerimanya suatu hari nanti.

Intan Julia terus naik dan masuk ke biliknya. Dia berdoa sambil menangis agar apa yang didengarnya sebentar tadi tidak akan menjadi kenyataan. Dia tidak rela bapanya mencari pengganti ibunya. Dia turun semula ke tingkat bawah dan mendapati bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Intan Julia tidak menyenangi perbuatan bapanya itu, tambahan pula apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah tidak tahan lagi menanggung rasa marah terhadap sikap bapanya.

Intan Julia terus terang menyatakan tujuan bapanya membaca artikel tentang poligami kerana bapanya ingin berkahwin lagi. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulangke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu.


Melunas Rindu

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel Melunas Rindu berlaku apabila tiba-tiba sahaja Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya sakit dan dimasukkan ke hospital. Fuad berasa tidak senang hati pada hari berkenaan. Dia menghubungi rumah Farhana dan kawannya memberitahu bahawa Farhana pulang tergesa-gesa kerana ibunya dimasukkan ke hospital. Fuad yang sangat prihatin terhadap Farhana segera bertolak ke Kuantan pada petang yang sama. Di hospital pada malam itu Fuad mencari helah untuk bersama-sama dengan Farhana menjaga ibu Farhana. Semasa Farhana terlena, Fuad terkejut apabila melihat rakod rawatan pesakit. Nama yang tertera adalah nama ibunya Mariana binti Osman.

Fuad mengajak Farhana turun ke bawah setelah Farhana terjaga dari tidur. Fuad inginkan pengesahan daripada Farhana tentang nama ibu Farhana. Farhana mengesahkan sebagaimana yang dilihat oleh Fuad. Fuad menjelaskan kedudukan sebenar membuatkan Farhana terkejut. Farhana menangis. Fuad menenangkan keadaan dan mencadangkan agar mereka menyiasat perkara itu.

Chin, Robert Lim dan Pak Mail sampai ke hospital dan menemui Fuad dan Farhana. Fuad memeluk apaknya Robert Lim. Robert Lim menunjukkan cincin yang dibawanya kepada Fuad. Robert Lim terkejut dengan penjelasan yang diberikan oleh Fuad tentang ibu Farhana. Dia mencadangkan agar mereka naik ke atas supaya dia dapat buat pengecaman. Sebelum mereka naik ke atas, Robert Lim bertanya Farhana tentang nama ibu saudaranya. Farhana mengakui bahawa dia mempunyai seorang emak saudara yang bernama Mariah. Farhana terus menangis.

Apabila sampai di atas, Robert Lim meminta Farhana dan Fuad masuk terlebih dahulu untuk memastikan Mariana sedang tidur. Setelah pasti ibu Farhana sedang tidur, Robert Lim masuk. Dia menggeletar dan terduduk. Berdasarkan reaksi Robert Lim, Fuad memahami keadaan sebenar bahawa ibu Farhana adalah ibunya juga. Dia memanggil emak kepada Mariana. Fuad menangis.


Azfa Hanani

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel Azfa Hanani bermula apabila Azfa Hanani menerima hadiah berupa bog duit dank ad pengenalan Tengku Murni daripada Ekran. Azfa Hanani kemudiannya mencari dan berjumpa dengan Ekran di sekolah. Dia meminta penjelasan daripada Ekran tentang beg duit dan kad pengenalan Tengku Murni itu. Daripada penjelasan Ekran, Azfa Hahani mendapat tahu bahawa hubungan Tengku Murni dengan Ekran telah dihalang oleh Tengku Muzaffar.

Setelah pulang ke rumah, Azfa Hanani mengkaji kandungan dan tulisan yang terpadam dalam diari tulisan Tengku Murni. Dengan menggunakan lilin yang dicairkan Azfa Hanani telah dapat mengesahkan bahawa Tengku Muzaffar yang menghalang perhubungan Tengku Murni dengan Ekran. Dia terus pergi ke bilik Tengku Muzaffar dan terus memarahi Tengku Muzaffar tentang perkara itu. Pertengkaran telah berlaku antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar. Tengku Muzaffar menjelaskan bahawa dia bertindak begitu kerana Ekran seorang budak miskin. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana hubungannya dengan Ekran juga dihalang oleh Tengku Muzaffar. Dia menyatakan bahawa Tengku Muzaffar tidak patut menghalang hubungannya dengan Ekran kerana dia juga merupakan seorang miskin seperti Ekran.

Pertengkaran itu didengar oleh Datin Maziah. Tengku Muzaffar dan Azfa Hanani terkejut apabila Datin Maziah tiba-tiba tercegat di mupa pintu biliknya. Rahsia penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Datin Maziah amat marah lalu menampar Azfa Hanani. Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani keluar dari rumah pada malam itu juga. Azfa Hanani kemudiannya telah dihantar oleh Tengku Muzaffar ke rumah Tengku Ellina sebelum pulang ke kampung.


Renyah

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel ini bermula pada Majlis perkahwinan telah diadakan di rumah Datuk Dolhi. Salah seorang jemputan yang datang ialah Ustaz Hashim yang merupakan kawan lama kepada Datuk Dolhi. Ustaz Hashim memberitahu Datuk Dolhi tentang keadaan Mukhlis yang sangat menyedihkan. Fikiran Mukhlis terganggu. Isterinya telah kembali kepada bekas suaminya. Mereka pergi ke Kampung Sungai Bakau untuk bertemu dengan Mukhlis. Mukhlis tiada di rumahnya.keadaan rumah itu sangat menyedihkan. Salah seorang pemuda memberitahu Datuk Dolhi bahawa Mukhlis telah tidak siuman. Dia dikatakan cuba menyerang gurunya. Mukhlis membawa sebilah pedang.

Hasnol telah dipanggil oleh Tengku Munir ke kejabatnya. Tengku Munir marah kerana tidak semua tender yang dimohonnya diluluskan. Walaupun Hasnol memberi penjelasan, Tengku Munir tetap berkeras supaya semua tendernya diluluskan. Hasnol pulang dengan perasaan tertekan sehingga dia tidak mahu mengikut isterinya ke Eropah. Tengku Munir dan pegawainya pergi ke pejabat menteri besar pada keesokan harinya dan melaporkan terdapat seorang kakitangan bernama Hasnol Datuk Dolhi meminta wang satu juta ringgit sebagai habuan untuk meluluskan 12 tender projek kerajaan. Pegawai BPR datang ke rumah Datuk Dolhi untuk menyiasat. Berita itu tersiar dalam akhbar pada keesokan harinya. Datuk Dolhi berasa malu dan Datin Tominah berasa sedih. Hasnol telah melarikan diri ke luar negara.

Dani dan kumpulannya dijadualkan mengadakan persembahan di sebuah pekan sempena Malam Ekspo Perdangan Pemuda anjuran persatuan belia. Pada malam persembahan, Dani tidak dapat naik ke pentas kerana ketagihan dadah. Dia menghilangkan diri mencari pembekal dadah. Kumpulannya mendadakan persembahan tanpa penyanyi. Penonton hampa. Anggota polis datang memberitahu Dani telah ditangkap. Berita penangkapan tersiar dalam akhbar keesokan hari. Wartawan datang ke rumah Datuk Dolhi.

















Contoh 2





Soalan 4 : Novel
( 15 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:

(i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Ranyah karya Gunawan mahmood
(v) Interlok karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan


(a) Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan
panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel
yang telah anda kaji.


(b) Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga
peristiwa menarik dalam novel tersebut.



Conton Jawapan

Soalan (a)


PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!)

Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!) ialah seseorang bapa dan suami hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan baik terhadap keluarga. Contohnya Jeffri telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Dia menjaga kesihatan isterinya denganbaik semasa mengandung. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

Pengajaran lain yang diselitkan oleh pengarang ialah seseorang anak memahami perasaan ibu bapa. Dalam hal ini, Intan Julia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain tanpa memahami perasaan bapanya yang sunyhi dan memerlukan seseorang sebagai teman hidup. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Malah dia telah menuduh bapanya curang terhadap ibunya sehingga menimbulkan kemarahan bapanya Jeffri. Intan Julia ditempeleng oleh bapanya pada malam itu. Setelah bapanya menjelaskan keadaan sebenar barulah Intan Julia memberikan keizinan kepada bapanya untuk berkahwin dengan hati yang berbelah bahagi.

Selain daripada itu, seseorang pelajar juga haruslah belajar dengan rajin dan tekun untuk menjamin kejayaaan pada masa hadapan. Contohnya Intan Julia dan Rasylan tekun dan rajin belajar sehingga menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia dan Rasylan belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan tekun dan mencari bahan-bahan rujukan yang mencukupi.


Melunas Rindu

Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel Melunas Rindu ialah kita juga hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga. Ketika tinggal di rumah Pak Mail dan Mak Salmah sebagai anak angkat, Fuad tetap memunaikan tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri. Dia telah membelikan sebuah motosikal dan sebidang tanah dan menamakan Pak Mail sebagai pemilik tanah tersebut. Selain daripada itu Fuad juga menunaikan tanggungjawabnya kepada apaknya yang berada di Sungai Ruan iaitu Peter Lim. Walaupun Peter Lim merupakan bapa saudaranya tetapi Fuan menganggapnya sebagai ibu bapa kerana Peter Lim telah membesarkannya. Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan menangunggung belanja persekolah adik-adik sepupunya.


Selain daripada itu, kita janganlah menyimpan perasaan marah dan dendam kepada orang lain. Mak Salmah yang sukar untuk menerima Fuad kerana Fuad bertanggungjawab atas kehilangan Sofia. Namun setelah setahun Fuad berasa di rumahnya, Mak Salmah sudah memaafkan Fuad. Cuma dia tidak menzahirkan hal tersebut. Pak Mail pula tidak pernah berdendam dan menerima Fuad yang datang ke rumahnya selepas ketiadaan Sofia. Pak Mail juga tidak berdendam dengan Robert Lim yang bertanggungjawab merancang agar Sofia diambil daripada Pak Mail dan Mak Salmah. Ketika Robert Lim datang ke rumahnya untuk mecari Fuad, Pak Mail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik dan menerima permohonan maaf daripada Robert Lim.

Pengajaran lain yang dapat dipetik daripada novel ini ialah kita hendaklah menerima kenyataan dan dugaan dalam hidup. Pada mulanya Fuad marah dengan tindakan bapanya Robert Lim setelah dia mengatahui kedudukan dirinya yang sebenar dan peristiwa yang menyebabkan kematian Sofia. Namun setelah setahun berada bersama Pak Mail hatinya telah memaafkan bapanya. Dia menerima takdir yang berlaku. Cuma dia belum dapat berhadpan dengan bapanya. Dia juga menerima kenyataan dan takdir ke atasnya sekali lagi apabila mengetahui bahawa dia dan Farhana adalah adik beradik. Dia juga cuba memujuk Farhana agar menerima kenyataan itu kerana setiap ujian ada hikmahnya.


Azfa Hanani

Novel ini mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel Azfa Hanani ialah kita hendaklah mengaku dan bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah kita lakukan. Contohnya Azfa Hanani mengaku bahawa dialah yang mencuri beberapa buah buku rujukan di perpustakkan sekolah. Sewaktu dalam perjalanan ke bilik pengetua sekolah, dia telah bersedia untuk menerima apa-apa hikuman yang akan ditetapkan kepadanya. Begitu juga dengan Fuziana dan Syafikah. Mereka mengaku bersalah dan meminta maaf daripada Azfa Hanani kerana dihasut oleh Laini untuk memusuhi dan bersikap kasar terhadap Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur juga mengaku bahawa dialah yang menyebabkan kemalangan dan kematian ibu bapa Azfa Hanani dan berasa bertanggungjawab untuk menjaga Azfa Hanani.

Pengajaran lain yang diungkapkan oleh pengarang ialah seseorang pelajar hendaklah belajar dengan tekun sabar demi kejayaan pada masa hadapan. Contoh kepada pengajaran ini ialah watak Azfa Hanani yang tekun serta gigih belajar demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Walaupun tidak ada wang untuk membeli buku-buku rujukan, dia telah mengambil jalan sendiri dengan mencuri pinjam buku-buku rujukan dari perpustakaan untuk dibaca. Dia berjanji akan memulangkan buku-buku berkenaan setelah selesai membacanya. Demikian juga dengan Ekran yang gigih belajar untuk mencapai cita-cita sebagai akauntan. Malah dia melakukan latihan praktikal dengan membuka gerai dan menjual burger. Dengan cara itu dia percaya akan lebih memahami tentang ilmu perakaunan.

Selain daripada itu, seseorang yang kaya dan berada janganlah bersikap sombong sehingga boleh menjatuh maruah orang lain. Contohnya Tengku Muzaffar mengeluarkan kata-kata yang menghina Azfa Hanani tanpa mengetahui niat dan perasaan sebenar Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur juga bersikap sombong kepada Azfa Hanani dengan memerikan upah kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Tengku Murni sedangkan Azfa Hanani tidak berniat untuk menerima upah atas apa yang dilakukannya. Tengku Muzaffar juga bersikap sombong kepada Ekran dengan menghalang perhubungan Ekran dengan Tengku Murni kerana menganggap Ekran anak orang miskin dan tidak ada masa depan.


Renyah

Pengarang akan menyelitkan beberapa pengajaran dalam cerita yang disampaikan. Ia disampaikan melalui sesuatu persitiwa dan tindakan watak. Antara pengajaran utama dalam novel Renyah ialah kita hendaklah mengutamakan barangan dan bahasa tempatan iaitu Bahasa Malaysia. Datuk Dolhi tidak menggunakan kereta import sebagai kereta rasminya. Sebaliknya dia hanya mengunakan kereta limosin tempatan. Manakala dari segi penggunaan bahasa, Datuk Dolhi dan Raj Hussein berbincang untuk menukar nama Vila yang mereka bangunkan. Nama Rosana Lia Villa yang dicadangkan sebelum ini telah ditegur oleh menteri yang mengatakan nama tersebut agak kebaratan. Oleh sebab itu mereka telah memilih dan mencadangkan nama yang lain termasuklah Lazuardi Villa, Vila Paksima dan nama lain yang akan dicadangkan.

Selain daripada itu, kita janganlah mengamalkan rasuah dalam pengurusan untuk menikmati kemewahan hidup. Hasnol yang hanya bekerja sebagai pegawai tadbir diplomatik mengamalkan cara hidup kebaratan yang mewah. Dia menjadi ahli kelab golf dengan bayaran yuran yang tinggi. Isterinya Linda pula tidak suka melancong dan tidak suka Hasnol bekerja dengan Datuk Dolhi. Perbelanjaan yang besar menyebabkan gaji Hasnol tidak mencukupi. Akibatnya dia menerima rasuah daripada Tengku Munir dengan syarat dia perlu meluluskan dua belas tender Tengku Munir. Dia terpaksa melarikan diri ke luar negara setelah pihak berkuasa mengetahuinya. Peristiwa itu telah mencemarkan nama baik Datuk Dolhi. Dia akhirnya ditangkap.

Pengajaran lain pula ialah kita janganlah terpengaruh dengan dakwah yang songsang kerana mereka hanya mahu memenuhi kepentingan peribadi. Hal ini telah terjadi kepada Mukhlis. Dia telah terpengaruh dengan jemaahnya yang berselindung di sebalik penyebaran agama Islam dan dakwah. Dia tidak lagi memikirkan soal kerjaya dan kehidupan di dunia sebaliknya hanya memikirkan akhrat. Akibatnya dia tidak mahu bekerja sedangkan kegiatan untuk berdakwah perlu perbelanjaan sendiri. Mukhlis rasa tertipu setelah berkahwin dengan bekas isteri gurunya dan mula merasai bebanan hidup. Dia mulai sedar akan kebenaran kata-kata dan nasihat ayahnya Datuk Dolhi.




Conton Jawapan

Soalan (b)


PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!)

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) ialah peristiwa semasa Intan Julia telah berada di tingkatan lima. Jeffri telah membelikan beberapa kelengkapan bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran walaupun ditegah oleh Mak Cik Noraini. Intan Maliana sakit hendak bersalin pada pukul empat pagi. Dia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Intan Maliana terpaksa melalui satu pembedahan. Dia melahirkan dia orang anak lelaki kembar siam yang telah meninggal dalam rahim. Intan Maliana dimasukkan ke bilik ICU dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jeffri membawa jenazah anaknya pulang dan menguruskan pengkebumiannya. Peristiwa ini menarik kepada ia menimbulkan perasaan suspens dan sedih pada diri pembaca.

Peristiwa lain yang menarik ialah semasa Intan Julia pulang ke rumah dari asrama. Dia tidak senang hati dengan perbuatan bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Tambahan apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah berani menjawab kata-kata bapanya kerana tidak tahan lagi menanggung rasa marah terhadap sikap bapanya. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulangke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu. Peristiwa itu menarik kerana ia menunjukkan rasa sayang yang mendalam Intan Julia terhadap ibunya.

Satu lagi peristiwa menarik bagi saya dalam novel ini ialah peristiwa pada bahagian akhir cerita. Intan Julia dan Jeffri masuk ke bilik Intan Maliana. Intan Maliana sekonyong-konyong membuka mata. Intan Julia dan bapanya terkejut dengan perkembangan itu. Tiba-tiba Aisyah masuk ke bilik. Dia telah diperkenalkan oleh Jeffri kepada Intan Maliana. Intan Maliana terkejut dan marah. Dia melepaskan tangan Jeffri dan memalingkah mukanya. Dia menangis. Tiba-tiba dada Intan Maliana bergoncang kencang dan Intan Julia sempat menjagarnya mengucap kalimah syahadah. Dia kemudian meninggal dunia. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia menjadi puncak kepada perasaan sedih Intan Julia.


Melunas Rindu

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel Melunas Rindu ialah peristiwa kedatangan Fuad ke rumah Peter Lim. Kedatangan Fuad mengejutkan keluarga apaknya Peter Lim yang sedang sakit. Peter Lim semakin uzur dan tidak ada selera makan. Keadaan Peter Lim yang sakit menyebabkan kehidupan keluarga itu semakin perit. Fuad menyuapkan bubur nasi. Fuad menjelaskan yuran peperiksaan Ah Soh dan berjanji akan menanggung segala perbelanjaan pelajaran adik-adik sepupunya. Ketika Farhana menelefon Fuad, Fuad menamatkan perbualan tergesa-gesa kerana keadaan Peter Lim mencemaskan. Fuad menjelaskan kepada Peter Lim bahawa dia ingin mencari ibunya. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia menunjukkan rasa tanggungjawab Fuad terhadap orang yang menjaga dan membesarkannya.

Peristiwa yang lain menarik bagi saya ialah peristiwa Fuad dan Pak Said pergi ke Lembah Klau untuk menjejak kubur ibunya. Mereka menemui Pak Ngah Lias. Fuad terharu apabila mendapat tahu daripada Pak Ngah Lias bahawa namanya semasa kecil ialah Abd. Halim. Berdasarkan keterangan daripada Pak Ngah Lias, ibunya tidak meninggal di situ. Ibunya telah dibawah oleh kakak angkatnya Mariah ke Kampung Sedili. Fuad pergi ke Kampung Sedili bersama Pak Said dan Pak Ngah Lias. Mariah tiada di kampung itu. Mereka berjaya menemui jiran terdekat Mariah iaitu Pak Samsudin. Daripada keterangan Pak Samsudin, ibu Fuad, Mariana tidak meninggal di situ. Kemungkinan Mariana masih hidup. Hanya anaknya telah dibawa oleh Seman balik ke Lembah Klau. Mariah berpindah setelah seminggu Mariana melahirkan anak. Pak Samsudin tidak mengetahui ke mana mereka pergi. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana Fuad mempunyai harapan untuk menemui ibunya.

Manakala peristiwa ketiga yang menarik bagi saya ialah peristiwa yang berlaku di hospital. Fuad terkejut apabila melihat rakod rawatan pesakit. Nama yang tertera adalah nama ibunya Mariana binti Osman. Fuad inginkan pengesahan daripada Farhana tentang nama ibu Farhana. Farhana mengesahkan sebagaimana yang dilihat oleh Fuad. Chin, Robert Lim dan Pak Mail sampai ke hospital dan menemui Fuad dan Farhana. Fuad memeluk apaknya. Apabila ditanya oleh Robert Lim, Farhana mengakui bahawa dia mempunyai seorang emak saudara yang bernama Mariah. Farhana terus menangis. Apabila sampai di atas, Robert Lim meminta Farhana dan Fuad masuk terlebih dahulu untuk memastikan Mariana sedang tidur. Setelah Robert Lim masuk, dia menggeletar dan terduduk. Fuad memahami keadaan sebenar dan memanggil emak kepada Mariana. Fuad menangis. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana pencarian Fuad telah berakhir.



Azfa Hanani

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel Azfa Hanani ialah peristiwa perbualan telefon antara Azfa Hanani dengan pak long. Azfa Hanani dapat tahu bahawa Zuraini sudah boleh berjalan. Mereka akan pulang pada hari itu. Azfa Hanani mahu ke lapangan terbang untuk menemui mereka namun ditegah oleh Syafinaz. Azfa Hanani ke kelas Bahasa Inggeris. Sepulang ke rumah dia terkejut melihat pak long dan Zuraini ada di rumah tersebut. Dia berbual panjang dengan Zuraini. Di sudut lain pak longnya dan Datuk Tengku Makmur berbual panjang dengan pak longnya. Pada hari itu juga Datuk Tengku Makmur membahasakan dirinya ‘papa’ kepada Azfa Hanani. Peristiwa itu menarik bagi saya kerana ia menunjukkan Azfa Hanani telah diterima oleh Datuk Tengku Makmur.

Peristiwa kedua yang menarik bagi saya ialah peristiwa yang berlaku di perpustakaan Sekolah Menengah Taman Sari. Fuziana dan Syafikah menawarkan peranan pengacara Malam Bakat Sumbangsih kepada Azfa Hanani. Mereka memujuk Azfa Hanani supaya menerima tawaran itu kerana ia memberi peluang kepada Azfa Hanani untuk menjadi glamour. Azfa Hanani menolak tawaran itu kerana menyedari bahawa slot itu sepatutnya dikendali kan oleh pelajar tingkatan lima Sastera II. Selain daripada itu Azfa Hanani dapat membaca bahawa mereka tidak ikhlas. Mereka marah kepada Azfa Hanani. Peristiwa itu menarik bagi saya kerana ia menggambarkan nilai ketegasan dalam diri Azfa Hanani.

Manakala peristiwa ketiga yang menarik bagi saya dalam novel ini ialah peristiwa Azfa Hanani bergaduh dengan Tengku Muzaffar. Azfa Hanani telah mengetahui bahawa Tengku Muzaffar yang menghalang perhubungan Tengku Murni dengan Ekran. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana hubungannya dengan Ekran juga dihalang oleh Tengku Muzaffar. Pertengkaran telah berlaku antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar. Azfa Hanani tidak mahu Tengku Muzaffar menghalang hubungannya dengan Ekran kerana mereka sama-sama anak orang miskin. Pertengkaran itu diketahui oleh Datin Maziah menyebabkan rahsia penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Datin Maziah amat marah lalu menampar Azfa Hanani dan menghalau Azfa Hanani keluar dari rumah pada malam itu juga. Peristiwa itu menarik bagi saya kerana peristiwa yang sentiasa difikirkan oleh Azfa Hanani tentang penyamarannya telah berlaku.



Renyah

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel ialah peristiwa yang berlaku pada bab 13. Datuk Dolhi pergi ke Jepun untuk bercuti. Dia menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Pada malam itu Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa Wahi adalah anak kandungnya. Wahi bagaimanapun tidak terkejut kerana telah mengetahui hal itu daripada neneknya. Datuk Dolhi meluahkan perasaannya kepada Wahi tentang anak-anaknya lain yang tidak mahu mengikut jejaknya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi berjanji akan menjelaskan hal itu kepada keluarga. Peristiwa itu menarik bagi saya kerana tidak ada rahsia lagi antara mereka.

Peristiwa lain yang menarik bagi saya ialah peristiwa Hasnol dipanggil oleh Tengku Munir ke kejabatnya. Tengku Munir marah kerana tidak semua tender yang dimohonnya diluluskan. Tengku Munir dan pegawainya pergi ke pejabat menteri besar pada keesokan harinya dan melaporkan terdapat seorang kakitangan bernama Hasnol Datuk Dolhi meminta wang satu juta ringgit sebagai habuan untuk meluluskan 12 tender projek kerajaan. Pegawai BPR datang ke rumah Datuk Dolhi untuk menyiasat. Berita itu tersiar dalam akhbar pada keesokan harinya. Datuk Dolhi berasa malu dan Datin Tominah berasa sedih. Hasnol telah melarikan diri ke luar negara. Peristiwa itu menarik bagi saya kerana ia telah memberikan pengajaran kepada Hasnol.

Manakala peristiwa ketiga yang menarik bagi saya dalam novel ini ialah peristiwa Datuk Dolhi memberitahu rahsia perkahwinan pertamanya dengan Mastura dan Wahi adalah anaknya. Seluruh ahli keluarga terkejut dan tidak percaya. Datin Tominah menangis. Dia menceritakan hal itu kepada rakan-rakannya. Mereka mencadangkan Datin Tominah mengambil tindakan undang-undang. Datin Tominah mengambil sikap konfrantasi dengan tidak menghiraukan Datuk Dolhi. Datuk Dolhi juga tidak menghiraukan sikap Datin Tominah. Peristiwa itu menarik kerana ia telah meleraikan perasaan kusut pada diri datuk Dolhi selama ini.


CONTOH JAWAPAN SOALAN NOVEL TING.5

Contoh1

Soalan 4 : Novel
( 15 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:

(i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan



(a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan
tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.


(b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang
telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.




Conton Jawapan

Soalan (a)


Konserto Terakhir

Novel Konserto Terakhir menggambarkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita. Antara gambaran latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah gambaran masyarakat yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi. Azizah juga tidak mahu menerima Hilmi pada awalnya kerana Hilmi hanya seorang tukang kebun.

Selain daripada itu, novel ini juga menggambarkan masyarakat yang rajin dan tekun. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Hilmi juga tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Demikian juga dengan Encik baker yang rajin dan tekun mengajar Hilmi hingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.

Watak Datuk Johari dan Encik Bakar dalam novel ini menggambarkan masyarakat yang baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Datuk Johari juga berusaha menghalang Hilmi daripada dihalau oleh Datin Salmah apabila Hilmi merosakkan piano dengan tidak sengaja. Encik Bakar pula sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan memberi dorongan kepada Hilmi sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Interlok dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.



Kembara Amira

Salah satu unsur penting dalam sesebuah novel ialah latar. Jika sesebuah novel itu menceritakan kisah masyarakat, sudah sememangnya latar masyarakat dalam novel itu lebih jelas. Terdapat beberapa latar masyarakat yang digambarkanoleh pengarang dalam novel Kembara Amira.

Pembaca mendapat gambaran latar masyarakat Orang Asli dengan jelas apabila Amira berhubung dengan Itai dan Tau. Mereka tinggal di sebuah perkampungan di hutan Banjaran Titiwangsa. Ada di antara mereka masih bergegang kuat pada adat seperti Ludin. Mereka digambarkan sebagai mahir dalam ilmu tentang hutan seperti mengesan, menjejak, menangkap ikan dan berburu. Kecekapan ini ditunjukkan oleh Itai dan Tau semasa mereka menyelamatkan Amira, Jacinta dan juga Malique. Selain daripada itu, masyarakat ini juga digambarkan telah menerima arus kemajuan dan pemodenan. Itai seorang yang terpelajar dan belajar di bandar. Dia pulang ke perkampungan semasa cuti sekolah. Dia pernah menang tempat kedua dalam bahagian perubatan herba semasa Pameran Saintis Muda 2002.

Selain daripada itu pembaca juga mendapat gambaran tentang masyarakat yang cinta akan alam semulajadi. Dia berusaha untuk menghalang hutan itu daripada dimusnahkan oleh pembalak. Dengan menggunakan kulit beruang yang dibunuhnya, dia telah menyamar sebagai makhluk berkaki dua dab berbulu lebat. Kemunculannya menjadi misteri kepada masyarakat Orang Asli di situ. Dia menggantung seorang daripada pekerja balak secara songsang menyebabkan pekerja lain takut dan meninggalkan hutan itu. Dia juga telah menangkap seorang daripada pekerja pengkaji kandungan emas dan mencederakannya. Tujuannya adalah untuk menghentikan kegiatan itu sebelum hutan itu diteroka untuk melombong emas.

Watak Tau dan Itai pula digambarkan sebagai ahli masyarakat yang baik hati dan suka menolong. Mereka menolong Amira yang hamper lemas dihanyutkan oleh arus deras di sungai. Kemudian mereka menolong mencari kawan Amira iaitu Jacinta yang hilang di hutan semasa memintas Amira yang dihanyutkan arus sungai dari darat. Tau telah menolong Prof. Zaidah untuk mendapatkan bahan sejarah tentang bukti kewujudan masyarakat prasejarah di Gunung Gua Gajah. Di situ terdapat lakaran lukisan prasejarah dan sebilah kapak batu dijumpai. Akhirnya Itai telah menolong Amira menari Malique yang telah hilang selepas kenderaannya jatuh ke dalam gaung. Mereka menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Kembara Amira dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.


Kabus di Perbukitan

Sesebuah cerita dalam novel sebenarnya menceritakan kisah masyarakat. Ciri-ciri masyarakat dapat dikesan melalui tindakan dan sifat watak itu sendiri. Dalam novel Kabus di Perbukitan juga terdapat beberapa latar masyarakat yang dapat dikesan oleh pembaca.

Pembaca dengan jelas dapat mengesan kewujudan masyarakat Inggeris dalam novel ini. Masyarakat ini terbahagi kepada dua golongan iaitu masyarakat Inggeris yang terdiri daripada orang British yang diwakili oleh Tuan Cecil Renking. Golongan ini hadir dalam novel melalui halusinasi Faridah semasa dia sesat di dalam hutan. Golongan ini datang dan menjajah serta mentadbir negara ini. Selain daripada itu mereka mengambil hasil bumi seperti bijih timah. Golongan kedua pula ialah masyarakat Inggeris yang tinggal di New Zealand. Golongan ini diwakili oleh Soleh Johnsons, suami kepada Faridah. Sebahagian mereka beragama Islam termasuk Soleh Johnsons. Dia mengusahakan lading ternak biri-biri dan membekalkan daging halal untuk dieksport.

Selain daripada itu pembaca mendapat gambaran tentang masyarakat yang penyayang kepada keluarga. Bermula daripada Faridah yang sayangkan ibunya sehingga tidak mahu berpisah walaupun telah bersuami. Suaminya Ghazali terpaksa berulang-alik dua atau tiga hari sekali dari tempat kerjanya ke rumah ibu Faridah. Salmah juga sayang kepada adik kembar kepada Faridah sehingga dia bergitu sedih dengan kematian Rahayu. Tambahan pula Rahayu telah berpisah dengannya sejak umur tujuh tahun. Manakala Mejar (B) Kamarudin juga sayangkan anak-anaknya termasuk Faridah yang telah lama ditinggalkan bersama Salmah. Dia berusaha mencari Faridah setelah usaha pihak pencari dan penyelamat gagal. Dia telah meredah hutan bersama Buyung sehingga menemui Faridak di perkampungan orang Asli.

Novel ini juga menggambarkan masyarakat yang tabah dalam menempuh dugaan hidup. Salmah hidup dengan tabah dalam keadaan yang sukar di kampung setelah ditinggalkan oleh suaminya Mejar (B) Kamarudin. Faridah melalui kehidupannya berasama ibu dengan mengerjakan sawah untuk menyara hidup mereka. Dia juga tabah menjaga ibunya yang semakin uzur sehingga ibunya meninggal. Dia juga tabah menerima kematian suaminya Ghazali akibat kemalangan jalan raya. Demikian juga dengan Melina. Dia tabah menghadapi dugaan apabila suaminya Benny hilang. Pada masa yang sama dia memandu sendiri dalam keadaan sarat mengandung untuk berjumpa dengan ibunya di Cameron Highland.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Kabus di Perbukitan dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.


Sutera dalam Lukisan

Masyarakat merupakan salah satu unsur penting yang melatari sesebuah cerita dalam novel. Demikian juga dengan novel Sutera dalam Lukisan. Ia memaparkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita menjadikan cerita tersebut lebih menarik.

Antara latar masyarakat yang terdalam dalam novel ini ialah masyarakat yang kurang daya pemikiran. Keadaan Bujei membuatkan masyarakat sekeliling menganggapnya sebagai tidak siuman menyebabkan masyarakat tidak begitu mengambil berat tentangnya. Mereka hanya bertanya khabar dan memberi Bujei makan termasuklah Sidang Saman sekeluarga dan Mak Som. Bujei membiarkan Alias membulinya. Dia juga menonton televisyen tanpa gambar dan suara membuatkan pembaca menggambarkan bahawa Bujei seorang yang tidak normal.

Pengarang juga menggambarkan masyarakat belia yang suka berfoya-foya dan samseng. Ia diwakili oleh watak Alias dengan dibantu oleh kawannya iaitu Sahak dan Sani. Alias suka membuli terutamanya Bujei. Dia akan mengarahkan Bujei melumurkan lumpur pada muka dan badan. Jika enggan, Bujei akan dipukul. Alias menyuruh Bujei mencuci motosikal tanpa upah. Alias juga berlagak samseng di kampung hulu. Dia telah memikat perempuan dan pemuda di kampung itu tidak berani berdepan dengannya. Dia juga terlibat dengan aktiviti lumba haram.

Watak Adila pula menggambarkan masyarakat bandar yang terpelajar. Adila merupakan seorang graduan lulusan luar negara. Setelah menamatkan pengajian, dia pulang dan mendapati tunangnya Faizal telah berkahwin. Dia kecewa dan membawa diri ke kampung. Dia enggan pulang ke Kuala Lumpur dan bekerja di sana walaupun telah ditawarkan oleh bapanya. Dengan ilmu yang ada padanya, dia yakin dapat memulihkan Bujei. Dengan kelulusan yang ada padanya juga dia telah menerima tawaran untuk bekerja sebagai pensyarah pada akhir cerita novel ini.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Sutera dalam Lukisan dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.



Soalan (b)

Konserto Terakhir

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Ia didasari oleh rentetan beberapa peristiwa yang penting. Dalam novel Konserto Terakhir, klimaks bermula apabila Keretakan rumahtangga Hilmi dengan Azizah tidak dapat diselamatkan lagi. Usaha Encik Bakar tidak berhasil. Azizah terlalu cemburu terhadap Hilmi. Malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa jahat”. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Kemuncak daripada konflik itu Azizah telah meninggalkan Hilmi. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”. Lagu “Cinta dan Tangis” menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya.

Peristiwa seterusnya ialah peristiwa yang berlaku di Dewan Tunku Canselor. Hilmi tidak kelihatan. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu pergi ke rumah Hilmi. Mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Hilmi dalam bahaya dan berada di unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Dia ingin menggantkan tempat Hilmi. Ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut.

Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari.



Kembara Amira

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Dalam novel Kembara Amira, peristiwa yang menjadi klimaks berlaku dalam masa yang juga agak singkat. Ia terjadi di dalam gua semasa mengesan tapak kaki yang tidak berkasut menuju lebih jauh ke dalam gua. Mereka akhirnya sampai ke puncak gunung. Di puncak gunung Itai dapat mengesan kehadiran manusia berdasarkan kesan ranting yang patah. Mereka menemui kawasan lapang dan sebuah pondok. Itai dan Amira masuk ke dalam pondok dan menemui satu pintu lagi di bahagian belakang pondok. Setelah memasuki lubang itu, mereka menemui Malique yang terbaring lemah. Mereka cuba mengeluarkan Malique.

Makhluk berbulu muncul dan terkejut melihat Itai dan Amira berada di situ. Mereka meminta agar Itai dan Amira menyerahkan Malique. Amira berasa hairan dengan makhluk itu yang menyembunyikan Malique di puncak gunung. Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, Rosdi dan Ludin sampai ke kaki gunung. Jennifer menegur Ludin dan mereka saling mengenali. Jennifer memberitahu Ludin bahawa Malique adalah anak kandungnya. Malique adalah Sabi. Ludin segera naik ke puncak gunung.

Makhluk berbulu ingin menyerang Pak Lias. Dia meminta agar itai tidak masuk campur. Serangan itu ditangkis oleh Pak Lias. Ludin sampai dan memarahi Tau. Masing-masing kehairanan kerana Tau tidak ada di situ. Ludin memberitahu Tau bahawa anak-anak Tau sudah kembali. Tau meratap dan membuka kulit beruang. Ludin meminta Tau ke kaki gunung untuk menemui seseorang.

Mereka menemui Malique disembunyikan oleh makhluk berkaki dua dan berbulu lebat. Mereka berusaha untuk membawa Malique turun dari gunung itu. Namun kemunculan makhluk berbulu lebat itu menyebabkan mereka berhadapan dengan halangan. Makhlum itu mahu Malique diserahkan kepadanya. Keenganan mereka untuk menyerahkan Malique menyebabkan makhluk itu mula menyerang Pak Lias. Namun Pak Lias berjaya menangkis serangan tersebut. Ludin sampai ke situ dan meminta Tau menghentikan perbuatan tersebut. Kata-kata Ludin telah mengejutkan mereka yang berada di puncak gunung itu.


Kabus di Perbukitan

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel Kabus di Perbukitan terdapat pada bab 13 dan bab 14. Salmah masih ke sawah walaupun Faridah sudah bekerja. Faridah tinggal bersama ibunya kerana tidak sanggup meninggalkan ibunya yang sedang sakit. Ghazali, suami Faridah bertugas di Kelang dan pulang dua atau tiga hari sekali. Perasaan Salmah semakin tertekan kerana teringatkan Ayu. Dia pergi ke kubur Ayu sehingga dua kali sehari. Minah, jiran Salmah menenangkan perasaan rindu Salmah. Salmah semakin sedih mengenangkan penderitaan Rahayu semasa Mejas (B) Kamarudin menghantar Rahayu pulang. Salmah begitu sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Ayu berbanding dengan dirinya.

Faridah bermimpi Ayu datang menggamit ibunya pergi. Dia tersedar dan menunaikan solat tahajud. Kemudian dia memasak nasi lemak untuk memenuhi selera ibunya Salmah. Selesai memasak dia menyedari ibunya belum bangun dan sembahyang subuh walaupun sudah agak lewat dan waktu sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dia mengejutkan ibunya untuk menunaikan solat Subuh. Namun dia mendapati ibunya sudah meninggal.

Konflik perasaan Faridah sampai ke kemuncak apabila suaminya Ghazali meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Faridah telah hilang semua tempat bergantung dan hilang semua orang yang disayangi. Tekanan perasaan itu menyebabkan dia membawa diri ke New Zealand.


Sutera dalam Lukisan

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.


Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel Sutera dalam Lukisan terdapat pada bab 11. Ia bermula apabila Alias datang ke rumah Bujei pada waktu pagi. Alias naik ke rumah melalui pintu depan dan terus mengambil radio Bujei. Bujei terkejut dengan kehadiran Alias. Alias melambung-lambung radio itu. Bujei meminta alias memberikan radio tersebut. Sebaliknya Alias membuat tuduhan bahawa radio itu adalah radio curi. Bujei terus merayu Alias dengan mangatakan bahawa Radio itu dibeli dengan duitnya sendiri. Bujei meminta radionya dan meminta Alias pergi dari situ. Sikap menentang BUjei membuatkan Alias semakin marah. Alias telah menjatuhkan radio Bujei ke lantai.

Bujei amat kecewa dan marah. Bujei telah manumbuk Alias. Dia telah mencapai parang yang terdapat di dapur rumahnya dan melibas ke arah Alias sambil memaki hamun Alaias sebagaimana Alias memakinya sebelum itu. Alias terjatuh. Bujei meminta ganti rugi atas kerosakan radionya. Bujei memerintahkan Alias pergi mendapatkan ganti rugi tersebut. Alias tidak dibenarkan mengambil motosikalnya. Bujei mengugut untuk membakar motosikal Alias.

Setelah Alias pergi, Bujei terkejut dengan kedatangan orang kampung termasuk Sidang Saman. Bujei terkejut dan keliru apabila Sidang saman menuduhnya menumbuk dan ingin mencederakan Alias dengan parang. Dia kecewa dengan sikap Sidang Saman. Namun setelah menjelaskan kedudukan sebenar kepada Sidang Saman, Alias dipaksa membayar ganti rugi tersebut. Sidang Saman mengesahkanbahawa radio tersebut dibeli sendiri oleh Bujei. Sekali lagi Alias pulang ke rumah. Dia datang kembali bersama Opah Arah. Namun Sidang Saman tetap memaksa Alias membayar ganti rugi tersebut. Sebelum meninggalkan tempat itu, terjadi pergelutan antara Bujei dengan Alias.


































Contoh 2



Soalan 4 : Novel
( 15 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:

(i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Ranyah karya Gunawan mahmood
(v) Interlok karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan


(a) Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan
panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel
yang telah anda kaji.


(b) Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga
peristiwa menarik dalam novel tersebut.



Conton Jawapan

Soalan (a)


Konserto Terakhir

Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca di dalam novel Konserto Terakhir. Antara pengajaran awal yang dapat dikesan dalam novel ialah kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Hilmi yang gigih mempelajari muzik sehingga berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. Dia juga gigih mencipta lagu walaupun menghadapi konflik dengan isterinya Azizah.

Selain daripada itu, kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik. Contohnya Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik. Demikian juga dengan Encik Bakar yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik mengajar Hilmi sehingga Hilmi mahir dalam bidang seni muzik.

Pembaca juga mendapat pengajaran bahawa kita harus kembali kepada ajaran agama untuk mendapat ketenangan hidup. Contoh yang paling baik ialah perubahan yang berlaku pada diri dan sikap Hayati. Pada mulanya dia seorang gadis yang hidup dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama dan melakukan ibadah solat. Dia juga telah membaca buku – buku agama seperti Hidup Sesudah Mati.



Kembara Amira

Novel Kembara Amira mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang yang dapat dikesan dalam novel ialah ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak. Contoh yang paling Prof. Zaidah yang menyayangi anaknya Amira. Dia risau setiap kali Amira tidak ada di Desa Karpus. Malah dia sara menyesal dan menangis kerana dia merasakan dia tidak memberi perhatian yang secukupnya semasa Amira dihantar pulang selepas diselamatkan oleh Itai dan Tau di sungai. Jennifer juga memberian perhatian kepada Malique. Dia berkeras ingin membawa Maliaque keluar dari hutan itu supaya Malique mendapat rawatan yang sempurna.

Pengajaran lain dalam novel ini ialah kita hendaklah bertanggungjawab dan menjaga alam semulajadi daripada dimusnahkan oleh golongan yang mementingkan keuntngan. Pembaca dapat mencontohi Tau yang bertindah berani dalam mempertahankan hutan itu daripada pencerobohan pembalak dan pelombong. Dia menakutkan pembalak dengan menyamar sebagai makhluk misteri berbulu dan menggantung seorang pekerja balak secara songsang. Dia juga menangkap dan memberlasah seorang daripada pekerja O’Hara yang begitu bersungguh-sungguh mencari emas di kawasan itu. Prof. Zaidah juga bersungguh-sungguh ingin membuktikan kewujudan manusia prasejarah di kawasan hutan itu agar ia dapat diisytiharkan sebagai kawasan simpanan kekal.

Selain daripada itu, kita juga hendaklah menolong sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama. Itai dan Tau yang belum pernah mengenali Amira telah menolong Amira daripada lemas di sungai yang berarus deras. Selepas itu mereka menolong mencari Jacinta yang didapai hilang semasa memintas Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai melalui darat. Itai pula telah menolong Amira mencari Malique yang hilang setelah kenderaannya jatuh ke dalam gaung. Itai menolong walaupun dia tidak mengenali Malique. Malah Tau juga menolong Prof. Zaidah dengan menunjukkan tempat terdapatnya artifak sejarah. Tau membawa Dr. Zawawi, Rosdi, Amira dan Jacinta ke sebuah gua di Gunung Gua Gajah.


Kabus di Perbukitan

Novel Kabus di Perbukitan mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ini ialah kita hendaklah berusaha gigih dan tidak terlalu bergantung kepada kerjaya makan gaji. Contoh terbaik dalam novel ini ialah Rahayu dan Azrul. Mereka tidak langsung mengharapkan kerja makan gaji setelah tamat pengajian di universiti. Sebaliknya mereka merancang untuk bekerja sendiri dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian. Walaupun Rahayu meninggal dunia, namum Azrul tetap meneruskan hasratnya dengan memulakan penternakan kambing. Berkat usaha gigihnya dia telah berjaya memajukan bidang pertanian di kampungnya dan dianugerahkan sebagai paladang jaya dan gelaran datuk.

Selain daripada itu, ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Pengajaran ini digambarkan oleh watak Salmah dan Mejar (B) Kamarudin. Salmah menunaikan tanggungjawabnya membesarkan Faridah walaupun dia merupakan ibu tunggal setelah dia ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin. Manakala Mejar (B) Kamarudin pula rasa bertanggungjawab terhadap anaknya Faridah yang telah lama ditinggalkan. Rasa tanggungjawab itu begitu mendalam setelah dia menerima berita kehilangan Faridah selepas van yang dipandu Faridah terbabas dan terjunam ke dalam gaung. Atas rasa tanggungjawab itu dia berusaha masuk ke dalam hutan bersama Buyung untuk mencari Faridah setelah usaha pasukan penyelamat gagal

Pengajaran lain yang dapat dikesan oleh pembaca ialah kita haruslah rajin menuntut ilmu memahirkan dan memajukan diri sendiri. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Azrul. Dia amat mementingkan ilmu dalam mengusahakan sesuatu. Dengan ilmu yang ditimba di UPM, dia bercita-cita untuk memulakan perniagaan berasaskan pertanian bersama Rahayu. Setelah menamatkan pengajian dia memulakan penternakan kambing walaupun Rahayu telah tiada. Manakala selepas 25 tahun, anaknya Zain telah dihantar ke New Zealand untuk mengikuti pengajian dalam bidang pertanian. Dia mahu Zain menimba ilmu dan kemahiran sebanyak mungkin dalam bidang pertanian agar dapat menggantikannya menguruskan ladang dengan labih baik.



Sutera dalam Lukisan

Pengarang akan menyelitkan beberapa pengajaran dalam cerita yang disampaikan. Ia disampaikan melalui sesuatu persitiwa dan tindakan watak. Antara pengajaran utama dalam novel Sutera da;am Lukisan ialah seseorang perempuan hendaklah berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Pasangan yang ikhlas dan penyayang akan membuatkan rumahtangga bahagia. Sebaliknya pasangan yang tidak jujur dan suka mengambil kesempatan akan membuatkan seseorang isteri menderita. Ibu Bujei iaitu Fatimah tersilap memilih Harun sebagai suami menyebabkan dia menderita dan kehilangan wang akibat dikikis oleh Harun. Malah dia meniinggal semasa kebakaran akibat daripada sikap Harun yang tidak ada perasaan kasih dan sayang.

Pengajaran lain yang terdapat daalm novel ini ialah seorang suami janganlah mendera isteri dan anak-anak kerana mereka adalah amanah yang perlu dilindungi. Harun tidak sepatutnya mendera Fatimah dan Bujei kerana keselamatan dan kehidupan harian mereka adalah tanggungjawab suami. Akibat daripada penderaan menyebabkan kebahagiaan rumahtangga tidak dapat dinikmati. Ia juga akan membawa kesan mental dan emosi kepada anak iaitu Bujei. Kesan daripada tindakan Harun hingga menyebabkankan ibunya maninggal dunia telah menimbulkan perasaan benci Bujei terhadap Harun selain daripada fikiran dan perasaannya tertanggu.

Selain daripada itu, kita juga haruslah berani mempertahankan hak daripada dirampas oleh orang lain. Contoh yang jelas dalam novel ini ialah Bujei yang berani pepertahankan tanah peninggalan ibunya daripada dirampas oleh bapa tirinya Harun. Walaupun dia tahu risiko yang terpaksa dihadapi apabila dia mengkhianati Harun, tetapi dengan kesedaran tentang haknya ke atas tanah itu, dia jadi berani untuk merosakkan cap jari pada surat yang disediakan oleh Harun. Akibatnya Harun terlalu marah dan mengejar serta membelasan Bujei hingga pengsan di tebing sungai itu.




Conton Jawapan

Soalan (b)


Konserto Terakhir

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel Konserto Terakhir. Antaranya ialah peristiwa semasa Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi telah mencuba memainkan piano. Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya.

Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Encik Bakar yang telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.

Manakala peristiw ketiga ialah peristiwa yang berlaku di hospital. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Ketika sampai di rumahnya, Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.



Kembara Amira

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel Kembara Amira ialah peristiwa Amira lepas di sungai. Amira terpijak batu yang licin dan terjatuh ke dalam air deras. Jacinta mengejar Amira melalui jalan hutan. Amira kemudian telah diselamatkan oleh Itai, remaja Orang Asli bersama bapa saudaranya Tau. Amira berehat. Itai menangkap ikan sementara Tau menghidupkan api. Mereka makan ikan yang dibakar. Atai dan Tau menghantar Amira pulang. Mereka mendapati Jacinta pula hilang. Gerakan mencari diketuai oleh Tau dan Itai dijalankan. Dengan pengalaman menjejak Tau dan Itai, mereka menemui Jacinta yang sedang pengsan di celah banir pokok. Mereka mengambil masa dua jam untuk membawa Jacinta pulang ke Desa Karpus. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia merupakan permulaan konflik dalam novel ini.

Peristiwa kedua yang menari bagi saya ialah peristiwa Amira mengikut Itai meredah hutan dan denai untuk ke tempat yang dikatakan terdapat emas oleh Itai. Mereka sampai di sebatang sungai. Amira terkejut apabila mendapati kilauan emas di celahan batu. Itai mahu Amira memilih satu sahaja untuk Jacinta. Dia juga mahu Amira merahsiakan tentang emas tersebut. Ketika perjalan pulang, mereka terserempak dengan makhluk berkaki dua dan berbulu sedang mengheret seorang pencari emas dengan marah. Makhluk itu terhidu bau manusia lain. Itai menyedari keadaan itu dan mengajak Amira melarikan diri dengan sekuat hati. Semasa berlari mereka tiba-tiba disergah oleh Tau. Peristiwa itu menarik bagi saya kerana ia membongkar rahsia hutan yang tidak diketahui oleh orang luar.

Manakala peristiwa ketiga yang menarik bagisaya ialah peristiwa makhluk berbulu muncul ketika Itai, Amira dan Pak Lias berada di puncak gunung untuk mencari Malique. Mereka terkejut melihat Itai dan Amira berada di situ. Mereka meminta agar Itai dan Amira menyerahkan Malique. Amira berasa hairan dengan makhluk itu yang menyembunyikan Malique di puncak gunung. Makhluk berbulu ingin menyerang Pak Lias. Dia meminta agar itai tidak masuk campur. Serangan itu ditangkis oleh Pak Lias. Ludin sampai dan memarahi Tau. Masing-masing kehairanan kerana Tau tidak ada di situ. Tau meratap dan membuka kulit beruang. Ludin meminta Tau ke kaki gunung untuk menemui seseorang. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia membongkar rahsia yang menjadi persoalan kepada Itai dan Amira.


Kabus di Perbukitan

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel Kabus di Perbukitan ialah peristiwa semasa Faridah sesat di hutan. Dia berhalusinasi dan berjalan di dalam hutan danpa sedar. Semasa dia terjaga dari tidur, dia mendapati dirinya berada di kawasan rehat pegawai Inggeris. Faridah hairan. Selepas mandi dia dijemput minum bersama pegawai Inggeris yang bernama Tuan Cecil Renking. Tuan Cecil Renking memberitahu Faridah berada di Bukit Kutu. Suasana di situ dingin. Di atas bukit itu juga terdapat beberapa buah rumah rehat dan kolam renang yang dibina oleh pegawai Inggeris. Dia juga diberitahu bahawa dia dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Penghulu. Faridah kembali ke biliknya. Dia bingung dan tidur kembali. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia membawa pembaca meneroka kea lam yang lain.

Peristiwa kesua yang menarik bagi saya ialah peristiwa yang berlaku pada bab 9. Peristiwa tersebut juga berlaku dalam halusinasi Faridah di dalam hutan. Dia berada di Pekan Sungai Kubu. Siti Amah, oranggaji Tuan Cecil Renking membawa Faridah keluar ke pekan. Faridah dapat melihat aktiviti perdagangan yang terdiri daripada peniaga tempatan, Pahang dan pendatang Cina. Dia juga dapat melihat aktiviti perlombongan dan mengangkut bijih timah melalui sungai. Faridah pernah bertanya tentang Sungai Besar kepada Siti Amah. Namun Siti Amah tidak mengetahui tempat tersebut. Faridah semakin dapat menyesuaikan diri. Namun dia tetap merasakan bahawa dia berada di tempat yang asing. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana pembaca mendapat gambaran tentang aktiviti ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu pada era 1800-an.

Manakala peristiwa ketiga yang menarik bagi saya ialah peristiwa semasa Faridah berada di wad ICU dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rahayu berada di samping katilnya. Rahayu memegang tangan Faridah sambil menitiskan air mata. Rahayu keletihan dan meletakkan kepala di tepi dada Faridah. Rahayu dan Faridah telah bertemu di alam bawah sedar. Rahayu merayu kepada Faridah agar Faridah kembali kerana ibunya sedang menanti. Dia memberitahu Faridah bahawa sudah tiba masanya dia pergi. Rahayu meninggalkan Faridah disebalik cahaya. Faridah menjerit memanggil nama Ayu. Jeritan itu membuatkan ahli keluarga yang berada di situ terkejut. Faridah telah sedar dan jururawat mendapati Rahayu telah meninggal dunia. Sewaktu jenazah Rahayu dibawa ke tanah perkuburan, Faridah masih lemah dan berada di wad ditemani oleh Ghazali. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana pembaca dapat berkongsi rasa sedih atas kematian Rahayu.


Sutera dalam Lukisan

Sesebuah cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa menarik bagi saya dalam novel Sutera dalam Lukisan ialah peristiwa yang berlaku pada bab 2. Bujei pulang ke rumah arwah neneknya setelah hari gelap. Dia menyalakan pelita minyak tanah. Selepas itu dia makan pisang sambil menonton televisyen yang tidak kelihatan apa-apa gambar. Kemudian dia tidur di dalam kelambu yang bertampal-tampal. Menjelang waktu Subuh dia bangun mandi dan bersiap. Dia terus ke simpang jalan dengan harapan ada orang yang akan mengupahnya di kebun getah. Dia tertidur. Dia dikejutkan oleh Kasim dan Husin ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah. Bujei membawa beg mereka dengan upah sedikit makanan dai minuman. Selepas itu dia ke kedai Pak Sulong dengan harapan ada orang yang akan mempelawanya bersarapan. Dia hampa dan tertidur di kaki lima kedai. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia mengundang rasa sedih dan simpati pembaca terhadap watak Bujei.

Peristiwa lain yang menarik bagi saya ialah peristiwa penentangan Bujei terhadap Alias semasa Alias datang ke rumahnya. Bujei melawan menyebabkan Alias marah dan menghempaskan radio Bujei ke lantai. Bujei amat marah lalu menumbuk dan menyerang Alias dengan parang dan meminta ganti rugi. Alias pulang. Tidak lama kemudian orang kampung datang bersama Sidang Saman. Sidang Saman terpengaruh dengan kata-kata Alias yang mengatakan dia menumbuk dan menyerang Alias dengan parang. Sidang Saman memarahi Bujei. Setelah mengetahui perkara sebenar, Sidang Saman memaksa Alias membayar ganti rugi sebanyak RM 80 kepada Bujei. Sekali lagi Alias pulang ke rumah. Dia datang kembali bersama Opah Arah. Sebelum meninggalkan tempat itu, terjadi pergelutan antara Bujei dengan Alias. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana alias mendapat pembalasan terhadap perbuatannya kepada Bujei sebelum itu.

Peristiwa ketiga yang menarik bagi saya ialah peristiwa Bujei dibelasah oleh Harun di tebing sungai. Dari rumah Sidang Saman, Bujei pergi ke sungai dan tertidur. Dia dikejutkan oleh Harun untuk memujuk Bujei menurunkan cap jari pada surat menyerahan kuasa atas tanah pusaka ibunya. Cap jari itu dirosakan oleh Bujei. Harun berasa amat marah lalu mengejar Bujei. Semasa menuruni tebing sungai, Harun tersungkur dan badannya berlumuran dengan selut. Bujei berasa kasihan lalu datang mendapatkan Harun dan menyapu lumpur pada pakaian Harun. Harun mengambil kesempatan untuk menumbuk Bujei hingga pengsan di tebing sungai. Bujei sedar setelah malam dan pulang ke rumah. Dia sakit selama tiga hari tanpa diketahui oleh sesiapa. Sidang Saman telah menemuinya dan membawanya pulang. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana ia mendatangkan rasa simpati pada pembaca.