Tajuk Penekanan Komsas SPM Tahun 2014 (Dirgahayu Bahasaku)

PUISI TRADISIONAL


1) Baca puisi di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gurindam Tonggak Dua Belas

Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan  membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadi sempadan.

Menjadi kewajipan menjalankan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.

Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) (Penyelenggara)
Seuntai Kasih Secebisharapan, 2007
Akam Print


i.                     Nyatakan cara menghargai masa berdasarkan puisi di atas. ( 2m )
ii.                   Pada pendapat anda, apakah kesan jika seseorang itu tidak menghargai masa? ( 3m )
iii.                 Nyatakan empat nilai murni yang terdapat salam puisi atas. ( 4m )




Cadangan jawapan

i.                     Cara menghargai masa berdasarkan puisi tersebut adalah tidak menangguhkan sesuatu  kerja ke hari esok atau lusa.
ii.                   Pada pedapat saya, kesan apabila seseorang itu tidak menghargai masa adalah kerja mereka akan tertangguh atau terbengkalai. Kerja yang sepatutnya disiapkan juga akan jadi tertunggak dan banyak. Selain daripada itu kehidupan mereka juga tidak terurus dengan baik.
iii.                 Empat nilai murni yang terdapat dalam puisi tersebut adalah nilai kegigihan dalam bekerja. Terdapat juga jilai kebijaksanaan dalam bertindak. Puisi ini juga mengandungi nilai kesederhanaan dalam kehidupan. Manakala nilai lain adalah nilai baik hati dalam hubungan dengan orang lain.






























2) Baca puisi di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Seloka Si Luncai

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan…
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tidak mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan…!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003
ILADAM


i.                     Nyatakan dua sifat malas Si Luncai berdasarkan puisi si atas ( 2m )
ii.                   ‘Ada mengaji tidak mengkaji’, pada pendapat anda, apakah kesan daripada sikap tersebut? ( 3m )
iii.                 Jelaskan dua pengajaran daripada puisi di atas. ( 4m )



Cadangan Jawapan

i.                     Antara dua sifat malas Si Luncai dalam puisi tersebut adalah malas menjaga rumahnya sendiri. Manakala sifat malas yang kedua adalah malas bercucuk tanam walaupun mempunyai kebun.
ii.                   Pada pendapat saya, sikap tersebut membawa implikasi kepada diri sendiri iaitu kita tidak akan dapat menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Selain daripada itu kita akan mudah terpengaruh dengan berita, khabar angina dan kata-kata orang lain. Buah fikiran atau idea yang kita utarakan juga tidak matang.
iii.                 Dua pengajaran yang dapat dipetik daripada puisi tersebut adalah kita hendaklah menggunakan akal fikiran yang rasional untuk menilai sesuatu perkara. Kita hendaklah melatih anak-anak agar menjadi seorang yang berguna. Kita juga hendaklah menjaga ternakan dengan baik agar tidak menganggu orang lain. Selain daripada itu kita menjaga persekitaran rumah agar sentiasa bersih.



SAJAK

1) Baca sajak di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Kecek – (V)

1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi di dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.

2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.

3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
dan mengurung sederat anak-anaknya
di bawh pusaran nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenagan orang lain
ke dalam kegusarannya
yangtelah sekain musim
berlumut
di papan hidupnya

4
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatat setiap angka
dan nilai paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan

Awang Abdullah
Doa Terakhir, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka




(i)                  Nyatakan nasib golongan petani yang digambarkan dalam sajak di atas. ( 2 m )
(ii)                Pada pendapat anda, kenapa seorang pengarah boleh melakukan perbuatan pecah amanah? ( 3 m )
(iii)              Nyatakan dua pengajaan yang terdapat dalam sajak. ( 4 m )





Cadangan jawapan

i.                     Nasib petani yang digambarkan dalam sajak tersebut ialah golongan yang hidup dalam kemiskinan dan kedaifan. Mereka juga mempunyai ramai anak dan hidup dalam kesengsaraan.
ii.                   Pada pendapat saya, seorang pengarah boleh melakukan pecah amanah kerana mereka perlukan banyak wang untuk hidup mewah. Selain daripada itu kemungkinan juga mereka berhutang dan tidak cukup wang untuk melangsaikan hutang tersebut.
iii.                 Pengajaran pertama yang dalat dipetik daripada sajak tersebut adalah kita janganlah melakukan jenayah pecah amanah kerana ia melibatkan wang golongan miskin. Selain daripada itu, kita hendaklah memahami nasib dan kehidupan golongan petani dan nelayan yang hidup dalam keadaan miskin dan terhimpit.

































2) Baca sajak di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.



Di Bawah Langit yang Sama

Di bawah langit yang sama
Kita hirup udara
Tanpa mengira Beirutmu
Ataupun Kuala Lumpurku
Kita menghirup udara
Di bawah langit yang sama.

Aku suka gerimis di Kota London
Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington
Pohon-pohon hijau atau aneka warna
                tiada bezanya.

Siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika
Kerana kita di bawah langit ini
Kita sama.

Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan
Layari Lautan Teduh merentasi Laluan Sutera
Berkongsi cinta pelangikan zaman
Tiupkan harapan senada
Sesama kita – warga dunia
Di bawah langitnya
Yang sama.

Peta-peta yang memisahkan
Jangan tutup pos sempadan
Visa hanya keperluan rasmi seketika
Pasport dokumen pengenalan titik mula
Kita dakapi mimpi tak berbeza
                gapai hasrat
Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam
Di bawah langit ini yang
Sama.

Lim Swee Tin,
Potret Harum Kuntum-kuntum Zaitun, 2006
Cirta Kurnia Eenterprise





i.                     Apakah fungsi visa dan pasport dalam sajak di atas? ( 2m )
ii.                   Pada pendapat anda, apakah kebaikan sekiranya pos sempadan setiap negara dibuka untuk semua penduduk pada bila-bila masa? ( 3m )
iii.                 Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam  sajak di atas. ( 4m )


Cadangan Jawapan

i.                     Fungsi visa dan pasport dalam sajak tersebut adalah hanya keperluan rasmi  dan pengenalan diri sementara.
ii.                   Pada pendapat saya, sekiranya pos sempadan dibuka kepada semua penduduk pada bila-bila masa, prosesintegrasi antara negara semakin cepat dan mudah berlaku. Ekoran daripada itu manusia lebih mudah mengenali budaya negara asing kerana proses pertukaran budaya berlaku dengan pantas. Penduduk dunia tidak menghadapi banyak masalah diplomatik untuk pergi melancong.
iii.                 Antara nilai yang terdapat dalam sajak ini ialah nilai perpaduan sejagat yang merangkumi seluruh penduduk bumi tanpa mengira sempadan negara dan warna kulit. Selain daripada ini, terdapat juga nilai cinta terhadap keamanan sebagai satu faktor penting untuk mewujudkan keamanan dunia dan perpaduan penduduk bumi. Sajak ini juga menyelitkan nilai kasih sayang antara sesama manusia yang membolehkan mereka hidup harmoni dan mewujudkan kehidupan yang aman.
























PROSA TRADISIONAL


Hikayat Langlang Buana

1)Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka tuan puteri pun berbedak dan berlagirlah. Maka ramailah bergosok-gosok. Maka barang lakunya tuan puteri itu habislah dilihat oleh  Raja Indera Bumaya itu. Maka baginda pun berahilah di dalam hatinya. Sungguhlah seperti kata peri itu. Maka tuan puteri pun pergilah mandi keluar di dalam cindai itu serta diiringkan  oleh segala dayang-dayang dan inang pengash sekalian.
                Setelah sudah maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun turun mandi. Maka Raja Indera Bumaya pun turun berjalan di tepi kolam itu, seorang pun tiada melihat dia. Maka Raja Indera Bumaya pun berlindung pada pohon kemunting. Maka baginda pun menjadikan dirinya seekor burung bayan terlalu indah-indah rupanya. Syahadan, adapun matanya itu daripada intan dan bulunya itu daripada pusparagam dankakinya daripada emas. Maka bayan itu pun hinggap pada pohon kemunting itu seraya berbunyilah terlalu merdu suranya.

(Dipetik daripada ‘Hakayat Langlang Buana’ dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)


i.                     Nyatakan maksud rangkai kata berahilah di dalam hatinya. ( 2m )
ii.                   Nyatakan keindahan burung bayan yang digambarkan dalam petikan di atas? ( 3m )
iii.                 Terdapat cara lain yang boleh dilakukan oleh Raja Iindera Bumaya untuk mendekati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Cadangkan.( 3m)



Cadangan Jawapan

i.                     Maksud rangkai kata ‘berahilah di dalam hatinya’ bermaksud jatuh cinta.
ii.                   Dalam petikan tersebut, burung bayan digambarkan cantik dengan matanya daripada intan,  bulunya  daripada pusparagam dan kakinya daripada emas.
iii.                 Antara cara lain yang boleh digunakan oleh Raja Indera Bumaya untuk mendekati Tuan Puteri mandu Ratna Dewi adalah dengan menyemar sebagai seorang pemancing yang sedang mencari tempat untuk memancing di tepi kolam tersebut. Dia juga boleh  menyamar sebagai seorang yang sesat sehingga terjumpa kolam itu. Selain daripada itu, dia juga boleh berlakon sebagai seorang yang lemas setelah terjatuh ke dalam kolam.








Hikayat Opu Daeng Menambun

2)Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                Maka dijawab oleh Opu Daeng yang berlima saudara, “Bulan dahulu saya hendak masuk ke salam kota bersama-sama Sultan Muhammad Zainuddin hendak mintakan ampun Sultan Muhammad Zainuddin, tiada diterima, lalu ditonggongkan saya semuanya hilir tiada boleh bertangguh dengan  sebentar itu juga. Lalu hilir, dan kepada waktu hari ini tiadalah boleh ditegahkan lagi saya berlima bersaudara ini; saya hendak masuk ke dalam kota seboleh-bolehnya, meski jadi bertikam sekali apanyalah. Tetapi saya berlima, awak seorang dan seperti orang Bugis dan orang matan,” itulah khabarnya haji Hafiz.
                Dan lalu berkhabar lagi Tuan Haji Hafiz, “Yang baiknya fikiran aku, asal jangan jadi bertikam, Daeng Mataku baik turun ke panjajap sebuah mana yang disukanya itu diambilnya, dibawanya hilir lalu belayar, sebab dia malu berbalik ke dalam kota tertemu Panembahan Agung, sebab Opu Daeng yang berlima tiada boleh ditegahkan.”

(Dipetik daripada ‘Hikayat Opu Daeng Menambun’ dalam antologi Dirgahayu Bahasamu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i.                     Berikan maksud rangkai kata ‘meski jadi bertikam’ dalam petikan di atas. ( 2m )
ii.                   Apakah cadangan Tuan Haji Hafiz kepada Opu Daeng lima bersaudara? ( 3m )
iii.                 Pada pendapat anda, bagaimanakah peristiwa seterusnya jika terjadi pertikaman antara mereka? ( 3m )


Cadangan Jawapan

i.                     Rangkai kata meski jadi bertikam bermaksud walaupun berlaku peperangan.
ii.                   Tuan Haji Hafiz mencadangkan agar mereka tidak bertikam. Sebaliknya Daeng Mataku mengambil salah sebuah kapal perang Opu Daeng dan belayar ke hilir meninggalkan negeri itu.
iii.                 Jika berlaku pertikaman antara mereka, saya berpendapat bahawa Tuan Haji Hafiz dan Daeng Mataku tetap kalah dan terbunuh kerana mereka hanya berdua sedangkan Opu Daeng lima bersaudara. Seterusnya Opu Daeng lima bersaudara tetap akan masuk ke dalam kota dan menyerang kota habis-habisan.













CERPEN



Pahlawan Buntung

1)Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sesungguhnya kami telah berpisah dalm tahun-tahun pendudukan BMA. Keluargaku pindah ke kota. Ketika bunga-bunga politik  memercup tumbuh dalam  tahun-tahun empat puluhan, kami telah melupai satu sama lain. Ketika permulaan perpindahan kami, ayahku sering ke desa peninggalannya, tetapi apabila api politik membakar seluruh tanahair, ayahku larut di dalamnya. Sejak itu perpisahan tidak  rasmi itu saling melupai.
                Kira-kira tiga puluh tahun yang lalu, Pak Husain masih sepertiku. Usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani.  Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya. Aku sering mengekorinya untuk memancing dan menyandak. Kampung kami damai. Deburan ombak Laut China Selatan saban detik menyiulkan lagu nelayan yang penuh duka nestapa. Kerana kedudukannya agak terpencil oleh sungai dan laut yang mengelilinginya,kampung itu disebut Kampung Pulau Pak Amat.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


i.                     Kenapakah kampung tersebut disebut Kampung pulau Pak Amat? ( 2 markah )
ii.                 Pada pendapat anda, kenapa ’ayahku’ sering ke desa peningggalannya setelah berpindah?  ( 3 markah)
iii.                 Nyatakan perwatakan Pak Husain berdasarkan petikan di atas. ( 4 markah )



Cadangan jawapan

i.                     Kampung tersebut disebut sebagai Kampung Pulau Pak Amat kerana ia agak terpencil kerana terkepung oleh air laut dan air sungai.
ii.                   Pada pendapat saya, ‘ayahku’ sering ke desa peninggalannya setelah berpindah kerana melawat tanah dan rumah pusaka meninggalan bapanya. Dia juga mungkin melawat pusara ayah dan ibunya di kampong tersebut. Kemungkinan dia juga merindui sahabat lama yang masih tinggal dikampung itu.
iii.                 Berdasarkan petikan cerpen tersebut,Pak Husain digambarkan sebagai seorang yang tegap sasa. Umurnya dalam lingkungan tiga puluh tahun. Pak Husain juga seorang yang berani. Selain daripada itu, dia juga digambarkan sebagai seorang yang suka memancing dan menyandak.







Penangguhan


2)Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Beberapa minit kemudian, mereka terpegun melihat Masnah mengerang. Dia bergerak dan sedar semula. Kemudian dia bersungut tidak tentu hujung pangkal, hanya dapat difaham, “Sakit kepala,” katanya. Mukanya terlalu pucat, tetapi matanya liar. Sangka isteri Kapten Mamat, dia durasuk polong. Dirasanya nadi Masnah berdenyut lebih cepat, nafas pendek-pendek, badannya sejuk berpeluh. Kapten Mamat penyuruh isterinya memberi air panas.
                Lama-lama Masnah pulih seperti sedia kala. Kapten Mamat berkata, “Engkau jangan susah, Masnah. Selagi aku masih hidup, engkau dan anak-anak engkau tidak akan disia-siakan. Engkau mesti banyak rehat.”
                “Saya akan balik ke kampong, Abang Mat.” Dia memeluk anaknya Bahar kemanjaan-manjaan.
                “Bagus. Di sana engkau akan menempuh hidup baharu. Sekarang orang kampung sedang membangun.”

(Dipetik daripada cerpen Penanggunan oleh Abdullah Hussain, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i.                     Bagaimanakah keadaan kesakitan Masnah di dalam petikan si atas? ( 3m )
ii.                   Pada pendapat anda, apakah yang dapat dilakukan oleh Masnah di kampong untuk meneruskan hidupnya? ( 3m )
iii.                 Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai lain dalam cerpen tersebut. ( 3m )


Cadangan Jawapan

i.                     Masnah dalam petikakn tersebut berada dalam keadaan sakit kepala. Dia besungut tidal tentu hujung pangkal. Matanya liar dan mukanya pucat. Manakala nadinya berdenyut cepat dan nafasnya pendek-pendek.
ii.                   Pada pendapat saya, antara perkara yang boleh dilakukan oleh Masnah jika dia berada di kampung adalah dengan bercucuk tanam atau berkebun. Selain daripada itu dia juga boleh mengusahakan produk kraftangan berasaskan bahan semulajadi yang terdapat di kawasan kampung. Dia juga boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan pinjaman modal daripada agensi kerajaan.
iii.                 Satu nilai yang terdapat dalam pettikan tersebut adalah nilai  keprihatinan. Kapten Mamat prihatin dengan masalah yang dialami oleh Masnah. Antara nilai yang dapat dipetik daripada cerpen ini adalah nilai tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Kapten Mamat kadang-kadang mempertaruhkan nyawanya menjalankan kewajipan sehari-hari. Masnah pula mencerminkan nilai ketegasan terhadap pendirian. Masnah bertegas terhadap masa depan anaknya. Dia tidak mahu anaknya menjadi seorang pelaut seperti suaminya.



DRAMA


Tiang Cengal Dinding Sayung

1) Baca petikan drama di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PAK MAN : Sani, pernah atau tidak kamu terfikir bagaimana seksanya seorang emak membesarkan anak-anaknya? Sakit peningnya? Tak tidur malamnya? Pakaiannya? Makan minumnya? Belanja sekolahnya? Pada fikiran kamu,  ada atau tidak emak kamu itu lari daripada tanggungjawabnya? Aku rasa tidak. Tidak ada, Sani. (Berhenti seketika untuk menyalakan rokoknya yang sudah padam) Emak, ketika dia sakit, demam, atau dalam keadaan apa sekalipun, akan terus bertugas, bertugas tanpa henti kerana kasihnya tidak pernah putus. Tidak terbuka mulut emak kita untuk minta cuti, hendak minta dikecualikan daripada menjaga anak-anaknya. Inilah sifat mulia seorang ibu. Ingat Sani, daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga. Kalau emak sanggup berkorban, kenapa anak-anak tidak?

SANI : (Tersentuh hati) Saya faham, Pak Man.
(Dipetik daripada drama ‘Tiang Cengal Dinding
 Sayung’ oleh Suriani Mohd Yusof dalam
 Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan
 Pustaka

i.                     Nyatakan maksud peribahasa daun dapat dilayang, getah jatuh keperdu juga. ( 2m )
ii.                   Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seorang anak untuk membalas jasa dan pengorbanan seorang ibu? ( 3m )
iii.                 Jelaskan satu pengajaran yang dapat dipetik daripada petikan di atas dan satu daripada drama berkenaan. ( 4m )


Cadangan jawapan

i.                     Peribahasa daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga bermaksud kasih sayang anak sendiri tidak akan sama dengan kasih sayang anak orang.
ii.                   Pada pendapat saya, seseorang anak dapat membalas jasa dan pengorbanan ibu mereka dengan menjaga hati atau perasaan mereka agar tidak kecewa atau terluka. Selain daripada itu, anak juga perlu memenuhi keperluan dan kasih sayang terutamanya ketika ibu bapa mereka sudah tua. Anak-anak juga perlu menjaga dan memberikan perhatian ketika mereka sudah tidak berdaya.
iii.                 Pengajaran pertama yang dalam dipetik berdasarkan petikan drama tersebut adalah seseorang anak hendaklah mengenang dan membalas jasa dan pengorbanan ibu yang membesarkan kita sejak kecil. Manakala satu pengajaran yang dalam dipetik daripada drama tersebut adalah kita hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai anak untuk menjaga dan memberikan perhatian kepada kedua orang ibu bapa terutama apabila mereka sudah tua dan uzur.






1400


2) Baca petikan drama di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DOLLAH : Kau tahu, kerana kaki aku ini, masyuarat tak pilih aku jadi wakil? Ada orang berkata, “Dollah memang banyak berjasa pada kampung ni, tapi takkanlah nak pilih dia jadi wakil? Wakil capik, malulah kita.” Ya, mereka malu. Tetapi, meminta tolong daripada aku tak malu.

SAOD : Kita menolong harus kerana Allah, Dollah.

DOLLAH : Cuba tengok keadaan aku. Meminang, siapa pun tak mahu. Dahlah capik, miskin pula. Aku hina Saod. Tolong sana, tolong sini, bila sampai masa aku, siapa pun tak peduli.

SAOD : Engkau sembahyang, bukan?

DOLLAH : Apa ada kena-mengena dengan sembahyang?

SAOD : Engkau sembahyang tak?

(Dipetik daripada drama 1400 oleh Noordin Hassan, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)


i.                     Kenapa Dollah dipinggirkan oleh masyarakat? ( 2m )
ii.                   Cadangkan cara yang dapat dilakukan oleh masyarakat untuk membantu golongan kurang upaya tidak rasa dipinggirkan oleh masyarakat. ( 3m )
iii.                 Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu peroalan drama berkenaan. ( 4m )


Cadangan jawapan

i.                     Dollah dipinggirkan oleh masyarakat kerana dia seorang yang capik dan miskin.
ii.                   Terdapat beberapa cara yang dapat dilakukan oleh masyarakat untuk membantu golongan kurang upaya agar mereka tidak terasa disisihkan. Masyarakat perlu sentiasa penyertaan mereka dalam setiap aktiviti. Pengusaha tempatan juga boleh menerima golongan ini bekerja dengan mereka dengan kadar kemampuan golongan ini.
iii.                 Persoalan yang terdapat dalam petikan drama tersebut adalah persoalan diskriminasi masyarakat terhadap golongan kurang upaya. Jasa Dollah tidak dihargai hanya kerana dia seorang yang capik. Manakala persoalan dalaml drama adalah persoalan kecetekan iman dalam diri seseorang individu yang menyebabkan mereka menyesali keadaan dirinya. Dolah menyesali dirinya yang capik, miskin dan tidak mendapat layanan yang baik daripada ahli masyarakat.

6 comments:

  1. Trimas ! Amat membantukan

    ReplyDelete
  2. thank yeee...agar SPM tahun ny berkat......ammmiiinnnnn

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete