KEMBARA AMIRA

Klon soalan SPM bahagian novel sepanjang 10 tahun yang lepas. Boleh diaplikasikan kepada semua novel mengikut zon.

1 - Tema yang menarik merupakan pendorong kepada pembaca untuk membaca sesebuah novel. Nyatakan tema novel yang telah anda baca.

2 - Pengarang menyelitkan beberapa persoalan dalam novel yang telah anda baca. Huraikan tiga persoalan utama dalam novel tersebut.

3 - Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam novel mengandungi nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda baca, bincangkan tiga peristiwa yang membawa nilai murni yang berbeza.

4 - Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

5 - Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama.

6 - Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akan memberikan kepuasan kepada pembaca. Huraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji.

7 - Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

8 - Novel yang telah anda kaji mengandungi beberapa persoalan utama. Huraikan tiga peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan dalam novel tersebut.

9 - Watak adalah unsur penting yang menghidupkan dan menggerakkan cerita. Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda baca.

10 - Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca.

11 - Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji.

12 - Nilai kasih sayang terdapat dalam kebanyakan novel yang bercorak kemasyarakatan. Huraikan tiga nilai tersebut berdasarkan novel kajian anda.

13 - Konflik yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang. Berdasarkan novel kajian anda, nyatakan peranan watak utama dalam menyelesaikan konflik.

14 - Watak sampingan dalam sesebuah novel juga penting dalam menggerakkan cerita. Nyatakan peranan satu watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda baca.

15 - Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.

16 - Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut.

17 - Watak-watak dalam sesebuah novel akan bertentangan dengan sebahagian watak yang lain. Berdasarkan novel yang telah anda baca, nyatakan tiga peristiwa menunjukkan penentangan watak.

18 - Latar masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah novel mempunyai nilai tersendiri. Huraikan tiga nilai kemasyarakatan dalam novel yang anda kaji.

19 - Cerita dalam novel menyelitkan banyak nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga contoh yang menunjukkan nilai ketekunan.

20 - Banyak peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita mencerminkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berpandukan novel yang anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang mencerminkan persoalan maruah.

21 - Kebanyakan konflik dalam cerita sesebuah novel melibatkan watak utama. Jelaskan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi berdasarkan novel yang telah anda baca.

22 - Tajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dengan isinya.

23 - Permulaan yang menarik dalam sesebuah novel akan mempengaruhi pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan novel kajian anda.

24 - Cerita yang menarik dalam sesebuah novel akan meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca. Nyatakan tiga peristiwa yang meninggalkan kesan kepada anda berpandukan novel yang anda baca.

25 - Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan tiga latar masa yang penting.

26 - Watak utama mencerminkan banyak nilai murni. Huraikan tiga contoh nilai ketabahan watak utama dalam novel yang anda kaji.

27 - Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang menggambarkan kepincangan dalam masyarakat.

28 - Plot dalam sesebuah cerita berkembang mengikut peringkat. Huraikan plot novel yang telah anda baca.

29 - Pengarang telah menggunakan beberapa teknik plot agar penyampaian cerita menjadi lebih menarik. Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel kajian anda.

30 - Novel yang telah anda baca adalah sebuah novel yang menarik. Tuliskan sinopsis cerita novel tersebut.


Sesiapa yang inginkan contoh jawapan yang lengkap, sila maklumkan kepada saya melalui email.




SINOPSIS

BAB 1          Amira bersama Jacinta dalam perjalanan dengan kereta api ke Bukit Mar Raya di tengah Banjaran Titiwangsa. Dia ingin menghabiskan masa cuti di tempat ibunya Prof. Zaidah bersama pelajar tahun akhir melakukan kerja cari gaji untuk mencari bukti arkeologi. Jacinta ikut serta kerana tidak mahu pulang ke rumah. Dia tidak selesa berada di samping ibu tirinya. Dalam kereta api itu Amira tertarik dengan seorang pemuda berkulit sawo matang duduk di sebelah seorang lelaki tua berkulit putih. Pemuda itu ialah Malique yang terkilan kerana ibnunya menyuruh dia mengikut O’Hara. Dia tertanya-tanya tentang hubungan ibunya dengan O’Hara.
                     Sementara itu di Bukit Mat Raya hujan turun dengan lebat. Tali khemah putus. Peristiwa itu menjadi tanda Tanya kepada Prof. Zaidah dan Dr. Zawawi. Namun mereka menyembunyikan halk tersebut daripada pengetahuan pelajar mereka.


BAB 2          Amida dan Jacinta turun di Stesen Dahan Hijau. Pak Lias datang menjemput mereka. Dalam perjalanan melalui jalan tanah merah, sebuah kenderaan pacuan empat roda memotong kenderaan mereka. Amira Nampak pemuda dan lelaki tua berkulit putih dalam kenderaan tersebut. Malique juga terkejut apabila melihat Amira dalam kenderaan Pak Lias. Pemandunya Roslan menjelaskan bahawa mereka merupakan pelajar universiti yang melakukan kerja cari kagi di bahagian matahari naik manakala mereka beroperasi di sebelah matahari jatuh.

BAB 3          Malam itu Amira menegur sikap Jacinta yang sanggup berada di asrama walaupun pada masa cuti semata-mata tidak mahu bertemu dengan ibu tirinya. Perbuatan itu sudah diketahui oleh Prof. Zaidah. Prof. Zaidah telah menasihati Jacinta supaya mengambil masa untuk mengenai ibu Jacinta. Prof. Zaidah mahu Amira dan Jacinta tidur awal dan melakukan kerja cari gali di tapak 10 pada keesokan hari.
                                
BAB 4          Pada pagi itu Amira bersama pelajar membersihkan diri di sebuah air terjun berdekatan. Di situ dia berjumpa dengan Malique. Mereka berkenalan. Malique menjelaskan bahawa dia berada di situ kerana desakan daripada ibunya. Dia juga merasakan bahawa hutan itu terlalu denkat dengan hatinya.
                     Beberapa pelajar menceritakan pengalaman pelik pada waktu malam. Mereka mendengar tapak kaki di luar khemah, terhidu bau rokok kretek dan tali khemah yang putus. Prof. Zaidah mendedahkan bahawa terdapat kawasan itu dipercayai mengandungi emas. Kumpulan pengaji diketuai oleh seorang pakar telah berada di situ. Perkara pelik itu mungkin berpunca daripada kumpulan mereka untuk menakutkan pelajar. Jika usaha Prof. Zaidah dan pelajarnya berjaya, kawasan itu akan dapat diselamatkan daripada aktiviti  perlombongan emas. Amira berhadap dapat bertemu Malique untuk mengetahui perkara sebanar.
                                     
BAB 5          Amira menunggu Malique di kawasan air terjun.  Malique tidak muncur walaupun sudah dua jam Amira menunggu. Jacinta datang melihat Amira. Amira terpijak batu yang licin dan terjatuh ke dalam air deras. Jacinta mengejar Amira melalui jalan hutan. Amira kemudian telah diselamatkan oleh Itai, remaja Orang Asli bersama bapa saudaranya Tau. Amira berehat. Itai menangkap ikan sementara Tau menghidupkan api. Mereka makan ikan yang dibakar. Amira berasa tidak senang dengan sikap Tau. Namun Atai menunjukkan minat apabila Amira menjelaskan aktiviti ibunya dan kumpulan pelajar di Desa Karpus. Atai dan Tau menghantar Amira pulang.           

BAB 6          Jacinta hilang. Gerakan mencari diketuai oleh Tau dan Itai dijalankan. Dengan pengalaman menjejak Tau dan Itai, mereka menemui Jacinta yang sedang pengsan di celah banir pokok. Mereka mengambil masa dua jam untuk membawa Jacinta pulang ke Desa Karpus. Pada pagi keesokannya, Prof. Zaidah menasihatkan agar Amira berhati-hati dalam segala tindakan kerana dia tidak senang dengan persiangan dengan pencari emas dan mungkin tentangan Orang Asli apabila memerhatikan sikap Tau. Amira telah menjelaskan perkara sebenar kepada ibunya. Amira berjanji tidak akan mengulangi perbuatan seperti itu.

BAB 7          Malique berasa bosan mengikut O’Hara selama dua hari ke Pulau Pinang. Tambahan pula dia tidak dibenarkan terlibat dengan sebarang perbincangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, dia mengugut O’Hara untuk pulang ke Melaka. O’Hara telah memujuknya dan menjelaskan bahawa usaha itu akan menyelamatkan hutan di kawasan itu. Malique cuba mendapat penjelasan tentang hubungan O’Hara dengan ibunya. Namun O’Hara masih belum mahu menjelaskan.
                     Prof. Zaidah dan Pak Lias menuju ke hentian kereta api untuk mengambil barang yang baru sampai. Dalam perjalanan Pak Lias menasihatkan agar Prof.Zaidah memberikan sedikit perhatian kepada Amira. Prof. Zaidah menyedari kesilapannya. Semasa menuruni bukit, kenderaan mereka mengalami masalah brek. Pak Lias menghimpit kenderaan itu ke tepi tebing.

BAB 8          Tau ke rumah abangnya Ludin yang menjadi ketua kumpulan Orang Asli Semai di situ. Dia tidak senang dengan aktiviti Prof. Zaidah dan pelajarnya di Desa Karpus. Ludin menasihatkannya agar jangan menghalang aktiviti tersebut. Ludin juga menasihatkan Tau bahawa Ipah dan Sabi, anak dan isteri Tau tidak akan kembali lagi ke hutan itu. Tau juga telah menyerahkan Itai kepada Ludin setelah sekian lama mendidik dan mengajar ilmu tentang kehidupanhutan kepada Atai. Ludin mahu Itai menggantikannya sebagai ketua suatu hari nanti.
                     Amira meminta Jacinta terus berehat. Amira meminta maaf. Jacinta mengakui bahawa itulah cabaran semasa bercuti yang mereka inginkan. Itai datang melawat Jacinta dengan membawa buah-buahan hutan. Tiba-tiba Rosdi datang memberitahu bahawa Prof. Zaidah kemalangan.        

BAB 9          Tangan kiri Prof. Zaidah terseliuh. Prof. Zaidah rasa menyesal dan menangis kerana tidak memberikan perhatian semasa Amira lepas sebelun itu. Dr. Zawawi mencadangkan agar kerja cari gali ditangguhkan. Namun Prof. Zaidah menbantah. Atai datang bersama Ludin. Ludin melihat tangan Prof. Zaidah. Itai mendapatkan buluh yang dianyam dan daun hutan. Ludin merawat tangan Prof. Zaidah yang terseliuh.

BAB 10        Malique dan O’Har tiba di hentian kereta api. Roslan datang menjamput mereka. Dalam perjalanan Roslan memaklumkan kepada Malique tentang Amira yang lemas di sungai ketika menunggu Malique berhampiran air terjun. Dia juga menjelaskan tentang Jacinta yang sesat di hutan dan Prof. Zaidah yang mengalami kemalangan.
                     Kecederaan pada tangan Prof. Zaidah bertambah baik. Amira berasa hairan dengan rahsia perubatan tersebut. Itai menjelaskan bahawa sumber hutan mempunyai khasiat tersendiri. Amira baru perasan dan ingat bahawa Itai pernah terlibat dengan Pameran Saintis Muda 2002 dan telah mendapat tempat kedua dalam bahagian perubatan herba.

BAB 11        Malam itu Tau duduk di atas banir besar sambil memerhati Desa Karpus. Kawasan itu mengingatkan Tau  tentang kisahnya dengan Ipah. Ipah tetap dianggap sebagai orang luar. Dia telah mengahwini Ipah dan mendapat anak yang diberi nama Sabi. Sikap Ipah telah berubah setelah bekerja di kem orang putih yang diketuai oleh Johnny. Johnny berjaya mempengaruhi Ipah dan Ipah telah lari bersama Johnny dengan membawa Sabi bersamanya. Seorang lagi anak yang masih kecil diserahkan oleh Tau kepada abangnya Ludin untuk dijaga. Dia kemudiannya menyisihkan diri dan hidup bersendirian.
                     Di kem, O’Hara telah memarahi Ah Chin kerana tidak dapat mengawal pekerja baru yang bergaduh kerna berjudi. Roslan menasihati Malique agar tidak mempedulikan hal tersebut. Malique hanya melakukan kerjanya memasukkan maklumat ke dalam computer riba.

BAB 12        Ludin datang dan membuka balutan buluh pada tangan Prof. Zaidah. Ludin menasihati Prof. Zaidah supaya kerana tangannya baru sahaj sembuh. Prof. Zaidah menunjukkan ketulah batu kecil yang disusun membentuk jari manusia. Prof. Zaidah memberitahu Ludin bahawa sekiranya mereka berjaya membuktikan kewujudan itu, operasi pembalakan dan cari gali emas di kawasan itu akan dibatalkan.
                     Itai menyertai Amira dan Jacinta menggali di tapak cari gali. Itai mendapat tahu bahawa Jacinta amat berharap agar dapat menemui batu kuarza. Itai ingin menggembirakan Jacinta. Dia memberitahu Amira bahawa mereka dapat menghadiahkan emas kepada Jacinta. Itai akan membawa Amira ke tempat yang mengandungi emas.
                     Prof. Zaidah menerangkan tentang lapisan warna tanah kerpada Ludin dan tulang yang ditemuinya di kawasan itu. Malique datang untuk bertemu dengan Amira. Prof. Zaidah dan Jacinta terkejut apabila mendapati Amira dan Itai tidak ada di kawasan itu.

BAB 13        Amira mengikut Itai meredah hutan dan denai untuk ke tempat yang dimaksudkan oleh Itai. Dalam perjalanan itu Itai bercerita tentang metos dan misteri alam dan hutan. Itai menjelaskan tentang makhluk berkaki dua dan berbulu yang telah menakutkan pekerja balak. Orang Asli berharap mereka tidak berjumpa dengan makhluk itu. Mereka sampai di sebatang sungai. Amira terkejut apabila mendapati kilauan emas di celahan batu. Itai mahu Amira memilih satu sahaja untuk Jacinta. Dia juga mahu Amira merahsiakan tentang emas tersebut.
                     Ketika perjalan pulang, mereka terserempak dengan makhluk berkaki dua dan berbulu sedang mengheret seorang pencari emas dengan marah. Makhluk itu terhidu bau manusia lain. Itai menyedari keadaan itu dan mengajak Amira melarikan diri dengan sekuat hati. Semasa berlari mereka tiba-tiba disergah oleh Tau.         

BAB 14        Ah Chin masuk ke hutan untuk mengesan seorang pekerja yang hilang dua hari yang lepas. Roslan dan Malique mengikut Ah Chin dengan menggunakan kenderaan lain. Hujan turun dengan lebat. Kenderaan mereka tersangkut dalam lumpur licin. Roslan keluar untuk meninjau dan mendapatkan bantuan daripada beberapa orang yang berada dalam kenderaan di hadapan mereka. Tiba-tiba aliran lumpur menghanyutkan kenderaan mereka ke dalam gaung.   

BAB 15        Amira dan Jacinta pergi ke perkampungan Orang Asli setelah dua hari Itai tidak datang ke Desa Karpus. Di rumah Itai, Amira menyerahkan ketulan emas kepada Ludin. Daripada perbualan Ludin dengan Tau, Amira mendapat tahu bahawa Itai bersalah kerana membawa orang luar sepertinya ke kawasan emas. Ahli masyarakat Orang Asli  mula sangsi terhadap Itai yang telah mempercayai orang luar. Tau amemberi jaminan dengan darahnya dalam mempertahankan Itai. Itai memberitahu Amira bahawa dia dan Amira perlu menerima apa sahaja keputusan hokum adapt yang akan ditetapkan.

BAB 16        Usaha cari diteruskan dengan tekun. Mereka menemui beberapa artifak baru. Amida dan Jacinta telah menemui sebuah tembikar yang hampir sempurna. Penemuan itu merupakan penemuan penting dan menggembirakan Prof. Zaidah dan Dr. Zawawi.
                     Itai datang bersama Tau ke Desa Karpus untuk menemui Prof. Zaidah. Itulah kali pertama Tau menjejakkan kaki ke desa itu. Tujuan Tau adalah untuk membantu Prof. Zaidah mencari bukti arkeologi. Tau akan membawa mereka ke suatu tempat. Dr.Zawawi, Rosdi, Amira dan Jacinta dibenarkan mengikut Tau. Tau juga memberitahu bahawa dia selalu ke Desa Karpus pada waktu malam. Itai juga menyerahkan ketulan emas kepada Jacinta. Tau yang memujuk Ludin mendapatkan ketulan emas tersebut. Mereka kemudian didatangi oleh Pak Lias dan Roslan memberitahu Amira bahawa Malique hilang selepas kenderaannya tajuh ke dalam gaung. Mereka mengambil keputusan untuk mengikut Tau terlebih dahulu.   

BAB 17        Malique mendapati dirinya berada dalam sebuah tempat gelap. Dia cuba berdiri tetapi gagal. Dia tidak dapat bergerak kerana tangan dan kakinya cedera dan berbalut tebal dengan buluh kecil. Keadaan di tempat itu berbau najis haiwan. Dia akan menerima makanan berupa daging panggang dan madu. Dia teringatkan ibunya di Melaka dan memikirkan perbezaan warna rambut, warna kulit dan warna mata antara dia dan ibunya. Dia juga sering menangis.          

BAB 18        Setelah berjalan hamper satu jam, mereka sampai di gunung batu kapur yang dikenali sebagai Gunung Gua Gajah. Itai berjanji kepada Amira bahawa dia akan membantu mencari Malique. Mereka mendaki gunung dan masuk ke dalam gua batu kapur. Mereka penemui lukisan purba pada dinding gua yang dibuat menggunakan arang. Amira telah menemui mobile disk yang menimbulkan tanda tanya kepadanya. Rosdi kemudian menemui kapak batu di satu sudut gua.

BAB 19        Penemuan kapak batu menggemparkan penghuni Desa Karpus. Menurut Prof. Zaidah, ia digunakan oleh manusia Melayu-Proto. Ketika Prof. Zaidah meneliti lakaran rakaman lukisan dinding gua, Amira mengajak Jacinta dan Itai ke dalam khemah. Amira menunjukkan mobile disk yang dijumpai. Dia pernah lihat mobile disk itu tergantung pada leher Malique.       Amira menyambungkan mobile disk itu ke komputernya. Akhirnya mereka menemui kata laluan untuk membuka fail dalam mobile disk tersebut. Mereka bersetuju untuk mencari Malique di gunung tersebut.

BAB 20        O’Hara gelisah dengan kehilangan Malique. Dia memaklumkan kehilangan tersebut kepada ibu Malique, Jennifer. Jennifer berkeras untuk datang ke kem tersebut walaupun dihalang oleh O’Hara.
                     Pada malam itu Amira menunggu Tau untuk mendapatkan bantuan mencari Malique. Tau terlena dan tertidur. Dia bermimpi tentang Ipah yang melarikan diri bersama Sabi. Apabila dia terjaga, dia mengambil kulit beruang dan berlari ke tempat Malique disembunyikan. Dia memakai kulit beruang yang berbulu lebat ketika menemui Malique. Dia memanggil Malique dengan panggilan Sabi. Dia memberitahu Malique bahawa Malique adalah anaknya. Malique kebingungan dan menjerit.    

BAB 21        Amira, Itai dan Jacinta bergerak ke Gunung Gua Gajah untuk mencari Malique. Mereka bertemu dengan Pak Lias dan Roslan yang ingin turut sama mencari. Roslan pulang ke kem untuk mengambil kelengkapan. Ketika mereka tiba di kaki gunung, Roslan datang bersama O’Hara dan Jennifer. Mereka sailing berkenalan. Amira, Itai, Pak Lias dan Roslan mendaki dan masuk ke dalam gua. Jacinta bersama dengan Jennifer dan O’Hara. Perbualan Jennifer dan O’Hara tentang Malique menjadi tanda tanya kepada Jacinta. Jacinta cuba mendapatkan penjelasan tetapi Jennifer penafikan bahawa dia pernah ke kawasan itu. Tau mengetahui kedatangan Jennifer dan terus ke puncak gunung mendapatkan Malique.         

BAB 22        Peristiwa imbas kembali. Pesawat yang dipandu oleh Ridley bersama isterinya Brenda dan anaknya Samantha berhadapan dengan rebut kencang. Mereka dalam perjalan pulang ke Australia setelah tiga bulan membuat kajian di Pulau Langkawi. Pesawat tidak dapat dikawal menyebabkan mereka membuat pendaratan cemas di dalam hutan. Ridley dan Brenda meninggal dunia masakala Samantha tercampak ke dalam semak. Samantha diselamatkan oleh Jidin, ayah kepada Ludin dan Tau. Anak itu dinamakan Ipah. Namun masyarakat setempat menolak kehadiran Ipah.

BAB 23        Atai, Amira, Pak Lias dan Roslan terus mencari Malique. Itai menceritakan kepada Amira bahawa dia kerap bermimpi tentang abangnya. Amira menemui kesan tapak kaki tidak berkasut semakin jauh ke dalam gua. Mereka mengikut jejak itu. Mereka menemui lubang yang menuju ke permukaan gunung. Itai yang naik terlebih dahulu mendengar suara manusia mengerang kesakitan. Pak Lias, Amira dan Roslan naik dengan segera.                       

BAB 24        Prof. Zaidah menyedari Amira dan Jacinta tiada di khemah. Prof.Zaidah, Dr. Zawawi dan Rosdi  membuat keputusan untuk pergi ke Gunung Gua Gajah. Di puncak gunung Itai dapat mengesan kehadiran manusia berdasarkan kesan ranting yang patah. Mereka menemui kawasan lapang dan sebuah pondok.  Itai dan Amira masuk ke dalam pondok dan menemui satu pintu lagi di bahagian belakang pondok. Setelah memasuki lubang itu, mereka menemui Malique yang terbaring lemah. Mereka cuba mengeluarkan Malique. Sementara itu Prof. Zaidah bertembung dengan Ludin yang sedang menuju ke Gunung Gua Gajah.               

BAB 25        Makhluk berbulu muncul dan terkejut melihat Itai dan Amira berada di situ. Mereka meminta agar Itai dan Amira menyerahkan Malique. Amira berasa hairan dengan makhluk itu yang menyembunyikan Malique di puncak gunung.
                     Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, Rosdi dan Ludin sampai ke kaki gunung. Jennifer menegur Ludin dan mereka saling mengenali. Jennifer memberitahu Ludin bahawa Malique adalah anak kandungnya. Malique adalah Sabi. Ludin segera naik  ke puncak gunung.
                     Makhluk berbulu ingin menyerang Pak Lias. Dia meminta agar itai tidak masuk campur. Serangan itu ditangkis oleh Pak Lias. Ludin sampai dan memarahi Tau. Masing-masing kehairanan kerana Tau tidak ada di situ. Ludin memberitahu Tau bahawa anak-anak Tau sudah kembali. Tau meratap dan membuka kulit beruang. Ludin meminta Tau ke kaki gunung untuk menemui seseorang.       

BAB 26        Malique dibawa turun dengan berhati-hati. Tau terduduk tidak berkata apa-apa. Ludin mencadangkan mereka menyelesaikan kekusutan itu di perkampungan Orang Asli. Namun O’Hara membantah malah Jennifer telah bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke kampung itu. Itai mencadangkan agar Amira membuat keputusan. Amira mencadangkan agar mereka menyelesaikannya di Desa Karpus.
                     Di Desa Karpus, Jennifer telah mengakui bahawa Tau adalah suaminya. Manakala Malique adalah anak mereka, Sabi. Malique terkejut. Jennifer ingin mengetahui tentang seorang lagi anaknya yang ditinggalkan. Ludin menunjukkan ke arah Itai menyebabkan Itai terkejut. Ludin menjelaskan bahawa Itai adalah anak  Tau dan anak saudaranya.
                     O’Hara dan Jennifer ingin membawa Malique pulang bersamanya untuk mendapatkan rawatan. Atas permintaan Tau, Jeniffer menjelaskan sebab sebenar dia meninggalkan Tau dahulu. Dia telah dipaksa oleh Johnny. Namun dia juga sengsara semasa bersama Johnny. Tau berpuas hati dengan penjelasan tersebut.
                     Jennifer berkeras untuk membawa Maliqur bersamanya. Namun Malique mahu ibunya meninggalkannya di hutan itu bersama ayah dan adiknya. Setelah O’Hara dan Jennifer meninggalkan mereka, tau meminta maaf daripada Pak Lias dan Amira atas perbuatannya di puncak gunung.  Dalam pada itu juga dia berbangga dengan Itai yang sanggup melakukan pada sahaja demi persahabatan.

BAB 27        Amira telah selesai memduduki ujian akhir            tahun satu di universiti di Kuala Lumpur. Dia tidak dapat melupakan pengalaman di hutan pada percutian yang lalu. Selepas mengemaskan barangnya ke dalam stor, dia menyemak email. Email pertama daripada Itai. Itai menjelaskan bahawa dia sedang menuntut dalam jurusan perubatan di Kubang Kerian. Itai berharap ibunya akan kembali pada suatu hari nanti. Dia juga mahu menyerahkan jawatan ketua di perkampungannya kepada Malique.
                     Email kedua daripada Malique. Dia terlibat dengan projek IT di perkampungannya. Dia juga telah mengagalkan projek perlombongan dengan mencipta virus dalam kajiannya. Hubungannya dengan O’Hara telah putus. Dia juga telah memujuk ibunya untuk kembali ke perkampungan tersebut. Namun ibunya masih enggan.
                     Email ketiga pula daripada Jacinta. Dia mengkhabarkan bahawa dia telah berasa di Paris kerana terlibat dengan perniagaan fenyen keluarganya.asih memakai rantai daripada ketulan emas yang diberikan kepadanya dahulu bagi mengenangkan jasa Itai dan Amira kepadanya. Email keempat daripada ibunya yang  masih berada di Bukit Mat Raya dalam fasa keempat. Ibunya mengajak Amira untuk berjumpa di rumah nenek mereka yang akan disertai oleh ayah Amira.
                     Email terakhir pula daripada Dr. Zawawi. Dia menjelaskan bahawa dia telah bekerja dengan sebuah syarikat swasta sebagai pengesah khazanah Me;ayu yang tenggelam. Ketika itu dia berada di Kuala Gula untuk berehat. Tempatnya di Bukit Mat Raya telah diganti oleh Rosdi.

******** 1





TEMA

Novel Kembara Amira bertemakan kemasyarakatan iaitu pengalaman seorang remaja berhadapan dengan pelbagai  cabaran semasa menghabiskan masa cuti persekolahan. Sepanjang masa cutinya, watak utama dalam novel ini iaitu Amira telah mengalami pelbagai pengalaman menarik yang berkaitan dengan masyarakat setempat. Dalam menjalinkan hubungan dengan masyarakat setempat itu dia telah mengalami pelbagai cabaran yang telah menjadikannya lebih dewasa dan matang. Amira pergi ke tempat ibunya bersama pelajar arkeologi mencari gali artifak sejarah di Bukit Mat Raya di tengah Banjaran Titiwangsa. Amira mengajak kawannya Jacinta untuk turut serta dalam kerja-kerja carigali tersebut. Mereka mendapat mengalaman manis apabila berjaya menemui sebuah tembikar yang hamper sempurna. Penemuan itu merupakan penemuan paling penting dan paling berharga di Desa Karpus.

Selain daripada itu, perkenalannya dengan seorang remaja masyarakat Orang Asli telah memberikannya pengalaman baru di samping pengalaman mencari gali. Dia dapat mengenali cara hidup Orang Asli melalui  remaja tersebut iaitu Itai. Amira dapat mengetahui tentang misteri dalam kalangan Orang Asli terutamanya misteri tentang makhluk berkaki dia dan berbulu lebat seperti yang diceritakan oleh Itai. Amira juga mendapat serba sedikit pengalaman tentang rahsia alam terutamanya tentang perubatan tradisional. Kecederaan tangan ibunya disembuhkan dengan cara perubatan tradisional masyarakat Orang Asli. Itai juga menjelaskan bahawa segala yang terdapat di dalam hutan itu mempunyai rahsia perubatan. Selain daripada itu Amira juga dapat mengetahui tentang adapt masyarakat Orang Asli apabila dia mengikut Itai mendapatkan ketulan emas untuk diberikan kepada Jacinta.

Amira juga menghadapi cabaran sepanjang pengalamannya di hutan tersebut. Dia terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras semasa menunggu Malique. Cabaran dan mengalaman itulah yang menyebabkan dia mengenali Itai dan Tau. Dia juga berhadapan dengan cabaran hukum adat masyarakat Orang Asli apabila dia mengikut Itai mendapatkan ketulan emas untuk diberikan kepada Jacinta. Perbuatan Itai telah melanggar adat masyarakat Orang Asli. Itai telah mengingatkan Amira bahawa mereka terpaksa menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan ke atas mereka. Manakala pengalaman dan cabaran yang laing menarik bagi Amira ialah cabaran yang dihadapi semasa mencari Malique yang hilang setelah kenderaannya dihanyutkan lumpur dan jatuh ke dalam gaung. Pencarian mereka melalui mobile disk yang dijadikan petunjuk telah membawa mereka ke puncak Gunung Gua Gajah. Di sana Amira, Itau dan beberapa orang lain telah berhadapan dengan makhluk berkaki dua dan berbulu lebat sebagaimana yang diceritakan oleh Itai kepadanya. Misteri terjawab apabila mereka mengetahui bahawa makhluk itu adalah Tau.






PERSOALAN

Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalan kasih sayang dalam kalangan hali keluarga. Prof. Zaidah sayang akan anaknya Amira. Cuma dalam kesibukannnya dengan tugas menyebabkan amira sedikit terabai semasa Mira berada di hutan itu bersamanya. Dia pernah menangis semasa dia cedera apabila dia sedar bahawa dia tidak memberikan perhatian yang sebaik mungkin semasa Amira hamper lemas di sungai. Demikian juga dengan Tau. Dia sayang akan anaknya Itai. Oleh sebab itulah dia sanggup menjamin Itai yang didapati bersalah mendedahkan rahsia sungai yang mengandungi emas kepada Amira. Dia memberi jaminan dengan darahnya sendiri. Tau juga sayang akan anaknya Sabi. Sebab itulah dia tidak mahu melepaskan Sabi semasa Itai, Amira dan Pak Lias ingin membawa Sabi turun dari puncak Gungung Gua Gajah. Dia mahu bersama Sabi yang telah lama meninggalkannya.        

Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalan kemusnahan alam semulajadi yang perlu dihentikan. Antara faktor yang menyumbang kepada kemusnahan hutan dalam novel ini ialah aktiviti pembalakan dan aktiviti perlombongan. Masyarakat Orang Asli cuba menghalang kegiatan permbalakan di kawasan tersebut. Orang yang bersungguh-sungguh ialah Tau yang menyamar diri sebagai makhluk berkaki dua dan berbulu lebat. Dia pernah menakut-nakutkan pekerja balak dengan menggantung seorang daripada mereka secara songsang. Oleh kerana takut, aktiviti pembalakan dihentikan. Tau juga dengan berkaian kulit beruang yang berbulu tebal dengan menangkap seorang daripada pekerja pencari emas. Malah Prof. Zaidah tekun mencari artifak sejarah di kawasan itu untuk menyelamatkannya daripada aktiviti perlombongan. Akhirnya Malique berjaya membatalkan aktiviti tersebut dengan mencipta virus dalam laporannya.

Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Kembara Amira ialah persoalan konflik dan perpecahan keluarga. Persoalan ini lebih merujuk kepada keluarga Tau. Ia berpunca daripada keputusannya untuk berkahwin dengan Ipah yang disisihkan oleh masyarakat Orang Asli di perkampungan itu. Ipah tertekan dengan kehidupan di perkampungan tersebut. Kehadiran Johnny telah merubah segalanya. Ipah telah terpengaruh dengan Johnny dan telah melarikan diri bersama Johnny. Ipah telah membawa anaknya Sabi. Perpisahan itu menyebabkan Tau mengalami tekanan dan menyisihkan diri. Malah anaknya yang kecil telah diserahkan kepada abangnya Ludin untuk dijaga. Kehadiran Malique di hutan itu memberikan harapan kepada Tau. Dia mengambil kesempatan untuk mengambil Malique apabila kenderaan yang dinaiki Malique dihanyutkan lumpur dan jatuh ke dalam gaung. Kedatangan Jennifer akhirnya merungkai segala kekusutan. Malique atau Sabi bersatu semula denganayahnya Tau.

Pengarang  juga mengungkapkan persoalan artifak dan tinggalan sejarah yang amat bernilai perlu dipelihara daripada kemusnahan. Prof. Zaidah bersungguh-sungguh mewlakukan kerja cari gali di hutan dan Bukit Mat Raya. Dia amat berharap agar dia menemui artifak yang bernilai yang membolehkan hutan itu diisytiharkan sebagai kawasan sejarah. Jika usahanya berhasil, hutan yang mengandungi bukti-bukti kemujudan manusia prasejarah itu dilindungi. Menyedari hakikit itu, tau yang pada awalnya tidak senang dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh Prof. Zaidah telah menawarkan diri untuk menolong dan mendapatkan artifak tersebut. Tau telah membawa pasukan Prof. Zaidah ke sebuah gua di atas gunung batu kapur yang dikenali sebagai Gunung Gua Gajah. Di dalam gua itu mereka telah menemui lakaran lukisan purba pada dinding gua. Mereka juga telah menemui kapak baru yang digunakan oleh manusia Melayu-proto.

Watak Itai dalam novel ini membewa persoalan pendidikan dan kemajuan yang dialami oleh masyarakat Orang Asli. Itai banyak mempelajari rahsia hutan daripada Tau. Malah dia bakal menjadi ketua masyarakat Orang Asli Semai di situ. Namun dia seroang yang berpendidikan. Dia pernah terlibat atau menyertai Pameran Saintis Muda 2002. Dalam program tersebit dia telah mendapat tempat kedua dalam pbahagian berubatan herba. Amira pernah melihat Itai pada program tersebut. Dalam email yang dihantar kepada Amira tidak lama kemudian, dia telah memberitahu Amira bahawa dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Kubang Kerian. Itu merupakan kejayaan besar bagi masyarakat Orang Asli. Malah mereka pada hari ini telah terdedah dengan teknologi  baru termasuklah teknologi IT. Projek ini telah diusahakan oleh Malique semasa dia tinggal bersama bapanya Tau. Dia telah memaklumkan perkembangan tersebut kepada Amira melalui emailnya.

Novel ini juga menggarapkan persoalan adat dan budaya masyarakat Orang Asli. Satu budaya yang jelas dalam kalangan masyarakat Orang Asli ialah kesukaran untuk menerima dan mempercayai orang luar atau orang asing daripada masyarakat mereka. Keadaan ini dirasai oleh Ipah yang merupakan seorang keturunan Inggeris dari Australia. Warna rambut, mata dan warna kulitnya berbeza dengan orang lain menyebabkan Ipah disisihkan. Malah kedatangannya dikatakan membawa sial kepada masyarakat Orang Asli. Ibunya pernah mewarnakan rambutnya dengan arang. Namun usaha itu tidak berkesan. Akibat daripada tekanan kerana disisihkan dia mudah dipengaruhi oleh Johnny dan kemudiannya melarikan diri meninggalkan suaminya Tau dan seorang anak kecil. Begitu juga dengan Itai yang didapati bersalah mendedahkan rahsia tempat yang mengandungi emas kepada Amira. Mereka tidak yakin Amira akan dapat menyimpan rahsia itu.

Watak Amira, Jacinta dan Itai mencerminkan persoalan integrasi kaum di negara Malaysia yang berbilang kaum. Amira merupakan seorang berbangsa Melayu manakala Jacinta pula berbangsa Cina. Namun mereka tidak kekok untuk berkawan dan bergaul mesra. Mereka menghabiskan cuti bersama-sama di tapak cari gali yang diketuai oleh ibu Amira iaitu Prof. Zaidah. Malah Prof. Zaidah sendiri telah melayan Jacinta dengan baik. Rahsia Jacinta yang tidak mesra dengan ibu tirinya juga telah diketahui oleg Prof. Zaidah. Dia menasihati Jacinta agar cuba mengambil masa untuk memperbaiki keadaan itu. Di hutan itu juga mereka berkenalan dengan Itai, seorang remaja Orang Asli Semai. Selepas mereka berkenalan, mereka menerima baik hubungan yang terjalin. Malah lebih jauh lagi. Itai mempercayai Amira apabila dia berani membawa Amira ke tempat yang mengandungi emas walaupun dia tahu bahawa tempat itu adalah rahsia masyarakatnya.

******** 2





WATAK DAN PERWATAKAN


   

A)    AMIRA

Anak kepada Prof. Zaidah. Berseklah di sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang. Dia merupakan anak tunggal dan bapanya bekerja sebagai jurutera computer dan bertugas di Eropah. Kawan baik kepada Jacinta dan Itai. Dia berkenalan dengan Malique ketika berada di kawasan hutan tampat ibu dan lepajar universiti melakukan kerja-kerja cari gaji artifak sejarah. Amira kemudiannya melanjutkan pelajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
Antara perwatakan Amira ialah suka kepada cabaran dan pengalaman baharu. Pada masa cuti persekolahan dia memilih untuk pergi ke tempat ibunya Prof. Zaidah bersama Dr. Zawawi dan pelajar mereka melakukan kerja-kerja cari gali artifak sejarah di tengah Banjaran Titiwangsa. Dia melalui cabaran da mendapat pengalaman berharga dengan menyertai pelajar ibunya melakukan kerja cari gali. Hasilnya dia Berjaya menemui sebuah bekas tembikar yang hampir sempurna. Dia juga telah jatuh ke dalam sungai dan telah diselematkan oleh Itai dan Tau. Dia dan Itai juga berhadapan dengan makhluk berkaki dua dan berbulu tebal sebagaimana yang diceritakan oleh Itai. Manakala cabaran yang tidak disangka ialah cabaran dlam usaha mencari dan menyelamat Malique yang akhirnya ditemui di puncak Gunung Gua Gajah.

Amira juga merupakan seorang sabahat yang baik kepada Jacinta dan Itai. Kebaikannya dapat diperhatikan oleh pembaca apabila Amira bersungguh-sungguh mengajak Jacinta bercuti ke tempat ibunya melakukan kerja cari gali bahan sejarah di tengah Banjaran Titiwangsa. Dia dapat tahu bahawa Jacinta tidak akan pulang ke rumah ayahnya kerana tidak mahu bertemu dengan ibu tiri. Dia juga cuba menggembirakan hati Jacinta. Dia setuju untuk mengikut Itai mendapatkan ketulan emas di tempat rahsia masyarakat Orang Asli tanpa memikirkan risikonya. Dia juga selalu meminta maaf apabila dia merasakan Jacinta tersinggung dengan perbuatan dan kata-katanya.

Dalam hubungannya dengan Itai, Amira digambarkan sebagai seorang yang jujur. Itai membawanya pergi ke tempat rahsia yang mengandungi emas. Atas permintaan Itai, Amira berjanji bahawa dia tidak akan memberitahu sesiapa tentang hal itu. Namun semasa dia dan Jacinta melawat Itai setelah dua hari tidak datangke Desa Karpus, Amira telah menyerahkan ketulan emas itu kepada Ludin. Dia sedar bahawa dia tidak berhak untuk menyimpan ketulan emas itu. Atas kejujuran itu, Tau telah mempercayainya dan mempertahankan Itai daripada dikenakan tindakan oleh Ludin dan ahli masyarakat Orang Asli di kampung itu.

Pengarang novel ini juga menggambarkan Amira sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap sahabatnya. Semasa Jacinta masih lemah dan terbaring di salam khemah akibat sesat dan pengsan di dalam hutan, Amira rasa begitu bersalah pada dirinya. Dia tidak mahu mengikut ibunya ke stesen kereta api kerana mahu menjaga Jacinta. Amira juga rasa begitu risau dengan kehilangan Malique. Dia bersungguh-sungguh meminta bantuan Itau untuk mencari Malique. Walaupun dia baru mengenali Malique di hutan itu, dia rasa bertanggungjawab atas persahabatan tersebut. Dia sanggup menempuh cabaran untuk menyelamatkan Malique termasuklah berhadapan dengan makhluk berkaki dua dan berbulu tebal.

Selain daripada itu Amira merupakan seorang remaja yang sangat menghormati ibunya. Dia menurut segala nasihat dan arahan yang diberikan oleh ibunya. Dia tidak menurut sahaja arahan ibunya supaya dia dan Jacinta melakukan kerja cari gali di tapak 10. Selepas kejadian lemas yang menimpa dirinya di sungai semasa dia menunggu Malique, dia berjanji tidak akan melakukan perbuatan seperti itu lagi apabila dinasihati oleh ibunya. Dia juga meminta maaf daripada ibunya. Amira juga tidak akan mengganggu ibunya melakukan kerja walaupun dia ingin berbicara dengan ibunya.


B)     ITAI

Itai merupakan anak kepada Tau dengan Ipah atau Jennifer. Adik kepada Sabi atau Malique. Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya Ludin. Kawan kepada Amira dan Jacinta. Dia suka memakai seluar pendek dan berbaju panas. Pernah terlibat dengan Pameran Saintis Muda 2002 dan mendapat tempat kedua dalam bahagian perubatan herba. Dia kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Kubang Kerian.

Dari segi perwatakan, Itai digambarkan sebagai seorang yang  banyak ilmu dan rahsia tentang hutan. Ilmu dan rahsia itu banyak dipelajari daripada Tau. Ludin menyerahkan Itai kepada Tau untuk mempelajari tentang ilmu dan rahsia tersebut. Malah Tau telah menurunkan segala ilmu dan kemahirannya kepada Itai. Buktinya, dia Berjaya mendapat tempat kedua dalam bahagian perubatan herba semasa menyertai Pameran Saintis Muda 2002. Dia mahi r menangkap ikan tanpa menggunakan sebarang peralatan selepas dia menyelamatkan Amira daripada lemas di sungai. Selain daripada itu dia mahir membuat anyaman buluh halus dan mencari daun-daun untuk ramuan ubat semasa Ludini ingin mengubati kecederaan tangan Prof. zaidah.

Itai juga merupakan seorang yang suka menolong. Pertama kali dia memberikan pertolongan dalam novel ini ialah menolong menyelamatkan Amira daripada lemas di sungai. Pada waktu itu dia masih belum mengenali Amira. Selepas itu dia dan Tau menolong mencari rakan karip Amira iaitu Jacinta yang turut hilang di hutan semasa Amira lemas. Lebih daripada itu, Itai telah melanggar adat masyarakatnya dengan membawa Amira ke tempat rahsia terdapatnya emas di situ. Dia ingin menolong menggembirakan hati Jacinta yang begitu mengidamkan batu kuarza. Seterusnya dia menolong Amira untuk mencari Malique yang didapati hilang selepas kenderaannya dihanyutkan oleh lumpur dan tajuh ke dalam gaung.

Sebagai seorang yang amat dekat dengan alam dan hutan, Itau mempunyai deria yang amat baik terutamanya deria bau. Itai dan Tau mencari Jacinta dengan menggunakan deria bau dan kemahiran menjejak. Dengan kemahiran itu dia telah menemui Jacinta yang sedang pengsan di celah banir kayu. Dia dapat mengesan dengan pantas kehadiran makhluk berbulu tebal semasa perjalanan pulang dari sungai yang mengandungi emas bersama Amira. Dia juga dapat menghidu bau kewujudan manusia ketika mencari Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Malah dia juga mempunyai rasa dan gerak hati yang hebat. Dia dapat rasakan bahawa dia dan rakan yang lain akan menghadapi kemungkinan yang tidak baik.



C)    TAU

Tau merupakan adik kepada Ludin. Bapa sebenar kepada Itai dan Sabi atau Malique. Suami kepada Ipah atau Jennifer yang disisihkan oleh masyarakat di perkampungannya. Dia ditinggalkan oleh isterinya Ipah kerana terpengaruh dengan Johnny. Selepas ditinggalkan, dia telah menyisihkan diri daripada masyarakatnya. Dantinggal seorang diri lebih jauh ke dalam hutan.

Dari segi perwatakan, Tau digambarkan sebagai seorang yang amat cintakan alam semulajadi. Dia begitu marah dengan aktiviti yang akan memusnahkan hutan terutamanya aktiviti pembalakan dan perlombongan. Dia telah menghalang aktiviti pembalakan dengan menakut-nakutkan mereka. Dengan menjadikan dirinya sebagai makhluk berkaki dua dan berbulu tebal dia telah menggantung seorang pekerja balak secara songsang. Dia juga telah menangkap seorang daripada pekerja O’Hara yang sedang membuat kajian tentang kandungan emas di hutan itu. Tau tidak mahu kegiatan yang akan memusnahkan hutan itu diteruskan. Namun dia tidak mengganggu aktiviti cari gali artifak sejarah yang dijalankan oleh Prof. Zaidah.

Pembaca juga mendapati Tau seorang bapa yang menyayang. Isterinya Ipah yang lari mengikut Johnny telah  membawa bersama anak Tau yang pertama iaitu Sabi. Sejak peristiwa itu, Tau telah serahkan Itai kepada abangnya Ludin untuk dijaga. Dia akan datang melawat Itai pada waktu malam. Kedatangan Sabi atau Malique ke hutan itu juga telah memberi peluang kepada Tau untuk bersama Sabi. Dia mengambil kesempatan daripada kemalangan yang menimpa Malique untuk menyembunyikan Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Dia merayu kepada Itai, Amira dan Pak Lias  supaya menyerahkan Malique kepadanya.

Tau pernah menyatakan kesangsiannya terhadap kumpulan yang diketuai oleh Prof. Zaidah kepada Ludin. Dia juga tidak mesra dengan Amira dan Prof. Zaidah. Walau bagaimanapun dia Tau memberikan pertolongan yang diperlukan. Pertama kali dia dan Itai menolong Amira yang hampir lemas dihanyutkan oleh arus sungai. Selepas itu dia sanggup menolong mencari Jacinta yang didapati hilang selepas Amira jatuh ke dalam sungai. Pertolonganyang paling berharga kepada Prof. Zaidah ialah pertolongan Tau untuk mendapatkan bahan sejarah kewujudan manusia purba di sebuah gua di Gunung Gua Gajah. Mereka menemui lakaran lukisan purba dan sebilah kapak batu.

Satu sifat negatif yang terdapat pada diri Tau ialah dia terlalu mengikut perasaan. Dia rasa kecewa dengan sikap masyarakatnya yang menyisihkan Ipah. Keadaan itu menyebabkan Ipah tertekan dan mudah dipengaruhi oleh Johnny. Ipah kemudiannya lari mengikut Johnny. Akibat rasa kecewa dan tertakan dengan peristiwa itu, Tau mengasingkan dirinya. Dia hidup seorang diri jauh ke tengah hutan. Dia juga mengikut perasaan apabila bertindak secara tidak rasional dengan menyembunyikan Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Dia juga sanggup menyerang Pak Lias yang datang untuk menyelamatkan Malique semata-mata kerana sayang untuk berpisah dengan Malique.

********* 3





PLOT


Plot pada peringkat permulaan dalam  novel ini pengarang telah memperkenalkan dua watak iaitu Amira sebagai watak utama dan sahabatnya Jacinta. Mereka dalam perjalanan dengan kereta api dari Pulau Pinang ke  kawasan tengah Banjaran Titiwangsa. Tujuan mereka adalah untuk ke Bukit Mat Raya. Mereka ingin menghabiskan masa cuti persekolah bersama ibu Amira iaitu Prof. Zaidah bersama Dr. Zawawi dan pelajarnya melakukan kerja cari gali bahasan sejarah. Dalam kereta api tersebut Amira tertarik dengan seorang kepada seorang pemuda yang berkulit sawo matang duduk bersebelahan seorang lelaki tua berkulit putih. Perhubungan dua lelaki itu menjadi tanda tanya kepada Amira. Dalam perjalanan dari Stesen Dahan Hijau ke Bukit Mat Raya, sekali lagi Amira terlihat pemuda itu bersama lelaki tua berkulit putih di dalam sebuah kenderaan lain yang memotong kenderaan yang ditumpanginya. Ternyata pemuda itu juga berada di hutan yang sama. Cume dia bekerja dengan syarikat pengkaji kandungan emas di kem sebelah matahari jatuh. Amira dan pemuda yang bernama Malique berkenalan semasa bertemu di kasawan air terjun berhampiran untuk membersihkan diri pada waktu pagi.

Plot segera beralih ke peringkat perkembangan bermula apabila berlaku beberapa peristiwa aneh yang dialami oleh pelajar Prof. Zaidah pada waktu malam. Mereka terhidu bau rokok kretek, bunyi tapak kaki berjalan di luar khemah pada waktu malam dan tali khemah putus sewaktu hujan lebat pada malam itu.  Desakan daripada pelajarnya untuk mengetahui hal sebenar menyebabkan Prof. Zaidah mendedahkan kemungkinan sebenar. Dia memberitahu bahawa mereka sebenarnya bersaing dengan kumpulan pencari emas di hutan itu.  Penerangan itu membuatkan Amira bersungguh-sungguh ingin bertemu dengan Malique. Dia ingin mengetahui siapa sebenarnya lelaki tua berkulit putih yang bersama dengan Malique di dalam kereta api malam itu.

Amira menunggu Malique berdekatan air terjun namun Malique tidak datang. Amira terjatuh ke dalam sungai yang berarus deras menyebabkan dia hanyut dan hampir lemas. Dia Berjaya diselamatkan oleh Itai dan Tau. Kehadiran watak Tau dan Itai membuatkan cerita semakin berkembang dan konflik mula timbul dalam novel ini. Konflik berlaku antara Tau dengan kumpulan pencari emas dan kumpulan Prof. Zaidah dalam menjaga kepentingan alam semulajadi di hutan itu. Tau telah menangkap seorang daripada pekerja pencari emas. Ludin telah menasihatinya agar tidak mengganggu kumpulan Prof. Zaidah. Tau hanya memerhatikan mereka.

Konflik juga berlaku antara Amira dengan masyarakat Orang Asli yang diketuai oleh Ludin apabila Itai membawa Amira ke tempat rahsia dan mengambil ketulan emas di situ. Itau dan Amira didapati bersalah. Namun Tau memberi jaminan kepada Ludin bahawa Itai dan Amira dapat menyimpan rahsia. Konflik juga berlaku pada diri Malique. Dia masih belum menemui jawapan tentang siapa dirinya yang sebenar. Keadaan itu menyebabkan dia bosan dan berkonflik dengan O’Hara sehingga dia mengugut untuk pulang ke Melaka.

Plot novel terus berkembang apabila Malique didapati hilang setelah kenderaan yang ditumpangi dihanyutkan oleh lumpur dan jatuh ke dalam gaung. Ia menimbulkan keresahan pada Amira. Berpandukan mobile disk yang ditemui oleh Amira di dalam gua di Gunung Gua Gajah, gerakan mencari yang dibantu oleh Itai dijalankan di sekitar gunung tersebut.

Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini juga agak singkat. Semasa di dalam gua itu Amira telah mengesan tapak kaki yang tidak berkasut menuju lebih jauh ke dalam gua. Mereka akhirnya sampai ke puncak gunung. Mereka menemui Malique disembunyikan oleh makhluk berkaki dua dan berbulu lebat. Mereka berusaha untuk membawa Malique turun dari gunung itu. Namun kemunculan makhluk berbulu lebat itu menyebabkan mereka berhadapan dengan halangan. Makhlum itu mahu Malique diserahkan kepadanya. Keenganan mereka untuk menyerahkan Malique menyebabkan makhluk itu mula menyerang Pak Lias. Namun Pak Lias berjaya menangkis serangan tersebut. Ludin sampai ke situ dan meminta Tau menghentikan perbuatan tersebut. Kata-kata Ludin telah mengejutkan mereka yang berada di puncak gunung itu.

Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula makhluk  berbulu tebal itu menangis. Bulu itu dibuka dan Amira, Itai dan Pak Lias terkejut. Ludin memujuk Tau turun dari gunung itu untuk menemui seseorang. Tau menemui isterinya Ipah / Jennifer yang melarikan diri dengan membawa Sabi / Malique suatu ketika dahulu. Penyelesaian kekusutan itu dilakukan di Desa Karpus apabila Jennifer enggan pergi ke perkampungan Orang Asli.

Jennifer telah mengakui bahawa Tau adalah suaminya. Malique terkejut dengan pengakuan itu. Iatu juga terkejut apabila diberitahu oleh Ludin bahawa dia adalah anak Jennifer. Jennifer dan O’Hara ingin membawa Malique keluar dari hutan itu. Namun Malique sendiri telah membuat keputusan dengan mengatakan bahawa dia akakn tinggal bersama bapanya di perkampungan itu.  


********* 4



LATAR


A) LATAR TEMPAT

Secara umumnya sebagaian besar peristiwa dalam novel ini berlaku di hutan di tengah Banjaran Titiwangsa. Di dalam hutan itu cerita bermula apabila pesawat yang dipandu oleh Ridley bersama isteri dan anaknya terhempas sewaktu hujan rebut di kawasan itu. Dia dan isterinya terkorban sementara anaknya Samantha yang terselamat telah diselamatkan oleh Jidin, bapa kepada Tau dan Ludin. Samantha di beri nama Ipah. Setelah beberapa tahun Jennifer / Ipah lari meninggalkan Tau, mereka bertemu kembali dalam keadaan dramatik apabila Malique / Sabi datang ke hutan itu. Sepanjang peristiwa yang membawa  kepada pertemuan itu, terdapat beberapa tempat penting di sekitar hutan tersebut dapat dikenal pasti sebagai tempat berlaku peristiwa-peristiwa utama dalam novel.

Amira telah terpijak batu licin dan terjatuh ke dalam sungai yang deras berhampiran air terjun di hutan itu. Peristiwa itu menyebabkan dia hanyut dan hampir lemas. Dia telah diselamatkan oleh Itau dan Tau. Mereka telah berkenalan dan makan ikan yang ditangkap oleh Itai. Setelah Amira pulih, Itai dan Tau telah menghantar Amira pulang ke Desa Karpus. Dalam masa yang sama Jacinta yang memintas Amira di darat telah sesat. Gerakan mencari dengan bantuan Itai dan Tau telah dijelankan pada malam itu juga. Jacinta dijumpai pengsan di celah banir kayu dia jam perjalanan dari Desa Karpus.

Dalam hutan itu juga terdapat satu makhluk berkaki dua dan berbulu lebat. Masyarakat Orang Asli percaya bahawa makhluk itu menjadi penjaga hutan itu daripada sesiapa sahaja yang ingin merosakkannya. Mereka termasuklah kumpulan pencari emas. Seorang daripada mereka telah ditangkap oleh makhlum itu. Di sebatang sungai di dalam hutan itu juga terdapat tempat yang mengandugi emas. Itai telah membawa Amira ke kawasan itu untuk mendapatkan seketul emas yang akan diberikan  kepada Jacinta. Di situlah Itai dan Amira bertembung dengan makhluk  berkaki dua dan berbulu tebal sebagaimana yang diceritakan oleh Itai kepada Amira.

Malique telah hilang di hutan itu semasa dia dan kumpulan pekerja pencari emas dalalm perjalanan menjejak salah seorang daripada mereka yang hilang. Sewaktu hujan lebat, kenderaan yang ditumpagi oleh Malique tersangkut dalam lopak. Kenderaan itu telah terjatuh ke dalam gaung setelah dirempuh oleh aliran lumpur. Kenderaan yang ditumpangi oleh Prof. Zaidah juga telah mengalami kemalangan. Kenderaan yang dipandu oleh Pak Lias mengalami masalah brek. Tangan kiri Prof. Zaidah cedera.

Bukit Mat Raya adalah latar tempat utama yang menjadi sebagai penggerak kepada peristiwa dalam novel. Amira yang merupakan watak utama dalam novel ini berada di situ bersama ibunya Prof. Zaidah. Amira menjadi penggerak kepada beberapa peristiwa lain. Prof. Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar mereka menjalankan kerja cari gali artifak sejarah di satu kawasan yang dinamakan sebagai Desa Karpus. Beberapa khemah didirikan di kawasan itu termasuklah khemah penginapan, khemahuntuk Prof. Zaidah bekerja dan khemah dapur. Beberapa lubang juga digali dalam melakukan kerja-kerja cari gali mencari bahan sejarah.

Amira dan kawannya datang untuk memenuhi masa  cuti mereka. Antara peristiwa penting yang berlaku di situ ialah peristiwa tali khemah yang putus semasa hujan lebat pada wantu malam. Ia menimbulkan tanda tanya kepada pelajar di situ. Ludin telah marawat Prof. Zaidah apabila tangan Prof. Zaidah cedera akibat daripada kemalangan apabila kenderaan yang dipandu oleh Pak Lias mengalami masalah brek. Tau datang ke situ untuk menawarkan bantuan dan menunjukkan bahan sejarah yang terdapat di kawasan hutan itu kepada Peof. Zaidah. Di situ juga Amira dan Jacinta menemui tembikar yang hamper sempurna. Ia merupakan penemuan yang penting dalam projek itu. Peristiwa yang peling penting ialah perbincangan antara Jennifer, Ludin dengan Tau untuk menyelesaikan kekusutan yang mereka alami sehingga Malique mendapat tahu Tau adalah bapa mereka. Itai juga mengetahui Jennifer adalah ibunya.

Peringkat akhir plot novel ini juga berlaku di sini. Setelah Jennifer enggan pergi ke perkampungan Orang Asli untuk menyelesaikan kekusutan keluarganya, Amira telah mencadangkan agar mereka menyelesaikannya di Desa Karpus. Di situ Malique telah mengetahui bahawa Tau adalah bapanya. Jennifer juga telah mengetahui bahawa Itai adalah anak keduanya yang telah ditinggalkan semasa melarikan diri bersama Johnny. Malique telah membuat keputusan bahawa dia akan tinggal bersama ayah dan adiknya untuk satu jangka waktu yang tertentu.

Beberapa peristiwa berlaku di perkampungan Orang Asli kaum Semai termasuklah peristiwa yang diimbas kembali oleh Tau. Samantha / Ipah telah dibesarkan di situ. Dia disisihkan dan tidak disenangi kerana keadaan warna rambut, mata dan kulitnya berbeza dengan orang lain. Tau terlah berkahwin dengan Ipan dan mendapat dua orang anak. Akibat tekanan yang dialami olehnya, Ipah telah melarikan diri mengikut Johnny dengan membawa Sabi bersamanya. Anaknya yang kecil diserahkan kepada abangnya Ludin untuk dijaga. Satu lagi peristiwa penting ialah peristiwa kedatangan Amida dan Jacinta untuk melawat Itai yang sudah dua hari tidak datang ke Desa Karpus. Amira telah menyerahkan kembali ketulan emas yang diambil di sungai bersama Itai sebelum itu. Ludin berbincang dengan Tau tentang hukuman yang akan dikenakan kepada Itai dan Amira kerana melanggar adat. Namun Tau memberi jaminan dan yakin bahawa Amira akan menjaga rahsia tersebut.

Pengarang juga menggambarkan sedikit tentang latar tempat di kem pencari emas yang diketui oleh O’Hara. Di situ juga terdapat beberapa khemah termasuklah khemah pekerja, khemah O’Hara dan juga khemah Malique. Kem ini berada di sebelah matahari jatuh berbanding dengan Desa Karpus. Malique menjelankan kerjanya di khemah iaitu memasukkan segala maklumat yang diberikan oleh O’Hara kepadanya. Di sini juga O’Hara memarahi Ah Chin kerana tidak dapat mengawal seorang pekerja baru yang bergaduh selepas berhudi. Kemudian Ah Chin pergi ke khemah pekerja tersebut dan memarahi pekerja baru tersebut..

Peristiwa yang paling dramatik berlaku di Gunung Gua Gajah. Di situ Dr. Zawawi, Rosdi, Amira, Jacinta dan Itai menemui lakaran lukisan prasejarah pada dinding gua yang ditunjukkan oleh Tau. Dalam gua di situ juga Rosdi menemui kapak batu. Di puncak gunung itu pula Tau telah menyembunyikan Malique yang hilang setelah kenderaan yang ditumpaginya jatuh ke dalam gaung setelah dihanyutkan oleh lumpur. Amira, Jacinta, Pak Lias dan Itai datang kembali ke gunung tersebut untuk menjejak Malique. Mereka menemui malique di puncak gunung dan juga makhluk berkaki dua dab berbulu tebal yang menghalang usaha mereka. Kedatangan Jennifer dan Pak Lias telah membongkar segala kekusutan dan misteri. Makhluk itu adalah Tau. Tau telah berjumpa dengan isterinya Jennifer / Ipah setelah turun daru gunung.





B) LATAR MASA

Terdapat dua zaman yang  jelas dalam novel. Jika diperhatikan mengikut urutan masa, pembaca dapat mengesan latar zaman tahun 1950-an. Peristiwa pada masa ini digambarkan melalui imbas kembali pada bab 22. Pesawat yang dipandu oleh Ridley bersama isterinya Brenda dan anaknya Samantha berhadapan dengan rebut kencang. Mereka dalam perjalan pulang ke Australia setelah tiga bulan membuat kajian di Pulau Langkawi. Pesawat tidak dapat dikawal menyebabkan mereka membuat pendaratan cemas di dalam hutan. Ridley dan Brenda meninggal dunia masakala Samantha tercampak ke dalam semak. Samantha diselamatkan oleh Jidin, ayah kepada Ludin dan Tau. Anak itu dinamakan Ipah. Namun masyarakat setempat menolak kehadiran Ipah. Tau telah berkahwin dengan Ipah. Ipah telah bekerja dengan Johnny. Oleh kerana terpengaruh dengan Johnny dan kecewa dengan penerimaan masyarakat di perkampungan itu, Ipah telah melarikan diri bersama Johnny.


Sebahagian besar peristiwa dalam novel berlaku pada zaman sekarang iaitu zaman masyarakat telah melalui arus pembangunan dan pemodenan. Perkembangan yang pesat menyebabkan kegiatan pembalakan telah dijalankan dengan meluas sehingga ke perkampungan Orang Asli. Begitu juga dengan golongan meneroka yang mencari emas yang membuat kajian kandungan emas di kawasan hutan perkampungan Orang Asli berkenaan. Manakala Prof. Zaidah dan kumpulannya melakukan kerja cari gali artifak sejarah juga di kawasan berkenaan. Namun peristiwa yang membawa kepada perkembangan plot ialah peristiwa yang melibatkan Tau. Kadatangan Malique telah mengimbau kenangan lalu dan perasaan  rindunya pada Sabi. Dia telah menyembunyikan Malique sehinga Ipah / Jennifer datang. Mereka bertemu kembali di kaki Gunung Gua Gajah. Tau mendapat kemenangan apabila Malique memilih untuk bersamanya di perkampungan Orang Asli di hutan itu.

Selain daripada latar zaman, terdapat juga latar waktu yang menarik dalam novel ini iaitu latar waktu malam. Amira dan Jacinta menuju ke tengan Banjaran Titiwangsa pada waktu malam. Dalam kereta api itu dia telah memerhatikan Malique yang duduk bersama seorang lelaki tua berkulit putih. Tali khemah di Desa Karpus juga putus pada waktu malam ketika hujan lebat. Peristiwa itu membawa tanda tanya kepada seluruh penghuni Desa Karpus. Setelah diselamatkan, Amira dihantar oleh Itau dan Tau ke Desa Karpus pada waktu malam.  Manakala pada malamn itu juga gerakan mencari Jacinta yang hilang dengan bantuan Tau dan Itau dilakukan. Jacinta dijumpai sedang pengsan di celah banir kayu. Tau memerhatikan Desa Karpus pada waktu malam. Dia terlelap dan bermimpi tentang Ipah yang melarikan diri mengikut Johnny meninggalkan Itai. Dia telah membunuh seekor beruang yang mengancam Ipah ketika melarikan diri.



C) LATAR MASYARAKAT           

Pembaca novel ini dapat mengesan tiga masyarakat utama. Masyarakat pertama yang dapat dikesan ialah masyarakat Melayu yang diwakili oleh watak utama dalam cerita iaitu Amira. Antara watak orang Melayu yang lain ialah ibu Amira iaitu Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, Rosdi, Pak Lias, Roslan dan pelajar universiti yang menjalankan kerja-kerja cari gali di Bukit Mat Raya. Kebanyakan daripada mereka adalah golongan terpelajar yang terdiri daripada pelajar universiti hinggalah pelajar sekolah swasta iaitu Amira. Manakala golongan bawahan diwakili oleh Pak Lias dan Roslan yang bekerja sebagai pemandu kenderaan pacuan empat roda. Pak Lias bekerja sebagai pemandu untuk Prof. Zaidah manakala Roslan menjadi pemandu untuk kumpulan pengkaji emas.

Pembaca juga mendapat gambaran latar masyarakat Orang Asli dengan jelas apabila Amira berhubung dengan Itai dan Tau. Mereka tinggal di sebuah perkampungan di hutan Banjaran Titiwangsa. Ada di antara mereka masih bergegang kuat pada adat seperti Ludin. Mereka digambarkan sebagai mahir dalam ilmu tentang hutan seperti mengesan, menjejak, menangkap ikan dan berburu. Kecekapan ini ditunjukkan oleh Itai dan Tau semasa mereka menyelamatkan Amira, Jacinta dan juga Malique. Selain daripada itu, masyarakat ini juga digambarkan telah menerima arus kemajuan dan pemodenan. Itai seorang yang terpelajar dan belajar di bandar. Dia pulang ke perkampungan semasa cuti sekolah. Dia pernah menang tempat kedua dalam bahagian perubatan herba semasa Pameran Saintis Muda 2002. Malique pula telah menjalankan projek IT di perkampungan tersebut setelah dia mengetahui Tau adalah bapanya.

Satu lagi masyarakat yang mempengaruhi jalan cerita novel ini ialah masyarakat Inggeris yang berasal dari Australia. Ia diwakili oleh Ipah / Jennifer. Bapa dan ibunya datang ke negara ini untuk membuat kajian tentang serangga. Pesawat yang dipandu oleh bapanya Ridley telah mendarat cemas di hutan tersebut. Mereka terkorban kecuali Samantha. Samantha dibesarkan oleh keluarga Jidin dan diberi nama Ipah. Namun oleh kerana warna mata, kulit dan rambut Ipah berbeza, dia disisihkan oleh masyarakat. Tau telah berkahwin dengan Ipah. Johnny pula datang kemudian untuk mencari dan membawa pulang rangka Ridley dan Brenda. Ipah telah melarikan diri bersama Johnny. Seorang lagi watak orang Inggeris datang ke hutan itu iaitu O’Hara yang ditugaskan untuk menjalankan kajian tentang kandungan emas di kawasan itu. Kajian itu digagalkan oleh Malique.

Dari sudut kemasyarakatan, masyarakat Orang Asli digambarkan lebih banyak menampilkan nilai yang baik. Tau menggambarkan masyarakat yang cinta akan alam semulajadi. Dia berusaha untuk menghalang hutan itu daripada dimusnahkan oleh pembalak. Dengan menggunakan kulit beruang yang dibunuhnya, dia telah menyamar sebagai makhluk berkaki dua dab berbulu lebat. Kemunculannya menjadi misteri kepada masyarakat Orang Asli di situ. Dia menggantung seorang daripada pekerja balak secara songsang menyebabkan pekerja lain takut dan meninggalkan hutan itu. Dia juga telah menangkap seorang daripada pekerja pengkaji kandungan emas dan  mencederakannya. Tujuannya adalah untuk menghentikan kegiatan itu sebelum hutan itu diteroka untuk melombong emas.

Tau dan Itai juga digambarkan sebagai ahli masyarakat yang baik hati dan suka menolong. Mereka menolong Amira yang hamper lemas dihanyutkan oleh arus deras di sungai. Kemudian mereka menolong mencari kawan Amira iaitu Jacinta yang hilang di hutan semasa memintas Amira yang dihanyutkan arus sungai dari darat. Tau telah menolong Prof. Zaidah untuk mendapatkan bahan sejarah tentang bukti kewujudan masyarakat prasejarah di hutan itu. Dia telah membawa Dr. Zawawi dan Roslan ke Gunung Gua Gajah. Di situ terdapat lakaran lukisan prasejarah dan sebilah kapak batu dijumpai. Akhirnya Itai telah menolong Amira menari Malique yang telah hilang selepas kenderaannya jatuh ke dalam gaung. Mereka menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah.

Manakala Ludin pula manggambarkan masyarakat yang berpegang kuat pada hukum adat masyarakatnya. Hal itu dapat diperhatikan dengan jelas apabila perbuatan Itai membawa Amira ke kawasan rahsia yang mengandungi emas telah diketahui olehnya. Dia mengesahkan bahawa Itai telah melanggar adat masyarakat Orang Asli dengan membawa orang luar ke tempat tersebut. Menyedari hakikat itu Itai telah memberitahu Amira agar bersedia menerima apa sahaja hukuman terhadap kesalahan mereka. Selain daripada itu, Ludin meminta agar Jennifer / Ipah pergi ke perkampungan Orang Asli untuk menyelesaikan pertikaian antara Tau dengan Ipah / Jennifer sebagaimana adapt mereka. Namun Jennifer / Ipah enggan menjejakkan kaki ke perkampungan itu lagi.

Amira dan Jacinta dalam novel ini menggambarkan masyarakat remaja yang suka kepada cabaran. Pada masa cuti persekolahan dia memilih untuk pergi ke tempat ibunya Prof. Zaidah bersama Dr. Zawawi dan pelajar mereka melakukan kerja-kerja cari gali artifak sejarah di tengah Banjaran Titiwangsa. Dia melalui cabaran dan mendapat pengalaman berharga di hutan itu. Dia telah jatuh ke dalam sungai dan telah diselematkan oleh Itai dan Tau. Dia dan Itai juga berhadapan dengan makhluk berkaki dua dan berbulu tebal sebagaimana yang diceritakan oleh Itai. Manakala cabaran yang tidak disangka ialah cabaran dlam usaha mencari dan menyelamat Malique yang akhirnya ditemui di puncak Gunung Gua Gajah. Jacinta pula telah sesat dan pengsan di dalam hutan. Mereka tidak mahu pulang malah menganggap bahawa cabaran itulah yang mereka cari.

Prof. Zaidah pula adalah gambaran masyarakat yang tekun dalam melakukan sesuatu tugas. Dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja-kerja cari gali artifak sejarah. Dia bersungguh-sungguh cuba membuktikan kewujudan manusia prasejarah di hutan itu dengan penemuan karpus di tapak tersebut. Dia tidak memberikan tumpuan yang baik kepada anaknya Amira. Dia tidak begitu mengambil berat terhadap Amira ketika Amira ditimpa kemalangan di sungai. Hal itu diperhatikan oleh Pak Lias menyebabkan Pak Lias menasihatinya agar memberikan sedikit perhatian kepada Amira. Prof. Zaidah akhirnya sedar bahawa dia terlalu menumpukan perhatian kepada kerja dan tugasnya walaupun Amira ditimpa kemalangan. Semasa dia cedera, dia menangis mengenangkan sikapnya itu.




*********** 5




TEKNIK


A) TEKNIK PLOT

Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa perkembangan plot utama novel Kembara amira tidak mengikut kronologi iaitu tidak mengikut perkembangan masa secara teratur. Bab 22 jelas menceritakan peristiwa imbas kembali yang telah berlaku pada zaman 1950-an yang menjadi punca kepada konflik dalam diri Tau. Bab ini menceritakan bagaimana Ipah, seorang berketurunan Inggeris boleh berada di dalam hutan itu. Pesawat yang dipandu oleh Ridley bersama isterinya Brenda telah terhempas. Anak mereka Samantha terselamat dan dibesarkan oleh Jidin, bapa kepada Tau. Anak itu diberi nama Ipah. Selain daripada itu, terdapat beberapa imbas kembali oleh watak dalam novel ini. Ketika bersama Malique dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke KLIA, O’Hara mengimbas kembali kisahnya bekerja sebagai buruh di lombong opal. Kerjanya amat terus dan ketuanya seorang yang kejam. Dalam perjalanan ke kem selepas menjemput O’Hara dan Malique, Roslan telah mengimbas kembali kerjayanya sebagai pemandu lori balak. Sebuah lori balak terjunam ke dalam gaung dan pemandunya hilang. Dia terus berhenti kerja.

Selain daripada itu pengarang menggunakan sedikit teknik mimpi dalam mengemukakan peristiwa yang lepas. Teknik ini dapat diperhatikan pada bab 20. Amira menunggu Tau di Desa Karpus untuk meminta bantuan mencari Malique. Namun Tau tidak muncul. Sebaliknya dia tertidur dan bermimpi Ipah berlari sambil mendukung Sabi untuk meninggalkannya. Ipah dikejar oleh seekor beruang hitam. Ipah terjatuh dan beruang hitam itu mencederakan Sabi.  Tau membunuh beruang hitam itu dan membiarkan Ipah terus melarikan diri bersama Sabi untuk mengikut Johnny. Peristiwa itu membolehkan pembaca mendapat gambaran keadaan semasa Ipah melarikan diri daripada Tau. Malah pembaca dapat mengaitkan beruang hitam yang dibunuh oleh Tau dengan makhluk berkaki dua dan berbulu tebal yang menjadi misteri masyarakat Orang Asli di hutan itu.

Dalam novel ini juga pengarang telah menyelitkan banyak teknik kejutan.  Kewujudan kejutan pergerakan plot memuncak. Kejutan pertama ialah peristiwa Amira terkelincir apabila terpijak batu licin dan jatuh ke dalam sungai berarus deras. Dia hanyut dan diselamatkan oleh Itai dan Tau. Kemalangan yang menimpa Prof. Zaidah dan Pak Lias juga merupakan satu kejutan. Peristiwa itu membuatkan Prof. Zaidah cedera pada tangan kiri. Pembaca serta watak dalam novel iaitu Itai dan Amira mengalami kejutan apabila bertemu dengan makhluk berkaki dua dan berbulu lebat ketika dalam perjalanan pulang setelah mengambil ketulan emas. Pembaca juga terkejut dengan kehilangan Malique secara tiba-tiba setelah kenderaannya terjunam ke dalam gaung. Sekali lagi kejutan berlaku apabila Amira, Itai, Pak Lias dan Roslan bertemu dengan makhluk berbulu di puncak gunung.

Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam novel ini. Pembaca berasa suspens dengan peristiwa Amira terjatuh ke dalam sungai setelah tergelincir dari batu yang licin. Pembaca suspens sama ada Amira selamat atau sebaliknya. Pembaca dan watak Amira sendiri suspens apabila diselamatkan oleh dua Orang Asli sama ada mereka jujur atau sebaliknya. Kehilangan Jacinta juga satu suspens. Pembaca dan Amira tertanya-tanya ke masa Jacinta menghilang. Peristiwa cemas semasa kenderaan yang dipandu oleh Pak Lias ketika menuruni bukit menyebabkan pembaca berasa suspens. Apakah mereka akan jatuh ke dalam gaung yang dalam? Gerakan mencari Malique juga satu suspens sama ada Malique berjaya dijumpai atau sebaliknya dia mengalami nasib yang sama seperti pemandu lori balak atau pekerja O’Hara yang hiang.




B) TEKNIK PENCERITAAN

Sebagaimana novel konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan teknik penceritaan yang yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung. Contohnya pada bab 22 pengarang telah menggambarkan keadaan kapal terbang  yang dipandu oleh Ridley bersama isteri dan anaknya telah berhadapan dengan rebut kencang dan hujan lebat pada musim monson. Kapal terbang itu terpaksa membuat pendaratan kecemasan. Seawal bab pertama pengarang telah memperkenalkan watak Amira melalui teknik pemerian. Pengarang menceritakan keadaan kereta api dan suasana dalam kereta api pada malam itu yang dilalui oleh Amira dan sahabatnya Jacinta. Melalui tingkap kereta api Amira dapat melihat beberapa buruj di angkasa.

Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis dengan meluas dalam karya mereka. Dalam novel ini  pengarang telah menggunakan teknik ini dengan meluas untuk menggambarkan perasaan dan perwatakan seseorang. Contohnya melalui dialog antara Itai dengan Amira dan Jacinta ketika Itai berkunjung ke khemah mereka. Itai datang untuk melawat Amira dan Jacinta selepas kejadian Amira lemas dan Jacinta sesat di hutan. Melalui dialog mereka, pembaca mendapat tahu bahawa Itai seorang pelajar sekolah di Bandar dan tinggal di asrama. Dia belajar berburu daripada Pak Cik Tau. Manakala Amira menjelaskan bahawa mereka datang dari Pulau Pinang untuk menghabiskan masa cuti di situ. Melalui dialog juga pengarang menjelaskan kedudukan sebenar bahawa Malique dan Itai adalah anak kepada Tau dan Jennifer semasa mereka berdialog di Desa Karpus.


******** 6



PENGAJARAN


Novel ini mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca.  Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak. Contoh yang paling Prof. Zaidah yang menyayangi anaknya Amira. Dia risau setiap kali Amira tidak ada di Desa Karpus. Malah dia sara menyesal dan menangis kerana dia merasakan dia tidak memberi perhatian yang secukupnya semasa Amira dihantar pulang selepas diselamatkan oleh Itai dan Tau di sungai. Jennifer juga memberian perhatian kepada Malique. Dia berkeras ingin membawa Maliaque keluar dari hutan itu supaya Malique mendapat rawatan yang sempurna.

Kita juga hendaklah bertanggungjawab dan menjaga alam semulajadi daripada dimusnahkan oleh golongan yang mementingkan keuntngan. Pembaca dapat mencontohi Tau yang bertindah berani dalam mempertahankan hutan itu daripada pencerobohan pembalak dan pelombong. Dia menakutkan pembalak dengan menyamar sebagai makhluk misteri berbulu dan menggantung seorang pekerja balak secara songsang. Dia juga menangkap dan memberlasah seorang daripada pekerja O’Hara yang begitu bersungguh-sungguh mencari emas di kawasan itu. Prof. Zaidah juga bersungguh-sungguh ingin membuktikan kewujudan manusia prasejarah di kawasan hutan itu agar ia dapat diisytiharkan sebagai kawasan simpanan kekal.

Kita hendaklah menolong sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.  Itai dan Tau yang belum pernah mengenali Amira telah menolong Amira daripada lemas di sungai yang berarus deras. Selepas itu mereka menolong mencari Jacinta yang didapai hilang semasa memintas Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai melalui darat. Itai pula telah menolong Amira mencari Malique yang hilang setelah kenderaannya jatuh ke dalam gaung. Itai menolong walaupun dia tidak mengenali Malique. Malah Tau juga menolong Prof. Zaidah dengan menunjukkan tempat terdapatnya artifak sejarah. Tau membawa Dr. Zawawi, Rosdi, Amira dan Jacinta ke sebuah gua di Gunung Gua Gajah.

Selain daripada itu, kita juga janganlah berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup. Pengajaran ini terkandung dalam nasihat Ludin kepada adiknya Tau. Tau telah kecewa dengan kehilangan Ipah dan Sabi yang lari mengikut Johnny. Akibat daripada itu Tau telah mengasingkan diri dengan membina pondok jauh di dalam hutan. Ludin menasihati Tau supaya menerima hakikat bahawa Ipah dan Sabi tidak akan kembali. Seterusnya Tau dinasihati agar hidup seperti ahli masyarakat yang lain. Namun Tau enggan dan terus menjauhkan diri dan terus menyalahkan masyarakatnya kerana menyisihkan Ipah semasa Ipah berada di hutan itu.

Seseorang yang telah diamanahkan dengan tugas tertentu hendaklah menjalankan amanah dan tugasnya dengan sebaik mungkin. Sikap ini dapat diperhatikan melalui watak Prof. Zaidah. Dia bersungguh-sungguh menjalankan kerja cari gali untuk membuktikan kewujudan manusia prasejarah di hutan itu. Semasa dia cedera, Dr. Zawawi pernah mencadangkan agar operasi itu ditangguhkan. Namun Prof. Zaidah enggan. Prof. Zaidah juga tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anaknya Amira kerana sibuk dengan tugasnya menyelia dan menganalisis setiap penemuan baru di situ.

Sebagai seorang pelajar, kita hendaklah memanfaatkan masa cuti persekolahan dengan sebaik mungkin. Amira tidak mahu pulang ke rumah neneknya semasa cuti persekolah sebaliknya dia pergi ke tempat kerja ibunya Prof. Zaidah. Dia ingin bersama-sama ibunya dan pelajar universiti melakukan kerja cari gali artifak sejarah. Di situ Amira dan sahabatnya Jacinta menimba pengalaman dan berjaya menemui satu aftifak sejarah berupa tembikar yang hampir sempurna. Selain daripada itu mereka berdua telah melalui pengalaman menarik di dalam hutan itu termasuklah bergaul dengan masyarakat Orang Asli iaitu Itai dan Tau. Melalui hubungan itu mereka dapat mengetahui adapt dan budaya masyarakat Orang Asli.

Kita hendaklah menyelesaikan sesuatu kekusutan dengan cara yang baik. Tau telah mengambil jalannya sendiri untuk mendapatkan Sabi / Malique dengan menyembunyikan Sabi / Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Semasa menyelamatkan Malique, Tau yang menyamar sebagai makhluk berbulu hampir membunuh Pak Lias. Kedatangan Ludin meredakan keadaan. Dia menasihati Tau supaya tidak bertindak melulu di luar batasan. Setelah turun dari puncak gunung, Ludin telah mencadangkan agar kekusutan itu diselesaikan di perkampungan Orang Asli. Keengganan Jennifer pergi ke perkampungan itu menyebabkan mereka menyelesaikannya di Desa Karpus. Setelah menceritakan keadaan sebenar, kekusutan dapat dileraikan dan keputusan dicapai.

Kita janganlah berfikiran negetif terhadap seseorang jika kita belum mengenali orang tersebut dengan lebih dekat. Tau pada mulanya berfikiran negatif terhadap Prof. Zaidah dan kumpulannya. Dia ingin menghalang usaha Prof. Zaidah tetapi telah ditegah oleh abangnya Ludin. Akhirnya tau sendiri yang menolong Prof. Zaidah mendapatkan artifak sejarah di Gunung Gua Gajah. Begitu juga dengan Jacinta yang tidak pulang semasa cuti kerana tidak mahu bertemu dengan ibu tirinya. Akhirnya dia sedar ibunya yang telah meninggal tidak akan kembali. Setelah menamatkan persekolahan dia telah pergi ke Paris untuk menguruskan perniagaan bapanya.


****** 7



NILAI

Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Contohnya Prof. Zaidah sayangkan anaknya Amira. Dia menyesal kerana tidak memberikan perhatian kepada Amira selepas Amira diselamatkan daripada lemas oleh Itai dan Tau. Tau pula amat sayang kepada Itai dan Sabi / Malique. Semasa Itai bersama Amira, Jacinta, Pak Lias dan Roslan menyelamatkan Malique / Sabi, Tau yang menyamar sebagai makhluk berbulu tidak sanggup untuk mencederakan Itai. Tau juga ingin bersama Sabi / Malique dengan merayu agar Itai dan kawan-kawan yang menyelamatkan Malique / Sabi supaya menyerahkan kembali kepadanya.

Nilai kerjasama dapat diperhatikan dengan jelas dalam novel ini. Itai dan Tau bekerjasama dengan pelajar di Desa Karpus mencari Jacinta yang sesat di dalam hutan semasa Jacinta memintas Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai. Amira, Jacinta, Itai, Pak Lias dan Roslan bekerjasama mencari Malique di puncak Gunung Gua gajah. Selain daripada itu Tau sendiri telah bekerjasama dengan Prof. Zaidah dengan menunjukkan tempat yang terdapat artifak sejarah berupa lakaran lukisan prasejarah dan kapak batu dalam sebuah gua batu kapur.

Watak Amira mencerminkan nilai kejujuran dalam novel ini. Menyedari kejujuran yang ada pada diri Amira menyebabkan Itai mempercayainya dan telah membawa Amira ke tempat rahsia yang mengandungi emas. Amira telah berjanji atas permintaan Itai untuk tidak memberitahu sesiapa tentang perkara itu. Amira juga telah memulangkan ketulan emas yang diambil di sungai tersebut kepada Ludin apabila mengetahui bahawa perbuatan itu merupakan satu kesalahan bagi masyarakat Orang Asli di perkampungan itu. Dia berharap Ludin akan dapat memaafkan Itai.

Nilai ketekunan pula dapat diperhatikan pada watak Prof. Zaidah. Dia tekun melakukan kerja cari gali yang dibantu oleh Dr. Zawawi dan Rosdi sehingga dia tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anaknya Amira. Setiap penemuan baru akan dianalisis dengan teliti. Dia bangun awal pagi dan meneruskan kerjanya di dalam khemah sehingga Amira sendiri tidak mahu ibunya rasa tertanggu. Amira hanya berjalan-jalan di hadapan khemah ibunya bekerja jika ada sesuatu perkara yang ingin dibincangakan. Akhirnya Prof. Zaidah sedar akan keadaan itu apabila dia mengalami kecederaan tangan setelah kenderaannya mengalami kemalangan.

Nilai amanah pula dapat diperhatikan melalui watak Ludin dan Tau. Ludin menunaikan amanah Tau supaya menjaga anaknya Itai dengan baik. Malah Ludin mengharapkan agar Itai dapat menggantikannya sebagai ketua di perkampungan itu apabila dewasa. Tau pula menunaikan amanah Ludin supaya memperturunkan segala ilmu kepada Itai. Ludin telah menyerahkan Itai kepada Tau untuk menerima tunjuk ajar tentang ilmu dan segala kemahiran hutan. Itai telah dapat menguasainya dengan baik. Ludin berbangga dengan Itai dan Tau.

Nilai tolong-menolong dapat diperhatikan oleh pembaca pada awal cerita lagi. Itai dan Tau menolong Amira yang hampir lemas dihanyutkan oleh arus deras. Mereka telah menolong Amira pulang ke Desa Karpus. Itai juga menyetakan kesanggupannya menolong Amira mencari Malique yang hilang apabila melihat Amira resah sejak dia menerima berita kehilangan Malique daripada Roslan. Itau juga menolong Amira untuk menggembirakan hati Jacinta. Dia sanggup menunjukkan tempat rahsia yang mengandungi emas kepada Amira supaya Amira dapat mengambil ketulan emas untuk diberikan kepada Jacinta.

Nilai jati diri terdapat pada diri Malique. Sejak mula menjejakkan kai di hutan itu, dia telah dapat merasakan bahawa hutan itu terlalu dekat dengan dirinya. Tidak seperti sebelumnya, dia telah menyukai hutan itu. Malah ketika mengetahui bahawa dia adalah anak kepada Tau, dia memilih untuk berada di perkampungan Orang Asli bersama ayah dan adiknya Itai. Semasa di perkampungan itu, dia telah memajukan lagi perkampungan tersebut dengan menjalankan projek IT di situ.