Salam sejahtera.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pembaca blog ini sama ada pelajar atau guru. Sokongan daripada anda amat dihargai.
Cuti penggal pertama sudah sampai ke penghujung. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan meneruskan tanggungjawab kita sama ada sebagai pelajar atau sebagai pendidik. Semoga percutian anda menggembirakan dan bermanfaat.
Kepada anda yang memesan atau ingin mendapatkan buku saya secara percuma, saya akan kirimkan secepat mungkin sekiranya anda mengirimkan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem sebagaimana yang saya jelaskan. Kalau tanpa sampul surat dan setem, agak lambat sikit kerana saya tidak suka beratur di pejabat pos.
Kepada anda yang bertanyakan jawapan untuk soalan novel, untuk makluman pembaca, saya tidak sempat untuk menyediakan jawapan untuk novel selain daripada Sutera dalam Lukisan. Namun, untuk tidak mengecewakan pembaca, saya akan cuba untuk menyediakan jawapan mengikut soalan yang disiarkan secara berkala di blog ini. Rajin-rajinlah berkunjung ke sini.
Terima kasih.
salam cg .. nk tye , nk pos kat alamat mana?? sy nak tau ..
ReplyDeleteKirimkan sampul surat beramal sendiri ke :
DeletePUSTAKA PENA BESTARI,
Lot 501, Jalan baru,
Kampung Gutong,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.
boleh tak bagi no hp atau contac no.
Deleteterima kasih cg . nanti saya kirimkan ..
ReplyDeleteCikgu Kamaruddin,
ReplyDeleteSaya berminat untuk membeli buku-buku yang disenaraikan di bawah
-ULASAN ANTOLOGI HARGA REMAJA
-ULASAN ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU
-ULASAN KRITIS ANTOLOGI HARGA REMAJA
-TEKNIK PENULISAN KARANGAN TERBAIK TINGKATAN
EMPAT Berorientasikan Buku Teks
Cikgu, buku-buku tersebut masih menawarkan harga diskaun seperti yang tertera di blog cikgu ?
Perlukah saya masukan kirimkan bayaran dalam sampul surat yang berasingan bagi setiap buku ?
Sekian, terima kasih.
Encik Loo
Pulau Pinang
11/1/2013
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteContoh jawapan soalan ini
ReplyDeleteTajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dengan isinya.