Contoh Jawapan Novel SDL - Klimaks Plot

Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Konflik watak mencapai tahap ketegangan yang paling tinggi. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.


Dalam novel Sutera Dalam Lukisan, terdapat satu peristiwa yang menjadi klimaks cerita. Cerita dalam novel ini berkembang apabila Adila berusaha untuk memulihkan Bujei. Konflik semakin memuncak akibat daripada rasa cemburu Alias terhadap hubungan Bujei dan Adila. Selain daripada itu, Bujei juga semakin pulih dan percaya kepada diri sendiri. Kemuncak daripada konflik itu, Bujei menjadi berani mempertahankan maruah diri. Dia tidak mahu lagi dibuli oleh Alias.

Peristiwa yang berlaku di rumahnya sendiri menjadi titik perubahan itu. Alias datang ke rumah Bujei bertujuan untuk membuli. Alias menuduh Bujei mencuri radio yang sedang berkumandang di rumah Bujei. Alias mengambil dan melambung-lambung radio tersebut bertujuan untuk menakutkan Bujei. Bujei meminta kembali radionya. Alias marah apabila Bujei melawan. Dia telah menjatuhkan radio itu ke lantai menyebabkan radio itu rosak.

Alias amat marah dengan tindakan Alias. Dia telah menumbuk Alias. Kemudian dia mencapai parang lalu melibas ke arah Alias. Alias yang terjatuh telah berada dalam kekuasaan Bujei. Bujei menuntut Alias membayar ganti rugi sebanyak lapan puluh ringgit. Bujei melepaskan Alias untuk mendapatkan duit. Alias diarahkan meninggalkan motosikalnya sebagai cagaran. Bujei menunggu Alias di halaman rumah bersama minyak tanah dan mancis. Dia bersedia untuk membakar motosikal Alias sekiranya Alias mungkir.

Bujei kemudiannya terkejut apabila orang-orang kampung datang termasuk Sidang Saman. Cerita yang disampaikan oleh Alias kepada Sidang Saman dan orang-orang kampung berlainan dengan apa yang berlaku. Bujei dituduh menumbuk dan menyerang Alias dengan parang. Bujei amat sedih. Namun setelah Bujei menjelaskan tentang radionya, Sidang Saman mengesahkannya. Sidang Saman kemudian memaksa Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio itu.

Alias memberikan wang lima puluh ringgit. Sidang Saman mengarahkan Alias pulang dan mencukupkan wang itu. Alias kemudiannya datang bersama neneknya Opah Arah. Opah Arah menyumpah-nyumpah Bujei. Alias menyepak Bujei semasa Bujei memungut wang yang dicampakkannya ke tanah. Bujei kemudian menolak Alias yang berada di atas motorsikal menyebabkan Alias jatuh dan ditindih oleh motosikalnya. Sidang Saman memarahi Alias yang merupakan punca pergaduhan itu. Mereka bersurai.

Sejak hari itu Alias tidak berani lagi untuk membuli Bujei. Namun dia semakin tertekan kerana Bijei semakin rapat dengan Adila membuatkan Alias menggunakan taktik kotor untuk mengatasai masalah itu. Dia memfitnah Adila dan menghantar surat laying mengatakan Adila penghidap AIDS. Fitnah itu meyebabkan Adila menangis dan pulang ke Kuala Lumpur untuk sementara waktu. Namun plot cerita mula menurun ke arah penyelesaian apabila usaha Alias gagal.

No comments:

Post a Comment