Contoh Jawapan Novel SDL - Konflik

Konflik yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang. Berdasarkan novel kajian anda, nyatakan peranan watak utama dalam menyelesaikan konflik.

Jalan cerita atau plot dalam sesebuah novel tidak akan berkembang jika tidak ada konflik. Watak utama dalam novel akan memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik terutamanya konflik yang melibatkan dirinya sendiri. Peranan itu juga dapat dikesan dalam Novel Sutera Dalam Lukisan.


Watak utama dalam novel ini iaitu Bujei memainkan peranan dalam menyelesaikan beberapa konflik. Konflik yang utama adalah konflik dirinya sendiri dengan watak lain iaitu Alias dan Harun. Dalam menghadapi kedua-dua watak itu, Bujei bertindak sebagai hero dan pembela nasib dan maruah dirinya sendiri. Atas kesedaran yang telah diberikan oleh Adila, Bujei telah yakin pada diri dan bangkit menentang Alias yang selalu ini telah memperbodohkannya. Selepas Bujei menunjukkan keberaniannya membela diri dan maruah, Alias telah kalah dan tidak berani untuk membuli Bujei lagi. Alias telah menunjukkan sikap berbaik-baik dengan Bujei walaupun tidak ikhlas. Secara tidak langsung konfliknya dengan Alias dapat diselesaikan.

Watak Bujei juga memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik antara Adila dengan Alias. Dia yang juga merupakan salah seorang yang berada dalam konflik tersebut berperanan sebagai pesaing kepada Alias. Oleh yang demikian Alias cuba mendekati dan mendapatkan Adila dengan bermacam cara. Dia juga cuba mengatasi Bujei dengan berbagai cara. Bujei yang jauh lebih rendah darjat daripadanya dirasakan sebagai pesaingnya yang hebat. Selepas hajat Alias untuk menghantar pinangan ditolak, konflik Adila dengan Alias terus memuncak. Alias rasa dia sudah kalah kepada Bujei. Dia telah menabur fitnah dan menggunakan cara yang tidak bermoral untuk memikat Adila. Dia menggunakan ilmu pengasih  sehingga dia menjadi tidak siuman. Konflik Adila dengan Alias telah selesai.

 Adila juga menghadapi konflik dengan Faizal. Adila merajuk dan membawa hati ke kampung kerana Faizal mungkir janji dan berkahwin dengan gadis lain. Beberapa kali Faizal mangajak Adila berbincang, namun Adila tetap tidak mempercayai Faizal lagi. Kemunculan Bujei berperanan sebagai pengubat hati Adila. Sebelum itu Adila tidak pulang ke Kuala Lumpur kerana tidak mahu diganggu oleh Faizal. Namun setelah hatinya tertarik kepada Bujei, dia menjadi semakin yakin. Sehinggalah dia yakin dengan keputusannya untuk menjadikan Bujei sebagai calon suami, barulah dia berani untuk pulang dan bekerja di Kuala Lumpur. Dia sudah tidak mempedulikan gangguan Faizal.

Berdasarkan perbincangan di atas, jelaskan kepada pembaca bahawa watak utama dalam novel memainkan peranan utama dalam menyelesaikan masalah dalam cerita. Tanpa watak utama, sesuatu konflik yang sukar tidak dalam diselesaikan.

No comments:

Post a Comment