Contoh Jawapan Novel SDL - Latar Masyarakat

Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.

Salah satu unsur penting dalam sesebuah novel ialah latar. Jika sesebuah novel itu menceritakan kisah masyarakat, sudah sememangnya latar masyarakat dalam novel itu lebih jelas. Demikian juga dengan novel Sutera Dalam Lukisan. Ia memaparkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita.


Novel Sutera Dalam Lukisan secara umumnya berlatarkan masyarakat kampung yang terdiri daripada pekebun getah. Mereka terdiri daripada penoreh yang mengusahakan kebun getah mereka sendiri. Kegiatan ini adalah bersesuaian dengan latar tempat dalam novel ini iaitu latar kampung. Sejak dari awal cerita novel ini menggambarkan tentang kehidupan masyarakat kampung secara tidak langsung semasa memperkenalkan watak Bujei. Pengarang menggambarkan Bujei yang bangun daripada tidur pada awal pagi akan menunggu sesiapa sahaja yang pergi menorah getah. Dia berharap dia akan dipelawa untuk menolong di kebun dengan sedikit upah. Antara ahli masyarakat yang mengerjakan kebun getah termasuklah Sidang Saman sendiri iaitu ayah kepada Same’ah.

Selain daripada itu, novel ini juga memaparkan latar masyarakat bandar. Masyarakat ini diwakili oleh watak Adila sendiri, keluarganya dan juga bekas tunangnya Faizal. Mereka digambarkan sebagai masyarakat yang berpelajaran dan hidup dalam keadaan serba moden. Adila sendiri mempunyai ijazah dari luar negara. Dia datang ke kampung itu kerana membawa hatinya yang luka akibat daripada perbuatan Faizal yang tidak kenepati janji. Dia tidak pernah mengenali Bujei sebelum itu dan pernah beberapa kali cuba menorah getah. Faizal juga datang ke kampung itu untuk mencari dan memujuk Adila. Kedatangannya dengan kereta yang cantik dan bergaya mengejutkan keluarga Sidang Saman. Ayah Adila, Pak Lang Dahlan juga datang menjelang hari pernikahan Same’ah.

Novel ini juga memaparkan masyarakat belia yang hidup di kampung. Golongan ini diwakili oleh watak Alias dan rakannya iaitu Sahak dan Sani. Mereka terdiri daripada penganggur kecuali Sani yang sudah bekerja. Oleh kerana tidak bekerja, mereka menghabiskan masa dengan berfoya-foya dan menjadi samseng kampung. Mereka menjadi pembuli terutamanya Alias yang sering membuli Bujei. Bujei akan dipukul sekiranya enggan melakukan apa yang disuruhnya. Mereka digambarkan suka keluar pada waktu malam dan pergi ke Kampung Batu. Di sana mereka berfoya-foya dan mencari peluang untuk merosakkan kesucian gadis-gadis. Alias juga telah menggunakan cara yang tidak bermoral untuk mendapatkan Adila termasukan menyebarkan fitnah terhadap Adila.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan gambaran masyarakat dalam novel Sutera Dalam Lukisan dipaparkan dengan jelas oleh pengarang. Paparan yang jelas ini membolehkan cerita yang disampaikan lebih hidup dan berkesan kepada pembaca.
nyak pe� � i a ��V � W am novel ini yang mengandungi nilai murni. Pembaca perlu bijak mengesan nilai-nilai tersebut sebagai panduan dan pengajaran.

No comments:

Post a Comment